Wednesday, May 20, 2015

Never regret anything that made you smile

 
 
Tak pasti pulak baby frapp ni dah masuk Malaysia ke belom. Kat sini baru seminggu aje kot dikenalkan, sangat lah tercomel saiz nye sebesar tapak tangan aje. Daku dengan benda benda cute macam gini memang pantang nampak, tergedik gedik lah nak jugak macam tak penah minum frapp seploh taun. Kalau buleh time tu jugak nak ku lompat keluar beli.
 
Nasib baik dapat suami yang memahami perangai bini (I lapp you tooo HEHE), kalau tidak memang mintak baling kasut sangat kau kan . HAHAHA. 
 
Yang penting, size nye memang kecik molek, less sugar and calories dari biasa. Baguih lah untuk yang rajin diet dan pengamal makanan sihat seperti diri ini, EH?
 
Sebijik ni 3USD kalau tak silap. Sekali sekala memang I layan habis la dengan cream dan caramel sampai licin.
 
 
Ohaaii!
 
Seperti biasa, setiap hujung minggu adelah menjadi kewajipan ku untuk TIDAK memasak. Walaupon sekali dua dalam hari hari yang biasa tu ada jugak mengelat. Cadang nye weekend lepas nak pegi carik Ikea. Sebab melalui pembacaan dan pemantauan daku, memang wujud dua bijik Ikea di sini. DUA okay? Makk aaihhh I loikeeee.
 
Okay terus teringat ingat kenangan menusuk kalbu di tanahair. Kalau masa masa gini dah nak dekat puasa memang I mula sibuk ngajak husband carik langsir raya di Ikea. HAHA. Senang, dah siap semua balik gantung. Walaupon hakikat kehidupan sebenar tak penah pon beraya di rumah sendiri, seminggu sebelom raya dah ku cabut balik kampong. Tapi itu lah. Kemeriahan raya dan sambut kedatangan Ramadan tu mengatasi segala gala. Yeah. Itu taun taun yang lepas. Taun ni? HAHAHAHA. Gasak lah kau Sash.
 
Jadi untuk mengembalikan zaman kegemilangan seperti itu, aku pon bercadang nak pegi Ikea jugak. Siap dengan google map aku tunjuk kat dia, sebagai bukti kewujudan Ikea berdekatan rumah kami. Tapi husband awal awal bagitau yang dia dah ada plan yang lagi BAAAikkkkk punya.
 
Kalau aku pegi sana, terus aku lupa akan langsir di hari raya. HAHAHA. Aaaikk nampak tak game cabar mencabar di situ?
 
 
Ke San Atonio kah kita? Traffic sangat cantik di sini asalkan bukan aje aku yang drive. HAHA
 
Jangan lah berangan nak ke San Antonia tak semena mena kot. Lagipon cuaca tak berapa nak elok sehari dua ni, nak pegi jalan jauh jauh pon risau jugak. Hujan lebat seharian. Sesetengan tempat di Texas ada yang dilanda tornado, Houston Alhamdulillah selamat walafiat.
 
Hari Sabtu lepas, cuaca mendung sahaja tak panas terik dan tak hujan langsung. Maka, lepas dengar aje nak pegi shopping di Katy, terus mencecet pegi mandi dan siap siap. Pukul 11 pagi kami dah mula bergerak dari rumah berbekalkan teh tarik old town dan nescafe panassss. Dapppp.

 
 
Katy Mills adalah sebuah indoor premium outlet yang  terletak dalam 15miles dari rumah, tak lah jauh mana pon,  disebabkan tak pernah sampai ke sini maka kena lah merancang perjalanan dengan berhemah, berbaloi ke tidak nak drive sampai ke Katy. Kalau ikutkan aku, pegi carik Ikea pon okay jugak. Daku dengan Ikea memang berpisah tiada dari dulu lagi. HAHAHA. Sabarrrr aje lah.
 
Memang besar jugak Katy Mills ni, lebih kurang di Cypress (entry yang lepas ) Semestinya butik Coach adelah yang pertama aku nampak.. yang lain lain tu macam di sana jugak. Cuma sesetengah butik lebih besar dan ada yang lebih kecil. Husband banyak borong baju kerja kali nih, aku usharr ushaarr aje lah ape yang patut. Hajat di hati nak carik sling bag aje kot..
 
 
Food court pon ada, dan pelbagai makanan dijual tapi cuma satu sahaja kedai makan halal. Dapat lah kitaorang makan beef burger dan lamb pita dengan nikmat nya hari tu. Kalau tak silap, ini memang burger pertama yang aku makan di Houston. Hilang rasa kempunan beger mekdi sampai pejam pejam mata rasa sedap kunyah makanan petang tu. HAHA :) Yang penting halalan toyyibann.
 
Lepas perot dah kenyang baru hati pon senang nak jalan jalan cuci mata kan. Kitaorang singgah outlet corelle di sini. Macam emak emak sangat dah kesukaan ku lately. Men-gigih kumpul pinggan mangkok lah pulak. Memang ternyata sangat murah, pyrex, corelle dan beberapa jenama yang lain lagi kalau nak dibandingkan yang jual di Malaysia. Sekotak corelle di sini 16pcs untuk corak terbaru pon tak sampai 100RM. Memang meremang mata tengok, nak aje ku borong banyak banyak tapi bila mengenangkan selamat ke tidak nak bawak balik nanti, pecah ke apa pulak terus jadik stress kejap.
 
 
Dalam stress stress pon, aku rembat tiga kotak hari tu, dua kotak corelle dan sekotak set Pyrex 14 pieces. Sekotak buleh buat pakai di sini, yang lain hang duduk diam diam dulu kat situ sampai balik Malaysia. Lagipon nak beli banyak banyak sekarang ni pon sayang jugak, sebab nanti akan ada lebih menggeletis murah contohnya pada memorial day yang akan disambut tak lama lagi.
 
Ini memang wajib datang berkali kali, sebab barang pesanan emak ku pon buleh tahan meriah nya jugak. Pingggsannn anakanda*
 
 
Yang kau kendong tak lepas lepas tu dah kenapa pulak Sash? HAHAHA Ini kes takut kena rembat orang lain lah kan, melilau mata carik size kasut masa nih. Sling bag pon dapat jugak yahuuuu, kali ni ku beli bennett satchel kecik aje senang nak galas sana sini kalau gi jenjalan hollymoon nanti. Gitewww.. Tak pon simpan buat pakai kutip duit raya di hari lebaran, okay jugak?
 
 
 
Antara yang menjadi trend kegilaan melambong lambong di sini jugak adelah MK dan Kate Spade NY. Bersepah merata, kalau setakat sling bag kecik tu baru lah 99USD aje kau tengok murah kan? Kat Malaysia nangis jugak kalau nak dibandingkan harga dia.
 
Tapi aku tak beli pon kat sini. HEHE. Tengok tengok aje, takde yang terberkenan lagik. Esok esok esok tak tahu lah macam mana yer dak.
 
 
Yang paling penting balik Malaysia nanti memang aku takkan pegi lagi Bath And BodyWorks kat sana, sebab dah borong stock hampir setiap minggu macam nak rak.
 
Macam mana boleh tahan tengok harga punya murah nak mamps, kalau di KL pocket bac tu aje sebijik  kecik  RM15.
 
Penuh closet sampai husband cakap apesal closet aku padat dan mampat dengan barang macam kedai Vietnam. HAHAHA. Sampai hati kot? 
 
 
 
Seharian pon aku buleh melilau dalam ni carik lotion lah, perfume lah, candles, dan macam macam lagik. Omeyyyy sangat semuanya. Kalau nak lagi comel, mintak lah diaorang balutkan dalam kotak, free aje bertambah geram pulak aku tengok.
 
Di Katy Mills lagi murah jimat ekonomi dan berbaloi beli kalau nak dibandingkan dengan mall dekat rumah kitaorang tu.
 
 
 
Separuh dari jiwa aku sebenarnya ada di dalam kotak kotak tu.  Ececeh. Sekali sekala membeli belah.. bukan nya pakai buang pon, buleh simpan buat kenangan sampai bebila. Kan hadiah dari suami tershayangggg bergetar tulang rusuk ku kejap. LOL
 
Baik. Lepas ni i pegi shopping sambil tutup mata manja manja aje lah.
 
 
Ye ke tuuuu?
 
 
Baru sebulan lebih kat sini, kau jangan nak macam macam yer Sash.
 
 
Mari boikot belog yang tah apa apa ini.KAHKAHKAH

2 comments:

  1. Sash, from top to down of ur entry, my eyes only saw corelle (insert love eyes here) huhuuhu.... akak pon ada satu set ja corelle, hasil kiriman pada adik yg study di UK dulu.

    Heaven nya pi sopping pinggan mangkuk (argh...i pon dah makcik2 jugak!) :-P

    dik, balik raya tak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak, besar kemungkinan beraya di u.s aje. Hehehe padan muka saya nk sgt jd dendang perantau kan dulu. Lol

      Delete