Thursday, July 24, 2014

Ramadan di kampung halaman

 
Kueh raya lah yang pertama wajib masuk bag balik kampung dulu. Tak banyak pon yang daku beli tahun ni, sebab mom dah pesan awal awal tak payah membazir sebab dia lagi awal dah buat dan beli jugak. Hehehe. Tapi yang ini memang lah wajib sebab menjadi kesukaan ku.. disamping biskut biskut lain. Cute sangat kan. Terjebak beli memula tu sebab color pink yang sangat comel, rasa butter dan ghee. Yang bawah tu namanya biskut arab, memang ghee semata mata, dua tiga bijik sekali makan rasa gebu lain macam aje dalam mulut. Risau tak sempat raya habis dikerjakan lah pulak.
 
 
Isnin lepas dah selamat sampai di kampung halaman..Alhamdulillah. Sepatutnya ibubapa nak datang, tiba tiba tak jadi pulak sebab dad banyak kerja, terpaksa lah ambik flight jugak balik sensorang. Si suami Jumaat nih baru datang, dapat lah jugak cuti seminggu lebih untuk raya nanti.  Syok nyaa.
 
Sebelum balik penang, kitaorang pergi iftar-date di Hadramawt. Baru daku tahu diaorang bukak di The Curve, siap ada buffet Ramadan pulak tu. Senang lah kan nanti, tak payah nak pegi jauh jauh kalau nak makan nasi arab.
 
 
Kambinggggg aje memanjang bulan puasa ni. Sedap sangat dan berbaloi. Next time buleh bawak ibubapa datang sini, kalau dulu sampai ke Cyberjaya kitaorang pegi makan nasik mandy ni.
 
 
Sepanjang kat Penang nih, dah tiga bazar Ramadan daku menjelajah mencari makanan kegemaran. Memang best giler kat sini. Antara yang menjadi pujaan setiap kali bulan puasa adelah murtabak daging. Memang sedap sangat, banyak daging dan terasa semua rempah ratus dalam murtabak tu. Kalau beli kat kl kebanyakkannya rasa telur dengan bawang semata mata kan.
 
Yang ini memang puas makan. Kitaorang suka cicah dengan mayo. Sebijik untuk berbuka dan sebijik habuan bersahur. Kenyang sampai esok hari. Ha ha ha. Selain itu, antara yang daku selalu beli jugak kalau balik berpuasa di sini adelah, pulut kacau+durian, yong tau foo, popia basah, dan macam macam lagi lah kueh muih.
 


 
Walaupon di bulan puasa tetap ku gagahi datang menjengukmu juga. Hehehe. Dari airport terus zaaassss datang Beratur, nasib baik memang takde orang beratur pon, terus ambik aje dan makan dengan gelojohnya. Hahaha.
 
Hari tu berbuka puasa pon dalam erl aje sebab dah lewat, jadi memang tak makan nasik lah kan..sampai aje ape lagi memang balun habis habisan lah. sampai mom cakap, kamu ni dah rupa tak jumpa nasik setahun. Hahahaha
 
 
Seronoknya hati dapat berbuka dan sambut raya sekeluarga. Sangat berbeza perasaannya kalau duduk di KL dengan pulang ke kampung halaman.  Hanya sesiapa yang merantau tinggal berjauhan dari keluarga aje pasti akan rasa yang sama. 
 
 
Selamat berpuasa untuk rakan rakan semua, selamat menjalani ibadah di akhir Ramadan ini, moga doa dan amalan kita mendapat keberkatan Yang Maha Esa. Amin.
 


4 comments:

  1. Jauh lah sangat perantauan tu yek? ;)
    Kirim salam kat parents ya. Selamat Hari Raya.
    Teringat nasi Beratur tu, meleleh air liur .....

    ReplyDelete
  2. Hahaha jauh le tu doc. Buatnya tak balik beraya kat sini, nangis tepi bucu katil le jawabnye. I kan wanita beremosi. :)) selamat hari raya, maaf zahir & batin juga atas ketelanjuran ucapan, perbuatan ataupon gurauan, sbb kitaorang klu bergurau kdg2 tak sedar diri. Hahahah. (Tu mom slalu cakap) Selamat makan ketupat &lontong juga ye!

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya dik! Smg Allah terima amalan kita dan mengampunkan dosa kita...amin... meriah kuih raya ni...tahun ni akak tunjuk2 je semua. X dan nak buat. Ni sabtu esok baru nak pulun kemas umah. Huhuhuu... OK, have a Blast Shawal :-)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya kak nina! Selamat memasak rendang kerang lah jugak dak? Ha ha ha. Bila tgk rendang kerang memang i teringat kat kak :))

    ReplyDelete