Jumaat yang lepas daku buat nasik biryani ayam ala pakistan. Senang, sebab tak payah nak masak lauk pauk yang lain dah, terus masukkan ayam sekali bersama rempah biryani ke dalam nasik. Lepas tu buat cucumber raita. Masak sikit aje pon.. cukup cukup untuk berbuka dan supper..Sahur memang tidak lah berani menghadap yang ini, karang kering kontang tekak umpama sahara di siang hari. HEH.
Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 Ramadan. Cepat sangat rasa nya. Minggu depan dah buleh simpan kain baju untuk baaalik kapungggg. Dua minggu lebih jugak lah macam biasa di sana nanti. Seminggu untuk berpuasa, dan seminggu lebih sikit untuk beraya. HEH. Syokk nyaa bila dikenang kenang.
Weekend hari tu pegi berbuka di tempat wajib tetiap tahun, JW Marriott lah mana lagi. Sedap giler kambing golek dia. Yang tak berape best nya hari tu dari tengahari kena gastric, husband dah suruh makan ubat aje kalau tak mampu.. tapi nasib baik buleh bertahan sampai berbuka. Penuh jugak puasa aku hari tu, Alhamdulillah.
Pukul 6 lebih baru keluar rumah. Sebab kalau awal awal pon jenuh nak menunggu jugak, nak merayap ke mana mana memang tidak lah berdaya rasanya. Kurang kurang pon.. lepas makan cargassss lah sikit kan. Hihihi.
Sampai aje kat sana, nasib baik tak berapa sesak sangat petang tu, terus cuci mata tengok tengok juadah mereka. Semuanya sedap belaka. Yang paling utama menjadi pilihan hati tentulah kambing golek itu bersama makanan kampung. Nasi kandar, ayam percik, satay, ikan bakar, kuih muih pencuci mulut, rojak, dan macam maca lagi semuanya sangat menarik perhatianku juga..
Namun memandangkan perut tidak begitu sihat, masa berbuka tu daku pilih yang ringan ringan aje lah dulu kan. Sabaaar, takkan lari makanan dikejar. Try test power perut dulu buleh tahan ke tidak.. kalau dah rasa okay baru buleh sambung makan yang lain lain. Nasib baik lah jugak gastric kali nih tak berape teruk.. ala ala kadar aje pon..
Mula mula daku makan bubur lambok yang dicampur sup ekor. Lepas hirup satu sudu terus rasa macam Wow. Sedaaaaapnya. Daku bukan lah penggemar bubur lambok pon, tapi yang ini memang sangat sedap. Rasa lemak, rasa daging, udang dan rempah ratus dia tu semua cukup. Ditambah pulak dengan rasa sup ekor, mak aaihh.. sampai licin aku hirup. Hihihi. Lepas tu baru berani cicah kambing dengan rosemary pulak. Lembut dan fresh sangat isi dia.
Lepas tu baru makan roti jala dan ayam percik. Dicampur dengan sedikit dhal sayuran. Eh eh sedap laar.. Memang semuanya lah sedap kalau masuk tekak aku nih. LOL
Dan semestinya kena makan lah jugak nasik kan. Memula aku letak lauk lauk aje dalam pinggan, macam malas lah nak makan nasik, nak ratah lauk aje, tapi apakan daya memang tidak mampu nak berbuat begitu. Sedikit nasi putih, rendang kerang yang sempoi habis, paru goreng berlada, dan gulai lemak ape ntah lagi aku letak semuanya dah bercampur campur dalam tuh. Kerabu dan budu pon ade tau. Licinnnnnn habaq hang.
Inilah penutup makan berat berat malam tu. Lepas tu kembali meratah kambing golek sorang sepinggan. Bab nak beratur ambik kambing nih mesti lah kerja si suami. Tak kuasa pulak aku yang dah perasan gojes gojes malam tu nak pegi beratur dua tiga kali kan. Maluuuuuu kot. :P
Baju tu dari Jovian Mandagie, sepasang dah pakai masa raya pertama tahun lepas, yang ni pulak sepatutnya jadi baju raya kedua lah.. Tapi sebab tahun lepas daku demam dengan selsema teruk, terus luntur semangat nak pakai. Last last raya kedua terus sarung jeans aje. Sempoi. Harap harap tahun nih sihat walafiat lah ye dak.
Lepas dah kenyang dengan juadah juadah semua nih, daku makan jugak cempedak goreng dan puding roti. Diakhiri dengan ABC cendol. Kenyang sampai tak sempat nak ambik gambar dah yang hujung hujung tu. Ha ha.
Lepas makan makan lebih kurang pukul 9 macam gitu, husband ajak pegi Pavvy. Yay yay. Takkan lah tak nak kan.. terus hilang gastric aku malam tu macam magic. Sempat lah beli dua pasang baju, yang lain dia lah yang membeli belah malam tu. Memang jarang sangat dia ni nak shopping, tapi kalau dah mula kalah bini nye pulak. Siap dengan baju kerja lepas raya pon dia nak beli. Duit hang, lantak lah. Hahahah.
Semalam daku masak chicken karaahi. Lama tak masak sebab stock rempah dah habis hari tu. Sejak puasa nih, semuanya menjadi sedap sedap bila aku masak. Hahahaa. Berkat memasak untuk suami dengan ikhlas tak gitu. Untuk mengelakkan pedas melampau, daku tambahkan juga tomato puree dan sedikit yogurt ke dala karaahi tadi.
Best sangat rasa dia. Sampai sahaur tadi pon kitaorang makan nasik lepas tu cicah jugak dengan roti pratha. Alasannya sebab tak nak membazir makanan, sebab tu kena sapu licin walaupon pukul 5 pagi.. T_____T