Sunday, January 30, 2011

Bila menjadi demam

.....maka tiap tiap pagi saya dapat minum air soya panas dan fresh. Dad beli kat bagan.

Tau fu Fa yang paling sedap dan menyamankan tonsil pon dapat saya makan setiap petang. Saya suka letak gula merah banyak banyak sampai orang lain pon tak berani nak curi.


Ini adalah entry orang demam. Beep.Beep. Sudah dua hari sistem badan tak berfungsi dengan baik dan sempurna, walaupun aku tetap nampak macam wanita yang paling sempurna. Hahahaha.Kuarkau!!-iklan- Kalau bangun rasa tersangatlah lemah longlai lain macam aje, kalau tido pulak rasa macam tak sedar diri umpama tak mampu bangun lagi esok harinya. Betul betul punya sakit kali ni derr. Selalunye, saje saje tak nak makan, diet lah, takde selera lah, makan manja manja lah, semuanya alasan yang tak boleh blah. Tapi kali ni memang seriously tak mampu nak telan nokz. Tonsil sakit yang amat, selera memang lari entah ke mana mana. Sengal kaki dan tangan mengalahkan mak orang beranak empat. Eh?? Dua hari berturut turut aku tersadai atas katil dengan muka sedih pilu. Hambek kau. Ha ha ha.

Hari ni dah kembali melompat lompat bintang separa gumbira. Antibiotics tak abis lagi, biaselah selagi tak habis benda alah tu kan, selagi tu badan minta dibelai manja. Tapi saya dah boley makan macam orang lain. Minum pon dah macam orang jugak. Kalau tidak, rasa macam lain dari yang lain aje. Kesian mom, siang malam jaga saya. Picit kepala, jelumkan kepala dengan air asam sebab nak hilangkan panas katanye. Dah ler jarang jarang balik kampung, sekali balik dah rasa menyusahkan ibubapa. Sepatutnye saya yang bersusah susah untuk mereka kan. Sebak.

Eh, itu cerita dua tiga hari yang lepas. Hari ni kau ingat aku boley nak tersadai atas katil lagi? Harus lah cergas langsung lepas makan ubat macam magic itu. Ngeri rupanya kalau sakit dan tak mampu nak bergerak macam manusia normal kau.

Jadi pengajaran untuk diri sendiri dan sapa sapa pon, bersyukurlah sentiasa dengan rahmat Allah SWT yang diberikan ke atas kita. Semua kenikmatan, kesenangan hanyalah duniawi semata mata. Kalau Allah nak tarik balik, kejap aje rasa hilang segala gala. Jika Allah dah berikan sakit, tetapkan bersyukur sebab dengan keizinan Dia jugaklah yang akan sembuhkan kita. Tak payah nak beratur panjang beli ubat terbaik di dunia pon, kalau Allah tak izinkan maka tak akan kesampaian. It applies to everything kan :) Jadi beringatlah dengan Allah sentiasa, tapi jangan lah pulak asyik nak mintak itu dan ini dengan Allah sedangkan kau sendiri tak pernah nak dekatkan diri dengan Dia, tak malu kah begitu? Issh. Mintak dijauhkan lah kami sekeluarga dari menjadi sebahagian insan insan yang lalai itu.

Okaylah, masa sangat suka bermain kejar kejaran jika saya di sini walaupun saya tidak hendak bermain main dengan dia. Jadi untuk sementara waktu, ini aje yang sempat dihadap bersama sama. Nak tulis banyak ni pun aku rasa macam dah penuh dengan kesungguhan pulak menjiwai watak. Eh malas. Baik tido lagi sedap. Faktor ubat ubatan gamaknye.


Pasembur padang kota. Gile pedas. Saya tukang amik gambar aje. Tak berani nak makan pon.


Molly char koew teow. Bersungguh sungguh pegi padang kota petang tadi sebab nak makan ini. Dah la teruk traffic kat bridge tadi. Tapi sangat berbaloi sebab sangat terbaik!!

Popiah wet wet. Aku yang kasi nama tu. Orang lain panggil apa ntah. Sedap kalau makan panas panas. Tapi kalau sejuk pon aku akan hadap makan macam bukan urusan orang lain jugak. Ha ha.

Ya Allah, nasib baik hari ni dah boley bangun berjalan jalan. Alhamdulillah. Banyak sebenarnye urusan nak kena buat kat sini sebelum balik nanti. Sebab lepas ni memang lambat lah lagi nak balik ke Penang :)

winks&smiles!

Thursday, January 27, 2011

Pening

photo yang bercirikan kasih sayang tak mengenal tempat. sekian.



Stress di mana mana

Stress tak mengenal masa

Di sana aku stress, di sini rupanya serupa


Nak pegi jalan pun boley jadi stress

Tak pegi jalan mana pon mahu lagi stress

Ha ha ha ha


Stress jugak boleh jadi entry topic

Asal boleh goreng ayat sikit, dapat lah naik rating live feed

Bila takde mood blog menjadi bosan

Mahu tidaknye, menulis ikut perasaan.


Apsal aku rasa macam pelik aje entry ini

Dah macam pantun ler pulak bunyi

Eh macam kau tak biasa dengan perempuan ni

Segala gala haruslah beremosi

Tak ke buang masa korang baca tiap tiap hari.


Ekceli nak cakap pasal stress mula mula

Tapi separuh jalan dah tukar lain cerita

Entah lah dah macam macam rasa sebenarnya

Agak agaknye sebab mendung aje cuaca

Mood pon taklah cantik seberapa


Sebelah ada berita gembira tak hengat

Sebelah lagi macam tak berapa nak minat

Hubby cakap tak apa, we go with the flow

Tapi wifey nih kan degil ya rabbi, macam la u dont know


Bila fikir balik, betul jugak cakap dia

Jangan jadi orang tamak, nanti tak dapat apa apa

Tuhan bagi rezeki tak semestinya sama setiap orang

Jadi tak payah nak beza bezakan apa yang kau pandang.


Mom juga selalu berpesan

Dekat anakanda sorang ni yang selalu suka ter-perasan

Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran

Nasihat orang tua jangan nak kau abaikan.


Eh tak payah nak melalut tak tentu hala

Baik pegi siap siap nak menjamu selera

Hahahaha, yang tu aje keje nya bila kat sini

Dalam stress stress pon, makan mesti didahului.


Sekian aje buat kali ini

Salah dan silap harap dimaafi

Apsal aku rasa macam di pagi Aidilfitri

Kan dah cakap, perempuan ni menulis sesuka hati.

Tolonglah keluar sekarang sebelum kau merapu lagi.

Maaf, blogger berada di atas pengaruh ubat ubatan terlampau akibat flu dan fever. Segala kesulitan amatlah dikesali.Harap maklum.

Tuesday, January 25, 2011

Faedah of the day

1. Memakan nasi yang panas panas dengan ketam lemak cili padi. Hirup kuah sampai tersedak sedak dan berpeluh satu badan umpama makan jamu lepas bersalin kekdahnye. Pheww!


2. Sambal belacan cicah dengan nenas muda. Aku pon tak paham apsal nak kena cicah dengan nenas jugak kalau makan sambal belacan ni. Sebab orang lain semua makan dengan ulam ulaman melainkan hanya saya sorang aje yang men-cicah dengan buah buahan itu. Salad orang kampung la katakan.

sambal ni harus lah ade belacan yang dibakar, cili merah, cili padi, air asam dan sedikit gula. Baru mantap!

kesukaan saya bila mencicah.


3. Ikan pekasam goreng cili kering. Dah lama tak makan pekasam, balik sini baru teringin bagai. Kalau saya takde, takde sape pon yang nak makan. Goreng cili kering, bawang merah, halia dan serai terlebih dahulu. Semuanye harus dipotong halus dan digoreng sampai kau terbersin bersin. Lepas tu masukkan pekasam tadi dan digoreng hancur dengan bahan bahan tadi. Biar mereka sebati berkasih sayang, lepas tu boleh la dihidangkan untuk tekak masing masing.


4. Mee hailam. Dah banyak kali amik recipe ni kat mom namun tak pernah dibuat pon kat rumah. Tapi mom punyer tetap yang terbaik, sebabnye kalau saya masak belum tentu nak rasa cengini. Mee hailam ni adalah untuk makan petang, tapi tengahari tadi lepas makan nasi saya dah test market sikit. Hahahaha.


Winks&smiles!

Monday, January 24, 2011

March 2011

Back to the place where i belong ;)

Sunday, January 23, 2011

Senang hati

Ohaai!

Macam dah lama rasa tak buka blog diri sendiri kan, maklum lah blogger tengah berlibur liburan sampai lupa tak hengat. Sebenarnye, kiter dah selamat sampai di rumah ibubapa malam semalam, dan tengah meng-enjoy segala galanye. Mana la ada masa nak buka blog ke, facebook ke, apa apa ntah lagi la. Serious. Takde masa nak hadap langsung. Merapu jauh sama sekali.

Sampai aje kat Penang, malam tu jugak dad bawa saya me-makan makanan yang diimpikan sekian lama. Terus berperasaan macam setahun aku tak balik sini kan. -Drama

Bag baju pon tak simpan kat rumah lagi, dah tak sempat sempat nak pegi ke Bee Chew katanye :)

Ini lah penyebab utama saya tak lena tido sebab memikirkan kesedapan ia. Lampui/ Nasi sayuran hailam. Saya suka cicah dengan cili jeruk sambil makan. Sumpah takde kat KL macam ni. Iras iras tu ade lah kot, rasa memang jauh sama sekali. Bee Chew jugak dihatiku. Makan sambil tersenyum bangga lah saya semalam.


Nasi goreng daging hailam special. Pon saya makan jugak. Tapi tak habis. Sebab perot dah penuh dengan lampui itu. Macam simple aje kan, tapi rasa memang terbaik punye!Uncle chef tu pon dah kenal sangat dengan kiter. Kalau nampak aje, memang tahu apa yang nak diletak dalam nasi tu dan apa yang saya tak nak. Maklum lah memang dah kenal lama pon, dari zaman ibubapa bercinta dulu. Ha ha ha

Okay lah, ini aje yang mampu dipersembahkan. Buley gitu? Esok esok kiter akan memaksa diri untuk menulis lagi. Sebab di sini saya banyak sangat tanggungjawab. Iyer, tanggungjawab nak mengulat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Harap maklum dan bersabar semua.

Esok nak pegi cari mee goreng sotong lah. Eh sedapnye. Gile lama aku tak makan yang ini.

winks& smiles

Thursday, January 20, 2011

Sindh Biryani

Hari ni last memasak kat rumah. Esok hubby ajak dating kat luar aje. Lepas tu next day saya akan beraya sakan di Penang. Kejap aje pon, tak lama mana. Seminggu dua aje kot..lepas tu hubby pulak nak datang sebelum kitaorang balik sama sama nanti.

Hari nih, bangun pagi tengok tengok apa yang ada dalam fridge, kemas apa yang patut, simpan sana sini. Spices yang mom in law kirim hari tu macam banyak lagi je. Eh boley masak biryani lah hari nih.Terus rasa nak cuba Sindh Biryani. Bezanye dengan biryani lain, dia nih kurang pedas, tambah fresh yogurt dan sayur sayuran. Saya seperti biase, haruslah masukkan potatoes aje memanjang dan juga carrot. Bila dah nak masak nasi tu, campak la jugak tomato yang dipotong dadu, raisins banyak banyak sebab saya suka sangat ratah dia, lemon zest dan sedikit tamarind. Itu beza nye. Kalau biryani biase saya tak letak lemond zest pon. Rempah dia pon bau dan color macam lain jugak. Eh beriya aku cerita macam lah orang boley nampak. Kecoh.


my version of sindh biryani

Mula mula ingat nak masukkan sekali ayam dalam biryani tu, tapi saya sempat lagi ubah haluan masa tengah memasak. Sebab terasa macam nak try Achaari Chicken pulak. Baru lah sehati sejiwa bila dimakan dengan biryani ni. Saya sebenarnye tak boley tengok spices banyak banyak, terus jadi tak keruan. Suka berangan nak memasak bagai selagi tak abis rempah ratus itu. Hobi lah katakan.

Ada kawan kawan tanya saya, 'apekah rasa ayam ni sash? ' 'Selalu i dengar uols masak cengini?' Pastu ade jugak yang cakap, 'nape uols tak nak jual sikit rempah rempah tu kat kitaorang?' Hey hey mana boley, saya adalah si-kedekut rempah. Ha ha ha. Bukan. Camne nak jual, kalau aku pon dapat free. Tak baik kalau ambik untung atas angin cengini aje kan. Tak akan menjadi kaya raya pon kalau menjual rempah nih cik puan ooi. Tak mau tak mau. Saya suka hidup di-sponsored begini aje. Low profile katanye. Ha ha ha. Larriiiikkkkkk..!!

Okay berbalik ke Achaari chicken ni, sebenarnye rasa dia pedas dan hujung hujung tu ada rasa masam sikit. Paham? Eh mesti lah tak paham kan. Cuba kau bagi kami rasa, kan senang. Pedas disebabkan cili kering dan pelbagai rempah yang dikisar sekali (saya tak pasti diaorang guna rempah ape..) lepas tu yang masamnye pulak sebab ada lemon, tamarind dan pelbagai pickles yang dicampakkan jugak dalam tu. Semuanya dikisar dan menjadi serbuk rempah.

Bila nak masak, saya cuma perlukan bawang, tomato dan cili hijau sebagai tambahan. Goreng bawang yang dipotong halus sampai ia garing, bila dah agak agak kau nak bersin, boleylah masukkan pula ginger dan garlic paste dan juga cinnamon. Bila semua bahan tadi dah berkasih sayang diantara satu sama lain, masukkan lah rempah achaari ni. Masak biar sampai pecah minyak dan pecah peluh juga. Akhir sekali, masukkan pula ayam yang dah digoreng separuh masak. Sepatutnye kena dimasak sampai kering kontang kuah dia, tapi biase lah.. saya kan suka men-cicah roti dan kuah di pagi hari esoknye. Jadi kita lebihkan lah kuah dan apa yang patut.

Maka, tengahari tadi makanlah kami suami isteri berdua-duaan. Hubby tambah dua setengah kali.. ha ha ha. Dia paling suka makan species nasi cengini. Saya makan manja manja aje. Nasi separuh pon jenuh bercinta nak habis kau. Tapi saya suka makan ber-ulamkan salad. Apa apa salad pun jalan aje, takde hal. Nasi kalau dimakan banyak banyak nanti boley jadi jemu. Jemu, bukan lembu. Kau ni, cuba baca elok elok. Bukan ape, kalau dah jemu, saya akan menyusahkan semua orang sebab tekak diva nih akan mula demand yang pelik pelik sampai hubby pon akan menjadi runsing dan pelik jugak.

Okay lah mau log off sudah sebab dah bertanda tanda nak merapu lagi banyak ni. Nanti lagi payah. Nak sambung packing, sambil ber-nyanyi nyanyi kecil di dalam hati sebab takut hubby dengar.

'Minggu depan aku jadi single mingle jingle yay! Hahahahahah. Lalalalalalala'

Wednesday, January 19, 2011

Muram dan seram

Semalam adalah hari yang muram. Betul. Tak drama kali ni. Ha ha. Saya memasak dalam kesakitan dan ketakutan. Eh apsal kau?

Begini kisahnye. Saya amatlah teringin ( tak abis abis dia nih dengan teringin ingin ) nak memakan nasi dengan sambal sotong yang macam mom selalu buat. Punye lah teruja wifey ini nak memasak sampaikan sebelum tido pon dah terbayang bayang nasi yang separuh berasap dimakan dengan sambal sotong itu. Weh, sedap la! Sampai cengitu sekali kalau aku teringin nak makan sesuatu benda. Kecoh betol. Wifey siapekah itu? Nanti kita bincang sebab tak berkepentingan langsung.

Entah macam mana hari tak selalunye cerah. Masa tengah memasak, datang si awan berarak dengan mendung kelabu. Bukan. Bukan sebab hujan lebat kat luar rumah tu. Sedang saya nak menumis cili ke dalam bawang dan rencah lain yang tengah menggelegak dengan hebatnye di dalam periuk Vision itu ( tetap nak promote periuk cap Vision kan kau, ) dengan tiba tiba sambal dan minyak yang tengah gile panas tadi terpercik dengan banyak juga ke atas jari jemari manis ku . Tolong mom!!!!.. sakitnye Ya Rabbi! Bukan tak pernah terpercik minyak sebelum ni, kalau setakat percik percik manja , aku pon tak heran. Dah macam alah bisa tegal biasa dah gitu. Tapi yang ini lain macam punya sakit pedih semua sekali muncul. Perit sampai ke tulang hitam putih kelabu semua warna pon dah keluar. Ha ha ha ha. Kau gelak??



nasib baik sedap sambal sotong saya nih. walauponnnn...


sup sayur fucuk dan kulat ape ntah.. saya campurkan chicken stok sikit. Eh sedap kau!


Dalam kesakitan itu jugak, terpaksa lah saya abiskan menumis sambal dan sup yang dimasak untuk hubby dengan terketar ketar. Sebab saya ni kalau memasak tak suka buat satu satu, lambat lah dan terasa diri umpama kura kura di dapur. Nak cepat cepat aje semuanye. Kalau memasak dua menu, dua dua harus sekali jalan. So tak payah lah aku hadap lama lama sangat kat kitchen tu. Jadi, kelmarin padan muka diri sendiri. Dengan sup yang tengah didih, sambal yang separuh didih.. masing masing mintak dimasak dengan cepat cepat juga. Baru terkulat kulat aku sensorang nak meraung dalam dapur.

Lepas selesai semuanye, saya tengok jari dah tak cukup cun. Kembang dan bengkak semacam dan saya dah mula risau. Iyer, teramatlah risau dan takut. Bukan sebab sakit yang tadi tu, takut dan risau kalau kalau jari aku dah tak cantik dan menjadi herot. Hahahaha. Buley gitu??

Tapi malam nih dah okay sikit. Cuma rasa pedih pedih manja dan mintak dimanja aje. Yang tu lah sebetulnye. Bila lagi nak makan bersuap dengan sepenuh kasih sayang suami kan? Masa bercinta pon dia tak pernah suap aku. Hahahaha.

Lagi berape hari dah nak balik penang lah, nak mengemas baju dan kemas rumah sikit ape yang patut kejap lagi.

Eh tak sabar naaaaa !!

Sunday, January 16, 2011

Cerita hari minggu

I want to go random.

1. Semalam sakit perot dan diarrhea mengatasi segala gala. Nak tido pon susah, kalau nak merayap sana sini lagi lah susah. Aiyaaa..manyak susah woo ini macam.

Entah apa yang dimakan pon tataw lah, sebab saya sorang aje yang kena. Hubby pon makan apa yang dimakan oleh wifey. Sangat tak adil kan. Tapi terasa diri ini macam sedikit slim selepas insiden itu, no? Hahahaha!!!


2. Hari ni baru rasa sihat sikit. Terus melangkah panjang ke Mid Valley tengok wayang. Pastu gerak ke 1U pulak. Jalan jalan, terus perot pon rasa semakin sihat sihat aje. Tak susah sebenarnye nak ubatkan saya nih, clinic? aah tak payah la susah susah :)

3. Khurafat sangat tidak mengecewakan langsung. Cuma saya kurang berkenan aje dengan pelakon pompuan dia itu. Tak. Bukan sebab jeles. Aku lagi lawa dari dia lah, so no such thing. Lalalalala. Geram bila dia menjerit tak bertempat.

Nasib baik bawak shawl besar besaran yang mom in law beli tuh, boley buat tempat lindungan mata sebab tak mampu nak tengok part tertentu yang amatlah mengerikan naluri kewanitaanku. Balik rumah, nak masuk kitchen minum air di waktu malam hari pun dah jadi sangat takut. Ajak hubby temankan sebab asyik terbayang bayang muka hantu yang macam tak payah lah sebut itu. Mak aiih.


4. Weekend yang free and easy gitu. Periuk semua bergantungan suka ria. Minggu nih nak chillax chillax aje katanye. Sangat cantik muka kau kan.

5.Sakit hati bila dapat tahu kakak Taylor Swift nak datang Spore for her concert tour. KL dia tak nak jejak pon. Hubby dah janji nak pegi sama sama kalau dia ke sini. Hancur segala harapan kami. Alih alih si budak kecik bieber tu yang datang. Uwaaa..nak nanges sangat! Keciwa tau. Keciwa.

6. Saya dah tahu satu rahsia besar woo. Tapi dia ingat saya tak tahu lagi. Jadi biarlah rahsia besar itu menjadi rahsia kecil saya. Nanti kite lihat siapa yang kenaaaaaa. Hahahahahahah. Lalalalala..



Owh chocolate lava. Kamu sangat yummylicious tau! Pengubat duka lara saya :)

Friday, January 14, 2011

Masak gitu-gitu


Masak acah tak acah aje sebab badan tak berapa nak best. Eh boley gitu kau?? Ha ha. Next week berkobar kobar lah kembali semangat kan. La la la la -drama-


Bombay chicken Biryani. Pedas sket rempah dia kalau nak bandingkan dengan biryani yang selalu saya masak tu. Tapi hubby sangat suka yang cengini. Ayam tu goreng dengan rempah terlebih dulu lepas tu masakkan sekali dengan nasi. Harus lah sedap :)


Ayam masak merah Prego. Saya suka cicah yang ini dengan roti, sebab tu buat kuah dia lebih lebih sikit. Boley dimakan sampai pagi esoknye. Ha ha. Ubi pun saya masukkan sekali dalam tuh, mom cakap saya dah men-sesatkan recipe masakan dia gara gara ubi itu :) Nak masak pon ikut kepala sendiri. Susah.



Bezanya, semua masakan saya kali nih tak gunakan ghee langsung. Saya cuma masak dengan Bertolli ni semata mata. Sedap dan tak berminyak pon. Tak lah pening kepala bau ghee yang menusuk kalbu itu. Selalunye saya gunakan untuk salad aje. Jadi, saya pun dah nekad, nak menggunakan olive oil dalam semua masakan lain kali. Mahal skit takpe, janji semua orang dapat makan dengan sihat walafiat. Tak gitu?


Yang ini pula..? Ha ha ha :)


winks&smiles!

Thursday, January 13, 2011

men-tengok wayang

Lamanye tak tengok citer melayu kat cinema. Bukan tak berminat sangat, tapi plot filem melayu agak kurang 'best' sikit dari movie omputih nih. Longgar. Tau plot longgar? Bukan nak mengutuk kualiti filem bangsa sendiri, tapi kalau setakat nak membayar puluhan ringgit nak menengok cerita yang bertajuk Aku Masih Dara, Jalang, Rempit the series and bla bla ape ke benda lagi tu.. rasa rasanye balik modal kah?? Mungkin saya bukan berjiwa sentimental remaja lagi kot, tapi zaman remaja dulu pun tak pernah aku pegi tengok citer menyesakkan jiwa cengitu. Yer lah di usia yang bakal menjadi 30an tak lama lagi, apa 30??? kadang kadang citarasa saya pun menjadi semakin berkualiti dari masa ke semasa okeh. Bukankah itu satu achievement yang membanggakan kawan kawan sekalian..?

Tapi dalam banyak banyak movie yang keluar lately ni, saya agak tertarik jiwa dan raga dengan filem Khurafat, directed by award winning, Shamsul Yusuf. Heee. Apsal kau senyum senyum sinis lepas tengok nama Syam? Ecececeh! siap memandai bagi nama manja pulak kan. Mati kalau hubby pandai baca. Eh, mestilah hubby aku pandai membaca blog. Kau ni pon. Kesilapan ayat tergantung tuh. Maksud saya, hubby agak kureng arif membaca dalam bahasa kebangsaan. Eh jap, dia boley baca sebenarnye cuma slang omputih yang sangat pekat macam kopi susu itu dan juga kureng memahami bahasa syok sendiri saya nih je yang akan membuatkan dia menjadi lagi konpius. Sebab tu saya boley menulis apa sahaja mengikut kepala angin monsun diri sendiri sebab dia takkan paham ape ape pon. Melainkan lah kalau saya menggunakan bahasa london bridge is fallin down. Eh itu lagi bahaya. Sah sah tiap tiap hari dia akan menge-check blog saya nih yang katanya agak berciri luar biasa. Hahahahaha. Kuarkauskrang!

Ekceli hubby dah banyak kali tanya, apsal nak tulis guna bahasa yang aku dan pengikut ku saja yang faham? Kenapa tak nak tulis betul betul guna bahasa melayu yang asli atau proper english? Senang aje jawabnye, saya nak low profile aje dalam berblog, apa saja yang keluar di sini adalah ikhlas dari minda dan jiwa merapu saya. Writing with heart and soul gitu. Tak payah la bercirikan apa apa pon. Tak gitu cik gayah? Kedua, saya akan menjadi malu malu meow kalau hubby faham dan tahu membaca blog tak ber-ilmiah saya nih. Cukup lah sekadar dia menatap gambar gambar syok sendiri wifey dia yang takde maknanye tu. Hahahahaha. Kan?

Okay, kembali ke pangkal jalan semua..

Sebenarnye saya nak bercerita pasal movie Khurafat dah tersasul pulak sampai ke cite hubby ku sayang. Maklum lah cinta sedang kembang mekar setiap hari. Okeh pasal cerita Khurafat. Nampak tak ciri ciri horror melampau dalam filem ni masa promo dalam tv? Isshh..gile best kau! Lagipun filem nih ada english subtitles. Dapatlah saya mengheret encik hubby sama ke gsc kelak. Selalunya dia malas nak tengok cerita melayu nih sebab takde subtitles katanye, dan terpaksalah men-tengok dalam kekecewaan sehingga habis movie. Kesian pulak. First malay movie yang kitaorang layan masa memula bercinta dulu tau tak citer apa? Pontianak Harum Sundal Malam. Ha ha ha ha. Sangat tak romantik kan layan citer sundal malam di alam bercinta? Dah lah dia tak paham bahasa klasik cerita tu. Poor baby sangat. Jadi saya pon menjadi nekad untuk menonton cerita yang mudah difahami kedua dua pihak sahaja. Adil dan saksama kan.


So, secara peribadi saya berpendapat movie ni adalah sangat menarik untuk ditonton di hujung minggu kelak bersama orang orang yang tak takut dengan cerita seram cengini. Contohnye orang macam saya. Percaya lah, sure korang takkan rasa membazir sesen pon.

Sudah takde maknanye nak promo bagai ramai ramai kat sini. Lain lah kalau aku dapat free minum petang dengan actor dia pada satu hari yang indah. Tak gitu? Muahahahaha.


pompuan kat sebelah yang sedih pilu sangat tuh nama apa hah? Alaa, tak penting. Janji Syam dah berikan yang terbaik untuk movie ni. Jom sama sama sokong filem tempatan. Hahahahahahaha. Tetiba kan. Ngeee! ;P


winks&smiles!

Tuesday, January 11, 2011

Next week yay!

Yang bakal dimakan oleh wifey pada satu hari yang mulia kelak..

1. Lampui
2. Char koey teow
3.Rojak pantai
4.Kuih cakui
5.Mee bandung udang!!
6.Nasi kandar beratur
7. Karipap kambing biri biri. Apsal kau ketawa? Betul!! Pelik tapi sedap.
8. Nasi lemak kukus sambal ayam mom saya :)
9. Laksa
10. Mee sotong dekat pdg kota.

Lega bila dapat huraikan ( sambil telan air liur ) apa yang terbuku di hati sekian lama. Ececeh. Korang rasa macam tu tak bila tiba tiba gile teringin nak makan apa apa aje lah, tapi tak berkemampuan berbuat demikian disebabkan pelbagai faktor yang sangat sengal? Terus rasa mcam damn sangat sebab tak dapat apa yang dihajati kan.

Minggu hadapan saya tak akan lagi berada di sini. Eh, mana lagi kau nak pegi tinggal melainkan Kl aje la sampai bebila pon? Ha ha. Saya akan pulang beraya ke kampung halaman dan berjumpa sanak sedara. Orang lain yang nak beraya, aku pulak yang sibuk tumpang sekaki bersesak sesak sama apasal? Eh tak paham.

Maka next week jugak dapatlah saya melunaskan hasrat untuk me-makan di bee chew dan bee chew dan bee chew aje memanjang sampai semua orang akan menjadi boring melainkan aku sorang aje yang sanggup. Oh sungguh tak sabar membuatkan semua orang sakit hati dan makan hati! Muahahahaha. Tapi buat sementara waktu terpaksa lah hadapkan tekak diva ni di Homst dulu. Sini aje yang dekat dengan rumah dan boley tahan sedapnye kalau nak dibandingkan dengan Muhibbah.

Menu wajib saya. Wet butter chicken. Kalau boley nak makan sensorang aje tanpa diganggu gugat oleh makhluk lain. Hahahaha.


Kung pao beef yang pedas haruslah menjadi pujaan hubby aje. Dia pon kalau makan yang ini seakan akan tak mau langsung dicuri oleh saya. Kejam kan?

sayur campur yang agak so-so


Dan ini pula adalah menu yang dimasak dengan kudrat diri sendiri untuk suami tersayang yang bakal pulang dari berjuang di tempat kerja tanpa menggunakan jet pejuang. Eh??


hubby suka ratah fish tofu gitu aje..


Kalau nak sedapkan lagi chicken korma nih rupanye kena tambah walnut, dan tumis kan dengan serai, daun pudina dan cili hijau jugak yer puan puan. Chef Wan yang bagitau dalam AFC hari tu. Ternyata berkesan! Lemak, pedas, wangi semua cukup sempurna di mataku :)

Baiklah itu aje laporan hari ni. Nak bersiap siap pegi exercise. Kat mana?? Di rumah aje, sebab hubby dah belikan saya benda alah nih kat fitness concept hari tu, so tak payah lah nak bersusah susah ke gym lagi...........Yaaaaaaay!!

Inilah satu satunye harapan untuk aku menjadi seperti posh beckham semula..!!! hahahaha

winks&smiles!

Sunday, January 9, 2011

Hari yang so-so

1. Lunch kat Homst TTDI. Gile teringin nak makan chinese muslim cuisine dah lama. Walaupun tak se-best macam Bee Chew tapi okay lah kan dari tak merasa langsung. So tak payah nak bising bising dah lepas nih. ;)

2. Me-nengok movie Meet The Parents Lil Forkers. Memang melampau kelakar sampai berguling guling kitaorang gelak, eh tipu takdenya sampai guling guling pun. Suka tengok muka poyo Ben Stiller sebenarnye. Ada ke artis malaysia macam tuh? Takde pun takpe, sebab tak berminat langsung. Nak kira dengan jari pun rasanya takde kot. Sorry guys, saya adalah perempuan bercitarasa tinggi bila berkaitan hiburan dan segala galanye lah. Muahahahaha!

3. Membeli macam mak mak orang di Carefour lagi. Minggu nih saya bercita cita ingin memasak masak lemak cili padi, asam pedas, soup dan nasi biryani. Lets see samada tercapai tak misi dan visi saya yang mulia itu. Hubby banyak buat keje dari rumah minggu nih. Saya pun tumpang sekaki bergumbira sana sini. Yay.

4.Sangat tak sabar dan mengira hari nak 'menyambut raya cina' di penang. Mana sama raya di kampung halaman dengan di kota metropolitan. Tak gitu cik gayah? ha ha. Apsal masuk citer cik gayah dalam entry aku ni. Eh,tak paham.

5. Sedang berusaha mencara Salonpas dengan serious-nye untuk ditampal di kepala yang tiba tiba menjadi pening tanpa dipinta dan pada masa yang sama tengah menaip entry yang tak penting sangat pon. Sangat multitasking kan? * sambil menari inang jugak nih* kahkahkah!! Caya tak??

6. AJL malam nih membuatkan saya menjadi serabut jiwa raga. Ternyata ini lah sebenar pucanya sakit kepala. Tolong la tukar channel sebelum aku bakar tv tu karang. Muka masing masing menyanyi sedih pilu aje kat pentas tu. Adoii mak. Sangat tak taste okeh!

Maaf la tiba tiba mood blogger menjadi tak keruan. Hormone tak berapa nak betul lately. Baik log out aje.


kalau dapat makan eskrim terus cikpuan bertukar menjadi ala ala perempuan suci gitu.. ha ha ha



Sudah. Entry tamat.

Friday, January 7, 2011

Suka suka

Saya suka makan yang itu. Malas nak sebut nama sebab rasanye semua orang dah boley mengenal objek dan mengeja kan. Kalau tak kenal pegi bukak kamus alam dan masyarakat cepat. Dah, jangan buang masa.

Saya suka padanye bukan sebab abang Gerard Butler dari Ireland. Ha ha ha. Apa kena mengena kesukaan ku dengan dia pulak? Kau ni pun. Saya adalah penggemar segala makanan yang bercirikan potato.Tambah pulak dicicah dengan mayo dan pickles. Siap suruh diaorang tambah pickle lebey lebey dengan tak malunya. Nampak tak unsur unsur paksaan tak mengira tempat?

Kalau tiap tiap hari aku makan cengini pun belum tentu ada penyesalan di hati. Tapi kalau disuruh makan nasi tiap tiap hari rasa guilty pulak? Hubby marah kalau saya cakap, "oh my, i eat a lot!! i eat a lot!!" Dia suruh cepat cepat cakap Alhamdulillah. Sebelum Allah tarik balik rezeki yang ada :) Tapi memang betul pun, tempat lain belum tentu dapat rasa nasi tiap tiap hari kan.
Bukan tak bersyukur, tentu lah bersyukur sangat sangat. Cuma kalau makan dengan banyak pun tak menjana kesihatan yang baik bukan? Itu lah yang saya maksudkan di awal tadi. Bukan ape, saya nih kalau dah dapat makanan kesesuaian tekak, kadang kadang akan menjadi lupa diri seharian. Risau nih. Risau tau tak.



Selain dari tu, kentang yang dikunyah dengan meatballs pun saya sukaaaaa. Sangat menjana tumbesaran sebenarnya. Pun saya makan tanpa rasa bersalah. Kalau setakat size M tu haruslah tak cukup untuk saya, mesti nak order yang pinggan paling besar besaran aje. LMAO!! Lepas makan baru terkulat kulat nak pegi timbang diri sendiri. Kan dah membuang masa korang baca entry yang baik tak payah baca pun takpe. Haaih.

Jadi moral of the strory hari ni..

Marilah kita berlari lari manja petang karang untuk membuang segala lemak lemak yang dah lunyai di badan itu. Ishh gile lama tak exercise kau. Patut lah...................! eh malas nak tulis ayat mengeji diri sendiri. Hahhaahahaha. *tekop mulut*

Sudah jangan nak hadap lama lama. Memang takkan aku tulis pun.

Winks&smiles!

Thursday, January 6, 2011

We know what you did last week

Hahahaha. Gelak syok sendiri jap baca title entry nih..

cik puan berposing suci dengan virgin mint mojito. bukan ajinomoto okeh. lolz

1. Tak memasak langsung kat rumah. Eh, ada ada. Aku buat breakfast aje dan masak untuk lunch masa hari ibubapa sampai dari penang. Okay what..? kira produktif jugak kan dari tak berasap langsung work station tu, sape nak jawab? Kau boley?

2. Jadi driver dan tourist guide yang paling terhormat. Bawa ibubapa jalan jalan di kota sampai semua orang jadi lemau dan lembik di malam hari dan bila ditanya nak pergi mana lagi esok, masing masing hanya beri isyarat geleng kepala tanda keletihan melampau sampai tak mampu diucapkan dengan kata kata. Haah! hambek kau. Ayat tepanjang yang pernah ditulis oleh blogger seumur hidup dia.

(btw, semalam kiter dah tengok kak long kiter dalam 'the tourist'. Dia sangat cantik macam kiter jugak rupanya. muahahahahah. Sorang lagi kakak kiter ada dalam 'meet the little fockers'. eh bukan kakak, yang tu kembar. larrriiiiikkkkkk!) - iklan. harap bertenang semua. sila ketatkan tali pinggang masing masing.

4.minggu lepas jugak adalah hari yang takkan dilupakan oleh dad sampai bila bila. Mana taknye, dia telah dibawa oleh menantu kesayangan untuk bersolat di masjid bangsar pada satu petang yang mulia. Namun terpaksa pulang tanpa kasut yang baru dibeli tak sampai 48 jam. Ha ha ha. Nak gelak pun ada, nak nangis pun ada gak. Kesian tengok dad masa tuh. Tak faham kenapa tergamak orang mencuri di dalam masjid? Sampai macam tu sekali rupanya kalau terdesak yer. Dah dasar tak cukup ajaran gamaknye :)

5. First time masak nasi arab untuk mom and dad. Daddy saya tambah sampai dua kali ( memang maknanye sedap lah tu sebab dad kurang sikit kalau nasi nih, unlike me, pemakan nasi yang tegar. Hihi ) Mom mintak saya print kan recipe sebab dia nak cuba jugak kat rumah nanti. Berkat recipe dari Dr nicole. Semua orang makan dengan gembira.

6. Hubby yang kurang sihat, sakit tekak dan bertanda tanda hendak di-attack oleh flu dan demam. Nasib baik wifey nih cepat bertindak dan membasmi kuman kuman itu. Eh, apsal tetiba terasa diri umpama sabun Dettol Antiseptic pulak. Sabun pun sabun lah, janji hubby dah sihat walafiat sekarang. (terus pose ala superwifey sambil pegang mop..hahahahaha..gila kau! )

7. Baru hari ni sempat mem-potong kuku. Hahahaha. Hey, kau ingat orang hadap blog kau nak dengar cerita pasal kuku semata mata? Sangat menjengkil kan okeh. Ekceli tiap tiap minggu pun potong kuku, bezanya adalah sejak dua menjak nih sibuk terlampau sampai dah lama tak ke nail spa, maka akhirnye telah mem-potong kuku secara sendirian berhad aje. Tapi tetap terasa nikmat sebab aku buat sendiri dan tak payah membuang nafkah yang diberi suami di kedai ah moi itu. Kan kan?

8. Telah mula menabung secara sihat. Sihat bermaksud, aktiviti memasukkan duit lebihan setiap hari ke dalam tabung dan tak dicuri kembali oleh diri sendiri di hujung minggu untuk membeli bahan bahan riadah yang tak berfaedah langsung.

9.Minggu mendapat hadiah tajaan percuma dari ibubapa. Okay mai sini saya senaraikan apa yang dibeli hari tuh ;
-Mac lipstick Hot Gossip ( fav color dari dahulu kala )

-Mac powder blush ( ganti yang dah separa nak habis tuh )

-Mac matte foundation and powder ( dari dulu bercita cita nak pakai nih, hee! )

- Scarf yang semuanya bewarna pink dan purple aje. Balik rumah baru perasan. Hubby cakap pening kalau tengok color pink ramai ramai. Ha ha. Aku pun tak paham kenapa. Potong betul la dia nih.

-Mng blouse dan blouse dan blouse ;)

-Gucci Flora body lotion. dapat nih setelah berjaya memujuk dad belikan perfume kat mom. Mom yang baik hati telah berikan saya ini sebagai upah. Perfume bila boley dapat pulak? Melampau kau kan. Dah lama tak kena nih!! Nampak tak unsur unsur rezeki jangan ditolak? Ha ha.

-barang barang work station saya kat ikea lagi. Yay!

-pyjamas cartoon cartoon yang mom beli. Terasa diri macam baby kalau pakai baju yang ada ciri ciri cartoon nih. Kau rasa tak? Hey mind you, aku pakai sensorang kalau kat rumah. Depan hubby pon tak mampu pakai lagi. Harus dia gelak guling kalau tengok wifey buang tabiat cengitu.

-minggu mendapat duit saku dengan banyaknye. Hahaha Yang nih malas nak bincang. sekian.

10. First time bawak ibubapa makan frozen yogurt di Dutamas. Kat penang takde lagi kot rasanye. Nyaman tekak sampai hari ni kau. So tak payah bersusah susah dan bersesak sesak nak ke Pavvy lagi sebab nak makan yang tu aje.


Itu aje? Tak, sebenarnya banyak lagi, tapi cukup lah sekadar di sini, sebelum saya menjadi sebak lagi sekali. Bukan ape, sebak yang kelmarin pun masih tinggal saki baki lagi, saya kan perempuan yang sangat beremosi. Eh, Apsal dah jadi macam pantun pulak nih? Hahahaha.
(terus kedengaran background music teardrops on my guitar...hallaaamak..feeling habis, wifey siapekah itu? )

Sudah. Takde maknanye.


Hari ni kena masak ayam masak merah untuk suami. Cepat pegi cuci ayam. Apa?? cuci ayam????? macam mana nak jadi diva kalau asyik kena cuci ayam cengini kan? Ewwww..


Winks&smiles!

Wednesday, January 5, 2011

Rindu


bawa ibubapa ke ikea sambil posing gedik dengan muka bangga. Dad cakap saya pandai drive kat kl dari dia :)


Ibubapa dah balik penang hari ni. Hati kembali sedih. Terus rasa empty. Tengok bilik diaorang dah kosong. Tengok family hall pun rasa kosong. Mom suka 'lepak' kat situ sebab cozy katanye. Hari ni dah tak boley berebut rebut newspaper dengan dad sambil curi white coffee dia. Bila dia kat sini atau saya balik ke penang, dad yang akan buatkan coffee untuk saya masa breakfast. Saya rasa coffee dia lah yang paling sedap di dunia. Betul.


-Kejap. Tak mampu nak sambung. Hati jadi sebak tiba tiba-



mom at Peranakan Palace, 1 utama. Bawa ibubapa makan kat sana last weekend. Semua orang suka makan kat situ kecuali saya. Kau ni kan, suka tau jadi lain dari yang lain. Ha ha. Bukan ape, sebabnye saya order nasi apa ntah, kononnye tak nak sama dengan semua orang. Hambek kau, tekak giler protes sampai sakit. Pedas terlampau gamaknye.. Mom cakap saya tak tahan pedas dari kecik kecik lagi :)


masa jalan jalan kat mid valley sebelum singgah Delicious dan paksa ibubapa makan pavlova and bread pudding :)

shopping kat klcc. dad belanja saya lipstick & powder blush MAC, mom belikan saya shirt MNG !! Best naaaaa. Mom suka Isetan sebab blouse cantik cantik dan senang cari size katanya..



Dad dengan aksi meow meow sebab nak pujuk anakanda yang kuat memprotes. ha ha ha. Dad tak suka makan meatballs kat ikea tuh, tapi dia suka makan yang ini..

fried chicken biryani at Insaf. Kalau diaorang datang kl, wajiblah saya bawa mereka ke Insaf. biryani dia sedap sangat, dan saya suka ratah fried chicken dia gitu aje..

capati, somewhere dekat masjid india jugak. Hubby kurang suka makan capati tapi dad giler suka pulak dah. Dad saya adalah pemakan species roti yang tegar, bukan macam anak dia yang sorang tuh. Sehari tak makan nasi pun dah kecoh sangat. Ha ha. So kelmarin saya pun bawa lah diaorang tawaf kat masjid india.

Jalan jalan bawa mom cari scarf kat situ sampai lemau. Tapi best sebab mom belanja saya banyak scarf baru. Yaaay. Thank u mom :)


Dad yang tak tahan panas dan bersesak sesak kat masjid india sebab kitaorang singgah sana sini nak mencari tudung. Sebab tuh saya bribe -kan dia dengan biryani dan capati awal awal lagi. Ha ha ha!! Lebih kurang tiga jam jugak kat situ kelmarin sebelum balik dan siggah sogo kejap. Sogo macam biasa, amat memboringkan untuk jiwa muda saya. Mom suka sangat lah :)

Hari ni rasa kosong kembali. Ibubapa baru balik pagi tadi. Dad kena balik awal sebab banyak kerja dan dah lama tinggalkan office katanya. Kalau turut kan hati, nak sangat saya ikut balik penang dengan diaorang. Tapi tak boley. Tak, bukan tak boley. Tak mampu nak tinggalkan hubby kesayangan sebenarnya. Mula lah nanti rasa serba salah, sedih pilu, rindu dendam segala gala macam orang mabuk bercinta. Baik tak payah. Nanti semua orang akan susah hati sebab saya. Biar lah saya tanggung kesusahan itu sensorang aje. Ececeh! (sambil sapu air mata macam cerekarama minggu ini )


Haaaih. Itu lah saya. Sangat cepat beremosi dan sensitive dengan keadaan sekeliling . Susahnye kan. Insyaallah, dua tiga hari lagi okay lah hendaknya :)

Ya Allah selamatkan lah perjalanan kedua ibubapaku. Amen.

Tuesday, January 4, 2011

Mood lari

Haaihh..penatnye berlari kejar mood tadi. bukan. bukan berlari setempat. Berlari dengan penuh kesungguhan sebab nak men-tempek gambar ni..



Me and mom :)


Sekarang mood sudah kembali. Yay yay! Ingat tak entry yang lepas lepas tentang upah macam magic? (sila rujuk gambarajah di atas )

La la la la la !

Sekarang saya nak sambung berlari lagi sebab nak mengejar mangsa mangsa yang seterusnya pulak. hahahahaha.! (sambil pose muka perempuan suci)


winks&smiles!

kesayangan




winks&smiles!!

Penat

...menjaga hati orang
...menjaga emosi orang
...menghormati perasaan orang
penat dan lelah sudah.

Tapi

Ada ke yang peduli
walaupun sedikit
tentang hati kita?
waktu kita sanggup bersusah susah untuk mereka
ada kah orang yang sanggup bersusah susah untuk kita pula?
pernah tak bayangkan diri mereka di tempat kita
bila kita selalu kenangkan mereka walau dimana.
Bila berkata kata
Sedikit pun orang tak peduli
Apa yang kau rasa sebenarnya.

Itu lah hakikat.

Percaya lah sekarang.


my feelings deserve to be respected..

Sunday, January 2, 2011

Halo si manis 2011.

Selamat tahun baru semua. Klcc di malam raya eh silap, malam 2011 dari kacamata seorang wifey yang sedang mengintai manja dari tirai kamar.. kau ada? ha ha ;)



Maaf saya sangat busy. Sila tinggalkan pesanan jika perlu.

Ececeh!!.. banyak cantik kau cik puan, macam lah ramai sangat yang rajin nak menghadap blog kau saban hari kan. Sudah takde maknanye nak berpesan bagai okeh. Cepat pulang ke pangkal jalan.


Tapi betul, sebenarnye saya amatlah busy menghabiskan masa bersama sama orang yang paling saya sayaaaang. Sampai nak hadap notebook ni pon takde masa nokz. Bawa ibubapa berjalan sana sini, makan makan, sembang sembang, gelak gelak guling guling, purak purak merajuk, pastu ugut ugut manja, hey..melampau!! .. seronoknye, tuhan aje yang tahu. Hubby pulak off dari last week, menjadikan kegembiraan wifey menjadi sangatlah lengkap akhirnya.

Perlukah ciri ciri peace no war itu cik puan ?? -drama kejap-


Baiklah, ini aje yang termampu untuk entry kali ini. Nampak tak, betapa busy nye saya bukan..?? Entry pun sudah tidak ketahuan. Esok kiter sambung lagi kalau idea merapu menjadi sangat terdesak dan sukar dibendung. Ha ha ha.


Sila lah rindukan saya buat sementara waktu ini.


Selamat datang 2011. Saya sangat gembira!! :D

xoxo
winks&smiles!