Selamat siang kuala lumpur yang sangat panas!
Beli vip unlimited access untuk tiga theme parks sekaligus. Currumbin Wildlife punye ticket tercicir nak beli masa neh sebab ingatkan tak nak pegi, jadi tak pasal pasal kerugian 20aud sorang bila beli kat kaunter di situ. Vip access nih buleh guna sampai 2012 okeh. Tak rugi. Oh ye ke? Apekah makna semua neh?? Apekah ?? Hahaha!!
Laa.. keluar lagi entry obersee. Boring kah? Boring kah? Eh saya mana boring. Selagi nyawa di kandung badan, kalau ajak pegi jenjalan sumpah tak penah boring. Kalau boring adelah jika kena keluar duit sendiri. Ekceli saya pon tak ingat bila kali terakhir aku kuarkan duit simpanan sendiri untuk belanja suami makan makan jauh sekali jalan jalan. Ha ha. Kuar kau sekarang!
Dengan vip card itu, kami telah bersoka ria di Warner Bros. Movie World, Wet and Wild dan Sea World. Dan Currumbin WildLife Sanctuary pon kitaorang pegi jugak sebab semata mata nak bermain main dengan kangaroo dan koala. Ya Allah comelnya haiwan haiwan tersebut. Macam nak peluk peluk tak nak lepas.
Dengan vip card itu, kami telah bersoka ria di Warner Bros. Movie World, Wet and Wild dan Sea World. Dan Currumbin WildLife Sanctuary pon kitaorang pegi jugak sebab semata mata nak bermain main dengan kangaroo dan koala. Ya Allah comelnya haiwan haiwan tersebut. Macam nak peluk peluk tak nak lepas.
Masa jalan jalan lagi, terjumpa pulak kenkawan lama. Maka kami pon menjadi sedikit hyper setelah sekian lama tidak bersua. Comel sangat kan! Nak nak yang paling tengah tuh.
Movie World yang sangat giler best. Tapi bukannye aku berani nak ride roller coaster itu pon. Tengok dari jauh pon buleh berguguran jantung aku hokkeyy. Upah beribu aud pon belom tentu mak sanggup nokzz. Biarlah aku pulang dengan bermaruah sebelom orang lain yang mengusung aku keluar. Hahahahaa
Tetap nak posing ala Kardashians nokz. Di sea world naik lah jugak Skyway, main Viking yang macam nak mampos menakutkan itu, tengok poala bear, bercanda dengan dolphin, makan rainbow ice cream dan macam macam lagi lah.
Dapat makan ice cream yang paling cute sebab ade baby fish kat atas dia. Sayang sangat nak makan. Tapi habis jugak, sampai dua kali aku pegi hadap. Puas hati sebab kat KL takde cengitu.
Viking. Mula mula nampak macam okay aje. Bila dah turun meluncur ke bawah dari ketinggian yang tak sempat sempat aku ukur, segala khazanah carutan keluar lancar dari mulut aku. Hahahaha. Hambek engkau nak sangat paksa aku naik.
Baru tau yang celebrity perfumes amat murah di Gold Coast. Yang takde kat Malaysia pon buleh jumpe kat sana umpama bersepah sepah aje. Naseb baik kat epot tak kantoi, lepas semua barang barang yang kami angkot balik.
First day sampai sana terus pegi Harbour Town. Menghadiahi diri sendiri ape yang patot. Dan membeli belah sedikit untuk ibubapa juga. Memang murah dan berbaloi barang barang kat sana. Maklum lah kebanyakannye factory outlet. Tapi diaorang tutup awal, kalau sampai malam lagi banyak onar yang kami buat.
4AUD aje. Geram sangat nengok bulu roo-roo neh. Beli kat nite market surfers paradise itu. Tak banyak sangat gerai yang ada malam tuh, diaorang cakap lagi ramai kalau hujung minggu. Tak pe lah, nanti nanti kita pegi yang hujung minggu punye pulak ye. Hubby cakap tak payah nak verrangan, hujung minggu buleh pegi pasar malam TTDI pon takpe. Ha ha ha. Potong betul lah dia nih.
Pegi Pacific Fair sebab nak mencari Origins Kebab, tapi tidak semena mena menghadiahkan diri sendiri dengan dua bijik hobo bag. Rupanye kat Ostolia masing masing berhobo bagai ke sana sini. Hubby tak suka sangat bag cengini, dia cakap kecik kenit buat ape. Eh dia tau ape kan?
Tiap tiap hari nak makan lamb kebab macam takde hari esok. Kami pegi Pacific Fair cadangnye sebab nak makan yang ini lah, namun wifey ter-shopping pulak. Maka tunggu lah hubby di situ sejam dua sambil menikmati kebabnye macam good-boy sangat. heh heh
Pacific Fair dari luar. Sangat besar, lebih luas dari 1U. Kat luar pulak bertaburan kedai dan supermarket. Masa nih dah pukul 5 petang, baru jalan jalan kat luar hari dah nak gelap. Tapi kedai kedai banyak lagi bukak, sebab tiap tiap hari Khamis memang diaorang akan tutup lewat. Ape lagi berfoya foya lah kami malam itu. Balik surfers paradise, perot menjadi kelaparan lagi. Rehat rehat kejap, keluar cari makanan untuk tekak pulak.
Seafood tomyam ala gold coast, butter seafood fried rice. Makan kat malaysian resto. Harga adelah sangat tidak berpatutan dengan rasa walaupon sepinggan buleh makan dua orang. Jadi tak payah lah menaruh harapan yang tinggi akan kesedapan itu jika dibandingkan makan di negara sendiri. Masa nih baru terkial kial bermimpi alangkah nikmatnye kalau dapat makan nasik kandaq ayam goreng seketol. Ha ha ha
Biarlah hujan white gold di negara sendiri. Tak mengapa. Yang penting white gold. Ha ha ha.
winks&smiles!
No comments:
Post a Comment