Tuesday, December 31, 2013

Selamat 2014 semoga berkat dan bermanfaat!


Hellooo Jelloooooo!!


Yeay am back! Yeay! *tepuk tangan*

Eksaited macam lah ramai sangat ternanti nanti kemunculan yang tak semena mena ini kan. Lama sangat kot kali nih tak merapu dalam belog khayalan sendiri. Aku rindu jugak nak buat entry panjang panjang macam dulu, tapi apa kan daya.. 

Sejak parents datang dan aku pula pulang ke kampung halaman, aku seperti lupa diri uolss. LOL Lagipon sekarang banyak masa aku habiskan dengan instagram untuk syok sendiri. Ambik gambar, letak caption sempoi lebih kurang, taadaaa. Senang. Bila masa bohsan, aku tengok balik Ig sendiri, betapa aku dalam dunia syok sendiri alaahaiii. Hahahahaa

Pernah jugak aku lupa password blogger ini.  Mahu panas telinga dan panick kejap. Terus aku terbayang bittersweet moment aku dengan blog sendiri. Kot kot la nanti sampai bebila aku tak buleh log in dah kan. Punah lah cita cita aku nak tunjuk belog hebat nih kat anak menantu. Hahahaha. Emosi sedikit di situ. Itu dalam angan aku la. 

Balik Kl, rutin semuanya kembali seperti biasa. Mula lah misi merancang masa hadapan bersama, memakan secara sihat ( tanpa berleluasa ha ha ), selain dari menjaga rumahtangga dan kebajikan si suami. Okay lah kan? Tak lah boring sangat hidup aku kot. Buat apa nak berduniawi teruk teruk, kalau dalam rumah sendiri pon kau tak bahagia. Cukup lah apa yang ada. Gitu... ;)

Happy New Year kesayangan semua. Kot kot lah ada yang tersinggah dan terbaca entry aku kan setelah tiga ratus tujuh puluh tahun tak nampak bayang.. 

Semoga tahun baru nanti akan memberi banyak ruang kebahagian dalam kehidupan kita semua. Dimurahkan rezeki selalu sebagai seorang anak dan isteri, dikurniakan kesihatan yang baik.. sakit manja manja aje tak apa, kewangan yang tip top hendaknya ( sebab duit aku tak penah aje cukup dari awal taun dulu. Aneh? hahahahaha ) dan tak dillupakan moga dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk menjadi seorang mommy yang paing cool dan sempoi dalam dunia. HEH!

Taun baru jugak diharapkan dapat mengembalikan zaman kegemilangan aku menulis empat entry seminggu.

Sebenarnya kalau ikutkan hati banyak lagi nak cerita, tapi nanti nanti lah. Bebila aku free dan goyang kaki mengatasi segala gala. Kita sambung :))


Kalau rindu aku, jemputlah enjoy flipgram ini. Waahh muntah sekarang!


Jumpa lagi!http://flipagram.com/f/2TP4GBJZfn

Tuesday, December 3, 2013

Masihkah ada cinta?

Ewah. Ewah.

Okay. Tajuk entry hovverr sangat. Kang lagi banyak speku keluar tak pasal pasal. Sekarang nih pon bila terlebih cakap orang mengata, duduk diam pon jadik bahan jugak.. nak nak keluar tajuk sebegitu rupa.. memang meminta minta kejian sangat lah kot.

Sebenarnya cinta menulis belog tak pernah padam, cuma malas yang mengatasi segala gala sejak dua menjak ini. Disamping kesibukan mengurus rumahtangga, mengekor sang suami out station kadang kadang dan yang paling best nak balik kampung jugak tak lama lagi. Ohmai. Terus keluar list makanan yang aku kempunan tak sempat makan masa balik hari tu.

Lama gila tak balik ( ececeh )

Ibu bapa pula baru aje pulang dari China. InsyaaAllah hujung minggu diaorang datang sini, nak menyambut year end sales bersama sama katanya. Untung untung dapat lah habuan serba sedikit untuk kami kelak. Rezeki lagi berkat kalau dikongsi bersama sama kan kan kan. HEH.

Tak ada cerita yang menarik sepanjang ketiadaan entry berminggu minggu ini. Macam biasa, keluh kesah gedik bagai semua sama. Tak berubah.

Lagi berapa kerat hari aje dah nak masuk tahun baru. Banyak jugak yang dirancang bersama sama suami yang baik hati lagi budiman itu. *Licik mode is on* 

Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan hendaknya.

Yang paling utama, nak cepat cepat habiskan ganti puasa yang lepas. January nanti dah buleh bercita cita fikir tema baju raya kelak. Hahahahaha. 

7 hari cukup aku tinggal puasa Ramadan lepas :"(


Hari ni masak nasik ayam aje. Senang, rebus ayam buat stok masak dengan nasik, perap ayam pastuh goreng. Buat sambal kicap dan tomato. Tadaaaa siap. Malas nak fikir renyah renyah, sebab kejap lagi nak lipat baju yang bertingkek tingkek itu. Paling malas tahap tak buleh blah. Bila nak kena lipat baju terus rasa down gila. Ha ha ha

Tapi bila dah siap kemas rumahtangga, nak berjalan ke mana pon baru hati senang. Tinggal rumah berminggu minggu pon tak apa apa. Gituuuuu.


*pujuk hati sendiri. kesian tak* 

Tuesday, November 12, 2013

Afghan inspired menu leh pulok

Ohaaii!

Lately aku suka makan dan masak semua menu dari Afghan. HUH? Celah mana mai darah afghanistan pon aku tak tau lah pulak kan. Hahahahaha. Tetibe aje teringin. 

Seharian aku buleh belek youtube, google recipe belajar macam mana nak masak. Tapi kan.. sejak kawin dulu dulu ( nampak macam lama sangat aku dah kawen kan bila cakap macam gini kot? ha ha ) memang aku suka belajar dari youtube. Memang berkesan dan puas hati. 

Aku ini kalau nak belajar sesuatu yang baru kena tengok macam gitu, nak inject gonal dulu pon gigih bukan youtube jugak uolss. Tapi nak yang matsals punye laa.. HEH. Overrr tauuuu..



Minggu lepas gigih sangat masak pilaf rice nih. Nama classic dia qobuli pilaf kalau tak silap aku. Engkau buleh letak kambing, ayam, daging lembu pon buleh aje. Janji halalaan toyyibann :))

Tak susah sangat cuma kena extra rajin. Aku bajet kalau nak dekat pms sah sah aku tak masak macam gini kot.. Ha Ha


Nasik ala ala begini harus masak atas dapur, tak buleh nak malas malas campak seketul dalam rice cooker. Didihkan nasik bagi separuh masak dulu..angkat dan toskan. Masak ayam, lepas tuh dia guna cara timbuskan ayam berselang seli dengan nasik. Letak dalam periuk besar, masak dengan api yang paling perlahan dalam setengah jam gitu.. 


Taaadaaa..siap. Buat freesh salad, curah olive oil banyak banyak pon tak ape sebab dia akan jadi macam extra sedap jerr.

Pastuh kan, hari ni macam rajin lagik. Macam tak berkesudahan nampaknye kerajinan aku sejak dua menjak nih. Kenape ek? Ha ha ha


Minced lamb..masak dengan tomato soup, olive oil, masak pelan pelan. Motifnye biar lambat asal kesedapan dia lain macam. 

Ekceli..kalau tak nak makan dengan nasik buleh makan dengan pita bread ke, cicah prata ke.. sedap jugak. Tapi kami haruslah nassikkkkkk manjang kan..


Pilaf kali nih simple aje.. sebab masak dengan tomato soup. Lepas tuh curah minced lamb kat atas dia, salad dan tunggu apa lagi.. terus ngaaappp!

Dalam pada tu.. dah dua hari berturut turut Iolss minum green tea lepas lunch. HEH. Tak penting pon.. saje lah nak masuk entry ( orang lain dah berkurun minum tak kecoh pon sash.. kau nak minum secawan pon terkial kial tutup hidung bagai kot ).. 

Kurang kurang aku pon nak lah ade jugak bahan ilmiah untuk kesihatan dalam belog yang sendu nih. KahKahKah


Okbai.

Monday, November 4, 2013

TMI dan tak penting


1. Badan aku memang pelik lately. Kalau silap makan mesti cherry berry ataupon tak keluar langsung kekdahnya. Tapi kali nih bukan main main lagi, memang macam nak pitam aku dalam toilet sampai berpeluh peluh. How bad is labour pain? Hahahahahaha. Seriously. Macam macam jugak kepala otak aku ni melilau dok fikir dalam dok teran tu pon. Sorry TMI.

2. Dah beratus tahun rasanya tak penah kena constipation yang teruk, setakat manja manja kira takde hal lah kan. Aneh. Minum air kosong memang banyak, sayur buah bagai. Belum lagi masuk vitagen ke yakult ke yang aku minum tetiap hari.

Fikir punya fikir, rupanya seminggu dua nih aku memandai tukar diet konon. Tak pernah pernah aku minum fresh milk sebelum nih, tetibe saje gatal nak minum. Siap beli sampai dua botol besar pulak tu. Lagipon rasa dia sedap bila minum sejuk, takde bau pelik pelik pon. Jadik, tetiap malam lah aku langgah minum sebelum tido. Sehari dua iolss dah rasa lain macam.. hahahaha tapi minum jugak. Sampai lah weekend lepas yang sangat horror..


Gagahi dalam seksa pegi amik ubat, nak cita pon malu sebab dapat doctor handsome pulak dah. Alaaahaiii. Lemah. Kahkahkah. Keji tak?

Nasib baik dia tak suh baring nak check ke apa kan :P Kalau tidak.. i tak rela uolss..


3. Dapat ubat ajaib. Puas gilaaaaa rasaaaa. LOL Hari kedua aku minum Duphalac nih dah macam nak kena diarrhea pulak. Haisshhh macam macam.


4. Nasi segenggam, ayam kurma, sayur goreng.. Masak yang ini aje hari ni sebab esok nak berfoya foya. Jadi kena lah masak kannnn.. untuk kurang rasa guilty.

5.Tapi yang penting, sekarang aku dah tak takut takut nak makan lagi. Kalau hari tu, nak makan sikit pon takut sebab kalau asyik makan aje keluarnye tidak..dah cam mana kan. Stress uolsssss stress.


Sekarang rutin harian sebelum tido memang wajib minum prune juice itu. Kalau terlupa pon, menonong bangun pegi minum atas nasihat doctor  :)) HEH 


       Ini lah dia......ni lah dia orang tuh. Ha ha. Balik dari pantai, terlajak ke klcc pulok.





*TMI- Too Much Info

Thursday, October 17, 2013

Eid Ul Adha kami


Ni bukan kali pertama sambut raya haji di KL, rasanya dah dua kali kot. Not that bad lah sebenarnya. Pagi tu lepas solat raya di masjid wilayah, balik rumah sarapan roti canai dan rendang. Kesian tak? He he 

Lepas tuh facetime dengan mak bapak kejap, lepas Zuhur baru keluar makan makan.



Kitaorang sepakat pegi lunch di Tarbush Starhill. BBQ kofta, kebabs, nasik biryani, nasi ape ntah lagi nama dia dah lupa..Semuanya sedap sedap belaka. Kira sesuai lah untuk para perantau seperti kami. Ewah. Aku ingatkan diaorang ade buffet macam bulan puasa tu, tapi masa raya memang tak ada. Kalau tak, memang lagi banyak lah kitaorang belasah makan hari tu :))


Lunch sekali dengan baby bambam nih. Dah besar dia. Makin bulat makin geram aku tengok. Memang mintak digomol sangat kan. Memula malu malu, pastuh hambek kau.. nak makan pon aku tak senang habis herot tudung gojes iols nok. Ha ha ha ha. Sabaarrrr aje lah.



Lepas lunch kitoarang lepak lepak kejap ke Mid V pulak, sebelum pegi tengok Insidious2  Tak, si bam bam nih tak ikut. Kalau tidak, sah sah movie ke mana aku ke mana. Ha ha ha ha. 


Oh yeah , Insidious2 nih tak lah gerun seperti yang ku harapkan. Kebanyakkan plot dia dah lebih kurang yang dulu jugak.. sampai aku rasa, eh apesal macam dah penah tengok cita nih. Ha ha. Bohsan betui.  


The Conjuring jugak yang paling best :D

Monday, October 14, 2013

Raya eve kami


Baru aje bukak entry, kedengaran lagu raya tak semena mena. Memang aku dah agak. Sentaappppp iols kejap.

Suasana sungguh meriah di sini sana
Segalanya berseri indah berhias rupa..
Di hari mulia ini..
Ku susun sepuluh jari..
Ku kini telah kembali
Padamu yang menanti..
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia..

Haaaiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh  :"(

Nasib baik lepas habis lagu raya diaorang main lagu Taylor Swift. Kalau tak, memang lagi sikit aje aku nak bukak web malaysia airlines tuh. Sebak dada tak terkira. Hahahahaha. Kuat drama dia nih.

Baru raya haji kan.. kalau Aidilfitri sah sah aku meroyan terus. Nak nak kalau kena ikut husband beraya di rantau ke apa ke kan. Dahsyattt imaginasi aku lately. Ya Tuhan.

Hari ni kami berpuasa sunat. InsyaaAllah kejap lagi sama sama berbuka kat rumah. Masak lah aku apa yang patut. Dah siap bercita cita nak memasak gitu gini dari malam semalam. 

Alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Maka tersadai lah kejap aku. Menggigil kepala lutut nokz. HEH.
'

Rendang pedas daging. Extra santan bagi rasa dia kaw kaw punya. Extra cili kisar jugak tadi. Harap harap tak menggelupur lah cik abang makan nasik kejap lagik. 


Nasik bukhara buat julung julung kalinya. Memula ingat nak masak nasik biryani, tapi entah macam macam biryani bertukar jadi bukhara. Sedikit aneh di situ.


Ayam goreng nyumm nyumm nyumm. Mai lah kfc ke ayam goreng mcd ke, ayam macam gini jugak yang menjadi dambaan selalu. Tak jemu langsung..

Tak dilupakan jugak fresh yogurt bersama salad. Nak dekat berbuka pon buleh buat sebab tak payah mana pon.

Tengah facetime dengan mom tadi, diaorang (sepupu aku dengan bini dia datang beraya dari KT) tengah memasak gulai sotong untuk berbuka kat sana. Menjejes ayaq liuq tengok gulai tengah menggelegak.  Saja lah tu menguji kesabaran I kan. Ha ha.

Dalam pada tu, sibok jugak suruh mom ajar aku macam mana nak rebus ketupat.



Sangat senang, wangi semerbak satu rumah uolsss. Ini memang sesuai sangat untuk orang orang yang terdesak nak makan jugak ketupat palas di pagi raya macam aku nih.. 

Tambah santan aje, lepas tu masak lebih kurang satu jam. 

Tengah dok mendidih atas dapur lah sekarang nih. Harap harap menjadi elok ketupat aku. Tak sabaq nak cicah dengan rendang jap lagi. Pastuh cicah dengan susu pekat pon sodaapp jugak :))


Selamat berpuasa dan berbuka pada yang sewaktu denganku.

Selamat menyambut Eid Ul Adha. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan, mendapat berkat dan syafaat dari yang Esa.


Maaf zahir & Batin!

Thursday, October 10, 2013

HSG alaahai


Allahumma yassir wala tu'assir..

Next cycle kena buat HSG. Kali terakhir buat tak ingat bila, tapi di Penang dulu. Dah lama jugak. Ya Allah dia punya sakit sampai badan aku jadi kebas, telinga aku jadi berdengung macam tak berfungsi apa apa. Ha Ha ha. Seriously. Yeah aku memang jenis tak tahan sakit, tapi kalau nak dibandingkan dengan laps, Hsg paling mengerikan dalam sejarah hidup aku :'(

Tapi kali ni berbeza dengan dulu, sebab kena pegi buat di Tawakal dengan Dr. Fatimah. Dengar dengar cerita semuanya kata okay dengan dia. 

Sesiapa yang pernah buat kat sini, baik mengaku cepat. Meh cerita dengan aku.

Di samping tu ade lah benda yang aku kena buat lagi. Lepas tu baru buleh fikir dengan waras dan buat keputusan.

Tipu lah kalau aku kata, aku okay tak stress kan. Tapi aku ni jenis yang stress sehari aje. KAHKAHKAH. Lepas tu aku mudah lupa diri balik.



Walk a mile in my shoes, see what i see, feel what i feel, hear what i hear then maybe you'll understand why I do what I do.

Tuesday, October 8, 2013

When one door closes, the other one opens

...but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us..


Laaaaamaaanyaaaa  :)

1. Bukak belog jugak, cuma tak sempat nak mengarang. Seminggu dua yang lepas, teruk aku kena back pain. Dari bahu,  tulang belakang sampai ke kaki semua sengal lain macam. Dia punya sakit sampai bawak ke demam. Mom cakap aku silap makan ke apa entah. Sebelum tu, kitaorang pegi bedal nasik lauk kampung dekat Sambal Hijau Sg Penchala. Banyak lah jugak aku hadap kacang botol rebus dengan sambal hijau, ikan bakar bagai cicah air asam. Sedappppp kan. Sebab tu ke?

Lepas tu kitaorang tapau pulut durian. Hahahaha. Takkan tak buleh makan pulut pulak dah? Semalam rasa macam bisa bisa muscles lagi. Gasak.

2. Sah. Raya Haji kat KL aje. Sedih gila aku. Ibubapa pulak tak dapat datang sebab diaorang ade buat qurban kat sana. Lepas tu nak pegi Guangzhou pulak. Syoknya depa. Kitaorang tak balik sebab sang suami tak buleh sambung cuti lama lama sebab Aidilfitri itu hari memang lama sangat dah cuti. 

Minggu lepas aku pon dah siap beli ketupat segera Nona nak rebus di malam raya. Harap harap tak kedengaran lagu dendang perantau. Huh? Hahahaha. Tampar nak?

3. Alhamdulillah.
Penantian kami selama ini berbaloi. Darling husband akhirnya dah dapat permanent resident di sini. Walaupon selama ni diaorang cakap kalau expat memang tak jadi masalah nak dapat PR dan cepat, tapi tak semudah tu jugak. Jenuh naik turun Putrajaya. 

Sampai kurus aku sejak dua menjak. Eh tetibe dah kenape.

Ada yang menunggu bertahun, ada yang sampai dua belas tahun pon belum tentu lagi. Terus masa memula nak apply dulu, dalam hati aku dah rasa macam tak seronok kot.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sempurna untuk kami. Syukur sangat sangat. Sebenarnya dari bulan puasa dah dapat berita, cuma perlu selesaikan beberapa process terakhir lagi sebab tu tak berani aku nak over excited sangat. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Rezeki yang tak disangka.

 

Lalu, hujung minggu itu kami pon pegi meraikannya secara kecil kecilan berdua sahaja. Berdua lah kau pon, sape lagi nak mengekor? Baby follicles haddoooo lah. Ha ha ha


Sedaplicious. Walaupon masa nih memang tengah sakit sana sini macam mak nenek, tapi nenek ini tetap layaaan uolss..lol


4. Sedang menunggu masa nak men-tonton Insidious2. Hari tu kami telah menakutkan emosi masing masing dengan The Conjuring. Lepas tu Raaz3. Ya Allah, serious seram dia mak aaihh... Tak tipu. Balik rumah, nak tido pon terbayang bayang muka hantu tu. Hahahaha. Bila dah siang hari, sambil masak pon aku buleh terkenang kenang lagi. Nak mandi lama lama pon dah tak senang.  Aku memang begitu. Tapi tak serik.

Jadi hari raya nanti, kami dah bercita cita nak pegi tengok movie dan lepak lepak aje :) Jangan sapa sapa sebok nak datang beraya rumah aku. KAHKAH.


We don't have to fear this moment. We could go slow, see where this goes. Cos you'll never know :) Ewah. 

Tu kat Wondermama Bangsar jer pon. Tak payah nak perasan sangat.


5. Yeah. Sehingga ke saat ini, aku masih lagi di dalam fasa untuk mensesuaikan diri dengan retainer. Masih rasa tak selesa, masih rasa leceh gila bila kena pakai sebelum tido tetiap malam seumur hidup. Inilah dia yang dikatakan takde keje pegi carik keje sangat. Gasak. Penah jugak aku ngelat tak pakai satu malam. Tapi esoknya bila bangun pagi, aku bajet muka aku macam pelik pulak. Hahahahaha.


Suka saiko diri sendiri lah katakan.


 Payah punye pompuan!!

Thursday, September 19, 2013

Thursday food


Entah macam mana aku terdelete entry yang sebelum nih. Penat karang pon terasa lagi kot. Cheh. Macam penting sangat sampai rasa guilty gila pulak dah. 

Jangan risau, takde sapa sapa kat sini yang ketinggalan entry penting berkenaan hidup aku sekeluarga. Hahahaha. Dasar attention seeker

Cuma pelik kejap, sebab dalam phone aku, entry yang dah published dua hari lepas masih dalam draft.. jadik aku laju aje lah delete. Memang pantang betul kalau tengok draft banyak banyak macam gini, kacau mata aje. Yeah ocd di mana mana. Maafkan lah saya.

Semalam tak masak akibat merajuk. KahKahKah. Dah rupa menulis diary dah sash ooi. Kesian engkau.

Fitrah lah manusia.


Jadik hari nih aku kena tebus balik dosa dengan suami. Ha ha Tolong abaikan unsur yang tak membantu memberi pengajaran.



Nasik minyak, sambal tumis udang pedas kaw kaw punya, daging goreng kunyit bersama kentang, sayur kacang dan salad. Okay lah kan. Masak awal hari ni, lepas Subuh gigih cuci toilet, laundry bagai, breakfast pastuh terus masak. Pukul 12 semua dah siap sedia. Tenang jiwa aku bila semua kerja dah siap. Ada yang cakap kau tak bosan ke tetiap hari buat kerja yang sama kat rumah, dah la takde anak kan :) 

Senang cerita. Kau suka ke tidak, aku tetap jawab..anak kan urusan Allah. Rumahtangga tanggungjawab sama sama. Kerja ke tak kerja, takde alasan nak biar rumah tunggang langgang, makan minum tak terjaga. Penat tetap sama. Takde sapa lebih takde sape pon yang kurang. Bila kita buat sesuatu dengan hati ikhlas, tak akan ada rasa bosan, takkan ada rasa tak berbalaoi. Kan kan kan.

Yeah entry nampak gaya macam syok sendiri sebab belog sendiri lah katakan, kau peduli apa. HEH

Tetibe.


Lepas masak, terus kemas semua.  Rehat kejap, lepas tu solat. Selesai semua baru nak merasa lunch macam mana rupa. Sedap ke tidak. Terlebih masin ke apa masa nih lah nak tentukan. 

Kang husband balik mesti nak tunjuk yang best best aje kan. Risau aku kalau dia makan tak sedap. Rasa malu dengan diri sendiri nanti tahap nak sorok muka dalam shopping mall. Eh?

Tapi orang tu jenis yang tak kisah sangat kalau bab makan, kalau dia dapat makan nasik dah rupa dunia dia yang punya. Nasik goreng pon layan aje lah labu.


Nasik minyak letak extra ghee. Memang wangi sangat. Kalau ikut mak dan mak mertua, masak lauk lauk lain pon diaorang suka letak ghee sebab wangi. Aku kurang sikit pakai, sebab takut cholesterol mencanak naik tentu hala pulak. Dah la melantak makan yang bukan bukan dari raya hari tu. 

Ya Allah serious risau dalam hati.

Tapi sekali sekala tak ape kot. Lepas makan nasik nanti, kita kasi sumbat buah buahan pulak. Konon konon diet yang seimbang lah kan. 


Okay lettew..

Thursday, September 5, 2013

29 Syawal

Halo Jelo!

Selamat Hari Raya semua. Raya lagi kan. Laaaamaaanyaaa rasa tak bukak belog sendiri apatah lagi belog orang. Walaupon dalam hati asyik tringat ingat tapi dalam hati jek la sebab...macam macam..

Balik Kampung
1. Dah nama pon raya kan. Memang bersungguh benor ler mokcik beraya. Balik penang dah hujung hujung ramadan, keluarga mertua pon datang bercuti lama jugak maka.. siang malam lah bawak jalan jalan. Aku pon amik kesempatan merayap lah jugak. Masak jangan harap lah, jenguk jenguk dapur setakat nak tengok menu apa tetiap hari. Best nyaaaaaaa begitu. Tapi itu dulu.

Sekarang balik rumah sendiri, aku lemah longlai. Goreng ayam pon rasa menggigil lutut, keji tidak? Ha ha ha. Sempat lah jugak pegi pasar ramadan kat sana sehari dua. Hujung hujung puasa tuh memang mom dah tak masak kat rumah, kitaorang makan luar aje. Tapi kalau kat sana walaupon makan luar aku tak kisah langsung, sebab baanyaaaak sangat makanan sedap sedap dan berbilang rasa. Paling cikai pon buleh pegi nasik kandaq. No hal langsung. Untuk tekak aku la. 

2. Aku Letih
Sepanjang bulan puasa aku hilang berat sampai 3kg. Itu cerita sebelum raya la. Hahahahaha. Malam raya dah tak sedap badan, macam nak demam. Tonsils rasa lain macam. Memang dah lama tak kena macam gini. Punya aku jaga makan minum sepanjang puasa, berbuka minum air kosong banyak banyak, multi vitamin bagai sebab aku tau kalau kena demam memang aku teruk sebab kacau dengan si tonsillitis nih. Namun apa kan daya. 

Pagi raya dah kena flu dengan demam semua cukup. Tapi Eid ur Fitr punya pasal, aku gagahi lah jugak bangun. Kang sapa nak pakai baju raya aku ooi? Ha ha ha. Tapi seriously badan sakit sakit, rasa tak best langsung walaupon berjovianista uolss :(

Mommies :)


Lepas solat raya, ramai dah kat rumah dengan sedara mara. Bila ramai maknanya aku kena sembang lebih. Bila banyak cakap, suara aku makin lama dah makin sexy dan taadaaaa bila petang aje punah segala. Suara pon takde, nak makan pon sakit tak buleh nak telan. Ketupat, lemang, rendang segala bagai langsung aku tak sentuh dah. Sedih gila. Sedih bukan sakit, sedih sebab tak buleh nak makan.. dah ler setaun sekali aje kot. 



3.Dugaan lagi
Yeah.. I had a miscarriage bulan lepas jugak.  Lepas demam, aku kena diarrhea sampai tiga empat hari. Kira dekat seminggu badan rasa sakit sakit luarbiasa. Macam macam ubat lah jugak aku telan masa tu kan. Mungkin salah makan atau memang tak ada rezeki kami lagi? Kalau nak fikir segala gala memang buleh gila kejap aku. Emosi sangat tak tentu hala masa tu. Sumpah sangat stress. Tapi sekarang dah tenang sikit :)

4.Redha itu indah
Waah. Cakap senang. Kalau buleh masa tu tak nak sape tahu pon biar aje aku susah sakit ke apa sorang sorang. Maklumlah kat rumah tengah ramai dengan family, jadi semua orang jadi panic kejap lah kot. Lepas tu bermula lah sesi pujukan, belas kasihan, tips memakan begitu begini Ya Allah.. dan yang sewaktu dengannya. Dari aku okay terus jadik tak okay kot.  HEH. 

Seriously masa tu aku rasa nak telan aje semua orang hidup hidup. LOL!!

Tapi suami sangat baik dan paling tak banyak bunyik, dia memang sentiasa sweet begitu..ewah. Dia aje yang faham nak handle amarah dan meroyaness aku. KAHKAHKAH

5.Pulang ke pangkal jalan
Dah selesai semua pantang larang, (walaupon hakikatnya bila dah rasa badan sihat segala bagai aku telan seperti takde apa yang berlaku) pulanglah semula kami ke alam rumahtangga. Husband pon dah masuk office, aku pon dalam redha lah jugak kena mula balik rutin harian seperti zaman zaman dahulu. Minggu nih masak manja manja aje, sebab letih mengemas dengan kain bajunye lagi berlonggok nak berlipat. Itu yang paling menguji kesabaran pada waktu waktu begini. 


Itu aje cerita raya edisi tahun nih. Masih raya berdua. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya masih ada teman menggila bersama.. tak begitu ? ;)

Jumpa lagi!

Tuesday, July 30, 2013

Hari perut riang


Entry nih tak semena mena akan disogokkan dengan foto foto kami dan makanan kami macam tak buleh blah sangat. Eksyen. Hahahaha.

Weekend lepas berbuka di Al Halabi Lounge Marriott. Tetiap taun wajib jugak ke sini. Makin lama makin mahal pehtu makanan dah macam makin kurang apesal ek. Tapi nasib baik sedap dia masih sama macam dulu dulu gak. Okay lettew.

Sampai sana, lagi sikit aje nak berbuka. Sesak teruk dari Pavvy tuh. Memang dah tau tapi gagah jugak nak pegi sukat bukit bintang hujung hujung minggu..ambik lah habuan kau. Tapi nasib baik sang suami itu tak banyak bunyik, kalau tidak mana nak tadah telinga lagik, dengan lapar nye lagik kan :P


Jejak aje kaki terus menonong aku pegi carik pinggan amik nasik mandy kambing.  Engkau pon, dah jejauh aku datang takkan nak makan tamar aje kot. Jangan tiru perangai keji. 

Orang tak ramai sangat, jadi memang senang lah tak payah beratur panjang bagai. 


Nasik setakat sekali aje kot. Kalau bertambah, memang sah sah aku tak meratah lah kebab diaorang yang super sedap nih. Ini lah satu satunya penyebab kitaorang nak sangat datang berbuka kat sini. Hari lain memang takde buffet pon. Lauk pauk yang lain tuh aku tak ingat nama dia, lagipon dah tak tengok langsung ke namanya.. nampak macam sedap terus cedok masuk pinggan. 

 

Habis hati gembira sangat lah orang tuh dapat makan semua yang dia suka. Aku setakat makan nasik dengan kebab pon dah kira happy jugak laa.. Ha ha ha. Risau.. orang lain puasa dapat lah merasa turun satu dua kilo ke apa, aku nih... haaaisshhh.


Wajib minum mint tea yang macam best gila tu. Bagi tekak aku laa. Memula mintak cawan kecik cenonet nih aje, nak test market dulu lah katakan. Pastuh macam, eh awat hang sedap sangat nih. Bak mai lagi.


Ambik hang, sekali dia bawak mai. Hahahahaa. Kau nak sangat kan minum. Gasak tunggang sampai habis. Dalam kereta masa nak balik tuh, isi perut bagai ditolak tolak oleh angin kencang di dalam badan. 

Haritu jugak adelah birthday si owner halabi lounge nih. Makcik arab yang buleh tahan gedik nye jugak. Hahahahah. Dapatlah sekeping kek dia bagi rasa beserta ciuman di pipi. Derang nih memang jenis suka cium orang. Payah. 


Nih cucu dia. Asyik asyik datang meja aku, pehtu dok sebok tanya apa ntah dalam bahasa ibunda dia. Alahai ya habibti.. mana aunty nak gagau cakap bahasa engkau nak ooi. 


Dah kenyang. Perot pon dah makin bulat. Nak aje aku campak buang skinny belt tuh. Bajet hot punye pasal, pakai lah jugak sampai balik. Ha ha ha. Gigih.


Lepas makan, pegi jenguk jenguk H&M sebab dah dekat kan :)


Okay.


Kueh raya dah berape jenis nokz? Ha ha. Aku tunggu masa aje nak menghayunkan kaki balik penang nih. Tetiap pagi bangun mesti kira hari. Dah letih sangat rasa. Tak sabar nak makan masakan mom. Masak meriah macam mana pon takkan sama dengan air tangan emak sendiri ye tak? :)

Rindunyaaaa.

Tuesday, July 23, 2013

Ramadan kami

Haloooo!

Puasa
Alhamdulillah. Masih berpuasa penuh sampai hari nih. *clap*clap* Takde ngelat ngelat okay. Sehari dua ade jugak rasa macam sikit lagi nak kena gastric, tapi tu sebab salah sendiri suka gigit cili padi. Tetiap hari kena berulam cili padi. Paling cikai pon kena ade cili kicap. Kalau tak, selera teruk berkurang. Ha ha

Sahur
Tetiap malam bangun sahur. Tak penah lagi terlajak tido macam taun lepas. Kalau dah bunyik alarm tuh, terpacak lah aku bangun menonong 4.45 pagi. Taun ni berselera pulak bersahur, buleh katakan tetiap pagi makan nasik. Kalau dulu cicah roti dengan milo pon jenuh nak hadap sekeping tuh. Kalau berbuka kat luar, siap tapau nasi goreng ayam untuk sahur. Paling koman pon, nasik dengan telor dadar pon jalannn jugak.

The other half pulak, memang tak sentuh langsung la nasik pepagi nih. Dia tuh dasar tekak omputih. Kalau aku maunya muntah bogek pepagi buta nak minum susu makan roti bagai nih. Hahahah

Iftar
Antara isnin ke jumaat, sehari tuh mesti beli atau makan kat luar. Tak kira lah mcd ke kfc ke apa saja lah yang teringin di hati. Hari lain memanglah aku masak kat rumah. Macam macam jugak aku masak, ade yang terover pedas ade yang terkurang garam.. Ada yang okay okay aje. Dan kebanyakkannya memang malaatopss. Tapi serious aku memang tak reti nak adjust rasa kalau masak masa bulan puasa nih. Orang cakap rasa hujung lidah tuh makruh ye? Itu satu hal, satu lagi aku mana buleh nak rasa hujung hujung nih, aku punya rasa mau satu sudu besaq. Hahahahaha. Jadik baiklah tak merasa langsung yer tak.

Weekend memang kena tolak awal awal sebab itu dari dulu adalah hari Katakan Tidak pada Memasak. Kekeke

Minggu lepas sempat berbuka dan menadah perot masing masing di marriott. Macam macam aku makan kecuali nasik. Orang ramai bukan main lagi taun nih, dulu tak lah sampai berbaris panjang nak amik makanan.


Kitaorang makan yang ringan ringan dulu, biarlah derang berbaris bagai tak kuasa aku nak tunggu sambil pegang pinggan lama lama gitu. Memang kejap aje pon, dah lepas berbuka semua masing masing aku tengok nak atur langkah pon dah tak kuasa. Ha ha


Sang suami tu pulak asyik dok ulang makan kambing bbq yang sangat super sedap.. Kira puas hati la makan. Mau lima enam kali jugak dok pegi angkut si kambing cicah mint sauce nih. Malam tido menggelupur kepanasan bagai.

Tarawih
Kitaorang selalu bertarawih di masjid wilayah aje sebab dekat dengan rumah. Keluar rumah 8.30 pon sempat lagi. Solat setakat  8 rakaat aje. Lepas usai tarawih, wajib singgah ngeteh dan rotcai kat publika dulu sebelum balik rumah. Ha ha Maklum lah selalunya sebelum solat memang aku makan sikit sikit aje, bukan apa takut perot memberontak tak tentu hala pulak. Lepas habis semua, balik rumah baru sambung makan nasik. Okay lah kan.

Balik kampung
InsyaaAllah minggu depan keluarga mertua sampai sini, pastuh kitaorang semua akan balik sambung berpuasa di penang sampai raya. Maka sehari dua nih dah buleh mula simpan kain baju yang mana nak bawak balik. Yang penting baju pagi raya dah siap basuh dan gantung awal awal lagi. HEH.

Kueh raya
Biskut mazola seperti biasa adelah antara yang wajib. Hahahaha sebab itu aje yang aku pandai buat. Yang lain suma di bawah tanggungjawab mom. Dia sediakan bahan, aku tolong tekan acuan aje nanti. Senangggg cerita. Harap harap taun nih dapat carik wajik color pink :)) kueh muih tradisi nih semuanya kitaorang beli sebab takde sapa pon yang sanggup nak buat. 

Ketupat palas memang mom buat lah. Kalau orang lain suka makan dengan rendang, aku pulak suka cicah dengan condensed milk. Nyummmss. Rasa liat liat lemak manis kat hujung hujung dia tuh, bergelora jiwa i tell youuu! Dan seperti taun taun yang lepas jugak, dah berjuta kali ake belajar menganyam. Tapi satu pon takde membanggakan sangat.

Duet raya
Tak banyak pon aku sediakan, sebab aku mana anak sedara bagai nih. Untung lah jugak. Hahahaha. Kira tadah tangan aje lah mintak duet raya dekat suami dan ibu bapa nanti. Murah rezeki hendaknya..Heeeeeee.


Okay. 

Hari nih rasa macam nak masak aglio olio aje lah. Senang. Kalau rajin buleh grill ayam jugak nanti. Cukup lah nak makan berdua aje pon :)


Selamat berpuasa semua!