Tuesday, December 18, 2012

Bukan entry luarbiasa


Terima kasih dua ribu dua belas kerana memberikan kami kemanisan dan kepahitan. Terima kasih juga di atas pengalaman, kecintaan, kekosongan, kerinduan, ececeh eh tak, bukan salah belog pon, memang ini belog cik puan besaq. Kahkahkah. Awat intro macam gitu kot?

Sekarang aku lebih menjadi self centered. Malas nak layan orang lebih lebih. Layan setakat ala ala cukup. Yang memberikan kepentingan takpe, yang memberikan sakit hati dan pembuangan masa seperti sia sia maka adelah tak payah. Selfish begini kadangkala juga perlu dalam kehidupan di zaman sekarang. Sebab tahun ini banyak mengajar aku untuk menjadi seperti itu adelah lebih baik dari sibok nak menjaga hati orang begitu begini.

Sebenarnya tak sabar nak menunggu kedatangan 2013. Bukan lah ade kejutan yang luarbiasa pon dalam kehidupan, cuma benda kecil buleh rasa besar dan hebat bila hati tengah gembira, kepala dah tidak berfikir benda benda yang melelahkan maka hidup perlu diteruskan walau apa pon yang terjadi. Melainkan, perkara yang diluar kemampuan kita, minta lah pertolongan dengan Allah.

I rasa, Ini adelah entry yang terakhir untuk tahun ini. Tak nak tulis panjang panjang sebab semangat balik kampung tengah berkobar kobar mengatasi segalanya. Masak pon sudah jarang maklumlah keluarga semua tengah bermaharajalela di rumah dan pastinya aku sebok menuntut kasih sayang extra dari mereka. Maka memang patutlah belog dan ipad sudah sedikit terabai buat masa sekarang.

Makanan yang menjadi cita cita aku pada tahun baru ini adelah seperti berikut ( tetibe pulak )

1.Cendol pulut

2.Pulut durian

Kahkahkah! apesal dua dua kena ada pulut memang payah mak nak jawab. Sebab aku memang jenis pemakan pulut yang tegar. Lepas makan rasa menyesal macam nak gila, sia sia tak ambik carbo seminggu, kalau sekali tibai pulut bermangkok mangkok. Kan?

Sekarang berat sudah meningkat menjadi 49.79 kilo. Sumpah tak tipu, aku pon heran apesal buleh mencanak naik begitu. Aku perasan dia ni meningkat sejak aku minum apple vinegar, mak aaih. Orang lain minum buleh turun berat, apesal kau naik berkilo kilo nih? Kahkahkahkah. Ker vinegar tu dicampur dengan gula membuatkan aku menjadi berat gula? Hahahahaha ni macam statement paling sakai yang penah aku tulis kot. Tolong lah sash.

Tapi The Other Half merupakan jejaka yang paling gembira sebab berat aku naik. Dia cakap dad pernah tanya dia apesal aku kurus masa balik penang dulu. Kahkahkah. Maksud dad adelah dia takut aku diet sebab aku penah kena gastric teruk dulu, itu aje pon. Tapi sang suami merasa sedikit cemas dengan soalan tersebut. Lantas disogoknya aku dengan nasi kandar Kayu di damansara beberapa kali seminggu. Itu lah puncanya aku gigih cari Apple Vinegar jugak ( selain untuk fertility katanya ) sebab takut badan menampung terlebih acid. Kahkahkahkah. Gila bosan dia ni.

Okay bertenang.

Tak kisah lah gemuk ke kurus ke, muka macam sukun benyek ke janji hati kita senang. Kalau lawa persis mentari bersinar di ufuk timur pon, lara hati memanjang pon buat apa. Baik jadi muka sukun benyek lagi baguih kot. Heeee  ^__^

Selamat Tahun Baru kesayanganku. Maaf kalau terkasar bahasa, tercarut lebih kurang, terlawak terlepas pandang adelah memang tidak disengajakan langsung. Fahamilah belog ini adelah berunsur santai, tidak bermotifkan apa apa dan menjadikannya bercirikan sesuatu adelah tak nak. Hahahaha. Alaaa you know me kan :S



Kata kata manis untuk semua :)


Wednesday, December 5, 2012

In Syaa Allah Kalau Ada Rezeki

Halo semua. Ala macam cliche. Bohsan.

Sekali lagi.

Ohai darls! 

Bila bangun pagi dan mendapat perkabaran gembira dari suami adelah membuat sepanjang pagi kamu ceria sampai hangit sausage di kuali. Macam omaigod sangat?

Cerita ceria tang mana pulak neh? Biarlah dia menjadi sentimental value antara kami suami isteri dahulu. Sampai masanye akan kita bincangkan bersama. Ewah. Mintak penampar sangat kot? Kahkahkahkah!! Okay okay jangan nak jeng je jeng sangat. Sila lah abaikan demi kebaikan kita.

1. Sekarang sudah penghujung tahun. Bila selak selak balik kejadian yang berlaku di tahun ini, Alhamdulillah kebanyakkannya yang indah dan menyenangkan, despite few hiccups here and there biasalah takkan smooth aje sepanjang masa kot, so tak payah tipu. Semua orang tentu ada dugaan dan masalah masing masing, jadik pandai pandai lah nak uruskannya, takkan nak melalak macam takde iman aje sepanjang hidup kan. Jadik ambik lah yang baik baik aje jadikan iktibar. Yang buruk hodoh tak payahlah bawak sampai ke tahun baru, buat sesak nafas aje kot. Fikirkan yang positif, yang buleh membawa kegembiraan berkekalan contohnya perbincangan berkaitan hollymoon pada masa depan. Contoh tu contoh. Ha ha. Ikutlah jiwa raga uols, kalau aku itu aje dah cukup buat kegedikkan sampai ke bintang. Terus lupa duka nestapa yang menimpa.

2. Tahu tidak, sekarang kami sudah pandai memakan makanan yang sihat secara rutin dan lebih teratur gitu. Nanti akan I kongsikan resepi berkhasiat dan sedap paling penting senang gila. Minggu lepas sudah mula membeli brown rice. Maka secara permulaannya kitaorang makan selang sehari, sebab takut rasa muak pulak kan. Pastu bila dah pandai agak agak nak masak dia ni (sebab memula masak macam terlebih kembang, pastu terlajak kering kontang pulak) bila dah okay, terus The Other Half cakap dia nak makan tiap tiap hari lah sebab sedap. Kalau dia dah cakap sedap tu, memang haruslah sedap sungguh si isteri ini masak. Kalau terlebih masin terkurang apa pon, dia memang akan terus terang, kira senang ceritalah kan. Maka, makan lah kami brown rice itu setiap hari sekarang ini. Nampak, life is simple. Jangan kucar kacirkan. Makan brown rice pon buleh membuat kehidupan gembira. Hahahahaa. Layannnnn.

3. Selain dari brown rice, diet sekarang telah ditambah dengan avocado selang sehari. Nak makan tetiap hari pon musti tak lalu jugak. Memandangkan rasa avocado nih macam lemak lemak tawar, jadik memang tak sesuailah untuk diratah begitu aje selang sehari kot kang hidup pulak menjadi hambar. Sah sah tak jalan langsung. Maka, berselang pagi atau petang harus dibuat avo-smoothie dan ditambah dengan chocolate syrup. Nyum nyum nyum baru bersemangat minum. Suami pon begitu juga. Semangat yang luarbiasa nampaknya.

4. Bagaimana sambutan tahun baru kamu semua? Kitaorang haruslah pulang ke kampung halaman untuk makan durian sepuas hati. Memang gila tak sabar kali ni, bukan lah kat kl takde durian tapi masalahnye nak makan pulut durian macam mom selalu masak adelah sesuatu yang mustahil di sini. Maka sekarang sangat menghitung hari untuk bergembira ke arah itu. Jadi jangan kaco.

5. Pagi tadi setelah menghangitkan sausage untuk breakfast suami isteri, terus rasa tak lalu nak makan sausage sampai sebulan. Last last mampu cicah butterscotch dengan white coffee aje. Carik bihun, rendam, dan bercita cita mahu memasak bihun goreng untuk makan petang yang membawa kekenyangan hingga ke malam. Aku bantai aje ape yang kelihatan menarik di mata lantas turun ke hati ketika itu. 


Lalu terhasillah bihun goreng aku bantai saje. Ada ayam, udang dan sedikit left over daging dalam freezer pon dimasukkan jugak. Pastuh tengok bok choy, carrot dan kobis pon ade, jadik siap. Tambah black pepper sauce, oyster sauce, fish oil, sesame oil pong pang pang pang.. taaadaaaa! Sedap hoih. Dan tidak dilupakan cili kicap. Ohnomnomnom.

Itu aje lah trend terkini kehidupan aku. Kahkahkahkah. Malas memasak adekalanya masih seperti dulu juga. Ekceli bukan lah malas tak agak agak, (amboi kau ni pon kalau ayat nak kenenkan I, gigih kan membaca) cuma malas nak ikut recipe asal yang leceh leceh. Kebanyakan mesti aku akan tukar ikut selera dan tahap kemampuan aku nak memasak berserta mood pada ketika itu.

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca budiman cewah, haddooo? 

Selamat bercuti kepada yang nak mengejar impian, selamat pulang ke pangkal jalan pada yang baru balik bersama kenangan, selamat menabung kembali kepada yang berhati besau nak melangkah panjang kelak (kahkahkah tak buleh blah yang ini) dan selamat menguruskan rumahtangga masing masing bersama yang tersayang.


Selamat Datang 2013 Tahun Cinta!

Friday, November 23, 2012

Just another ordinary Friday


The Other Half tetibe kena demam selsema, terus terbantut cita cita I nak pegi makan buffet durian. Padan muka sendiri. Maklum lah sejak dua menjak semua kecoh dok menayang foto durian musang king. Mak aaih kalau aku kat Penang, takde lah sampai rasa berlenangan air mata nak carik durian begini.

Jadi hajat nak makan musang king terpaksa dilupakan buat seketika bagi memberi ruang kepada pihak penaja demam selsema itu. Paling koman pon kena tunggu sampai dia habiskan antibiotic dulu, mau jugak sampai minggu depan kot. Sambung *nanges dalam hati*

Dia ini kalau sakit, selera makan masih laju mengatasi orang yang tak sakit. Kalau I demam, sah sah nak moi sup aje tetiap hari sebab tak lalu nak makan kari dan sebagainye. Dia awal awal pagi dah suruh I masak nasik biryani, amboi amboi! Berani kan?




Selesai lipat baju semua, vacum rumahtangga terus pecut masak. Ini lah kelebihan kalau selalu simpan stok bahan mentah siap siap kat rumah, takde lah terkejar kejar nak pegi pasar macam mak mak orang kot? Heh heh heh

Sebelum tengahari dah siap, plain nasik biryani yang i lebihkan susu cair dan kurangkan rempah sebab nanti panas tekak pulak kan, ayam masak merah dan cucumber raita untuk mensejukkan balik tubuh badan nanti. Yogurt nih adelah elemen yang baik untuk mengurangkan panas badan, nak nak ditambah pulak dengan timun. 


Masak sikit aje hari nih, pon rumah masih berbau wangi macam ade kenduri.. hmm hmmm.. itulah penangan rempah mai dari penang kot!

Malam karang ade separuh lagi cukup lah untuk bahagian masing masing. Esok kita carik makan lain pulak :)

Wednesday, November 21, 2012

Berpantang-Larang


Masalah utama dengan berpantang ni bukannye ape sangat. Macam aku ni, adelah pantang nampak. Pantang dengar. Maka habis lah segala pantang larang semuanya aku langgar macam tak ada masa depan. Pantang bukannye tak makan atau minum terus. Itu bagi pemahaman aku larr. Kalau nak terus macam gitu, eh teruk lah nanti. Ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong pon bercicir cicir jugak. Hahahaha. Kena jugak rasa sikit sikit ( sebab nak bagi sedap hati sekarang kan musim doyan.. hewhewhew )

1. Ade orang cakap, jangan makan durian. Sebab durian tu panas. Tak kisah lah engkau tengah pregnant ke, dalam proses nak men-pregnantkan diri ke ataupon sesudah pregnant setahun jagung. Aku tanya balik, apesal bila aku makan tak pernah rasa panas sampai tak buleh tido pon macam sesetengah orang cakap? Ke badan memang jenis kebal tak berperasaan? Ha ha. So far, ade lah jugak rasa takut takut. Bila balik kampung, mom cakap kalau tengah makan ubat apa apa jangan makan durian lepas tu. Tak elok begitu tak elok begini.. and bla and bla and bla. Tapi anak ini degil. Dia makan jugak. Heeeeee.Tak jadik apa apa pon? Mom ugut lagi. Sekarang memang lah tak jadi ape, kau tunggu lima enam tahun lagik. MOTHER! Hahahahaa

2. Ade orang cakap, ini bukan sorang dua, memang ramai pon dok bercakap dari dulu. Tak elok makan nenas sebab dia ini tajam dan buleh mencuci ape saja dalam perot engkau. Dulu aku suka ratah nenas cicah kicap. Mak aaih sedap kot. Tapi aku pon agak agak lah jugak, sepanjang 2ww tu memang tak makan langsung. Lagipon bukan aku makan tiap tiap hari kot, setahun ade lah dua tiga kali. Macam aku cakap tadik lah kan, setakat rasa rasa aje..bagi sedap hati sendiri. Takpe kot?

3.Ade orang cakap tak elok minum minuman ber-caffeine sebab buleh mengundang toxic dalam badan. Sejujurnye aku rasa segala makanan yang masuk ke dalam badan kita saban hari memang berisiko menjadi toxic jugak. Cekodok kalau hadap tiap tiap hari pon buleh jadik toxic kot? sebab berminyak kan..Jadik tak adil lah kalau nak suruh aku buang terus stock white coffee nih. Ha ha *nanges dalam ketawa* Selalunye aku minum pagi aje, itupon tak sampai satu sudu teh aku bancuh. Kalau tengah berpuasa, memang jarang minum coffee waktu bersahur, sebab seharian kita tak minum air kan, kang kekeringan dan ketandusan pulak..jadik aku minum waktu berbuka bersama bergelas gelas air suam. Takpe kot?

4. Ade jugak orang cakap, tak elok makan buah betik banyak banyak. Sebab buah betik mengandungi latex yang tinggi serta buleh menyebabkan contractions and leads to miscarriage pulak dah. Banyak info yang dibincangkan dalam forum forum luarnegara kalau rajin google lah kan. Tapi, setahu aku betik nih memang baik untuk digestive system kita. Kadang kadang waktu dulu, bila doc bekalkan progesterone support untuk luteal phase, maka selalunye terjadik lah jugak masalah masalah sampingan seperti constipation yang macam ewww sungguh menyiksakan. Bila makan aje betik sepotong dua terus okay macam magic. Tapi selalunye kalau aku tak kena constipation nih, akan kena cheery berry pulak. Tertakluk lah kepada perubahan hormones gamaknye. Jadi berbalik kepada betik tadi, bila kami google hari tu dan baca info pasal betik terus sampai sekarang aku tak makan dah, sebab suami yang prihatin itu tak kasi :) Lagipon kat sini memang susah lah nak curi curi makan sebab tak banyak betik potong yang sedap sedap dan manis macam di penang. Kalau rasa sikit, takpe kot?

5. Baru baru ni ade terbaca jugak, ade lagi orang cakap yang black seed/habatussauda tak elok diamalkan sebab dia ini berunsur panas. Tapi seperti yang kita tahu, memang elok amalkan habatussauda nih rata rata untuk kesihatan tubuh badan. Agak agak lah jugak kot, takkan nak telan sebotol sekali hadap kan.. Kalau i, cuma 7 biji aje setiap hari. Lahaaiii kecik cenonet aje pon, kecik lagi dari beras ponni tu. Takpe kot?

6.Orang cakap elok amalkan apple cider vinegar. Bila aku dengar vinegar memula terus terlopong biar betul. Jakun nye. Baru tau yang vinegar buah buahan ini berupaya menstabilkan dan membuang lebihan asid di dalam badan. Tapi jangan lah pegi bantai minum cengitu aje, kena campur segelas air dulu, selawat dan minum lah. Tapi i tak cuba lagi yang ini, sebab tak habis membaca lagik. Bila dan confident baru buleh cuba kan. Maklumlah badan ini adelah manja.

7. Orang kata jugak, elok amalkan minum susu kambing dari susu lembu. Aku pon dah berjangkit lah, maka rajin jugak membeli fresh milk sekarang. Susu kambing katanye bersifat alkali. Buleh menyah-toksid dan acid di dalam badan. Itu orang kata lah, banyak dalam forum forum dibincangkan. Bagi aku, minum sebab sunah Rasulallah, dan dia ini antara minuman kegemaran Baginda. Ape salahnye mencuba, kalau tidak mendatangkan kemudaratan. Takpe kot?

8. Orang kata jugak, elok amalkan madu dan cinnamon powder. Madu seperti yang kita semua tahu, memang banyak kebaikan. Bila bergabung dengan cinnamon powder, banyak manfaatnye juga. I sendiri masih amalkan makan madu, hari tu kitaorang beli Madu Tualang, katanye antara madu yang terbaik jugak. Rasa dia memang lain dari madu biasa, kurang manis, agak kelat di hujung hujung. Minum satu sudu besar setiap malam.. Tahan lah jugak, lagipon madu buleh cantikkan kulit. Hmmm hmmm. Harap harap dah lama lama minum madu tualang nih, dah tak payah tenyeh muka dengan SK2 tu lagi. Kahkahkahkah. Over kan.

9. Orang kata jugak, bahawasanye avocado adelah bagus untuk kesihatan dan kesuburan. Kalau pegi bandung, harus tak lena tido tanpa minum cokelat alpukat ini. Diorang panggil avocado sebagai alpukat. Memang sedap, manis lemak semua cukup rasa. Kalau betul bagus, petang nih jugak rasa nak heret The Other Half pegi cold storage carik avocado. Lagipon dah lama tak minum jus alpukat nih, disamping menyegarkan dia ini juga berfungsi melawaskan.

10.  Tak kisah lah ape pon yang orang selalu cakap, selalu bincangkan, selalu amalkan siang malam, yang penting terpulang kepada penerimaan tubuh badan masing masing jugak. Tak semestinye elok untuk dia, maka dah tentu tentu elok juga untuk kita kan. Bincang dengan pakar masing masing dulu, kalau rasa tak berape nak sesuai tak payah lah kot. Kang nak larik dari satu masalah, ditambah dengan masalah lain pulak. Ya Allah takutnye. Berdoa lah selalu moga diberi petunjuk dari Allah SWT atas apa sahaja usaha yang nak kita lakukan. Macam aku, selalunye nak buat apa apa pon, hati mesti tenang. Kalau memula dah rasa tak sedap hati, memang sah sah aku abaikan aje. Bukan ape, kalau diri sendiri tak yakin macam mana nak teruskan nanti. Daripada berhenti separuh jalan, baik tak payah buat langsung. Kira tu macam contoh lah tu.

Tapi hakikatnye, kalau nak pantang benda benda lain mungkin buleh lagik dibawa berbincang, kalau nak berpantang dari makan makanan sedap sedap hingga menjilat jari jemari buleh mengundang banyak masalah kot? Ha ha ha

Hari ini dalam sibok sibok kuarkan entry berpantang bagai nak rak, sempat lagik masak. Sambil blogging sambil memasak. Dalam pada tu sempat reply lagi viber kengkawan. Ewah. Resam hidup suri di kota lah katakan..


Semalam tertengok AFC, cerita pasal Hainan chicken rice. Terus sepantas kilat pegi bukak freezer nak pastikan cukup ke tidak ayam untuk dimasak hari ni. Kat rumah ini, walaupon tinggal berdua tapi kalau i masak nasik ayam haruslah kena goreng ayam banyak banyak baru tak berebut rebut nanti.

Maka tadi, terjadiklah nasi ayam untuk lunch dan dinner karang. I tak buat cara hainan, sebab The Other Half macam tak lalu nak makan ayam color kuning pucat begitu, ha ha ha.. jadik i masak guna resepi yang selalu i buat lah. Kalau rajin godek, entry yang dulu dulu ade dibincangkan kan. Ewah.

Bezanye hanya lah pada sauce tomato itu, aku tambahkan pudina dan blend semua bahan seperti biasa. Masak lebih jugak tadi, harap harap buleh simpan sampai esok. Sebab esok dah janji janji mahu makan di luar :) 

Monday, November 19, 2012

Rutin katanye


Ewah tajuk.

Okay takde lah rutin yang berskema bagai sangat. Setakat mengikut keperluan masing masing aje nokz. Sejak dinasihatkan tidak meminum instant goat milk jenama X itu, maka cinta telah beralih arah kepada fresh milk ini. Abaikan jenama dia, kalau nak guna cap lain pun buleh.. Asalkan susu segar gitu..

Ekceli, ikutlah nasihat daripada pakar masing masing kan, kalau dah biasa dengan yang powder punye dan rasa okay, maknanye okay letteww.. Badan aku ini adelah sedikit manja. Kalau engkau sumbat yang pelik pelik karang akan bertambah kepelikannye kelak. Ha ha ha.Yang penting ikut nasihat doctor, jangan memandai mandai tengok iklan tv, promo itu promo ini, terus lompat pegi beli. Jangan lah rosakkan tubuh badan sendiri. Tanya gynae dulu, sebab bagi pendapat aku lah.. antara kita dengan gynae tak buleh lah berahsia apa apa.. Kalau ade pon, rohsia mu rohsia ku jua.. Itu tak mengapa. Ha ha ha

Rutin setiap petang. 

Campur susu bersama kurma Ajwa dan blend sekali, tak yah ditambah gula ke apa dah. Cukup lengkap khasiat, manis dan lemaknye. Minum sejuk sejuk gitu, eh macam sedap sungguh la. Masa memula nak minum dulu, rasa takut takut. Maklumlah aku ini bukannye peminum susu yang tegar. Kalau susu dicampur chocolate buleh lah hadap sekali. Ni kalau fresh milk agaklah keberatan kot. 

Memula, kami minum suami isteri. Dua botol, bersama segenggam kurma dicampur sekali. Selawat dan doa, lepas itu minum. Sekali aje seumur hidup begitu. Banyak khasiatnye untuk kesihatan. Info ini bukanlah direka reka, tapi i dapat dari sebuah rancangan di tv tak lama dulu. 

Lepas tu, cukup kalau setakat para wifey aje yang minum setiap hari. Aku minum waktu petang, sebabnye pepagi susah sikit nak minum sejuk sejuk begini. Tonsils tak berape nak mengizinkan sangat, terus rasa ngilu lain macam kot..

Insyaallah tahun depan (yang tinggal berapa kerat hari aje lagi pon) nak sambung balik jumpe gynae. Masa sekarang nih sementara tengah berehat, elok lah detox kan dulu segala macam yang aku amik selama setahun nih. Ha ha ha. Yang masih diambil sekarang hanyalah folic asid, vitamin C dan multi-vitamin sahaje. Alhamdulillah sihat walafiat dengan izinNya :) 

Banyak rancangan tertunda tahun ni mudahan dapat dipermudahkan tahun depan. Dah ade senarai top 5 yang mesti dibuat at least sebelum June 2013, kira dah capai kata sepakat la dengan The Other Half.. Sebab dia ini memang sedikit busy yang luar biasa, maka haruslah ditempah awal awal untuk project usahasama kan. Hahahahaaa.. Ini belum tolak campur nak pegi hollymoon lagi kot, eh? 

Ini pulak rutin yang tak buleh blah


Yay saya sudah pandai masak yong tau foo sendiri!

Dulu hampir setiap minggu mesti membeli groceries di Jusco atau Carrefour. Tapi kini sudah pandai ke Tesco Mutiara Damansara. Ha ha. Dulu kalau pegi situ ( ade laa sekali dua aje pon ) mesti nak cepat cepat keluar. Rasa bohsan sangat entah kenape. Tapi sejak diaorang ubahsuai dan menjadi serba baru, maka macam ade daya tarikan pulak untuk ke sana setiap minggu. Yang penting, barang barang dia semua sangat fresh walaupon kau pegi lewat. Memang jangan harap lah hujung minggu kalau nak membeli barang dapur pagi pagi buta di pasar, tak pernah aku buat pon selama berkahwin nih..

Paling best di Tesco, ade fresh yong tau foo yang sangat bersih dan yang paling penting halal. Pilih bebola ikan ke, ketam ke macam macam lah, pastuh balik buleh masak sendirik. Bahan bahan untuk memasaknye pun disediakan di situ jugak, kira senang sangat.. Macam yang  i selalu buat sebelum keluar, list down aje  ape yang nak dimasak sepanjang minggu tu, pastuh carik bahan bahan yang berkaitan aje. Senang kan, tak perlu susah payah fikir sampai tak tau nak beli ape dan tersalah beli barang.. Balik rumah, lekat aje dekat fridge menu tu, so tiap tiap hari masak ikut keperluan aje lah...


Dasar pemalas, memang berkira sangat nak masak kannn.. Ha ha ha ha


Hari ini seperti yang tertera, kita ade sambal tumis udang, ikan tenggiri goreng togel aje ha ha, sambal belacan dan ulam timun. Cukup lah keperluan tekak berseorangan sebab suami berada di luar KL, lewat petang baru pulang :)

Wednesday, November 7, 2012

Once upon a time


Masa tu tengah rasa bohsan. Petang itu tiba tiba, perut jadik lapar sebab tak masak untuk makan malam. Masa tu juga hujan renyai renyai. Dah tu, ape kau nak cita nih?

The Other Half cakap kawan dia bagitau ade satu tempat makan yang macam 'sangat best di dunia'. Ha ha ha. Gaya dia cite kat aku macam best gila larr tu.

Tanjung Harapan, Klang. Gila jauh kot nak pegi gelap gelap ke situ dah ler tak pernah sampai. Perot pulak tengah lapar. Kalau carik jalan tak jumpe, sah sah aku meroyan dalam keta karang (dah selalu sangat lolzz). Itu kata kata aku dalam hati lah kan..

Tapi cinta kepada laki punye pasal, bila dia umpan dengan foto foto makanan laut sebegitu hebat mana buleh dipandang remeh begitu sahaja. Lantas secepat petir aku terus besiap nak pegi makan dekat port klang. What?? Kahkahkahkah.

Tolong jangan gelak. Kami memang begitu.
 

Dari restoren Muara Ikan Bakar Tg Harapan buleh nampak permandangan luas terbentang cengini. Cantiknye. Angin pulak kencang kencang bahasa waktu tengah makan. Restoren dia memang betul betul di tengah muara. Halaamaakk nak camne lagi?

Sape pernah pegi? Selama bertahun tinggal di Kolumpo, ini lah pertama kali kami menjejakkan kaki hingga ke Klang demi sesuap nasi, ewah. Perjalanan dari KL ke Klang menggunakan NKVE lebih kurang 45 minit aje kot. Itu pon kira lama sebab hujan, jalan makin gelap bila sampai ke kawasan pelabuhan tu. Lori pulak besaq besaq, sama sangat macam industrial area kat Prai. Eee takut, upah sejuta pon belum tentu aku nak drive dalam keadaan macam gitu. Naseb baik rumah di tengah ibukota. Hekhekhek..


Satu tissue untuk engkau, satu tissue untuk aku.. Mintak lebih kena bayaq naaa

 
Memula masa melangkah masuk dah ternampak otak otak. Mak aaihh macam nak lompat bintang rasanye. Suami memang hantu otak otak. Aku pon terikut ikut jadik hantu jugak. Jadik kiterorang pon meratah lah dia sepuas hati sampai rasa nak kenyang. Maklumlah perot memang lapar sesungguhnye ketika itu. Otak otak tu panas panas dan dicicah dengan sambal kicap yang diperah asam limau. Kecur air liuq naaa.



Antara yang licin dimakan malam itu adelah seperti lala, udang, ikan, ketam pon ade jugak, kangkung belacan tak dilupakan dan diakhiri dengan air kelapa muda yang tersangatlah manis dan fresh gitu. Oh ya, nasik tambah sorang sepinggan :))

 
 
The best part adelah makanan di situ sangat sangat murah, semua ni tak sampai pon seratus hengget. Mahal lagik facial treatment essence yang aku beli hari tu. Kahkahkahkah.

Tapi betul lah, kalau nak dibandingkan makan junk food di mall kadang kadang harga pon lebih kurang aje tapi bukannye sedap sangat pon, mahal satu hal kalau dapat fresh food takpe jugak. Tapi dek malas masak, maka akur lah jugak kadang kadang tu.. Heeeee

Kalau yang nak fresh seafood sedap sedap, pastuh tak nak pegi jauh jauh sampai ke Umbai bagai.. cuba lah ke Tg Harapan nokz.


Tak suka bila pakai pashmina, kat dahi jadik petak cengitu. Mom suruh letak jarum kecik kat tepi, tapi anak ini degil. Padan muka dapat dahi petak. Dah ler luas bukan main tak hengat. Arwah tok cakap kalau dahi luas akal pon luas? Alhamdulillah memang luas tak terjangkau oleh suami. Hahahahahaha...Eh??

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya!

Nasi bukhari daging, dalca sayur bersama ( amboi bersama lagi ) tulang, air assam, dan ade jugak nasi impit, ketupat dan rendang pedas ayam yg tak kelihatan di gambar tapi jelas di dalam hati gitu.. Ewah!

Assalammualaikum! Eid ul adha mubarak untuk semua.

Beraya di kampung halaman adelah perbuatan yang terindah di dalam hidup. Maka belog kadangkala terpaksa diabaikan sementara bagi memberi ruang kepada perot dan tekak untuk berparty bersama sama.

The Other Half pula bekerja dari sini, maka ligat lah kami berfoya foya buat seketika sebelum pulang ke kota kelak. Eh tak nak sebut lah pasal kotaraya itu, kacau mood aje nanti. Lambat lagi tu lambat lagi. Hikhikhiks.

Baik. Sekarang perlu berhenti sebab emak sedang memanggil manggil untuk memberi makan petang pula katanya.


Best naa begini :))



Tuesday, October 16, 2012

Fishball soup bersama noodle yang sedap

Kalau men-makan nasik tetiap hari mesti menjadi bohsan kot. Nak nak lagi selepas seharian melakukan kerja kerja penyentalan dalam dan luar rumah. Terus tak lalu nak makan sebab malas nak masak lauk pauknye lagik. Itu yang betul. Malas dan letih adelah sama banyak, tak kurang tak lebih. 

Dari pagi lepas The Other Half pegi office sampai ke petang baru selesai kerja rumahtangga. Kira lepas Asar baru mula masuk kitchen, carik bahan nak memasak pulak untuk makan petang hatta dinner lah sekalu gus. (Itu kalau hari aku terlebih rajin lah kan)

Nasib baik dia tak keje dari rumah minggu nih, kalau tidak sah sah kena masak setiap hari sebab kesian kat suami, takkan nak suruh hadap lauk tapau aje kan..Baik lagi kalau memasak kat rumah, lagi selera dia makan walaupn menu yang simple aje, pahala pon dapat lebih *Ting*Ting* 

Tapi kadang kadang terbabas jugak, akibat manja, takde mood masak memanjaanggg. Lumrah lah itu.


Tapi semalam si manja memasak yang ini. Hek hek hek


Simple and light tasting food. Fish ball soup bersama noodle dan sedikit sayuran. Geram sangat kalau tengok fish ball dan fish cake yang gebu gebu dan sangat fresh. Kalau digoreng dengan sayur karang kecut dah tak cantik, apa lagi terus teringat simple noodle soup macam kat chinese restaurant yang kami suka makan itu. Sedap kot. 


Best jugak makan cengini, hujan hujan pulak tu. Dalam mangkuk i mesti kena ade sambal kicap yang dicurah banyak banyak. Perggghh malatopsss uolss! Makan sambil kesat peluh tak pedulik dah ribut taufan yang melanda di luar.


Bok choy perlu lah di steamed kan bersama sedikit sesame oil. Kalau nak guna olive oil pun buleh, tapi rasa dia tak sama lah nanti. Kemungkinan tak sesedap macam aku masak nih. Ha ha
Fish ball dan fish cake buleh dibuat soup sekali, takde hal.. kalau nak campur bahan bahan lain pon buleh jugak, ikutlah selera tekak masing masing. 


Sila lah makan bersama soup yang panas panas, pertama sekali mesti kena ratah fish cake yang dicicah sambal kicap itu. Rasa pedas sikit, manis sikit, rasa sesame oil kat hujung hujung dia, kiranya complete lah rasa ape yang engkau nak. Tak sia sia masak noodle soup macam gini sebab The Other Half pon suka walaupon dia bukan lah penggemar noodle sangat. Untuk dia aku letak sikit aje noodle tu, tapi fishball dan sayur sampai penuh mangkok. Licin hokey :)


Custard cocktail pon dah memang menjadi menu tradisi kami sejak dua menjak ini . Hari hari kalau memasak kat rumah mesti ade menu pedas dan manis. Paling cikai pon kalau dah malas sangat, kena buat fruits salad. Baru buleh tersadai dengan senang hati. Hikhikhikss.


Wednesday, October 10, 2012

Wide Awake

Okay.

Lagu pop rock sedih. Ini memang jiwa aku la. Maklum lah sejak rambut pendek lagi bertambah emosi punk, eh eh tak semena mena. Cuma kekurangan sket tang suara tak husky macam Katy Perry kot? Hahahaha!! motip cinta beralih arah dari Taylor Swift ke Jessie J dan terus melompat nak jadik Katy Perry pulak dah, apesal engkau. 

Sekarang mari salahkan rambut Rihanna aku. Okay Rihanna pulak. Damn. Bad joke. Aku tak pandai buat lawak sebab mom cakap lawak aku berpotensi bagi orang sakit hati. My bad my bad.

Abaikan.

Sila dengar lagu yang aku suka nyanyi sorang sorang sekarang ini, lagu yang buleh buat nangis di dalam hati, eceh walaupon rock katanye. Lagu yang aku selalu melalak dalam bilik air bila laki takde rumah. Kahkahkah. Mampu??

Elok lagi nyanyi kat situ dari aku melalak tak tentu hala kat karaoke lounge ke apa kan. Sumpah tak pernah jejak dan tak akan masuk pon ke situ. Pertama takut Allah. Buatnye aku termeninggal dalam lounge tu, aacaner? Tak ke sia sia hidup. Kedua takut laki sendirik :o

Dulu zaman remaja remaja teringin nak mampus pegi karaoke bila kawan kawan sogok, tapi takut dengan ibubapa pulak dah. Pendek kata tempat tempat macam gitu aku mampu tengok dalam drama aje lah. Hahahahaha. Jakun kot?

Dad memang tak suka. Gila tak suka. Bila dia tau aku cenderung ke arah meminati music masa tu (bukanlah sampai melalai pon) dia beli aku guitar, sampai sekarang aku simpan. Dia hantar aku ke kelas music yang mana aku belajar separuh jalan sebab dah pandai main sendiri sikit sikit,  lagipon bukannya aku nak jadi musician pon dan masa tu jugak tengah sibok nak Spm. Lepas lulus cemerlang, dia beli karaoke set kat rumah, kau nyanyi lah puas puas anak, janji tak pegi merapu meraban kat luar :)

Sebab tu sampai sekarang aku masih layan semua tu . Red.fm adelah kemestian di kala sunyi sepi kat rumah sebab aku jarang jarang tengok tv sebab tak suka. The Other Half okay, dia tak kisah asalkan aku tak melampau dan melalaikan benda yang lain. Paling best dia yang jadik tukang donlod lagu lagu baru, pastuh sebagai upah aku paksa dia pulak nyanyi. Paling dia benci begitu. Ha ha ha


Gravity hurts
You made it so sweet
Till i woke up
On the concrete
Lalalalaaaa....

Okay layaaannnnn!



Wednesday, October 3, 2012

Meatballs tersedap di dunia

Kahkahkahkah tajuk tu memang mengundang traffic tak tentu hala lah jawabnye :o

Tiba tiba aku terbuat meatballs daging kambing yang macam sedap gila lagi. Asalnya nak menpanggang daging aje kelmarin, bila bukak magic freezer nampak sekotak lagi frozen minced lamb yang cantik molek bagai. Terus keluar kepul kepul awan mengatakan kalau jadik meatballs dan diratah bersama mayo pon ape lah salahnya kan. Nak nak pula sang suami bekerja dari rumah sehari dua ini. Banyak lah aktiviti makan bersama sama sambil bergurau senda gitu. Menjengkelkan, no?


Kali ni memang sengaja I buat kecik kecik sebab senang dilambung masuk ke tekak masing masing, ha ha ha.. sebenarnye sebab utama adelah dah takde tempat nak sorokkan container makanan di dalam magic fridge aku ini. Segala mak nenek makanan ade, dari ayam panggang sampailah ke jeruk mangga muda pon mak simpan nokz. Bila letak dalam container macam gini senang lah sikit nak memilih mengikut citarasa bila hari hari malas menjelma. Sebab itu lah jugak aku suka masak banyak banyak, bila ade left over, campak aje dalam magic fridge untuk kegunaan di masa masa darurat cewah. Tak membazir, disamping sangat praktikal untuk si pemalas masak.


Meatballs kelmarin adelah tidak berempah ratus seperti selalu, hanya basic ingredients seperti kakak Nigella aku ajar. Maka bila sudah berniat untuk buat kesemua stock minced lamb yang haddo, haruslah digoreng separuh masak dulu sebelum disimpan rapi macam tak nak bagi orang curik langsung. Barulah buleh tahan lama sikit :)))

Tapi lama pon tak lah lama sangat, sebab yang ade dalam rumah nih memang pemakan meatballs yang tegar. Paling cikai buleh tahan pon aku rasa sampai weekend ni aje kot. 

Lepas itu terajin lagi, masak pula keema curry untuk dimakan dengan nasik, yang ini The Other Half punye lah sebab dia suka makan nasik macam tak buleh blah sangat. Bezanya kali ini, meatballs tak dicampurkan sekali. Jadi kena cedok lah sendiri buat macam kedai nasik kandaq tuh ye.



Semalam I tak makan nasik, ratah meatballs dengan roti, salad bersama mayo aje. Itu pon dah tido dengan kekenyangan. Memang patut pon kekenyangan nokz, sepinggan itu saje aku yang punya. Meatballs yang padat dengan daging semata mata dan tiada bahan campuran lain langsung. Hikhikhikss!

 

Sehari dua sebelum tu pegi makan dekat Coliseum untuk pertama kalinya dalam hidup kami sepanjang menetap di ibukota, ewah ewah. Aku memang suka sangat kalau dapat makan hainan food macam gini. Sedap aar puas hati memang kena datang banyak kali lagi lepas ni.

Malam ni akan menjadi busy. Selain dari mentengok drama Julia tiap tiap hari tanpa jemu sampai suami pon rasa macam sedikit terabai, maka malam nih jugak akan berusaha keras untuk mengeluarkan luggage sekali lagi kot. Macam omaigod please.! :D


Jumpa lagi!


Muah muah.

Tuesday, October 2, 2012

(Not so) Wordless Tuesday


Be smart, be epic, be happy and Be In Control ;)

Friday, September 28, 2012

Kepada engkau si biadap!

Sekarang emosi sudah stabil. Maka saya memilih untuk meluahkan semua perilaku si biadap itu ke dalam belog saya. Memandangkan ini belog peribadi, adelah menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri untuk berlaku adil. Tak perlu sesiapa susah payah berfikir untuk judge ke apa, ini adelah urusan saya dan dia :) 

Ini kejadian weekend lepas. Infact mungkin dah lama, tapi baru disedari. Mula mula saya acah tak acah aje membaca luahan keji dia itu di laman sosial. Mana buleh disangka. Sebab sebelum ini dia tak pernah menunjukkan reaksi marah atau gila terdesak pada saya, lepas kejadian mahu meminjam wang ribu ribuan ringgit itu dari saya. Mana mungkin dia seteruk itu, lagipon saya telah jelaskan jangan berharap sangat wang yang diminta, kerana saya tidak bekerja, jadi mustahil untuk dapat sediakan cash sebanyak dan secepat itu, dan saya sama sekali tidak akan mengheret suami atau ibubapa dalam hal pinjam meminjam ini. NEVER.

Setelah dibaca berulang kali, dan mendapat bukti bertulis (yea memang aku carik sampai lubang cacing bukti engkau yang sebenarnya menganiaya aku ) saya rasakan ada sesuatu yang fishy dalam kenyataan dia itu. Dia memang tujukan kepada saya, bersama tokok tambah cerita supaya saya dipandang perempuan paling buruk dan jahat, maka dialah pihak yang paling teruk dianiaya oleh si perempuan jahat ini.


Banyak sangat penulisan dia yang menghina dan mengkenen kenenkan saya akibat dia tidak mampu mendapatkan wang dari saya. Dan sebelah itu antara bukti bertulis yang saya dapatkan mengenai keterlanjuran kata kata dia di belakang saya. Bagaimana dan dari siapa itu tidak penting. Sebab saya memang  tidak akan membuang masa untuk mengetahui tentang hidup dia tanpa sebab. Bila dia berani mengheret nama saya, maka dia harus lah menerima pembalasan nya juga.

Kepada kamu si biadap :

Engku ingat aku ini jenis yang bagaimana yea? Diam dan takut apabila kau mula memperlekehkan aku sebab nak menagih simpati orang. Engkau totally tukar cerita, dan bila mendapat sokongan pengikut engkau, maka lagi hebat engkau berdrama? Macam bagus sangat kan kau.

Engkau ingat engkau ni siapa mahu menjadi kurang ajar dengan aku? Engkau jangan ingat aku ni jenis senang bagi muka dengan orang macam kau. Engkau sedar tidak bila engkau datang rumah aku, macam mana keluarga aku semua melayan engkau dengan hati yang besar dan banyak dengan kasih sayang? Tergamak engkau kan? 

Tiba tiba engkau menjadi marah tak tentu hala kenapa? Bercerita, mengumpat, berkata dusta di belakang aku. Ape kena mengena duit aku, duit suami aku, duit mak bapak aku, ke mana aku nak pergi, apa aku nak makan dengan hidup engkau? Apa motif engkau mengeji aku pada kawan kawan aku jugak? Engkau nak menagih simpati orang? Sebab aku tak bagi engkau duit ribu ribuan itu. Engkau sangat keji kan?

Engkau ni betul ke tidak? Atau Engkau dah hilang pertimbangan hidup? Tolong jaga mulut engkau, sebab benda nih tak akan habis di sini.

Here we go

Aku tak faham apa yang dia sakit hati sangat dengan aku, padahal depan aku bagai nak rak bermanis mulut kalau bersembang bertepuk tampar. Rupanya engkau guna muslihat yang sama pedayakan kawan kawan yang lain jugak? Jadi aku ini di tangga ke berapa yea carta mangsa tipu fitnah engkau?

Apa yang best sangat kehidupan aku dengan suami aku ni sampai masing masing nak terhegeh hegeh mengambil tahu, bercerita di belakang aku? Seriously perangai macam mak nenek. Apa yang aku ada dan kau tak ada, sampai aku kena buang masa tak semena mena nak menganiaya hidup kau ke apa? Engkau betul ke tidak?

Engkau ada suami, engkau ada anak anak. Kenapa tak jaga anugerah Allah itu sebaiknya daripada nak menjaja kisah kehidupan aku dan suami. Aku pon bukanlah siapa siapa yang engkau nak iri hati. Lawak. Mari gelak. 

Akhirnya engkau kata, aku yang menganiaya hidup engkau sebab tak tolong bagi duit kat engkau. Engkau ni betul ke tidak? 

Eeee geli la statement engkau yang bertubi tubi itu. Macam lah aku terhegeh hegeh sangat ada masa nak menganiaya hidup engkau, lain lah engkau buleh bagi pulangan profit pada aku. Tolong lah.

Ini antara bukti yang aku dapat. Nasib engkau memang baiklah setakat ini.

Engkau cakap memang kau tak bersalah langsung, kononnya ada manusia lain pulak yang menganiaya hidup engkau dan aku, kenapa perlu sembunyi sembuyi menghantar pesanan pada aku malam itu?  Laaaa... engkau ni siapa? Apesal ramai sangat yang nak menganiaya hidup engkau nih? Dah tak pasal pasal engkau seret aku sama untuk menjadi gang kumpulan wanita teraniaya? Sorry about that yea. Aku tak pernah rasa seteruk macam engkau. Sebab hidup aku penuh dengan limpahan kasih sayang. Wang ringgit mungkin tak semewah orang orang lain, tapi apa yang kami miliki hari ini adalah rezeki dan kerja keras suami aku. KERJA KERAS. Kalau lah engkau faham kerja keras tu macam mana kan..

Sekali lagi, aku sedikit tidak terjejas dengan apa yang engkau buat. Jadi, apesal engkau asyik menghantar pesanan pada aku, minta maaf dan harap dilupakan apa engkau buat? Apa kata engkau tulis balik apa yang engkau cakap seperti engkau mengeji aku di lama sosial itu? Engkau ni betul ke tidak?

Aku beranggapan bahawasanya engkau adalah seorang manusia yang biadap, tidak bertimbang rasa, tidak bersyukur di atas nikmat apa yang engkau terima, penuh dengan tipu daya, fitnah. Dan juga bodoh. Memang engkau berjaya membawa kemarahan aku, dan belum reda. Itu memang engkau berjaya. Kalau dari segi lain aku memang tak terjejas langsung. Sebab aku bukan jenis manusia yang tak beriman dan tak ada pedoman hidup. Kalau setakat hilang seorang manusia macam engkau dalam hidup aku, Alhamdulillah. Aku memang bersyukur sebab Allah bukak mata aku awal awal. Aku tak perlu meyakinkan kawan kawan yang lain pasal engkau, seperti yang kau lakukan bersungguh sungguh untuk menjatuhkan aku.

Kau lihat, Allah Maha Besar tahu tidak.

Kalau aku di tempat engkau, memang aku dah lama takut dan mintak maaf secara terang terangan bukan curi curi hantar private message sebab risau kantui dengan orang lain pulak. Masa engkau menyalak mengeji aku, kenapa engkau tak heran? Sebab engkau buka cerita aku yang menganiaya hidup engkau kan. Apesal engkau tak beritahu semua orang, pasal duit ribu riban yang engkau nak dari aku? Apesal engkau tak bercakap terangan terangan pasal kehidupan aku yang engkau kalutkan dan fitnahkan itu? Engkau ni betul ke tidak ni?

Jadi secara keseluruhannya apa yang aku  buleh rumuskan adelah engkau MEMANG cemburu dengan aku. Tolonglah terima kenyataan itu. Bila engkau susah, engkau mahu aku sama sama jadi susah macam engkau. Masalahnya engkau yang mencari susah, lepas itu mahu orang lain bertanggungjawab tidak semena mena?  Bila engkau tak dapat yang engkau hajatkan, engkau tabur fitnah dan menghina di belakang aku.

Sila lah jadi manusia yang tidak kurang ajar dan berfikiran terbuka. Nak warning aku yea? Nak menghentam aku dengan benda benda murahan yang engkau copy paste tah dari siapa. Aku rasa engkau patut selak dan fahami dulu sebelum engkau berniat untuk tujukan pada sesiapa. Lihat diri sendiri dan jadilah sedikit cerdik, walaupon tidak secerdik aku. Itu kenyataan, kau lihat..kadangkala kenyataan memang susah untuk ditelan.

Memandangkan engkau begitu lantang secara terbuka menyerang aku, aku berhak memberi respons cara aku jugak. Dan aku dah buktikan yang aku sendiri bersemuka bertanyakan pada engkau, walaupon bukan bertentang mata lagi. Aku bukan pengecut macam engkau. 

Pendek kata, Engkau memang kawan tak guna.


Jadi tak payah nak sorok sorok mintak maaf, sebab aku dah betul betul tak kuasa nak membaca tulisan engkau.


 Kalau ilmu panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Engkau tahu buruk padahnya.  

Tuesday, September 25, 2012

Well, i can't think of a catchy title!


Kahkahkahkah!! 

Tolong pingsan sekarang! Anda sememangnya berada di belog yang berprofil tinggi!

Friday, September 21, 2012

Nasi daging Utara uolss..

Foto instagram cik puan besaq. Ternyata instagram adelah botox di alam maya. Suka gila.


Sebelum tido malam semalam sudah berangan angan walau apa pon terjadi nasi mesti dimakan oleh aku. Heh heh heh. Maklum lah sudah tiga hari tidak bernasik. Bukan tak memasak, memang memasak bagai nak rak saban hari, tapi akibat lemak sudah meningkat ke 50kilo dengan bangganya, takut hoih takut. Aku pon nak lah jugak merasa selim melim macam Duchess of Cambridge itu kaannn. Tapi itu untuk tiga hari aje larr, hari ni pepagi buta dah rendam beras, nak bagi panjang panjang sebab nak masak nasi daging, Omaigod. Duchess of gemoks haddoo.

Akibat keperihatinan sang suami, sejak puasa hari tu memang kami sepakat mahu menggunakan beras herba ponni kalau memasak di rumah. Basmathi dah jarang jarang digunakan, tapi bila balik penang macam biasalah punah semua cita citaku. Kini dah sambung balik memakan makanan berkhasiat gituu. 

Tips cik puan besaq, ewah ewah : Beras ponni nih kan kecik kecik dan ringan, kalau nak panjangkan sikit buleh lah direndam selama  1-2 jam sebelum memasak yea kawan kawan.

Bahan bahan 

Daging batang pinang, kalau nak extra lembut dan juicy lah kan. 
Minyak dicampur sedikit mentega

*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Bunga cengkih
*Bunga lawang

Daun pandan
Serbuk kayu manis
Rempah sup tulang Adabi
Tomato soup, kalau takde buleh gantikan dengan tomato puree. Kalau ade lagi baguih la, sebab keharuman dia yang agak luar biasa.
Garam, gula secukup rasa

Paste nasi daging

2 sudu besar rempah kurma
Bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar
Campurkan semua sekali, dan letak tepi. Jangan kacau.


Memula masak sup daging dulu.

Sup daging

Tumiskan bahan bertanda * bersama sup Bunjut tulang Adabi. Nak guna jenama lain pon takde hal, aku guna yang ini sebab mom dah ajar dari memula, taknak lah menderhaka kan. Ha ha ha

Bila dan wangi dan sedikit garing, masukkan daging dan air. Masak dengan api perlahan sampai daging empuk, kira macam masak sup biasa lah kan. Itu pon nak kena ajar ke? Engkau ni ponn..

Lepas siap masak sup, masak lah nasi nye pula..see, senang kan.. dalam pada tu buleh lah jugak kuarkan bahan bahan untuk buat air asam jugak. 


Nasi daging

Tumis bahan bertanda * daun pandan, dengan mentega dan sedikit minyak.
Masukka paste nasi daging yang dibuat tadi, masak hingga pecah minyak dan menjadi wangi macam nasik kenduri kawen engkau.
Masukkan 2-3 sudu besar tomato soup/tomato puree, dan kacau lagi jangan putus asa.
Masukkan beras yang telah ditos, kacau sebati.
Curahkan sup daging yang dah siap dimasak tadi perlahan lahan ke dalam nasi, ikut sukatan macam masak nasi biasa lah. Cuma bezanya tak gunakan air kosong, digantikan terus dengan sup daging.
Perasakan dengan garam dan gula, kalau nak sedap masukkan aje sedikit serbuk Knorr secukup rasa tu, dan masak nasi seperti biasa.

( Daging kalau nak dimasukkan sekali dengan nasi pon buleh, nak diasingkan untuk dihiris nipis kemudian pon buleh, ikut citarasa tekak masing masing )


Taraaa siap, senang aje kan tak payah tunggu kenduri, masak sendirik pon menjadi nokzz. Kalau kat Penang, memang selalu sangat dapat makan nasik daging, nak nak masa bulan puasa. Moreh kat sana memang nasik dagingggg memanjang. Kami lah perut perut yang bahagia bila pulang ke kampung. 


Aku selalu makan nasik dengan sup sampai licin. Lepas tu cicah daging dengan air asam sambil ratah banyak banyak. Dapnya dapnya!


Dua tiga hari yang lepas, telah memasak bihun goreng singapore. Malaysian yang masak, singapore yang tak semena mena mendapat nama apesal, eh tak paham haku. 

The Other Half punya lah suka, walaupon dia bukan pemakan bihun dan mee yang tegar macam aku. Sambil makan sambil puji yang tak buleh tahan tu.

Aaah, that guy itu sememangnya sweet :)


Bihun singapore idaman kalbu. Ada udang, ayam, dan sedikit sayuran. Elemen penting adelah sambal kicap itu. Malattopppss uolsss.


Sekarang buleh berehat. Isnin depan pulak kita masak yo. * Haar haar haar *semput lagi* :P


-Sash-

Friday, September 14, 2012

Soup daging black pepper, katanye


Lumrah isteri zaman sekarang, sampai ke dapur mengusung ipad sebab nak gali recipe supaya dapat masak sedap sedap untuk suami. Tak susah mana pon nak mencari pahala sebenarnya. Ting!Ting!Ting!


Dah berhari hari tak memasak di rumah, maklum lah tengah berliburan bersama ibubapa. Jadik hari ini terpaksa memulakan kembali tugas rasmi di work station.

Sudah teramat jemu makan kari, rendang, kari, rendang lepas tuh cicah pulak nasik impit dengan kuah kacang setiap minggu, bila timbang berat badan aje, buleh membawa kepada meroyan tak tentu hala. Help!

Jadik hari ini kembali kepada diet seperti sediakala, nasi separuh ratah lauk dan sayur, malam makan buah buahan sampai kenyang sambil tengok The Other Half melicinkan semua masakan itu.

Sabar yang sedikit buleh membawa kepada kemanisan hidup selamanya gituuu :))

Kalau nak makan sedap, tapi malas nak catwalk lama lama di dapur, tolong lah cuba recipe di bawah ini. Sumpah sangat sedap, Kim K pon buleh kecur ayaq liuq uolsss..

Soup daging black pepper

Daging dihiris nipis
Bawang merah
Bawang putih- dikisar
Halia-dikisar
Serai
Bunga lawang
Cinnamon powder
Black pepper sauce
Oyster sauce
Kicap manis & kicap pekat


Lumurkan daging bersama bawang putih dan halia. Biarkan diaorang bermesra sebentar, jangan kaco. Jangan.

Tumis bawang, halia, serai, bunga lawang, hingga wangi dan garing. Masukkan daging tadi, dan sedikit air. 
Masak dengan api perlahan.
Masukkan cinnamon powder.

Kemudian tuangkan sedikit oyster sauce, kicap manis dan kicap pekat. Black pepper sauce pulak dicurahkan banyak banyak. Sebab lagi banyak black pepper, lagi bertambah lazat daging ini, dan bertambah tambah lah pujian dari sang suami kelak :)

Tambahkan sedikit air dan masukkan ubi.
Masak hingga kuah menjadi pekat. 
Garam dan gula tentunya secukup rasa.



Nampak tidak kelembutan daging batang pinang, bersama soup lada hitam tadi? Yum yum yum. Hidangkan bersama nasi yang panas. Kalau tak nak makan nasik pon tak mengapa, buleh dicicah bersama roti pratha jugak. Oh roti pratha jenama Kawan sentiasa menjadi penghuni tetap dalam magic fridge kami. Sebab dia adelah sangat sedap dan rangup. Tetibe plak.. Ha ha ha


Penting untuk sang suami. Kalau takde sayuran musti dia bebel dengan aku karang. Paling cikai pon kena ade salad dan kawan kawan mereka. 

Mak aaiihh, kang i bagi sambal belacan dengan petai baru padan muka dia..Hikhikhikss


Okay dinner sudah siap sedia, buleh lah berehat dan berangan angan sebentar. Letihhhhhnyaaaaa.. haar ..haar.. haar *semput kunun* :P