Thursday, July 3, 2014

4 Ramadhan 2014



Hari ketiga puasa suami ajak berbuka kat luar sebab dia buleh balik awal (yeay), dapat lah merayap ke bazar ramadan TTDI kejap. Masa tuh sampai kat sana dalam pukul 6.30 petang, sempat lah tengok tengok ape yang patut. Tak ramai sangat petang tu sebab hujan lebat.

Kueh wajib beli tetiap tahun kalau ke sana, mesti lah tepung pelita Paya Jaras nih. Sedapnya dia. Lemak manis semuanya cukup lah. Beli untuk berbuka hari tu, dan untuk bawak balik simpan fridge buleh buat makan esok hari pulak. Tetiap petang kalau nak merayap memang tak dapat lah kan. Hihihi. Hari tu kitaorang buka puasa dekat Homst. 


Ini menu semalam. Bulan puasa kali nih tak berape nak selera makan nasik putih. Kalau buleh nak makan nasi tomato ke, nasi arab ke, nasi biryani ke macam gitu. Nasib baik lah diri menjadi sedikit rajin lately. Ha ha. Jadi kelmarin, awal awal dah bagitau husband nak masak nasik minyak lah. Dia okay aje asalkan nasik. Layaaan aje la :)


Sebelum puasa itu hari pegi Tesco, banyak perkakas nak buat kueh mueh raya nih diaorang letak kat depan. Pewarna pulak macam macam sampai rambang mata aku tengok. Ape lagi sempat lah beli beberapa warna. Maka setiap kali masak nasik aje, laju aku nak main curah curah. Baru rasa meriah sikit kot. Ha ha. 

Yang ini daku guna pewarna kuning tapi dicampur jugak dengan saffron. Sebab nak bagi aroma nasik itu lebih menusuk qolbu bila suami pulang dan membuka pintu terus macam.. waaahhh nasi kenduri in the house?? Hmmm begitu lah. 

Tak dilupakan juga, bila nasik dah hampir masak, buleh percikkan juga sedikit air rose untuk extra wangi lagi. Tak payah banyak, sikit aje. Semua bab percik percik nih harus lah dilakukan bile nasik dah masak yer. Jangan dikacau banyak kali, sebab nanti nasik kau akan hancur pulak dah tak cantik dan panjang panjang, biarkan macam gitu aje.. bila dah hampir nak kering baru gaulkan sekali aje. 



Turut berada dalam menu semalam adelah korma daging batang pinang dengan kentang dan juga sayur goreng dengan telur. Tidak dilupakan ada jugak fresh yogurt dan tembikai sebagai penyejuk tekak. Baru lah seimbang kan.


Semalam sebelum balik, husband ada tanya nak tak dia belikan kueh. Sebab dia memang faham sangat si bini tekak asli melayu ni memang pecinta kueh mueh manis. Allah. Ape lagi takkan tak nak kot.. beli ajelah kan. 

Pandai ke tu nak beli aku tanya dia. Buleh tahan jugak, sekali dia balik suruh aku bukak terus tengok.. siapkan bagi nama satu satu kueh tu. Kueh koci, kueh talam, seri muka, dengan kueh pinky. Itu sebab dia dah lupa nama sebab banyak sangat nak ingat. Ha ha ha. Pudding caramel pon ade jugak. Hmmm bijak bijak. Semalam makan sikit aje lah nasik sebab nak fokus habiskan kueh kueh ni. Tapi tak habis pon, caramel ade lagi dalam fridge, petang nih buleh makan lagi..


Nih masa puasa kedua kalau tak silap, daku buat pudding suji. Tak banyak pon, sekali makan aje kami berdua. Nak letak fridge pon buleh, nak makan suam suam pon sedap lah jugak..Senang aje rupanya buat dia nih.

Daku selalunya akan mula memasak dalam pukul 2 macam gitu. Lepas solat rehat rehat kejap sebab pagi memang aktiviti mengemas rumahtangga lah kan. Takde lah penat sangat dengan rutin harian di bulan puasa nih, takde yang banyak berubah pon, cuma masa memasak dan memakan aje lain. 


Hari nih bercadang nak masak nasi lemak ayam goreng berempah. Semalam dok ushar ushar recipe ayam goreng tuh, harap cukup lah bahan nanti, kalau tidak kita goreng ayam di dalam hati aje lah.. Hihihi.

Weekend nak berbuka kat luar. Tempat waaajibbb tetiap tahun. Tetiap kali bulan puasa mesti ada entry syok sendiri itu. Hahahah. Jangan keji please :P


Selamat berpuasa semua!

2 comments:

  1. uih...acaner buat puding suji nih? simple jek eh?

    ReplyDelete
  2. Senang aje kak nina, bahan mcm dlm foto tu, goreng suji + ghee, masukkan susu, badam/kismi.. Masak dalam 10minit aje, jangan sampai suji tu jadi garing. Sejukkan masuk dlm fridge, atau nk makan suam pon buleh. Senang dan sedap ;)

    ReplyDelete