Thursday, January 13, 2011

men-tengok wayang

Lamanye tak tengok citer melayu kat cinema. Bukan tak berminat sangat, tapi plot filem melayu agak kurang 'best' sikit dari movie omputih nih. Longgar. Tau plot longgar? Bukan nak mengutuk kualiti filem bangsa sendiri, tapi kalau setakat nak membayar puluhan ringgit nak menengok cerita yang bertajuk Aku Masih Dara, Jalang, Rempit the series and bla bla ape ke benda lagi tu.. rasa rasanye balik modal kah?? Mungkin saya bukan berjiwa sentimental remaja lagi kot, tapi zaman remaja dulu pun tak pernah aku pegi tengok citer menyesakkan jiwa cengitu. Yer lah di usia yang bakal menjadi 30an tak lama lagi, apa 30??? kadang kadang citarasa saya pun menjadi semakin berkualiti dari masa ke semasa okeh. Bukankah itu satu achievement yang membanggakan kawan kawan sekalian..?

Tapi dalam banyak banyak movie yang keluar lately ni, saya agak tertarik jiwa dan raga dengan filem Khurafat, directed by award winning, Shamsul Yusuf. Heee. Apsal kau senyum senyum sinis lepas tengok nama Syam? Ecececeh! siap memandai bagi nama manja pulak kan. Mati kalau hubby pandai baca. Eh, mestilah hubby aku pandai membaca blog. Kau ni pon. Kesilapan ayat tergantung tuh. Maksud saya, hubby agak kureng arif membaca dalam bahasa kebangsaan. Eh jap, dia boley baca sebenarnye cuma slang omputih yang sangat pekat macam kopi susu itu dan juga kureng memahami bahasa syok sendiri saya nih je yang akan membuatkan dia menjadi lagi konpius. Sebab tu saya boley menulis apa sahaja mengikut kepala angin monsun diri sendiri sebab dia takkan paham ape ape pon. Melainkan lah kalau saya menggunakan bahasa london bridge is fallin down. Eh itu lagi bahaya. Sah sah tiap tiap hari dia akan menge-check blog saya nih yang katanya agak berciri luar biasa. Hahahahaha. Kuarkauskrang!

Ekceli hubby dah banyak kali tanya, apsal nak tulis guna bahasa yang aku dan pengikut ku saja yang faham? Kenapa tak nak tulis betul betul guna bahasa melayu yang asli atau proper english? Senang aje jawabnye, saya nak low profile aje dalam berblog, apa saja yang keluar di sini adalah ikhlas dari minda dan jiwa merapu saya. Writing with heart and soul gitu. Tak payah la bercirikan apa apa pon. Tak gitu cik gayah? Kedua, saya akan menjadi malu malu meow kalau hubby faham dan tahu membaca blog tak ber-ilmiah saya nih. Cukup lah sekadar dia menatap gambar gambar syok sendiri wifey dia yang takde maknanye tu. Hahahahaha. Kan?

Okay, kembali ke pangkal jalan semua..

Sebenarnye saya nak bercerita pasal movie Khurafat dah tersasul pulak sampai ke cite hubby ku sayang. Maklum lah cinta sedang kembang mekar setiap hari. Okeh pasal cerita Khurafat. Nampak tak ciri ciri horror melampau dalam filem ni masa promo dalam tv? Isshh..gile best kau! Lagipun filem nih ada english subtitles. Dapatlah saya mengheret encik hubby sama ke gsc kelak. Selalunya dia malas nak tengok cerita melayu nih sebab takde subtitles katanye, dan terpaksalah men-tengok dalam kekecewaan sehingga habis movie. Kesian pulak. First malay movie yang kitaorang layan masa memula bercinta dulu tau tak citer apa? Pontianak Harum Sundal Malam. Ha ha ha ha. Sangat tak romantik kan layan citer sundal malam di alam bercinta? Dah lah dia tak paham bahasa klasik cerita tu. Poor baby sangat. Jadi saya pon menjadi nekad untuk menonton cerita yang mudah difahami kedua dua pihak sahaja. Adil dan saksama kan.


So, secara peribadi saya berpendapat movie ni adalah sangat menarik untuk ditonton di hujung minggu kelak bersama orang orang yang tak takut dengan cerita seram cengini. Contohnye orang macam saya. Percaya lah, sure korang takkan rasa membazir sesen pon.

Sudah takde maknanye nak promo bagai ramai ramai kat sini. Lain lah kalau aku dapat free minum petang dengan actor dia pada satu hari yang indah. Tak gitu? Muahahahaha.


pompuan kat sebelah yang sedih pilu sangat tuh nama apa hah? Alaa, tak penting. Janji Syam dah berikan yang terbaik untuk movie ni. Jom sama sama sokong filem tempatan. Hahahahahahaha. Tetiba kan. Ngeee! ;P


winks&smiles!

2 comments:

  1. I nak gi tgk the tourist for the 2nd time, sbb geram terpedaya (aka tak pandai teka) dgn itu Jack Sparrow punya penyamaran. A few critics kata slow, my reply "c'mon, the plot was smart" Agaknya they were jealous dgn kecantikann Jolie itu :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha serious? i dah agak masa dia dlm train tu.

    Jom layan citer khurafat, hero dia handsome woo. muahahahah ;P

    ReplyDelete