Mee bandung versi mom saya. Menu wajib kalau balik sini. Boley nanges aku kalau tak dapat makan. Suka ratah tulang daging dengan kuah aje lepas habis menelan mee segala bagai.
Durian Balik Pulau. Tapi beli kat Chai Leng Park aje, dan makan di Pelita. Sangat tak berkaitan.
Semalaman tak boley tido. Damn sangat. Takkan post jet lag kot? Ha ha ha. Mom cakap sebab saya makan durian banyak. Sampai 3 biji sekali ratah manja manja. Lepas ratah durian, minum coffee ais pulak. Hebat kan haku? Kang kena high bp macam dad baru padan muka gojes sendiri. Tido berapa jam aje semalam. Lainnye cergas pelik berbenor.
Semalaman tak boley tido. Damn sangat. Takkan post jet lag kot? Ha ha ha. Mom cakap sebab saya makan durian banyak. Sampai 3 biji sekali ratah manja manja. Lepas ratah durian, minum coffee ais pulak. Hebat kan haku? Kang kena high bp macam dad baru padan muka gojes sendiri. Tido berapa jam aje semalam. Lainnye cergas pelik berbenor.
Sumpah bukan idea saya makan durian di pelita. Memula pegi nak minum petang aje.. Terus kena hadap durian jugak. Salahkan kawan kawan yang buta hati itu. Kahkahkahkah. Aku pengikut tak bertauliah aje. Ape lah sangat.
Kepala dah separa sewel pagi nih. Type apa sahaja mesti berbunyi sangat lucu. English kelihatan seperti Tagalog. Bahasa melayu dah seperti zaman Hang Tuah. Fening fening. Macam.... eh taknak lah keji diri sendiri.
Minggu nih jugak saya terpaksa ke office dengan dad sebab dia pon tak berapa sihat sepenuhnye lagi. Banyak keje yang saya kena assist dia. Oh kehidupan saya menjadi tidak flexible kembali. Saya sangat benci kerja mengikut waktu pejabat. Dan seingat saya, tidak sekali saya akan datang tepat pukul 9 pagi dari awal hari pertama kerja dahulu. Patut dan elok sangat lah jugak saya tidak pernah mencari rezeki dan bekerja dengan orang lain melainkan dengan bapa sendiri. Sememangnya bakal mencetuskan kontroversi kau. Biar lah orang cakap tak cukup pengalaman pon tak mengapa, asalkan aku bahagia macam sekarang. Dari menderita dalam hati. Eh kecoh.
Bila dad minta tolong, saya sangat menjadi berat hati nak mengatakan tidak. Dad sebenarnye sangat tidak kisah kalau saya nak bekerja sepenuh masa atau separuh masa atau apa sahaja mengikut kepala saya sendiri yang macam air pasang pagi. Dia faham. Sangat sangat faham. Sebab kami sememangnya mempunyai unsur kefahaman yang hampir serupa. Tapi bila dia tak sihat dan minta pertolongan saya yang tak seberapa itu, tengah tido lena pon saya sanggup bangun menonong bergegas ke pejabat demi dia. Walaupon seharian dah macam zombie kampung pisang kekdahnye.
Dad cakap kalau semua dah siap nanti dia bagi saya extra upah. Iyer. Upah yang umpama magic itu. Saya cakap tak payah susah susah, cukuplah sekadar bawa saya ke Bandung sebelum puasa pon dah boley mengembirakan hati anakanda ini. Tapi kalau masih berdegil nak bagi yang lain jugak saya memang tak mampu menolak. Kah kah kah. Panjang umur murah rezeki lah hendaknya.
Btw, saya rasa sangat teruja membaca news setiap hari sejak kebelakangan ini. Kau teruja tidak? Banyak sangat propaganda yang sudah terang lagi bersuluh. Kan kan kan? Provokasi apenya lagi pun tak tahu lah. Letih dah mak. Dalam hati tak habis habis aku mengeji mereka dan sekutu kutu mereka. Dalam hati aje lah. Kau ingat aku berani sangat nak keji kat luar. Lain lah kalau ader speaker's corner macam kat London tu.
Okay lah. Taknak komen panjang panjang pasal politik yang sememangnya menjengkelkan aku. Moral of cerita, jangan lalai letak barang merata tempat yer nokz :)
Weekend nak pegi makan nasi kandaq beratur! Best best. Sapa nak ikut holler holler lah saya. Mood tengah suci bersih sangat sekarang. Heh Heh.
Cheers!
Winks&Smiles!
No comments:
Post a Comment