1.Dah nama pon beraya di rumah emak. jadi tak banyak lah yang perlu disiapkan di rumah sendiri. Setakat kemas kemas ape yang patut aje lah sebelum pulang ke penang tempoh hari. Takde lah sampai tukar beli perabot baru bagai kot.. Ha ha ha, setakat ganti curtain baru ade lah.
2. Rumahku vs rumah emakku. Mestilah kemenangan berpihak kepada emakku. Sebab rumah mereka kaya dengan munge munge cinta gitu. Hahahaha. Kiri kanan sampai ke dapur pon berbunga jangan main main. Gigih pegi tempah sampai ke SSF, kalau aku lebih sanggup ambik duit tu pegi H$M beli baju. HEH. Itu belum masuk fresh flowers di pagi raya nanti. Daku memang tidak lah sama sekali nak pegi cari bunga bagai nak hias begitu. Kalau nak sangat pegi lah ke ikea sudah.
3.Baju raya oh baju raya.
Tahun nih memang takde lah banyak gile membeli belah. Itupon atas belas ihsan suami dan ibubapa. Dapatlah merasa ape yang patut. Tapi daku beli jugak dua pasang skirt kembang kembang uolss. Hahahaha. Teringin nak pakai skirt, pastuh fefeeling princess masa turun tangga sambil lambai tangan ke tetamu nanti. Banyak sangat angan anganku lately. Ntah kenape dah pulak.
4. Dua tiga hari ni memang akan dipenuhi dengan aktiviti pra raya semata mata. Kejap lagi dah nak kena buka dan anyam daun palas. Sebab Ahad nanti nak masak pulut, jadi bila dah anyam dan bersihkan awal daun tu, masukkan aje lah pulut dan terus kukus. Di penang memang ketupat palas adelah menjadi kewajipan setiap tahun. Dan kitaorang memang buat sendiri ( ekceli mom yang buat, daku setakat bukak daun palas dan susun ketupat aje nanti..hehehe )
Kueh raya emakku. Banyak yang dibeli aje tahun nih, esok baru nak membakar tiga biji kek lagi. Harap harap cukup lah sebab selalunya raya kedua memang dah habis licin.
Semuanya beli, ade yang daku beli dengan Pak Abu dekat Bangsar Village. Sedap sangat kueh dia, gebu gebu belaka. Geraaam. Tapi mahal lah sikit kalau nak dibandingkan dengan harga kueh raya kat penang nih. Maklumlah pak abu dah femes. Teringat zaman kawin dulu dulu.
5. Buffet raya tahun nih macam biasa pada hari raya pertama. Mom akan masak rendang daging, ayam masak merah, ketupat, nasi impit dan kuah kacang, lauk pauk dan nasi akan ditempah dengan restoren kassim mustafa. Orang penang mesti tau restoren nih kan. Nyumm. Nyummm. Menu nya masih dalam perbincangan :D
Dah siap sedia semuanya. Senang hati rasanya bila letak awal awal, buleh lah daku merayap karang. Kalau tak berkemas nanti, mom mesti bising anak asyik hilang aje. He he.
Selamat pulang ke kampung semua pada yang beraya di kampug halaman. Balik rumah sendiri nanti pandai pandai lah bawak diri yer dak ;)
Dah macam rumah menteri, segala bagai ada ni. Patut pun gigih nak balik kampung je :)
ReplyDeleteHahaha biasa2 aje doc.. yg best nye balik sini sbb mom buat semuanya.. I tlg lah ape yg patut kan. Klu kat kl semua kena buat sendiri. Malasnyaaa kdg2 tu.. ;)
Delete