Wednesday, May 6, 2015

When in doubt go shopping

 
..Cause shoping is cheaper than a psychiatrist. HAHAHA. Kau jangan nak macam macam yer.
 
 
Weekend lepas genap lah sebulan kami di Houston. Ya Allah cepatnya masa berlalu kan. Baru aje rasa hari tu dok sibok sibok kemas baju bagai, beli kicap kipas udang siap balut dengan towel bawak masuk luggage, ha ha.. tau tau aje dah sebulan. Jadi demi meraikan ulangtahun ke sebulan kami di sini ( itu pon nak kecoh kan kau ) aku dah siap siap berkira dari awal nak ngajak si suami itu pegi Cypress.
 
Cypress adelah sebuah bandar di mana terletak nye Premium Outlets yang kedua terbesar di sini selepas San Antonio.
 
Memandangkan Jumaat lepas dia cuti, jadi hari tu pegi beli sesiap lah barang dapur. Nak jalan punya pasal kan. Gigih sangat. Kalau pegi Ahad karang dah letih ke apa pulak esoknye keje, dan sememangnya kami terdampar letih macam nak rak pon. Elok sangat dah perancangan yang aku buat ni sebenarnya.
 
Hari Sabtu pagi, lepas Subuh memang tak tido lah, mandi pon awal bukan main. Breakfast ape yang patut, isi perut wajib lah dulu sebelum keluar berjalan kan. Kalau makan luar pon bukannya boleh dapat nasi lemak sambal kerang ikan bilis goreng ranggup dappp nyaaa..
 
Pukul 9 lebih kami dah mulakan perjalanan, dari rumah ke Cypress tak sampai pon sejam. Macam dari rumah nak ke Putrajaya aje kot. Dekat aje rupanya. Kalau macam gini tetiap minggu pon I buleh gi sukat Cypress kan wahai suami ? Banyak cantik kau Sash.
 
Perjalanan sangatlah indah pada pagi itu merentasi suburb Houston. Tengok rumah rumah diaorang yang ala ala desa tercinta, siap ada kandang kuda comel. Terus ajak husband pindah rumah macam gitu. Dia cakap seminggu pon belum tentu daku buleh tahan kut, kang melalak melolong nak balik Penang. HAHA.
 
Kitaorang relax relax aje, sebab tau outlets kan buka pukul 10.30, jadi tak yah lah over terkejar kejar sangat kan. Kereta pon tak banyak sangat pagi tu, mungkin jugak sebab awal lagi. Borak borak, bincang bincang, gelak gelak terus dah sampai simpang masuk. Best nyaaa, macam nak lompat keluar kereta rasa. HAHAHA. Hover kan kau.
 


 

 
Houston Premium Outlets. Jauh ku datang mencari mu. Dari Penang dah ku berangan angan nak mai sini hang tau tak.
 
 
Cuaca sangat lah cantik sepanjang hujung minggu yang lepas, tak hujan langsung, angin sepoi sepoi bahasa , matahari pon memancar macam nak tak nak aje. Janji tak hujan atau ribun taufan ke apa. Itu memang mengundang risau tak buleh nak shopping kelak.
 
Senang sangat nak cari parking lot masa nih sebab buleh kira dengan jari aje kereta, tapi kami bukan lah yang terawal sebab ada yang lagi hover heksaited dari ku. Kalau datang tengahari karang, memang gasak lah nak carik parking. Tah tah kena jalan dekat 1km nak masuk dalam. Itu pon kalau ada kosong lah kan. Tak dapat aku bayangkan kekalutan masa Black Friday atau Christmas, memang tertinggal di belakang lah kalau aku nak sibok join sama.
 
Kat sini pulak semuanya besar besar belaka, dari orang sampai lah ke kucing. Takde peluang lah aku nak merusuh masuk sama kot. Sekali dia tolak ke tepi lah aku. LOL
 
Ada lebih kurang 145 outlets di sini, sejujurnya memang tak sempat masuk semua pon. Sebab terlampau letih dan sakit tangan nak mengendong beg shopping. Kitaorang pon pilih yang mana betul betul berbaloi untuk beli dan lebih jimat ekonomi. HAHA. Maklum lah yang nak bawak keluar duit nye sorang aje kan, yang nak dibeli macam macam. Memang meminta lah sangat kalau setiap store kau masuk nak itu ini.  LOL
 
Butik yang pertama kami masuk bukan lah Coach. Lambat lah pulak dia bukak, nak dekat pukul 11 baru dok lap lap cermin. Penuh debaran aku dok tunggu kau tau. Sempat lah jugak ushar ushar dari luar, kurang kurang pon dah ada lah idea nak ambik yang mana dulu. Lagipon kat setiap butik memang takde tempat nak duduk, bayangkan kalau awal awal memang lah si husband tu okay aje.. tapi nanti dah sehari suntuk memang takdenya dia nak layan kan aku satu satu kot. HEEEE.
 
 

 
Kak long kawasan melayan perasaan kejap.. Jangan kaco! Emak cakap kalau ada anak nanti tah tah terlepas ke belakang dek perbuatan aku. Bahaya betol. LOL. Risau dah kenape pulak orang tu pon. HAHA
 
Tak sampai sejam dah siap pilih dengan jaya nye bersama sokongan moral darling suami :) Ada 50% Off sempena Mothers Day. Apa laaagiiiiik. Walaupon daku bukan lah pemakai Coach yang tegar, setakat cermin mata rabun Coach aku tuh ada lah satu. Tapi dah alang alang ada depan mata kan, elok lah kita memeriahkan suasana di hari raya..Wah Wah Wah.
 
 
Shopping is my cardio. Gituuuu. Isteri gembira, suami pon dijamin bahagia..HAHAHA. InsyaaAllah.
 
 
Senyum jangan tak senyum yer dak. I love you husband. Ececeh. Sweet gile I rasa keadaan masa ni. HAHAHAHA. Jangan keji please.
 
Antara butik yang sempat kitaorang gi belek belek satu persatu hari tu adelah seperti Converse, Coach, Coach Men's, Polo, Puma, Kate Spade New York, Tommy Hilfiger, GAP, Time Factory, Le Creuset, The Cosmetic's Store, Perfumania, Clarks, Forever 21, Levis dan beberapa local stores yang lain.
 
Ade jugak beberapa helai blouse ku sempat sambar kat sana.  Kot kot lah nak buat bekalan pakai masa honeymoon nanti. Ewah. Luas pandangan nampak.
 
Nasib baik dalam tu ada jugak food court, kalau tidak memang kelaparan tahap teruk lah kami. Pukul 4 petang, aku dah tak sanggup nak mengheret kaki melangkah, dengan kiri kanan tangan pegang beg lagik, sambil tunggu husband carik jam tangan dia, memang aku lepak duduk luar aje lah sambil kira beg beg yang penuh bermakna itu.
 
Akibat tenaga pon dah beransur kurang perot pon dah mula keluar macam macam lagu. Jadik kitaorang singgah makan vegan pizza sebelum balik.
 

 
 
Habis licin ku sapu lunch hari tu. Serdak pon tak tinggai. Giler tak lapor sehari suntuk kan. Dalam tengah makan pon, mata tak senang dok melilau tengok beg beg shopping tu takut kena curik pulak. HAHAHAHA. Mana tau kan.  Sebab punya lah ramai manusia dalam food court tu macam macam warna orang ada, sampai kena kongsi meja makan. Risau I kejap. Lepas makan, suruh husband tapau kan fries bersama jalapeno+cheese cream untuk dihadap perempuan gemok nih dalam perjalanan pulang. Tapi tak sempat ambik gambar, sebab bila teringat aje nak snap, fries pon dah tinggal saki baki menjilat jari jemari aje. HEHE.
 
Alhamdulillah hari yang sangat produktif untuk kitaorang walaupon penat. Selamat sampai rumah sebelum Maghrib. Sini Maghrib pukul 8 malam sekarang ni. Kalau bulan puasa lagi lambat lah berbuka kelak. Gulp!
 
 
Dari Northwest FDWY terus aje sampai ke Eldridge Parkway tak kona kiri kanan dah. Traffic pon takde lah sesak sangat malam malam gini, dari simpang ni belok kiri dalam 1km dah sampai rumah dengan jaya nya.
 
Diaorang ni memang terkenal dengan semangat patriotic yer, di mana mana saja bendera kebanggaan itu macam megah berkibar. Depan rumah, depan pejabat, tengah jalan merata rata ada, tak payah nak tunggu hari kebangsaan pun. Baguih kan.
 
Oh yeah, daku jugak telah berjaya dengan gilang cemerlang dalam percubaan drive di Houston ini. Ya Allah walaupon dia punya berdebar di dada masa pertama kali tu jangan cakap lah kan, dari rumah terus ke Sam Houston melalui Highway 6 nak carik Asian store baru. 
 
InsyaaAlah next entry buleh cerita lagi pasal tu. HAHAHA. Dan orang yang paling bangga semesinya dad lah, bila dia tahu aku dah takut takut bawak kereta kat sini. Padahal dia taktau punya lah risau bukan main sebelum keluar rumah tu. Kalau takde GPS memang tak sampai rumah lah jawap nya.
 
Okay berbalik pada cerita, masa sampai rumah Ya Allah memang terdampar teruk. Lepas mandi, solat, terlelap kejap sampai tak sedar langsung. Barang shopping pon ku longgok kat hall aje, takde nya nak gi tengok satu satu dah.
 
Lepas tuh bangun terus lapar nasik sangat, sebab seharian tak menjamah nasik kan. Cepat cepat gi masak nasik, selongkar magic freezer nasib baik ada lagi leftovers masak lemak cili padi, dan meatball stew yang ku masak sehari sebelum tuh. Ada jugak stok sambal belacan lagi, bersama nasik panas panas..dalam kepenatan tu pon licin satu periuk nasik kami makan. HAHAHA. Alaaa bukannye masak banyak pon, 1/2 pot aje. Cukup lah bekalan untuk perot perot gembira.
 
 
 
Meatball stew in tomato soup by Cik Puan Besaq
 
Recipe rekaan sendiri, masak sendiri, dan dimakan bersama suami. Kalau di sini memang daku selalu masak secara banyak, sebab buleh disimpan di dalam magic freezer untuk bekalan masa masa kelaparan dan kepenatan, contohnye seperti malam hari tu.
 
Baru senang sikit kehidupan rasanye, sini mana lah ada kedai nasi goreng tomyam campur bagai ke apa kan. Dapp nye tomyam. Esok nak masak sup tulang lah :)
 

2 comments: