Stress di mana mana
Stress tak mengenal masa
Di sana aku stress, di sini rupanya serupa
Nak pegi jalan pun boley jadi stress
Tak pegi jalan mana pon mahu lagi stress
Ha ha ha ha
Stress jugak boleh jadi entry topic
Asal boleh goreng ayat sikit, dapat lah naik rating live feed
Bila takde mood blog menjadi bosan
Mahu tidaknye, menulis ikut perasaan.
Apsal aku rasa macam pelik aje entry ini
Dah macam pantun ler pulak bunyi
Eh macam kau tak biasa dengan perempuan ni
Segala gala haruslah beremosi
Tak ke buang masa korang baca tiap tiap hari.
Ekceli nak cakap pasal stress mula mula
Tapi separuh jalan dah tukar lain cerita
Entah lah dah macam macam rasa sebenarnya
Agak agaknye sebab mendung aje cuaca
Mood pon taklah cantik seberapa
Sebelah ada berita gembira tak hengat
Sebelah lagi macam tak berapa nak minat
Hubby cakap tak apa, we go with the flow
Tapi wifey nih kan degil ya rabbi, macam la u dont know
Bila fikir balik, betul jugak cakap dia
Jangan jadi orang tamak, nanti tak dapat apa apa
Tuhan bagi rezeki tak semestinya sama setiap orang
Jadi tak payah nak beza bezakan apa yang kau pandang.
Mom juga selalu berpesan
Dekat anakanda sorang ni yang selalu suka ter-perasan
Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran
Nasihat orang tua jangan nak kau abaikan.
Eh tak payah nak melalut tak tentu hala
Baik pegi siap siap nak menjamu selera
Hahahaha, yang tu aje keje nya bila kat sini
Dalam stress stress pon, makan mesti didahului.
Sekian aje buat kali ini
Salah dan silap harap dimaafi
Apsal aku rasa macam di pagi Aidilfitri
Kan dah cakap, perempuan ni menulis sesuka hati.
Tolonglah keluar sekarang sebelum kau merapu lagi.
Maaf, blogger berada di atas pengaruh ubat ubatan terlampau akibat flu dan fever. Segala kesulitan amatlah dikesali.Harap maklum.
WOW!!!!!!! Sungguh pandai tuan hamba berpantun, bolehlah jadi wakil kuat mana2 rombongan meminang or emcee wedding ceremony kan?
ReplyDelete