Tuesday, March 29, 2011

kecoh-terlampau








Ini pula? Objek terlampau apakah?? -LMAO-



Location : Hyde Park, London


winks&smiles!

Monday, March 28, 2011

Cerita dari london

lepas mandi dah tak payah pakai perfume pun boley - cik puan besar


setelah dipaksa dan diheret naik. Akhirnya saya berani jugak jejak atas london eye nih. Hadooih. Geli nye dengan benda tinggi tinggi ni tau!

Assalammualaikum

Lagi beberapa hari dah nak balik. Hoh? Masa berterbangan. Jadi hari nih berehat rehat di bilik sambil 'cuba dan mencuba' mengemas bag serba sedikit. Eh giler banyak baju aku beli kali nih, hubby cakap simpan setengah pakai raya nanti. Penat penat saya galas bag, dah la jauh nak tawaf keliling oxford tu, dia suruh tengok aje jangan pakai lagi. Buleh gitu? Lolz

Hubby macam dia lah yang sangat tidak kisah. Yang dia kisah nak naik london eye. Eeee.. semalam dapat jugak dia naik. Aku dengan berat langkah, muka moncong tiga depa memaksa langkah dari hotel ke situ. Ha ha ha. Saya memang alah benda tinggi nih, tengok capsule dia dari jauh pon dah rasa geli kaki. Ntah macam mana berjaya jugak aku langkah naik pon tak paham. Macam magic. Teringat masa naik Eiffel Tower pon macam tu jugak. Mesti kena gaduh dulu sebelum naik. Hadoooih. Sabar aje lah.

Setengah jam atas nih aku rasa macam berabad lama. Hubby cakap kalau jatuh mesti mati terus dalam river tuh. Hahahah! Sekarang kau faham kan ape perasaan cik puan?

Kota london dari dalam capsules kaca. Saya tak ingat berapa ketinggian masa nih. Tapi memang gile tinggi. Dah lama lama baru boleh berdiri dengan gagah-nye. Eh, apa barang kau ingat aku berani nak bukak sunglass tengok dari atas sini? Cukup lah nampak bayang bayang pon takpe nokz.

Big bus tours pon naik, thames river cruise pon naik jugak. Tower bridge aje tak panjat. Lalu di bawah pon dah cukup lah dengan cruise hari tuh. Punye la sejuk ya rabbi. Gatal nak ber-cruise bagai di thames river la sangat, hambek kau.

Hari nih badan rasa tak sedap. Macam nak selsema pon ada. Sakit tekak dah menyerang sikit sikit. Semalam berjalan dalam hujan renyai masa kat Picadilly. Eh takpe takpe. Tak kecoh. Saja bagitau.

Itu adalah aktiviti yang hubby suka. Benda benda yang aku tak minat sangat memang dia akan menjadi terlebih suka. Memang faham. Tapi benda yang saya suka adalah menjadi kewajipan dia untuk menjadi suka jugak, macam selalu selalu.




Baiklah. saya kena keluar sekarang. Masa dah suntuk. Takkan kau nak hadap blogger aje kan. Baik pegi beramal. Lagi sedap. Pegi.

Malam karang ingat nak ajak hubby makan peking duck di Bayswater itu. Tapi dia tak reti makan. Takper, dia paksa saya panjat london eye kan, siap dia malam karang!! Kah kah kah.

Bila free nanti saya tempek lagi photo photo yang tak wajib tayang.

Cheers!

woot!woot!


wills & sash! aaww.. sangat kepoh muka aku!! kah kah kah kah!! -Madame Tussauds



am still alive and kicking di kota london! ha ha ha.


Helo! Ohai!

Punye lah busy sampai nak bukak notebook pon sangat terkejar kejar. Bila balik hotel selalunya dah malam, cuaca sejuk, badan letih, mengantuk bagai, eh malas nak cerita panjang. Memang tak cukup masa nak conteng banyak banyak entry kat sini. Jadi hadap lah gambar dulu sekeping dua! Nanti nanti free kiter upload dan cerita banyak lagi.

Jalan merata pelosok london. Giler puas hati. Shopping aje tak puas puas lagi. Selang sehari mesti nak melawat oxford st. Umpama dipukau dan terpukau kekdahnye.

Thames River cruise :)


Pagi tadi sempat ke south London, kawasan pinggir kota, Tooting. Pegi breakfast aje, macam takde keje sangat dah, tapi itulah hakikatnye. Balik singgah Notting Hill, pastu pegi Picadilly and Hyde Park.

Baiklah. Esok esok sambung lagi naaa. Mata dah makin malas nak bukak. Apatah lagi nak menghadap notebook lama lama.


Dapat jugak tekak saya merasa Taza Kebab kat Bayswater itu. La la la la la!


Gud nite semua.Mimpi yang indah indah!


Assalamualaikum.

Thursday, March 24, 2011

Rumah kami di Addington St.


saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan

Tenangkan hati semua. Terimalah hakikat blog saya. Kadang kadang memang akan berlaku kecelaruan fikiran yang melampau bila datang waktu waktu tertentu. Harap sedia maklum.


Cik puan in front of the hotel aka rumah kami di Addington gitu. Posing kaki silang bagai. Eh layan aje lah. Kau ada? Ha ha ha. Park plaza county hall sangat dekat dengan Waterloo station. Macam belakang rumah aje pon. Walking distance to london eye dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannye. Kalau taknak bersesak macam sardin dalam tube boley lah naik bus yang besaq besaq dan merah merah belaka depan hotel nih. Tapi bersiap sedia lah dengan traffic nye pulak. Sanggup? Aku tak.


Kecoh aje. kad pon kau nak tempek kat sini. Tolong jangan keji.

Baru sampai. 30 mins from Heathrow. Rasa lama jugak sebab jalan jam sikit masa tuh. Kalau tak maybe kejap aje kot. Hubby tengah checked in. Wifey sebok menjadi paparazi tak bertauliah.

Tingkat atas adalah restaurant. Kat bawah pun restaurant jugak. Breakfast kat situ lah. Tapi so far kami selesa makan dalam bilik aje. Sebab malas nak keluar dengan muka sememeh pagi pagi buta, plus aku bukannya reti nak mandi awal. Jadi kena bayar lah 3pounds extra for room service tiap tiap hari sebab cik puan besar tak mau makan kat bawah.


Studio room. Saiz sedang sedang aje muat untuk honeymoners macam kami. Ha ha ha. Kalau with kids i will go for penthouse kot. Cheh. Ha ha ha. Banyak duit kau?? Kat studio room nih ada seperate living area, ada kitchenette area, bedroom dan jugak tambahan sofa bed di living area tuh. Hubby tengah dengan bangganya ber-pose bagai nak rak di living area dan yang depan tu adalah kitchenette. Sebelah dia adalah bathroom.

paling suka goose feather pillows dia lah. sangat sedap tido dan gebu aje. Sumpah tak pernah tido atas goose feather nih. Ha ha. Macam jakun kejap. Boleh tido rapat rapat pon macam takde hal. Eh apa kena mengena tido rapat rapat dengan pillow nih? Sumpah annoying.

Kichenette area. Complete jugak perkakas dia. Boley guna untuk panaskan makanan di tengah malam malam buta. Masak? Eh apa barang aku nak masak di kota london. Ha ha ha ha. Tiba tiba menjadi sangat malas ya rabbi. Nak bancuh air pun fikir dua belas kali.

Wajib aku kumpul benda alah ni bawak balik. Ha ha ha ha. Hobi la sangat kan

Nih lah tempat aku menggoreng blog dan facebook sambil tengok tv dan dengar BBC1 . Eh perasan macam cik puan besar sungguh. Kalau lah boley bersenang lenang goyang kaki tangan macam nih selalu kan... Ha ha ha.

tempat bertepuk tampar manja manja sambil tengok permandangan waterloo di tengah malam dan subuh hari.

Bought few things for myself, mom and mother in law semalam :) Mesti diaorang suka sebab saya pon tersangat lah suka. Ada ke benda aku tak suka kat sini? Ada. Tak suka bila balik dan convert duit yang aku belanja kepada ringgit. Boley fengsan berkali kali kalau hubby tau. Ha ha ha ha.

Always remember to be thankful. I am.

winks&smiles!

Tuesday, March 22, 2011

Tahukah anda..

me and lelaki pujaan, at River Thames London :)

1.Sejak sampai London, saya hanya tido selama 6 jam setiap hari. Tak boleh nak tido lebih lama. Jet lag sangat kah? Ha ha. Sebelum subuh aku dah bangun cergas lain macam, tak tido balik pulak tuh. Sangat menarik dan pelik bukan? not good not good

2.Breakfast dulu baru mandi. Menjengkelkan betul perempuan nih tau. Kah kah kah!

3.Sudah pandai berjalan laju laju. Orang di sini semua kuat berjalan sana sini. Jangan kau perasan nak berjalan kucing di kota london kalau tak nak kena sepak percuma.

4.Tiap tiap hari mesti dengar BBC Radio 1. I love Deejay Grimmy :) Umpama cinta dengar pertama. Begitulah kekdahnye.

5.Dad akan call setiap pagi. Tiap tiap hari dia akan tanya samada, saya makan nasi ke tidak. Ha ha ha. Sebab dia tahu anak dia nih memang jenis tekak tanah melayu. Sabau aje lah.

Demi sesuap nasi untuk wifey, hubby akan men-tapau setiap malam untuk saya. Sejak bila aku pandai makan nasik di malam malam buta pon tak pasti. Eh sejak kat London lah kot ;)

6.Akan pegang cuppa coffee sambil berjalan jalan dan minum sikit sikit. So engrish lah wey.

7.Orang sini cakap macaroons kat Harrods adalah yang paling sedap di dunia. Okay paling sedap di dunia aku yang cakap. Ha ha ha. Sedap dari tempat lain kat London lah paling tidaknye. Bee, i want macaroons now. Please.

8.Banyak sangat fridge magnet muka Wills dengan Kate di sini. Nak beli satu lah. Eh dua. Eh tiga. Eh aparar.

9.Cuaca sangat cantik setiap hari dan tak hujan walaupon macam nak hujan. Best.

10.Lagu yang tengah gile-femes kat sini adalah, Price Tag-Jessie J. Pertama kali dengar masa dalam black cab hari tuh. Pastu hampir setiap hari ada dalam radio. Sangat taste aku lah lagu nih. Siti Nurhaliza? Siape tuh?

This city never fails to impress me lah. Macam mana tak timbul rasa terlebih sayang.

By the way, Debenhems ada sales besar besaran hari ni. Jom la jom la. Kalau rasa malas boley order online, dapat free delivery lagi. Weh, macam menarik naaaa :) Kalau rajin, eh baiklah tak payah cerita panjang. Nak bergegas keluar dan berjuang habis habisan.

Jumpa lagi.

Cheers!

winks&smiles!

Monday, March 21, 2011

From London with love!

welcome bear!!! Best naaaaaaaaaaa dapat peluk peluk macam baby!

Alhamdulillah

Selamat tiba di kota cinta kami. Ececeh!! Mesti ade ayat yang menyakitkan hati jugak walau di mana aku berada kan. Kecoh betul wanita ini.

Baiklah.Baiklah. Taknak over acting katanye.

Sepanjang perjalanan dengan MH004 saya sangat okay. Hubby pon okay. Tak meragam. Ha ha. Dan selama 13jam tanpa henti itu jugak, saya hanya tido selama sejam dan makan berkali kali macam dalam flight peribadi. Nasib baik cuaca sangat menenangkan fikiran, hanya air turbulence yang manja aje. Kira takder lah sampai saya mengucap panjang dan sentap selera nak makan.

Afghan from the air

Nampak macam chocolate cake kan. Salji tebal kat gunung ape ntah, Afghanistan

Selain daripada satay, biryani, sandwich, salads, ice cream, chocalate, teh tarik, ini adalah menu yang paling sedap. Black pepper lamb. Bayangkan betapa banyak kami menggembirakan tummy hari itu. Makan tido aje kekdahnye. Stewards pon hensem hensem belaka. Tak rugi aku naik MAS. Ha ha ha ha. Larrikkkkkk!

Dah dapat makan sedap sedap, boley cuci muka bersih bersih pulak lepas tu. Dulu kalau business class, diaorang akan bagi l'occitane set, tapi sejak bila bertukar pun tak pasti sebab memang dah lama aku tak jejak kaki ke sini. Kali ni dapat Clarins, saya paling suka lip balm dia. Rasa pun sedap. Hoh? Apakah kau pemakan lip balm?

Tiba di Terminal 4 Heathrow pukul 4 petang. Cuaca memang tak sejuk menggila sangat dah, lebih kurang 7'C aje. Best nih. Patut lah hati berlonjak girang. Saya adalah paling penakut sejuk. Sanggup aku mandi di tengahari buta sebab tak tahan sejuk masa dulu.

Tunggu cab kejap aje, pastu terus ke hotel kami yang terletak di Addington St. Dekat sangat dengan Waterloo station. Dari hotel kami dah boley nampak London Eye yang sangat cantik di malam hari. Tak pernah lagi naik ke situ. Rasa macam nak naik kali ni, tapi macam menggerunkan aje. Hubby nak naik sangat lah :)

sangat sememeh aje muka aku masa nih. Tapi tetap tersenyum bangga

Breakfast in bed kami yang pertama di London :) Sangat comel bila makan berdua cengini. Can we do this everyday bee? Tapi kat hotel aje eh. Sebab kat rumah mesti rasa tak sedap nanti. Hahahahaha! I love you darling!

Eh lapar lagi lah. Tummy dah mintak nasi campur. Padahal breakfast tadi dah sumbat macam macam. Biase lah kan, bila tak buat keja apa apa kat sini, bertepuk tampar manja manja aje.. perot pun mudah menjadi kelaparan. Kan?

Esok esok kiter sambung cerita lagi. Nak makan kejap, pastu keluar jalan jalan petang karang. Kemarin seharian saya di Oxford. Balik hotel, nak jalan pon rasa derita yang amat. Punyalah sakit kaki tangan segala gala. Ya rabbi. Tak pernah rasa sakit sampai macam tuh. Tapi takpe sebab kat London :S

Cik puan beli apa kat sana? Alaaa..barang keperluan asas kehidupan aje. Apa la sangat kan. Muahahahahah. Nanti rajin, saya conteng conteng entry lagi yer.

Winks&smiles!

Helo Miss-London!


Friday, March 18, 2011

Almost ready!

Dapat jugak menyelesaikan masalah tekak saya yang sangat ber-craving-kan penang curry mee


Dalam kecoh kecoh ke sana sini, tiba lah jugak hari esok. Masa berterbangan bukan. Baru rasa macam awal tahun hari tuh hubby diam diam plan tak nak bagitau kiter la kononye (nasib baik wifey nih licik dan tak mudah diperdaya, ha ha ) tup tup esok memang betul betul dah nak pegi.

Esok flight kitaorang pukul 10.45 pagi dari KLIA. Dah web-checked in semua kemarin. Nanti bawak diri masing masing aje. Gile punye sexcited kan. Eh, excited. Control sopan cik puan, control. Ha ha ha. Sampai London Heathrow pukul 4.15 petang local time, insyaallah.

1. Bag semua dah siap berbaris kat family hall.

2. Baju dan scarf pon dah gantung untuk esok. So aku tak payah nak fening fening nak pikir pagi pagi buta nak pakai apa. Sangat merumitkan diri.

3. Harap harap lepas subuh dah siap sedia segala dan tak payah nak tido tido kucing balik. Biar cepat asal selamat. Kah kah kah. Slogan hidup aku.

4. Harap harap aku tak buat kecoh dan suspen lebih atas flight 13 jam itu nanti. Ha ha. Boleh tido sebaik baiknye macam baby. Tapi selalunye saya tak penah tido pon. Pasrah aje lah bila sampai nanti.

Baiklah. Baiklah. Takde mood. Ececeh sangat kan. Takde mood nak tulis panjang panjang. God willing, entry lepas nih saya akan menulis dari kota London pulak.


Bertahun lamanye tidak bersua cinta saya, London am coming back to you!

winks&smiles!

Tuesday, March 15, 2011

Tummy kami gembira

we love him!!!

Busy ni busy. Takde masa nak mengarang banyak banyak. Semalam dah mula mengemas kain baju sambil pening kepala bertampal salonpas. Lega rasa sebab separuh benda penting dah dijalankan akhirnye. Rumah pon kelihatan segar bugar sebab tersangat kemas luar biasa. Maklumlah tengah mood rajin macam super-wifey. Mom mesti berbangga kalau tengok aku cengini sebab zaman dulu punye lah malas ya rabbi :)


Last week hubby bawak kiter pegi makan dan bergurau senda macam tak kisah di Monte's BSC. Pertama kali saya makan kat sana, eh giler punye sedap lah. Taktau lah kot sebab berpuase seharian, jadi bila makan apa saja pon akan jadi berselera bagai.


Cajun Chicken katanye..



cik puan besar tengah men-sejukkan tekak dengan cinderella mocktail. Taste tekak aku sangat benda nih!!


black pepper chicken yang ditambah mint sauce atas kehendak peribadi sebab saya adalah hantu segala mint. sekian.

Next day pulak, kami teringin nak mencuba nasib eh bukan, mencuba makan di The Gardens Cafe. Selalu jalan jalan sambil dengan kepohnye aku akan mengintai kat situ untuk men-tengok cafe diaorang yang sangat comel berkonsepkan vintage. Saya amat suka akan benda benda yang comel sebegitu kerana terasa diri pon akan turut serta menjadi comel.

Jadi untuk tidak membuang masa korang dari membuat perkara yang tidak berfaedah, silalah saksikan photo yang nasib baik worth untuk dihadap bersama. Ha ha ha ha

hubby cakap saya semakin mengecil? eh betul ke? best naaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!Harus ke pose cekak pinggang begitu wahai wifey?

posing macam rumah sendiri please

ada macam ciri ciri pengatin baru tidak? larrrrrrrikkkkkkkkkk...! * saje nak test market*

Makanannye jugak tidak mengecewakan taste kami berdua. Memang boleh dimakan lagi lain kali lah kat sini. Lepas makan pulak boleh me-nyopping. Sumpah annoying bile dengar perkataan tu kan. Ha ha.

seafood char koey teow yang sangat pedas tapi sedap


club sandwich. yer saya suka yang ini jugak


Malam nih nak pegi makan mee curry di Lil Penang pulak. Suka.Suka. Minggu ini aje lah nak merasa kenikmatan makanan di tanahair sendiri.

winks&smiles!