Monday, February 25, 2013

Resam hidup di kota London


Waterloo station dalam pukul 6 lebih masa tu.. lepas Maghrib aje pon. Macam dah tengah malam kan.


Ohaaaiiii!! mari mari bahan baru sudah sampai hahahaha

Kecoh. Tampar nak?

Gila lama tak hupdet nokzz.

Tahu tidak..

1. Pertengahan minggu lepas, London adelah di landa sedikit snow dan juga kesejukan bukan di tahap mengujakan dah, tapi I dah hilang semua perasaan yang ada kalau kat luar. Bayangkan betapa sejuknya hidup sampai tak ada ayat nak digambarkan waktu tu. Hahahahaha. Seriously. Siang malam pon kadang kadang sampai -1°c tapi aku rasa macam lebih kot? ke diaorang silap kira? Sejuk macam gini dijangka sampai hari Rabu kalau tak silap..eeeeee tak suka. Fountains yang dekat trafalgar tu pun sampai beku tak semena mena. Snow takde lah tebal mana sangat pon, manja manja aje dia turun tapi cukup lah setakat tu. Kalau turun lagi banyak memang tak keluar langsung lah aku jawabnya karang.

2. Underground tu pulak asyik buat perangai lately, kalau tak line ditutup pastuh tube pulak hanya gerak dalam sesuatu masa aje. Nak pegi makan ke Bayswater jenuh pusing pusing dulu sebab circle line tak jalan dua hari. Tapi I tak kisah yang itu, sebab kalau inginkan kegembiraan di penghujung hari maka haruslah melakukan sedikit pengorbanan kan? Hahahahaa. Cuba kalau kat KL buatnya diaorang tutup jalan ke, jam teruk dalam hujan lebat ke, memang dah lama kena hempuk steering tu. Kalau kat sini semuanya indah belaka. Tube macam sardin pon aku leh tahan dok sengeh lagi.

3. Maka adelah tidak lengkap datang ke sini kalau tak jejak ke oxford.st dan langsung ke Primark kan. Buleh pulak jenjalan macam takde hal masa tu. Tapi badan semua lenguh lenguh sebab terpaksa menampung winter coat yang tebal pastu ditambah pulak dengan membawa pulang habuan kegembiraan masing masing. Tak sampai empat jam shopping situ aku dah kesengkekkan lebih kurang 220GBP (tima kasih la pada sape sapa yang berkaitan bagi derma kilat aku shopping kat london ahahahahahah)

Pastu terus jadik kalut nak pinjam duit dengan mangsa yang berhati mulia itu (again?) sebab M&S pon tak dan jejak lagi, dah stress balik.

Pinjam manjanggggg kot. 

Oxford punya la besaq nokz sampai sehari suntuk pon aku tak habis tawaf. Kurang kurang kena duduk sini setaun nak? 


Sayang isteri ditinggal tinggalkan.. 

Laju tinggal aku ke belakang mentang mentang dia dah siap shopping masa tu. Hahahahaha. Selalunya kitaorang akan berpecah bila masuk dalam mall yang berpotensi untuk shopping banyak. Pastu barulah aku buleh mulakan operasi dengan senang hati. Selalunya si suami itu lah yang siap beli semua dulu, dan akan tunggu kat cafe di luar. Takde harapan langsung la dia nak duduk sedap kat dalam dengan ramai sangat manusia manusia yang terdesak macam bini dia kat sini. 

Muka muka bahagia sebelum dah selepas. Memang stress free sesangat.. 


Jangan tamak Sash, banyak hari lagi menanti. Sampai senget senget tangan bahu semua cik puan besaq pegang habuan kegembiraan itu. Dengan sejuk, salji tengah dok turun sikit sikit, angin kencang Ya Allah, sabar aje. Nasib baik balik ikut Marble Arch aje, jadik tak lah penat sangat kena hentak kaki jauh jauh. 

4. Aku sampai dah muak kot dok makan nasik arab, nasik biryani, nasik arab, nasik biryani. Saje ulang ayat sebab tengah carik idea lagi. Kadang kadang malam kalau dah tak keluar jauh jauh, kitaorang makan kat bilik aje. 

Nasik dan kari yang selalu kami makan adelah kat ChilliChutney, kedai dia betul betul berdepan dengan London Eye tu. Kalau convert harga ke ringgit buleh dapat stok makanan seminggu kat KL. Tapi laki kena beli jugak sebab bini dia kan kuat makan nasik, kurang kurang pon sekali sehari disamping selingan makan petang. Yang lain lain aku tak kisah sangat, tapi nasik itu keperluan. LOL Lagipon kat situ aje yang dekat buleh carik yang lain tak kuasa lah sebab jauh. Tahap kesedapan memang payah lah nak cakap sebab dalam keadaan sejuk dan lapar engkau bagi ape pon aku sapu licin. Hahahahaa

Kalau masa breakfast memang takde masalah langsung sebab kitaorang memang hadap dalam bilik aje, pastu bila dah tak lalu makan english breakfast macam ni aku akan suruh The Other Half beli fried chicken ke kebab extra ke untuk dimakan pagi pagi buta. Buat macam rumah sendiri lah ye.



Tapi kalau nak makan dalam hotel memang dah tentu tentu lah bukan nasik, pastu pulak memang lah sedikit mahal, rasa buleh amik duit tu beli baju baru (sanggup tak makan asalkan dapat baju? keji please)  Yang  berselera makan pon selain dari vegetarian pizza adelah fettuccine seafood pasta ni aje. Dia masak simple cuma ade olive oil, parrmesan, lemon dan berlonggok longgok udang bersama salmon. Memang hancur lah cholesterol aku bila kat sini. Takde pantang larang langsung, semuanya tibai mak ooi.

5. Kitaorang ade jugak pegi ke Camden. Best sesangat. Banyak bahan nak tulis sebenarnya, tapi kena tunggu mood yang betul betul nak menghadap belog seharian baru buleh buat entry okay. Sabran jameela sat naa.

6. InsyaaAllah minggu ni akan berada di Teddington. Dengarnya lagi sejuk kat sana. Tapi takpe, ni kan resam hidup di rantauan. Nak merasa panas sikit kita buleh jenguk jenguk Kingston macam tahun lepas tu, tak pon turun sikit ke Richmond sebab hari tu takdan pi kan dahhling? Muahahahaha I looikeeee.


 Lensbury tunggu kami datang yaw! 

6 comments:

  1. Wahhhh!!!! Sakan Sash!!! Am so happy for you. X pe...shopping tu pun satu exercise (sure banyak kalori dah terbakar jalan lama2 n angkut semua 'hasil' tu. Silap2 kurus jer balik M'sia nanti... heheheheh :-)

    ReplyDelete
  2. ya Allah bestnya...bila nak sampai agaknya...huhuhu

    ReplyDelete
  3. I didn't know your other half likes shopping too. Ingatkan dia tolong bawa beg2 shopping you sbb u dah tak menang tangan day. Ni berapa banyak luggage bawak ni, macam tak muat je, baru sehari punya shopping dah bertan2?

    ReplyDelete
  4. Doc, dia bukannya tau shopping pon, beli tah apa apa. Hahahaha sbb tu balik hotel baru dia berani tunjuk kat i. Lolz. ni pon ade baju yg nak kena pi tukar balik next week, nasib baik buleh.

    ReplyDelete
  5. Omaigod sash. Your primark bagssssss!!! I xtau nak beli apa kt situ. Hahaha.

    Btw, did u go to Bicester? I sibuk dok perhati manusia kiri kana depan belakang carik u :p

    ReplyDelete
  6. Yannie hahahaaha i tak jadik pegi bicester hari tu, sbb tu kitaorang ke camden. Bila tanya hubs fren kat sini dia cakap baik beli kat selfridges lagi sebab mahal jugak kat sana pon? Ye ke? U shopping apa kat sana aar?? Jeleeesss please.Tolong bust entry psl bicester sat. Lolz
    next week will be back in london InsyaaAllah, klu takde rezeki pi bicester kena pegi oxford balik carik selfridges tak kira! :P

    ReplyDelete