Nampak tak muka bangga lain macam sebab pakai tshirt ostolia di surfers paradise. Heh heh. Hubby tak suka pakai tshirt cengitu. Dia cakap kenape nak banggakan sangat kalau negara omputih bagai neh? Unlike me yang eheMM, eheMM.. pantang tengok mat salls. Semuanye elok belaka. Semuanye comel belaka. Dah sungguh kan. Walaupon tahu hakikatnye, dioarang mandi pon tak selalu. Tandas pon banyak kertas tissues aje. Ha ha ha. Tapi kalau di mata aku, semuanye indah belaka nokzz..
1. Kehidupan kembali ke bentuk asal kejadian insani selepas pulang dari bercuti. Terapi minda lah katakan. Happy kah? Alhamdulillah tersangat gumbira. Banyak kerja rumahntangga yang perlu di siapkan setiap hari seperti biasa bila dah balik. Bangun pagi, sedia makan minum sarapan untuk suami, sarapan sama sama, hantar suami sampai ke muka pintu bukan muka pengadilan hokeyy, peluk peluk sayang sayang, lambai tangan sampai suami hilang di mata di hati jangan. Kemas rumah, memasak dan tunggu kepulangan suami macam orang gila bayang mentengok jam setiap masa. Banggakah menjadi suri rumah dan tangga sepenuh masa begini? Kurang kurangnya aku surirumah berijazah pengurusan dan anthropology. Cuma sekarang etika itu mungkin perlu ditukarkan kepada menyukat rumahtangga dan sains bersosial suami isteri. Ha ha ha Kau ingat senang nak dapat ciri ciri cengitu? Walaupon hakikatnye dad hingga ke saat ini agak kurang sikit berkenan di hati akan status ku itu :) Takpe dad, semoga Allah murahkan saya rezeki dan pahala sebab mendahulukan suami dan keluarga. Lagipon dulu bukannye aku bekerja dengan orang pon, dengan bapak sendiri jugak.
2.Saya baru mendapat perkabaran tentang ibubapa yang merancang untuk mengerjakan umrah pada awal tahun hadapan. Semoga lepas nih giliran kami pulak ke tanah suci jika diberi kesempatan, Insyaallah. Saya aje yang belum menjejakkan kaki ke sana, suami sudah pernah ke sana bersama keluarga sebelum kami berkahwin dulu. Ibu mertua pula bakal mengerjakan haji tak lama lagi. Mudah mudahan semuanye selamat pergi dan kembali nanti.
3. Kembali mengumpul dana dan tabung kewangan diri sendiri macam tiada hari esok kekdahnye. Dalam sibuk sibuk kumpul duit, baru perasan yang kami ada lagi dua destinasi cuti cuti tak buleh blah untuk tahun nih. Mampuih. Hutang dengan suami masa kat ostolia pun tak habis bayar lagi. Korek lobang tutup lobang aje lah kerja aku sekarang. Nak buat macam mana, hutang keliling pinggang. Dengan dad lagi lah tak terkira hutang. Hahahahaha. Keluar kau sekarang! Tapi kali nih kiter pegi yang dekat dekat aje. Itu pon ticket dah dibeli awal tahun dulu, sebab tengah promosi masa tuh. Kira kalau tak pegi pon takde lah rasa rugi apa apa sangat.
4. Minggu depan adelah first appointment cik puan besaq dengan orthodhontist. Kecut perot aku dah macam asam kecut. Harap harap Allah berikan aku kekuatan untuk menempuhi segala galanye nanti. Memandangkan sudah setahun lebih saya asyik bertagak tagak aje. Kali neh mesti pergi dengan bermaruah takde ngelat ngelat lagi. Jangan berani cakap macam pahlawan aje kan.
5. Minggu ini akan cuba sedaya upaya untuk memasak dengan lebih banyak lagi di rumah macam isteri isteri yang baik bersih dan suci. Hubby cakap kalau buleh memasak sampai hari jumaat di rumah, weekend akan mendapat hadiah kecil kecilan. Maka gigih lah haku membeli stok grocery dan makanan keperluan yang lain semalam sampai penuh trolley. Sebenarnye bukan lah sebab hadiah sangat pon, tapi lebih menjurus untuk menge-test kemampuan dan tahap kerajinan diri sendiri. Kalau nak bagi jugak hadiah, tak mampu nak tolak lah kan, memang buleh dibawa berbincang nanti.
6. Pagi sabtu lepas telah berlaku kejadian aneh di waktu pagi di dalam bilik sewaktu membuka closet. Baru sedar rupa rupanye aku ade 15 bijik wangi wangian yang baru. Terkesima kejap macam tak caya. Satu aje yang sempat bukak, yang lain elok aje beratur dalam kotak lagi. Sampai terduduk kat situ tak tahu nak pakai yang mana dulu. Tamak sangat kan. Tapi bukan aku beli semuanye pon, ada yang mom hadiah, ada yang suami beli, ada jugak yang aku beli saje saje sebab kesian kat orang yang bagi aku test perfume free kat mall itu. Ha ha ha. Serious. Hubby cakap kalau aku beli sebijik lagi perfume, memang dia nak bagi aku minum tiap tiap pagi sampai habis semuanye nanti. Ade ke patut nak mencederakan isteri yang baik budi sebegini? Ampon suami. Kat GC hari tu pon terbeli jugak lagi. Tapi sebijik dua nak bagi hadiah dekat mom dan mertua nanti. Kira okay lah kan..
7. Syawal dah nak berakhir lagi beberapa hari aje. Kueh raya dah tinggal saki baki dalam balang. Tak buat pon open houase besar besaran kat rumah kami, cukup lah dah raikan kat penang hari tu sampai penuh rumah. Cuma bercadang mahu makan makan dengan rakan taulan yang rapat aje. Masak sikit sikit buleh lah. Maklumlah tenaga sangat diperlukan sejak dua menjak ini. Pertukaran hormone bakal berlaku tak lama lagi. So kena simpan tenaga untuk masa depan.
8. Beli kat ostolia nokzz. Tatau nak buat ape dengan dollar yang tinggal saki baki itu, sebab malas nak bawak balik, bukan banyak sangat pon, maka pegi centro cari barang dapur yang agak agak lain dari yang lain. Ha ha. Buat kenangan, entah bila nak balik Aussie lagi. Cheh.
9. Sangat sexcited bila tengok preview Twilight Saga : Breaking Down part 1. Mengira detik aje untuk sama sama mentengok vampire handsome itu sekali lagi di gsc, nov 24th nanti. Maigod, si hantu cengkung itu jugak yang menjadi pojaan hati ku.
10. Entry bakal tamat. Mahu bersembang sembang dengan ibubapa di alam maya sebentar lagi.
Okbye.
Seronok baca cerita u kat 'ostolia' ni:) Kelakar, Iman n I also stayed at the Courtyard Marriot sebelah HRC tu during our first visit, then Legend n Circle on Cavill. Family vacation, we stayed at Chevron Renaissance n riverfront hse. I still rasa Courtyard was one of the best, sangat convenient (masa tu belum ada Circle on Cavill), kitchenette pun ada. U mcm I, jumpa brg2 dapur yg pelik, mesti nak beli. Even milo dia pun best (gara2 Iman masa tu kiasu milo n ours kena confiscated kat epot), Village Grocers kat Bangsar Village sini pun ada jual. So, where to next?
ReplyDeletewow chevron tu canteks kan doc. i tengok dari tepi tepi jalan aje laa.. hee! i suka masuk supermarket diaorang, pastu feelin feelin mcm nak beli brg dapur lah kan. laa..tak abis berangan lagi rupenye :D
ReplyDeletenext stop, alaa cikai cikai aje doc.. cuti cuti malaysia dan cuti cuti indon. hahahahah. tix sgt murah, beli dah lama. tp hubby busy pulak, tak sure lah dia nak pegi ke tidak nnt :)
Haha, sama la kita ni, berangan tak habis2 :) Post la lagi gambar2 kat sana, seronok tgk.
ReplyDelete