Monday, March 14, 2011

Bila wifey umpama Nigella..

Assalamualaikum
Ohaaai!

Selamat petang Malaysia. Selamat pagi London. Ececeh! Practice tu practice. Ha ha

Semalam dengan rajinnye saya mencuba satu lagi recipe kakak Nigella macam dalam AFC. Semangat nak bake drumstick yang baru dibeli beberapa jam sebelum itu di cold storage sangat berkobar kobar lepas tengok show dia hari jumaat yang lalu. Terus tidak sabar sampai tak sempat sempat nak membukak tudung lantas memasak bagai. Mesti solehah muka aku masa tuh. Hahahaha.

Baiklah..

Maka tak usah dipanjangkan cerita dan unsur unsur jenayah yang membawa kepada kejian pembaca kelak, inilah hasil sebelum dan juga selepas masakan cik puan itu.

Bahan bahan terpenting yang mesti ada. Kalau takde tak payah kau nak kecoh kecoh kat sini.

1. Ayam mengikut kecintaan masing masing nak masukkan bahagian mana. Saya adalah pemakan drumstick sahaja. Maka yang lain itu nasiblah tak dimakan oleh kami.
2.Sea salt, black pepper secukup rasa.
3. Lea and perrins. Tak payah lah sampai sebotol. Agak agak lah kan.
4.Ubi dan tomato. Boleh letak sayur lain jugak kalau nak, ikutlah tekak dan mood masing masing kekdahnye.
5.Bawang putih beberapa ulas.
6. Olive oil
7. Thyme leaves yang segar bugar macam hati saya sekarang ini.
8. Lemond yang masak ranum

Gaulkan garam dan pepper pada ayam tadi. Biarkan mereka berkasih sayang sebentar. Jangan kacau.
Letakkan ayam ke dalam casserole cap Ikea, Kalau cap lain kemungkinan akan berlaku penyahtafsiran rasa kelak dan tidak menjadi sedap.
Potong ubi dan tomato, campakkan juga ke dalam casserole tadi.
Tabur bawang putih yang dicincang halus ke atas mereka mereka itu.
Tambah lagi lebih kurang empat ulas (yang tidak dikupas kulit tapi jangan lupa cuci bersih dulu ) letakkan di setiap penjuru ayam tadi. Ini untuk menambahkan kewangian dan keenakan masakan puan puan iye. Nigella cakap.
Tuangkan sedikit lean and perrins (bagi menggantikan red wine, maklumlah nigella bercitarasa omputih) dan perah lemond ke atas semua bahan tadi.
Bila dah siap semua dan nampak macam cantik aje, tuangkan pula olive oil ke serata pelusuk daerah. Lagi banyak lagi sedap kau. Lepas tu, taburkan thyme dan letak dengan rantingnye jugak. Seperti gambarajah di atas.

Dengan lafaz kalimah Bismillahirrahmanirrahim, beserta niat supaya makanan yang dihidangkan dapat mengenyangkan dan menggembirakan hati suami, bakarlah ayam kamu itu tadi di dalam oven bersuhu lebih kurang 200 'c selama 45minit (tertakluk kepada perubahan rupa paras ayam masing masing)

Bestestest. Hasil Summer Baked Chicken saya. Paling enak abad ini. Kah kah kah!


Boleh hidangkan dengan garlic bread, salad dan yogurt. Hubby tersangat suka menu malam tadi. Anak anak pon suka jugak. Eh, silap. Sebagai upah, saya dapat menghadap gelatissimo yang sangat yummy itu. So comel kan!


Chocochip gels and cheesy gels membuatkan hati saya berlonjak girang. Sangat mudah nak membuatkan saya gumbira bagai.

Hari ini adalah hari mengemas rumah sedunia. Dengan rasminye jugak, aku telah mengeluarkan bag bag bag baju (nampak tidak, ciri ciri lebih dari satu bag di situ ?) untuk memulakan aktiviti menyimpan baju dan kelengkapan masing masing untuk percutian kami nanti.

Rajinnye aku. Wifey siapekah itu? Yang ini dapat upah tidak?

Winks&smiles!

No comments:

Post a Comment