Monday, February 11, 2013

Top 5 February




Ohai! Ada lagi dia nih rupanya.

1.Hidup menjadi sangat lega bila cuti panjang begini dan terpaksa berada di kotaraya. Kesesakan adelah tahap sifar lalu tak semena mena kami pegi lunch sampai ke setiawangsa nokz. Dapat jugak makan nasi arab di Saba. Pasni tak perlu lah bersusah payah ke cyberjaya dah nanti. Lepas tu sambung jenjalan sampai ke Sogo. Kalau tidak jangan harap The Other Half nak bawak aku pegi, sebab dia memang kurang berkenan sangat ke situ. Tu pon takat sogo aje lah, baru aku turun tangga nak menapak, dia ajak balik dah. Dan dan tu lah jugak dia nak sakit perot la, pening la, lapar suma ada. Payah betui.

2. Eh bila kali terakhir kau masuk work station? Buat buat tak ingat langsung dah kenape. Sebab last memasak pon hanyalah sandwich dengan tumbuhan segar. Ha ha Pastu terus terusan macam busy. Macam aje lah. Padahal tak siap packing ape pon lagi. Tapi list barang yang nak bawak semua dah siap :) Sarung tangan, sarung kaki segala sarung semua aku angkut kali ni.

Memula ingatkan nak pegi dalam seminggu aje, aku bajet keje The Other Half  habis buleh lah extend sikit habuan aku nak memerah tenaga kat Oxford. Aku cakap kat dia, nanti tak yah susah susah pikir pasal baju raya dah kalau kiter shoping siap siap kat sini. Licik tak? Tapi perancangan Allah itu mengatasi segala gala. Aku ingatkan seminggu pon dah cukup lah dengan tengah winter bagai nih kan, ambik engkau.. last last campur tolak semua mahu tiga minggu jugak kitaorang duduk sana kali ni. Hahahahaha. InsyaaAllah, nanti bila sampai dia siapkan keje apa yang patut, pastu pegi Lensbury kejap and tadaaa akan balik semula ke London untuk kutip separuh hati dan jiwa yang aku tinggalkan tiga puluh enam minggu yang lalu di sana. Muahahahaha *evils laugh*

3.Sepatutnya minggu ni adelah sangat stress bagi aku, sepatutnya lah. Hahahaha. Tapi nasib baik ade penyelamat keadaan, pastu dapatlah aku berbahagia seadanya.. Ecececeh. Tapi dalam kepala sebenarnya banyak perancangan lepas balik Uk nanti. InsyaaAllah semoga dipermudahkan. Dah bincang ape yang patut dengan gynae minggu lepas.

Pastuh, lately pon aku dah kurang bersosial dengan orang ramai di laman sosial. Heh apa punye ayat nih. Belog pon sikit lagik nak jadik macam tugu negara. Facebook pon macam tak larat nak hadap tetiap hari. Aku takde hati sangat nak membaca status orang, masuk campur masalah rumahtangga orang dan sebagainya. Sebab aku masih lagi menjadi sedikit self centered. Kalau ade pon yang mana aku berkenan aje lah. Ha ha. Yang lain dah tak lalu aku nak nengoknya. 

"Ya Allah, jadikan lah aku lebih baik daripada sangkaan mereka, jangan Kau hukum aku kerana ucapan mereka, ampunilah aku kerana ketidaktahuan meraka." ( Doa Abu Bakar R.A)


4. Rindu separuh nyawa dengan ibubapa. Macam lama sangat tak balik. Bila rindu macam nih, rasa serba tak kena. Seronok macam mana pon, tetap rasa kosong kalau tak dapat tengok mom dengan dad depan mata. Asalnya parents akan ikut sekali bercuti, dah macam macam kitaorang rancang nak pegi sama sama, pastu dad ada keja yang tak buleh tinggal. Emosi lah sekejap aku minggu lepas. Takpe, April dah tak lama :))

5. Sekarang telah kembali memupuk minat membaca yang lama ditinggalkan. Bukan apa, bila nak travel aje sibok lah aku carik buku sebab nak tahan bosan 13 jam nanti. Tapi kali ni tak lah teruk sangat kot sebab kitaorang naik flight malam, kira tu memang waktu tido aku, jadik aku cadang nak membaca apa yang patut sampai ngantuk, pastu buleh lah tido kurang kurang pon sampai esok pagi. Kalau aku bangun pukul 9 pon dah kira bagus lah sebab dah tak lama kan. Heh. 

Eh dan yang paling tak tahan, first time kitaorang nak naik A380 nih. Macam jakun masing masing kejap masa nak pilih seat hari tu, siap gaduh gaduh.. maka haruslah si jakun nih nak duduk kat upper deck kan. Hahahahahah. Keji. 


Selalunya sebelum travel haruslah gigih aku belek SeatGuru atau SeatPlans untuk memantau keadaan. Kat situ buleh tengok dengan jelas dan senang, sebelum kita web check in nanti. Tapi untuk A380 nih hari tu takde lagi dalam seatguru, so kitaorang masuk seatplans lah.


Itu aje untuk minggu ni.  Minggu depan kita bersiaran dari kota london uolss, ewah! 

Laaayaaannnn :D

4 comments:

  1. Part 'evil laugh' tu paling x tahan..hahah. Ada2 jer buah minda dia..Mga selamat pergi dan kembali... (^_^)

    ReplyDelete
  2. Sash, akak pun pi jumpa gynea last week... Tah2 kita selisih bahu:-) huhuhuhu.... Wah....seronot nak naik airbus! Jgn lupa snap gambor banyak2 yer... Have fun dear!

    ReplyDelete
  3. Along : Hahaha alah bisa tegal biasa umpamanya.. Tima kasiihh ;)

    Ahkak sweet tooth : cer huplod sekeping dua foto pastu tag saya, kan senang nak jejak kasih nanti..lolz

    ReplyDelete
  4. Hahaha...ahkak pemalu dik... huhuuuhu (sgt poyo!)

    ReplyDelete