Ada kawan kawan tanya saya, 'apekah rasa ayam ni sash? ' 'Selalu i dengar uols masak cengini?' Pastu ade jugak yang cakap, 'nape uols tak nak jual sikit rempah rempah tu kat kitaorang?' Hey hey mana boley, saya adalah si-kedekut rempah. Ha ha ha. Bukan. Camne nak jual, kalau aku pon dapat free. Tak baik kalau ambik untung atas angin cengini aje kan. Tak akan menjadi kaya raya pon kalau menjual rempah nih cik puan ooi. Tak mau tak mau. Saya suka hidup di-sponsored begini aje. Low profile katanye. Ha ha ha. Larriiiikkkkkk..!!
Okay berbalik ke Achaari chicken ni, sebenarnye rasa dia pedas dan hujung hujung tu ada rasa masam sikit. Paham? Eh mesti lah tak paham kan. Cuba kau bagi kami rasa, kan senang. Pedas disebabkan cili kering dan pelbagai rempah yang dikisar sekali (saya tak pasti diaorang guna rempah ape..) lepas tu yang masamnye pulak sebab ada lemon, tamarind dan pelbagai pickles yang dicampakkan jugak dalam tu. Semuanya dikisar dan menjadi serbuk rempah.
Bila nak masak, saya cuma perlukan bawang, tomato dan cili hijau sebagai tambahan. Goreng bawang yang dipotong halus sampai ia garing, bila dah agak agak kau nak bersin, boleylah masukkan pula ginger dan garlic paste dan juga cinnamon. Bila semua bahan tadi dah berkasih sayang diantara satu sama lain, masukkan lah rempah achaari ni. Masak biar sampai pecah minyak dan pecah peluh juga. Akhir sekali, masukkan pula ayam yang dah digoreng separuh masak. Sepatutnye kena dimasak sampai kering kontang kuah dia, tapi biase lah.. saya kan suka men-cicah roti dan kuah di pagi hari esoknye. Jadi kita lebihkan lah kuah dan apa yang patut.
Maka, tengahari tadi makanlah kami suami isteri berdua-duaan. Hubby tambah dua setengah kali.. ha ha ha. Dia paling suka makan species nasi cengini. Saya makan manja manja aje. Nasi separuh pon jenuh bercinta nak habis kau. Tapi saya suka makan ber-ulamkan salad. Apa apa salad pun jalan aje, takde hal. Nasi kalau dimakan banyak banyak nanti boley jadi jemu. Jemu, bukan lembu. Kau ni, cuba baca elok elok. Bukan ape, kalau dah jemu, saya akan menyusahkan semua orang sebab tekak diva nih akan mula demand yang pelik pelik sampai hubby pon akan menjadi runsing dan pelik jugak.
Okay lah mau log off sudah sebab dah bertanda tanda nak merapu lagi banyak ni. Nanti lagi payah. Nak sambung packing, sambil ber-nyanyi nyanyi kecil di dalam hati sebab takut hubby dengar.
'Minggu depan aku jadi single mingle jingle yay! Hahahahahah. Lalalalalalala'
U ni memang sangat pandai memasak, tabik!!!!! Walaupun manja teramat anak tunggal, tetapi kecekapan memasak kalah anak pompuan sulung.
ReplyDeleteyg hijau pd achaari chicken tu cili padi ke?
ReplyDeleteA'aa cili padi besar.cam pelik kan? i tataw nama betul ape, tp i panggil cengitu. lolz
ReplyDeleteAlaa doc, i pandai (pandai ke? ha ha) masak ni sejak kawin aje.. dulu masak nasi pon hancur. klu curry semua nih tak payah nak mimpi ler langsung. mom lah orang yg paling risau. so i nekad bangun dari kegagalan masa silam gitu. hahahahahaha :)