It's just wonderful to know what's the reason when things happen :)
Memandangkan hobi suami isteri memang berjalan, dari kecik hinggalah lewat remaja..eh ape keperluan sebut lewat remaja begitu? Maka setiap kali nak pegi bercuti a.k.a berfoya foya walau di mana sekali pon mesti tetiap hari aku buleh senyum sampai telinga. Langsung takde mood macam nak makan orang. Langsung tak bising pasal stress kekonon hormones changes ke apa. Best kot.
Sebab itu aku paham kenape tuhan telah menjodohkan aku dengan dia sebab hanya dia aje buleh menbimbing aku ke jalan yang benar hahahahahahahaha * gelak jahat please*
Okay okay. Hari tu ade seseorang bertanya kat aku, kalau pegi jenjalan kat luar aku tak kisah ke makan kat mana mana pon? Takde masalah ke rasa tekak? Lebih kurang macam gitulah soklannya. Jawapan aku senang aje, tapi kalau aku tulis tepuk dada tanya selera kang jadik bahan pulak ha ha.
1. To be frank memang itu antara kegusaran kitaorang kalau nak pegi bercuti. Nak nak kalau tempat yang tak pernah sampai, tahu pulak memang susah nak carik makanan halal. Maka haruslah sebelum pegi tu buat homework banyak banyak pasal halal food dulu. Kalau orang lain kebanyakkannya akan google tempat tempat menarik untuk dilawati ke apa, kalau aku haruslah google pasal fooooood aje. Eh macam tak biasa kan. Ha ha. Tapi betul lah, kalau pegi nak berseronok macam mana pon kalau bab makan jadik isu tak guna jugak. Kang kena gastric ke diarrhea ke memang musnah lah segala mimpi kan. Eeee memang aku mintak simpang awal awal. Macam dekat sini, dah la toilet memang tersangatlah payah nak carik kalau kat luar, kalau ade pon engkau ingat buleh berak dengan senang hati ke? Hahahahaha Jadik moral of the cerita, bawaklah tissue atau wet tissue banyak banyak kalau dah terdesak sangat. Selagi buleh tahan, tahan lah sampai terkulat kulat jadik muka masing masing. Tapi Alhamdulillah, tak pernah jadik lagi perkara perkara keji sebegitu, setakat nak buang air sikit sikit adelah. Heeeeeee.
2. Rajin rajin lah pegi belek zabihah dot com. Katanya macam worlds largest guide untuk halal food merata pelusuk negara. The Other Half yang kenalkan aku dengan web nih. Memang rasa sangat senang hati bila tahu kat mana buleh carik makanan halal kalau nak pergi bercuti pertama kali ke sesuatu tempat, selain dari bahan bahan bacaan dan ilmu masing masing lah kan. Pendek kata tolong lah jadik rajin.
3. Semalam jugak, kawan ade bagitau pasal satu app yang macam sempoi. Cuba carik dekat App store, Muslim Pro. Sebelum nih kitaorang hanya guna app AlQibla pon bagus jugak untuk maklumat pasal solat dan arah kiblat semua. Tapi Muslim Pro nampak lagi complete sebab ade maklumat extra pasal tempat makan halal berhampiran kawasan yang kita tinggal. Best kan. Pastuh kalau dah masuk waktu solat, dia siap bagi reminder dengan azan sekali. Kalau sampai macam ni pon dok liat jugak nak solat tak tahulah nak cakap apa. Ha ha ha.
Hari pertama kitaorang sampai sini, memang dugaan sungguh. Nak tunggu waktu Isya memang rasa dah tak mampu sangat sangat sebab mengantuk. Mata nih macam kena gam, semua ni mesti angkara Syaitan Laknatullah la hahahahahaha. Pukul 5 petang aku dah terkebil kebil tahan tido, tapi nasib baik iman kuat dan kena paksa dengan laki sama tak bagi tido. Alhamdulillah lepas aje solat Isya, makan pon aku rasa macam sambil tutup mata pastu terus debooomm sampai esok pagi dengan jayanya :)
Ini app AlQibla yang kitaorang memula guna dulu
4.Katakan lah tak sempat tengok tempat tempat halal ni kan, maklumlah bila dah keluar kadang kadang berjalan ikut aje kaki melangkah gitu, sebab most of the time pon kitaorang takde lah rancang habis habisan nak kemana mana. Satu dua tempat yang mana ingat pastu bila dah sampai ikut aje lah kekuatan kudrat yang ada. Bila nampak restoren yang nama ala ala Arab ke Pakistan ke maka masing masing menjadi sangat teruja. Tapi tetap kena tengok logo halalnya jugak, sebab tak semua pak arab yang jual makanan halal pon. Itu kena jaga jaga lah jangan main redah aje. Tapi kalau kat London, Insyaallah tak kebulur lah engkau hidup kat sini. Kalau ke area Bayswater lagi lah berlonggok, or even Oxford St tu pon banyak. Tapi kalau nak tengok lagi meriah dengan makanan halal rasa macam tak dipinggirkan langsung cuba pegi ke Tooting atau Woking siap ade kedai runcit dengan wet market yang besar. Aku ke sana dulu sebab kawan kitaorang kat situ. Tempat lain tak tau la sebab tak pernah sampai lagi :)
5. Kalau kat hotel pulak, pilih lah makanan yang tak menjadi was was pada diri. Kalau kat sini breakfast senang dah diaorang bagitau halal dan vegetarian pon ada jugak. Tapi aku paham setengah tu memang tak sentuh langsung walaupon air yang bukan muslim yang jual. Macam kawan aku sorang ni, dia sendiri bagitau memang tak lalu langsung. Elok lah tak makan kalau macam tu, sebab dah was was karang jatuh haram pulak kalau makan kan? Jadik buleh bawak instant coffee ke tea ke, pastu buleh lah angkut jugak instant noodle tu banyak banyak kalau travel ke luar. Takde masalah buleh aje bawak masuk kalau bahan kering ni.
Pastu kalau nak carik makanan tanahair jugak, pegi la carik Malaysia Hall yang berdekatan. Tapi macam aku ni memang la teringin sangat nak pegi sebab tak pernah kan, tapi si suami tu pulak awal awal dah cakap ape yang payah sangat nak pegi makan nasik lemak padahal kat kl pon memang dah dok hadap selalu. Betul jugak cakap dia. Setakat pegi amik gambar buleh la, sebagai bukti aku pon mampu sampai Malaysia Hall.
Hikhikhikhikss <------------ gelak="" mintak="" p="" penampar="" sangat="" tu="">
------------>
Bile nk citer pasal shopping nih.... Huhuhuhuhu...(org lain yg excited!). Have fun dear :-)
ReplyDeleteHahahaha coming soooooon :))
ReplyDelete