Wednesday, September 28, 2011

Chef datang lagi!

Bakhlava yang besaq bagak sungguh kat Harbour Town. Kalau kat sini kecik chumel, tak puas makan.


Kejadian memasak menjadi jadi di kediaman kami. Pagi petang nak masak aje. Makan luar? Eh jemu lah. Apesal engkau malas masak sangat neh?? Hahahaha. Macam nak pangg aje kan.

Makan makan di pagi hari. Sangat simple tapi sedap mengikut tekak ku lah. Tuscan mushroom, baby tomatoes, onion dan garlic. Goreng begitu aje dengan sedikit butter. Nomnomnom! Yang lain sebagai tambahan, citarasa masing masing lah. Kalau saya begini aje pon sudah buleh bernyanyi girang kesedapan.

Makan makan di petang hari. Teringin hendak memakan nasi lemak tumis, sambal goreng, telur rebus dan ayam berempah. Makan sampai licin sambil puji puji dalam hati. Sambil masak, sambil bertanyakan recipe dengan mom, maklum lah pertama kali kalau buat nasi lemak tumis cengini. Kira lulus lah sebab hubby tersangat suka.

Agak agak buleh dapat upah besar besaran tak nanti wahai darlingku idaman qolbu?

Ha ha ha

winks&smiles!

Monday, September 26, 2011

Random di hujung bulan

Nampak tak muka bangga lain macam sebab pakai tshirt ostolia di surfers paradise. Heh heh. Hubby tak suka pakai tshirt cengitu. Dia cakap kenape nak banggakan sangat kalau negara omputih bagai neh? Unlike me yang eheMM, eheMM.. pantang tengok mat salls. Semuanye elok belaka. Semuanye comel belaka. Dah sungguh kan. Walaupon tahu hakikatnye, dioarang mandi pon tak selalu. Tandas pon banyak kertas tissues aje. Ha ha ha. Tapi kalau di mata aku, semuanye indah belaka nokzz..

1. Kehidupan kembali ke bentuk asal kejadian insani selepas pulang dari bercuti. Terapi minda lah katakan. Happy kah? Alhamdulillah tersangat gumbira. Banyak kerja rumahntangga yang perlu di siapkan setiap hari seperti biasa bila dah balik. Bangun pagi, sedia makan minum sarapan untuk suami, sarapan sama sama, hantar suami sampai ke muka pintu bukan muka pengadilan hokeyy, peluk peluk sayang sayang, lambai tangan sampai suami hilang di mata di hati jangan. Kemas rumah, memasak dan tunggu kepulangan suami macam orang gila bayang mentengok jam setiap masa. Banggakah menjadi suri rumah dan tangga sepenuh masa begini? Kurang kurangnya aku surirumah berijazah pengurusan dan anthropology. Cuma sekarang etika itu mungkin perlu ditukarkan kepada menyukat rumahtangga dan sains bersosial suami isteri. Ha ha ha Kau ingat senang nak dapat ciri ciri cengitu? Walaupon hakikatnye dad hingga ke saat ini agak kurang sikit berkenan di hati akan status ku itu :) Takpe dad, semoga Allah murahkan saya rezeki dan pahala sebab mendahulukan suami dan keluarga. Lagipon dulu bukannye aku bekerja dengan orang pon, dengan bapak sendiri jugak.

2.Saya baru mendapat perkabaran tentang ibubapa yang merancang untuk mengerjakan umrah pada awal tahun hadapan. Semoga lepas nih giliran kami pulak ke tanah suci jika diberi kesempatan, Insyaallah. Saya aje yang belum menjejakkan kaki ke sana, suami sudah pernah ke sana bersama keluarga sebelum kami berkahwin dulu. Ibu mertua pula bakal mengerjakan haji tak lama lagi. Mudah mudahan semuanye selamat pergi dan kembali nanti.

3. Kembali mengumpul dana dan tabung kewangan diri sendiri macam tiada hari esok kekdahnye. Dalam sibuk sibuk kumpul duit, baru perasan yang kami ada lagi dua destinasi cuti cuti tak buleh blah untuk tahun nih. Mampuih. Hutang dengan suami masa kat ostolia pun tak habis bayar lagi. Korek lobang tutup lobang aje lah kerja aku sekarang. Nak buat macam mana, hutang keliling pinggang. Dengan dad lagi lah tak terkira hutang. Hahahahaha. Keluar kau sekarang! Tapi kali nih kiter pegi yang dekat dekat aje. Itu pon ticket dah dibeli awal tahun dulu, sebab tengah promosi masa tuh. Kira kalau tak pegi pon takde lah rasa rugi apa apa sangat.

4. Minggu depan adelah first appointment cik puan besaq dengan orthodhontist. Kecut perot aku dah macam asam kecut. Harap harap Allah berikan aku kekuatan untuk menempuhi segala galanye nanti. Memandangkan sudah setahun lebih saya asyik bertagak tagak aje. Kali neh mesti pergi dengan bermaruah takde ngelat ngelat lagi. Jangan berani cakap macam pahlawan aje kan.

5. Minggu ini akan cuba sedaya upaya untuk memasak dengan lebih banyak lagi di rumah macam isteri isteri yang baik bersih dan suci. Hubby cakap kalau buleh memasak sampai hari jumaat di rumah, weekend akan mendapat hadiah kecil kecilan. Maka gigih lah haku membeli stok grocery dan makanan keperluan yang lain semalam sampai penuh trolley. Sebenarnye bukan lah sebab hadiah sangat pon, tapi lebih menjurus untuk menge-test kemampuan dan tahap kerajinan diri sendiri. Kalau nak bagi jugak hadiah, tak mampu nak tolak lah kan, memang buleh dibawa berbincang nanti.

6. Pagi sabtu lepas telah berlaku kejadian aneh di waktu pagi di dalam bilik sewaktu membuka closet. Baru sedar rupa rupanye aku ade 15 bijik wangi wangian yang baru. Terkesima kejap macam tak caya. Satu aje yang sempat bukak, yang lain elok aje beratur dalam kotak lagi. Sampai terduduk kat situ tak tahu nak pakai yang mana dulu. Tamak sangat kan. Tapi bukan aku beli semuanye pon, ada yang mom hadiah, ada yang suami beli, ada jugak yang aku beli saje saje sebab kesian kat orang yang bagi aku test perfume free kat mall itu. Ha ha ha. Serious. Hubby cakap kalau aku beli sebijik lagi perfume, memang dia nak bagi aku minum tiap tiap pagi sampai habis semuanye nanti. Ade ke patut nak mencederakan isteri yang baik budi sebegini? Ampon suami. Kat GC hari tu pon terbeli jugak lagi. Tapi sebijik dua nak bagi hadiah dekat mom dan mertua nanti. Kira okay lah kan..

7. Syawal dah nak berakhir lagi beberapa hari aje. Kueh raya dah tinggal saki baki dalam balang. Tak buat pon open houase besar besaran kat rumah kami, cukup lah dah raikan kat penang hari tu sampai penuh rumah. Cuma bercadang mahu makan makan dengan rakan taulan yang rapat aje. Masak sikit sikit buleh lah. Maklumlah tenaga sangat diperlukan sejak dua menjak ini. Pertukaran hormone bakal berlaku tak lama lagi. So kena simpan tenaga untuk masa depan.

8. Beli kat ostolia nokzz. Tatau nak buat ape dengan dollar yang tinggal saki baki itu, sebab malas nak bawak balik, bukan banyak sangat pon, maka pegi centro cari barang dapur yang agak agak lain dari yang lain. Ha ha. Buat kenangan, entah bila nak balik Aussie lagi. Cheh.

9. Sangat sexcited bila tengok preview Twilight Saga : Breaking Down part 1. Mengira detik aje untuk sama sama mentengok vampire handsome itu sekali lagi di gsc, nov 24th nanti. Maigod, si hantu cengkung itu jugak yang menjadi pojaan hati ku.

10. Entry bakal tamat. Mahu bersembang sembang dengan ibubapa di alam maya sebentar lagi.

Okbye.

Thursday, September 22, 2011

Halo Gold Cost yang sangat cantik!



:Amaran :

Ini adelah entry luarbiasa ganas. Ketatkan tali keledar masing masing, blogger akan membawa anda ke dunia fantasi suka hati kepala otak dia aje selepas nih. Kalau rasa rasa tak buleh tahan dan kurang daya kesanggupan serta toleransi, pendaratan kecemasan adelah mungkin menjadi keperluan.

Baiklah.

Wet and Wild. Ape lagi terkekeh kekeh aku gelak sorang sorang sambil menaip. Tempat ape bunyik sampai sebegitu rupa? Library kah? museum kah? Ataupon disko kah? Astagfirullah. Jauh kan lah kaki dan nawaitu kami ke tempat yang terakhir itu. Cukup lah bergembira di dunia yang fana ini. Lagipon, berani kah kau nak masuk disko cik puan? Nak kena lempang bertubi tubi cuba lah kalau berani sangat. Ha ha ha ha

Ketawa comel lagi..

Wet and wild ini terletak bersebelahan aje dengan Warner Bros. Tapi kalau berjalan kaki lunyai lah jugak kasut baru aku hari tu. Memandangkan tak ade bus yang akan berpatah balik ke situ (sebab kami ke movie world dulu baru ke wet and wild) maka, gasak lah jugak kami berjalan ke sana. Tapi ramai orang yang berjalan kaki macam takde ape hal pon, kau aje yang banyak bunyik. Cuaca sangat panas dan berangin. Sejuk sejuk panas. Sangat tak sedap kepada tubun badan.


Jelmaan siapekah itu? Walaupon hanya sekadar bayangan, tapi kemanisan itu tetap ada. Nak buat macam mana kalau dah blog sendiri kan, harus sarat dengan pujian barbakul bakul. Sekali tengok macam iklan musafir di padang pasir kau!

Pertama kali sebenarnye saya ke water theme park nih. Walaupon duduk KL bertahun tahun, sunway lagoon pon aku tak penah jejak walaupon sekali. Ish malu sungguh. Susah payah menyukat theme park sampai ke gold coast, kat tempat sendiri pi mai pi mai tak singgah pon. Tapi kalau Sunway pyramid, tak terbilang lah banyak kali aku pegi hadap tiap tiap bulan. Walaupon nak makan froyo aje, tetap sanggup sampai ke sana nokz. Alasannye froyo kat solaris tu rasa tak sama. Lesing kang budak nih. Suami mesti cakap cengitu dalam hati.

Cepat lah cerita cerekarama basah dan ganas itu. Sabar sabar, dengan keadaan firefox yang kadangkala membuat onar sejak kebelakangan ini, maka untuk meng-upload gambar memerlukan kesabaran yang tinggi umpama sedang menjaga 5 orang anak. Motif nak anak sampai 5 kenape cik puan? Hahahaha. Rezeki Allah nak bagi, kami terima. Ha ha. Gelak comel lagi. Kan.




Nampak tidak? Aksi aksi ngeri berani mati kami itu? Mesti lah tak nampak sebab kalau memasuki ke kawasan mandi dan permainan nih semua, memang dilarang membawa camera. Tapi jangan risau, kamu sekalian tak terlepas apa apa aksi ganas dari aku pon. Hahahahah! Suami aje yang berani mencuba ular hijau kuning merah tu semua. Saya, setakat bermandi manda di pool sambil di hempap ombak tipu itu berani lah aku. Kalau nak suruh panjat tinggi tinggi lepas tu merelakan diri dilongsori oleh ular itu adelah sesuatu yang paling mustahil untuk aku buat sorang sorang. Lain la kalau buleh gelongsor berdua duaan. Hahahaha. Nampak tidak ciri ciri bergandingan bahu di situ? Nih tidak, naik kena sorang sorang, terjun pon nak sorang sorang jugak umpama rasa nak membunuh diri sendiri hokeyyy.

Baik aku duduk makan biskut sambil cuci mata tengok mat sals hensem lagi sedap. Kahkahkah! Nak kena nih, main banyak sangat kan kau!!


Bukti sedang dikantoi-kan oleh suami sendiri. Hahahaaa..



Oh darling, i takut sangat. Peluk lah i, janji pada i u takkan tinggalkan i lagi. Cheh. Mari kite log out kawan kawan. Boring lah baca blog pompuan nih. Kau ade cengini?? Takde kan.


Orang lain sibuk bermandi manda tak ingat donia, korang sibuk bercengkerama siang siang buta. Paling best bila kat negara omputih nih adelah takde manusia manusia kepoh tak buleh blah. Lega hidup aku!


Masa nih ade lagu Rolling in the deep, Adele. Kami pon nyanyi sama sama pastu sambil posing posing manja. Ku gembira di sampingmu. Tiap waktu disayangi. Ku dibelai dan dimanja..Dengan kasih mu yang suci... Laaaaa??? Tadi kata lagu Adele? Apesal kuar lagi nih pulak? Hahahahaha.. Tak paham hakuuu.


Masa nih baru lepas men-terjunkan diri di dalam air yang sejuk nak mampos. Mengigil gigil kesejukan walaupon kat luar cuaca panas. First time saya pakai muslimah swimming wear itu, cuma saya gantikan topi dia dengan scarf lycra. Lilit lah aku kat dalam tandas dengan penuh kesungguhan sebab nak pakai jugak swimming wear kan. Dalam ramai ramai manusia kat situ, ade dua orang yang aku jumpa berpakai muslimah sangat macam aku jugak. Okay lah kan, sape cakap fesyen muslimah hanya terhad, kena pandai gaya kan aje macam cik puan besaq itu. Ha ha ha


Bidan terjun. Terjun dalam pool pon nak pakai sunglass sebab takut paparazzi curik gambar. Tup tup memang dapat pon gambar kat dia. Legam nye tangan ngan muka aku lepas balik dari situ. Walaupon sebelum tu memang gigih kitaorang tonyoh muka masing masing dengan sunblock. Nak tanning sangat kononnye.. hambek kau. Oooh kopi susu!


Saya rindukan kehidupan sebegini. Cheh. Pegi pon beberape hari cuma, ada hati nak merealitikan mimpi yang tak seberapa. Oh sadis! Masa nih giliran hubby terjun menghadap ombak ganas buatan manusia itu, saya dah tak tahan kesejukan lantas menjemurkan diri sendiri di situ. Lagipon kaki dan tersangat sangat sengal akibat berkaki ayam aje ke sana sini dalam theme park sebab nak macam omputih jugak. Maka tersadai lah cik puan di situ sambil mencuci mata. Againnnn??? Eh????



Balik surfers paradise..apa lagi, singgah beach lah. Jemu? Tentu nye tidak. Tunggu sunset yang sangat cantik itu. Lepas tu balik bilik, rehat rehat kejap. Malamnye kami keluar ronda ronda cari souvenir di Hard Rock pula. Hard Rock hanyalah beberapa langkah aje dari hotel kami.


antara permandangan surfers paradise di malam hari..


Okay sudah, masing masing jangan nak gelak gerudi kat sini.

winks&smiles!

Wednesday, September 21, 2011

Jet lag katanye..

Hari yang kelam. Cuaca yang mendung, perot menjadi lapar memanjang umpama perempuan sedang mengandung. Eh apa kau merapu nih sash?

Perbuatan memasak adelah sudah lama dilupakan di kediaman kami. Tapi hari ini periuk belanga kembali berkicauan. Bangun awal seperti biasa, tapi yang luar biasa nye aku tidak tido kembali. Hoh? magic kan. Maka jenguk lah di dalam fridge saki baki makanan yang ada. Ha ha ha. Apesal kedengaran janggal bebenor bila buat ayat cengitu. Dengan kesuraman hati akibat merindui surfers paradise dan yang paling penting merindui kehidupan goyang kaki tangan macam cik puan besaq, saya pon menggagahi umpama pahlawan yang gagah pergi berjuang di dapur. Menumis bagai itu ini, sampai suami terbersin bersin di dalam tidurnya. Ha ha ha

Maka.. tadaaaaaaaaaaaaaa.....

..
..
..
..
..
..
..
..

..



Halo semua. Nama saya sup ayam surfers paradise yang paling sedap di dunia. Kah kah kah


Macam tak buleh blah sangat kan jet lag aku. Kau penah rasa begitu tak?

Sekian.

Monday, September 19, 2011

Bila hujan diamond di negara orang..

Halo Halo!

Selamat siang kuala lumpur yang sangat panas!

Beli vip unlimited access untuk tiga theme parks sekaligus. Currumbin Wildlife punye ticket tercicir nak beli masa neh sebab ingatkan tak nak pegi, jadi tak pasal pasal kerugian 20aud sorang bila beli kat kaunter di situ. Vip access nih buleh guna sampai 2012 okeh. Tak rugi. Oh ye ke? Apekah makna semua neh?? Apekah ?? Hahaha!!

Laa.. keluar lagi entry obersee. Boring kah? Boring kah? Eh saya mana boring. Selagi nyawa di kandung badan, kalau ajak pegi jenjalan sumpah tak penah boring. Kalau boring adelah jika kena keluar duit sendiri. Ekceli saya pon tak ingat bila kali terakhir aku kuarkan duit simpanan sendiri untuk belanja suami makan makan jauh sekali jalan jalan. Ha ha. Kuar kau sekarang!

Dengan vip card itu, kami telah bersoka ria di Warner Bros. Movie World, Wet and Wild dan Sea World. Dan Currumbin WildLife Sanctuary pon kitaorang pegi jugak sebab semata mata nak bermain main dengan kangaroo dan koala. Ya Allah comelnya haiwan haiwan tersebut. Macam nak peluk peluk tak nak lepas.

Cik puan tengah membuat onar di pekan cowboy- Warner.Bros

Masa jalan jalan lagi, terjumpa pulak kenkawan lama. Maka kami pon menjadi sedikit hyper setelah sekian lama tidak bersua. Comel sangat kan! Nak nak yang paling tengah tuh.

Movie World yang sangat giler best. Tapi bukannye aku berani nak ride roller coaster itu pon. Tengok dari jauh pon buleh berguguran jantung aku hokkeyy. Upah beribu aud pon belom tentu mak sanggup nokzz. Biarlah aku pulang dengan bermaruah sebelom orang lain yang mengusung aku keluar. Hahahahaa

Tetap nak posing ala Kardashians nokz. Di sea world naik lah jugak Skyway, main Viking yang macam nak mampos menakutkan itu, tengok poala bear, bercanda dengan dolphin, makan rainbow ice cream dan macam macam lagi lah.

Dapat makan ice cream yang paling cute sebab ade baby fish kat atas dia. Sayang sangat nak makan. Tapi habis jugak, sampai dua kali aku pegi hadap. Puas hati sebab kat KL takde cengitu.

Viking. Mula mula nampak macam okay aje. Bila dah turun meluncur ke bawah dari ketinggian yang tak sempat sempat aku ukur, segala khazanah carutan keluar lancar dari mulut aku. Hahahaha. Hambek engkau nak sangat paksa aku naik.

Lepas main main manja kat sana, ape lagi.. mengupahkan diri sendiri adelah menjadi keperluan.

Baru tau yang celebrity perfumes amat murah di Gold Coast. Yang takde kat Malaysia pon buleh jumpe kat sana umpama bersepah sepah aje. Naseb baik kat epot tak kantoi, lepas semua barang barang yang kami angkot balik.


First day sampai sana terus pegi Harbour Town. Menghadiahi diri sendiri ape yang patot. Dan membeli belah sedikit untuk ibubapa juga. Memang murah dan berbaloi barang barang kat sana. Maklum lah kebanyakannye factory outlet. Tapi diaorang tutup awal, kalau sampai malam lagi banyak onar yang kami buat.

4AUD aje. Geram sangat nengok bulu roo-roo neh. Beli kat nite market surfers paradise itu. Tak banyak sangat gerai yang ada malam tuh, diaorang cakap lagi ramai kalau hujung minggu. Tak pe lah, nanti nanti kita pegi yang hujung minggu punye pulak ye. Hubby cakap tak payah nak verrangan, hujung minggu buleh pegi pasar malam TTDI pon takpe. Ha ha ha. Potong betul lah dia nih.

Pegi Pacific Fair sebab nak mencari Origins Kebab, tapi tidak semena mena menghadiahkan diri sendiri dengan dua bijik hobo bag. Rupanye kat Ostolia masing masing berhobo bagai ke sana sini. Hubby tak suka sangat bag cengini, dia cakap kecik kenit buat ape. Eh dia tau ape kan?

Tiap tiap hari nak makan lamb kebab macam takde hari esok. Kami pegi Pacific Fair cadangnye sebab nak makan yang ini lah, namun wifey ter-shopping pulak. Maka tunggu lah hubby di situ sejam dua sambil menikmati kebabnye macam good-boy sangat. heh heh

Pacific Fair dari luar. Sangat besar, lebih luas dari 1U. Kat luar pulak bertaburan kedai dan supermarket. Masa nih dah pukul 5 petang, baru jalan jalan kat luar hari dah nak gelap. Tapi kedai kedai banyak lagi bukak, sebab tiap tiap hari Khamis memang diaorang akan tutup lewat. Ape lagi berfoya foya lah kami malam itu. Balik surfers paradise, perot menjadi kelaparan lagi. Rehat rehat kejap, keluar cari makanan untuk tekak pulak.


Seafood tomyam ala gold coast, butter seafood fried rice. Makan kat malaysian resto. Harga adelah sangat tidak berpatutan dengan rasa walaupon sepinggan buleh makan dua orang. Jadi tak payah lah menaruh harapan yang tinggi akan kesedapan itu jika dibandingkan makan di negara sendiri. Masa nih baru terkial kial bermimpi alangkah nikmatnye kalau dapat makan nasik kandaq ayam goreng seketol. Ha ha ha

Biarlah hujan white gold di negara sendiri. Tak mengapa. Yang penting white gold. Ha ha ha.

winks&smiles!

Saturday, September 17, 2011

Surfers Paradise yang mengujakan

Yuna sangat kah? Ha ha ha

Dari dalam flight, asyik asyik senyum sorang sorang, asyik asyik berangan sampai nak rak. Gelak lebar sampai ke telinga, eh tipu lah kan..mana buleh gelak sampai cengitu pulak. Nanti aku jadi terlebih cumel maka encik suami jugak yang susah kan. Punye lah sexcited tak hengat bila dah memasuki bumi Darwin lebih kurang pukul 2.15 pagi. Perjalanan kami bermula seawal pukul 5 petang dari KL, bersiap sedia segala gala terus ke airport untuk menghantar luggage aje sebab dah web checked in awal sehari sebelum tuh. Pertama kali sebenarnye kami menaiki AirAsia-X ke bumi Australia. Memang bukan flight cikai lah (itu yang aku mula mula rasa...hahaha, ampon kan daku uncle Tony!) Air Asia-X adelah flight pertama AirAsia yang terbang ke Aussie dan London.

Nasi lemak 45 hengget kau. Makan dari KL murah, tapi dari OZ ke KL yang mahal tak agak agak. Ostolia punye pasal, tak mengape nokz. Ha ha ha. Kalau naik AA neh, jangan harap nak makan free okeh dan bersenang lenang dalam kelas ape pon kau duduk. Air kosong pon kena bayar. Semua nye nak pakai duit. Tandas aje foc. Sejak bila aku pandai berkira kira neh?

Brisbane Airport. Lebih kurang pukul 7 pagi kami melintasi bandar Brisbane. Cuaca pon sangat cantik, suhu lebih kurang 17'c aje. Sepanjang minggu tuh tak hujan langsung, panas dan nyaman aje. Maka bersoka ria lah kami berdua bercanda di pantai dan lautan itu. Seronok sangat! Alhamdulillah dapat jugak merasa sampai ke Ostolia. Thank you wahai suami yang sangat berhati mulia membawa wifey yang mengejar impian tah ape ape itu.. Ha ha ha

Surfers Paradise wow! Masa nih dah melompat lompat girang! Ya Allah indahnye bumi Gold Coast nih. Tak sabar nak masuk hotel dan hadap laut puas puas.

Lebih kurang pukul 7.45 pagi, kami dah selesai semua urusan immi, luggage dan shuttle tix. Sangat cepat berbanding ape yang aku selalu baca dalam blog dan forum forum yang ramai mengatakan agak leceh sikit dekat airport neh, siap kena bukak bag bagai, dengan anjing yang menunggu sana sini, hmm macam macam lagi lah. Seriously takde langsung cengitu. Mungkin kami takde bawak barang barang makanan langsung kot. Memang takdenye nak memasak ke apa kat sana, jadi kami sepakat membawa diri sendiri berserta kain baju aje lah. Ha ha. Pukul 8 pagi kami dah berada dalam shuttle menuju ke hotel di Surfers Paradise, lebih kurang 40 minit dari Coolangatta.

Grand Chancellor Surfers Paradise. Sebelah aje dengan Hard Rock. Connected to Centro Supermarket. Jalan kaki aje ke pantai. Itu ciri yang paling penting. Yang lain tu tidak lah menjadi keutamaan bagi kami yang kaki laut ini :)

Ini adelah ruang legar rumah kami di OZ. Sila lah masuk jangan malu malu. Cheh. Tetap nak verrangan nokz.

Tingkat 27. Senasib dengan hotel hotel di negara omputih yang lain jugak, jangan harap lah dapat bilik seluas luasnye macam kat Malaysia walaupon berbintang bagai. Kalau nak hitung setiap dollar, musti rasa nak nanges jugak sikit, tapi memandangkan nak sangat jejaks ke ostolia, ada aku kesssaahhh? Ha ha ha. Ya allah, takmo takmo. Riak nye ayat. Bukan ape, kalau ke obersee, tak payah lah kau sibuk sibuk nak meng-convertkan matawang. Itu lah moral nye. Yang penting bilik sangat selesa untuk kami berdua, balcony yang menghadap ke pantai yang luas itu adelah cukup mengujakan. Cuma wifi kat sana semuanye berbayar walaupon di Starbucks dan tepi tepi tepi jalan. Maka kami beli jugak package wifi yang paling minimum sebab mana buleh hidup tanpa internet kan. Rasa macam kurang keupayaan diri aje nokz.

Halo from Miami??? Hahahaha. Cantiksss kan!! Telan air liur berkali kali bila pertama kali tengok. Lautnye sangat bersih, biru kehijauan. Banyak baby baby ketam bermain main di pantai. Oh itu adelah jiwa saya dan suami. Kami sangat cintakan lautan.

Dari bilik jugak buleh nampak hotel hotel yang seangkatan dengannye. Berlonggok longgok hotel kat surfers paradise neh, pilih aje yang mana berkenan. Bagi kami, grand chancellor adelah yang paling dekat dan senang untuk berulang alik berfoya foya.

Bangun aje tido, terus merayap pelan pelan ke balcony. Motif nak pelan pelan? Ha ha. Bukan ape, sejoks sampai ke tulang kalau pagi pagi kat sini. Nak jejak lantai pon buleh fikir 7 kali. Suka pandang ke laut yang biru dan sunrise di hening pagi. Rasa tenang sesangat. Bee, lets move to gold coast? Cheh. Ayat tak buleh blah sudah muncul kembali. Jeng je jeng.

5.45 am. Masyallah sangat indah!

First day bila sampai bilik aje, rehat rehat kejap. Bila dah hilang fening fening lalat itu, bersemangat kitaorang ke Harbour Town. Bershoppingan apa yang patut dan makan makan. Malam sebelum pulang ke hotel, sempat lepak lepak di surfers kejap cari souvenir untuk mom dan dad. Berlonggok jugak kedai yang berciri 30sx ke atas. Cuci mata lah kami. Yea lah nokz, takkan nak tutup mata pulaks, kang menonong haku mencari jalan pulang. Nak tak nak, hadap jugak lah sambil senyum sorang sorang. Heh heh

Ekceli banyak sangat cerita nak tulis tapi memandangkan keletihan dan kemengantukan yang terlampau, maka aktiviti penulisan terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Nanti esok esok kiter sambung cerita gold coast lagi sampai semua menjadi boring dan lunyai.


Pepagi buta dah merayap ke surfers paradise yang menjadi kecintaan kami itu.. Mula mula rasa mengigil jugak, tapi lama lama rasa nak tido dalam laut aje lah lagi best. Hahahahaha..

Baiklah. Tido sangat memerlukan aku sekarang. Confirmed.


Gudnite!

Babybabybaby Oooh!

Ade ciri ciri keibuan tidak? Comel! Hahahaha


Pelakon utama : Cik puan besar dan suami
Pelakon kanak kanak : Baby panda
Lokasi : Currumbin Wildlife, Gold Coast