Wednesday, March 28, 2012

Bunga Telur, Pre-Kenduri dan Luahan Hati

Kalau kat penang, kenduri sikit ke banyak ke rasanye mesti kena ade bunga telur jugak sebagai penyeri suasana. Nak nak kalau tuan rumah ade anak perempuan yang agak sedikit gedik apabila melakukan perbuatan menguruskan kenduri kendara sebegini.

Hujung minggu nanti ibubapa akan mengadakan kenduri kesyukuran di rumah. Maka dengan ramai tetamu yang datang siang malam melawat mereka sejak awal minggu, si anak dan suami lah yang menjalankan tanggungjawab membeli belah, okay tell us something new please?

Ha ha

Menyediakan kelengkapan kenduri bukanlah mudah yea puan puan. Terus rasa penat nak pengsan tidak semena mena macam nak kawen dulu jugak. Relevan tidak? Bab bunga telur, kuih muih dan seangkatan dengannye adelah tugas rasmi aku di sini. Jemputan, buffet dan persediaan luar rumah adelah tugas dad dan si suami untuk uruskan. Alhamdulillah setakat ini, banyak yang dah siap.

Paling best sebelum pegi cari bunga telur kelmarin, dah sibok dok berinai sakan dengan mom. Mom beli henna dari mekah. Sangat cantik dan merah. Lepas tu saya ke SSF sebab dekat dengan rumah, terus kakak kakak di situ tanya, tema pelamin macam mana, sebab senang nak sesuaikan dengan bunga telur kelak. Mentang mentang lah inai di kaki tangan merah merah belaka. Dengan muka selamba, aku jawab.. "saya nak cari yang ade lace putih bersih gitu. Baru nampak berseri sikit." Maka gigih lah kakak itu mencadangkan begitu begini untuk si mak-dara ini. Hew hew hew


Dad cakap kenape letak cucuk sanggul pulak? Daddy!!! Punye lah saya sibok menyucuk benda alah tu nak bagi nampak cantik, dia buleh cakap cucuk sanggul :)

Dalam bag tu saya letak bunga telur, surah yassin, tasbih, sedikit manisan yang dibeli dari mekah, bunga rampai (kalau rajin esok baru buat, kalau malas abaikan aje..tengok lah keadaan macam mana nanti) dan gelas vintage yang macam orang kawen selalu bagi pada tetamu kan. Bag pon dibeli dari SSF jugak, senang tak payah susah susah nak cari sana sini sebab dekat dengan rumah. Lagipon aku nih kalau kat penang pon buleh sesat jugak kalau drive sensorang, kat Kl lagi senang rasanye.



Ibubapa semasa di Istanbul. Bile nak bawak anak menantu pulak nih? Ha ha ha


Baik. Tarik nafas dulu.

Ekceli hari tu pon dad memang bercadang untuk membawa kami sekali, memang dah elok rancang nak pergi ziarah dengan family, tapi ade urusan yang tak dapat diselesaikan pada saat saat akhir. Maka tujuan kami nak pergi bersama pun tak tercapai. Takde rezeki mungkin. Maklumlah kerja suami saya agak agak mencabar di awal awal tahun begini, jadi kami pon putuskan biarlah ibubapa pergi dahulu. Lagipon mereka dah mendaftar dengan TH selepas saya menjalani laps tempoh hari. Jadi ade jugak lah faktor faktor yang lain yang membuatkan kami sepakat untuk tidak pergi bersama kali ini. Insyaallah bila selesai semuanya dan diizinkan Allah, mudahan mendapat peluang untuk ke sana lagi.

Tapi biasa lah, dugaan kadang kadang datang dalam pelbagai rupa. Ada jugak suara suara sinis yang bertanyakan kenapa kami tidak turut serta? Memandangkan saya sebagai anak tunggal, lagi hebatlah dugaannye setiap kali kalau saya tidak bersama ibubapa ke mana mana. Soalan, sindirian yang pelbagai diajukan dengan muka yang sinis. Apalah gamaknye yang difikirkan golongan yang cetek ilmu begini. Fitrah manusia.

Saya tak kisah kalau bertanya dengan maksud yang baik, tapi kalau sampai membuka aib dan mencalarkan maruah saya bersama suami di hadapan orang adelah berdosa tanpa tahu usul periksa. Kalau yang si bertanya itu suci mulia saya buleh lah abaikan, tapi engkau pon hura hara macam mana pulak? Tak payah lah gigih nak mengatur kehidupan kami sebab ibubapa kami lebih berhak rasanye.

Saya percaya janji Allah. Saya percaya doa orang yang diaibkan dan dianiaya akan termakbul. Mungkin kami tak ade rezeki nak bersama ke sana kali ini, mungkin bulan hadapan? Mungkin tahun hadapan? Itu urusan Allah. Sepatutnye dengan usia kita yang makin meningkat, elok lah menjaga keluarga masing masing. Jangan sibuk menilik kain baju orang sangat, nanti kain terbuka di rumah sendiri siapa pulak yang nak jaga? Agak agak lah kalau nak malukan orang sekali pun. Sungguh keji. Ukur baju di badan sendiri adelah lebih elok rasanya. Tak begitu?

Mungkin entry kali ini agak beremosi, tetapi memandangkan belog ini kepunyaan saya, saya kira saya berhak untuk menstabilkan emosi saya sendiri selepas mengambil kira fitnah yang engkau lemparkan. Saya pasti ada di kalangan mereka yang saban hari ingin mengambil tahu urusan hidup kami. Mungkin jugak sudah sampai masanya saya private-kan belog ini untuk rakan taulan yang terdekat sahaja.

Itu yang paling meyedihkan saya sepanjang ketiadaan ibubapa. Banyak menangis di dalam hati. Sambil memasak kalau teringat pon buleh membawa kepada nanges tak berhenti jugak. Suami banyak membimbing saya menjadi isteri yang sabar. Besar ganjaran katanya, Insyaallah.

Tapi hari ini saya dah okay. Bunga telur pon dah siap. Kira okay lah tu kan :)


Lagi beberapa photo semasa di Mekah dan Medinah. Masing masing sangat gembira di sana. Cuma sehari dua masa di Mekah mom tak berapa sihat, selsema dan batuk batuk, nasib baik kejap aje. Masa tu kan ribut pasir di Jeddah, jadi sampai ke Mekah agak berdebu juga lah. Nasib baik ibubapa dapat juga sempurnakan umrah dengan baik. Mudahan doa dan ibadah mereka diterima Allah. Amin.

Dan ini pula semasa ibubapa dah selamat sampai ke rumah kami.


Kejadian pada malam itu.. sambutan penuh kasih sayang giteww.. ha ha ha



Ya Allah jauhkan lah kami semua dari keburukan dan penghasad dengki. Berikanlah kami perlindungan dan pertolonganMu selalu. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tuesday, March 27, 2012

MasyaAllah

tetamu Allah :)

Alhamdulillah. Ibubapa dah selamat pulang weekend lepas. Sekarang kami sekeluarga dah berada di kampung halaman..yeayeay!

Nanti ade peluang akan karang cerita panjang panjang lagi. Maklumlah bile dah di sini, masa macam sejemput aje yang tinggal.

Sekarang mahu melayan tetamu yang bertandang :)


-to be continued

Friday, March 23, 2012

Lamb Haneeth, Saba yang mengujakan


Assalammualaikum!

Friday Mubarak untuk semua :)

Macam dah tahu tahu kan, asal kuar entry mesti photo makanan, asal kuar photo makanan musti entry baru. Ha ha. Macam takde keje sangat lah engkau.

Hari ini sangat penat. Mencuci rumahtangga adelah menjadi keutamaan, maklumlah nak bercuti tak lama lagi di kampung halaman, suami pula akan menyusul pulang sehari dua kemudian sebab tuntutan keje orang minyak memang tidak menentu. Sekarang ini, kadang kadang meeting dia adelah lebih di malam hari akibat rakan yang lain berada di benua yang berlainan. Jadi siang dia adelah lebih flexible sekarang. Untunglah si suami dapat isteri yang memahami dan makan dek upah. Ha ha ha

Jadi seperti biasa, baju baju kerja dia dah siap sedia di-iron-kan, tak banyak pun, kelengkapan untuk dua aje sementara nak balik ke sana nanti, baju yang lain semua dah siap dalam bag, rumah pon dah siap kemas dan bersih baru senang hati aku nak mengatur langkah panjang nanti.

Jadi mulai hari ini, eh silap semalam.. maka kitchen juga sudah tidak berfungsi hinggalah ke tarikh yang bakal diberitahu kelak.

Okay sila abaikan entry yang membuang masa.

Ini adelah perbuatan memakan nasi Arab di restoren Saba, Cyberjaya pada hujung minggu yang lalu. Sebab tekak berasa boring asyik makan di kota, maka kami pon memandu hingga ke luar kota.

Kami yang sangat teruja itu telah men-makan lamb mandy, lamb haneeth dan lamb kebabs pada hari yang indah itu.





Sangat sedap semua makanan di Saba ini. Ini adelah pertama kali saya makan di sana, suami dah berkali jugak sebab dekat dengan ofis dia yang di cyberjaya ini. Jadi setiap kali kalau dia bekerja dari Cbj, maka Saba adelah port wajib dia. Sebelum nih kitaorang selalu ke Al Rawsha tapi sejak diaorang dah berpindah ke tempat baru, kami dah jarang ke sana. Kami bertukar selera ke Hadramawt pula. Tapi ternyata Saba adelah yang terbaik. Rasa macam Al Rawsha memula dulu. Bagi saya Al Rawsha kini dah kurang sedap lah. Ntah la pulak kenapa. Mungkin tempat baru, dapur baru, chef pon baru jugak kot? Nway.. tekak masing masing lah kan :)



Semalam si suami bekerja dari Cbj lagi, maka bila pulang ke rumah aku pon telah dihadiahi dengan makanan makanan yang mengujakan ini. Memang besar dan banyak kalau tapau, kami berdua habiskan sekotak aje pon. Itu pon dah ketat perot masing masing. Kebab dan haneeth akhirnye masuk dalam magic fridge lah jawabnye.

Hari ini ape lagi, pagi pagi aku dah menghadap nasik arab dan kebab dengan penuh kesungguhan macam tiada hari esok. Naseb engkau lah Sabariah..


Wednesday, March 21, 2012

Sambal belacan, aww!

Okay motif nak letak 'awwww' apesal? Cepat pakai topi MJ engkau tuh, cepat.

Halo semua!

Mentang mentang first time tumbok sambal belacan sendiri, okay tipu. Mesin ajaib yang tolong buatkan sambal belacan saya. Tapi kira pertama kali jugak lah, sebab selama nih mom yang buat. Maka bertambah tambah lah makan tengahari, petang, malam dan tengah malam kami kelak. Heh.

Suami saya tu, pemakan sambal belacan yang tegar. Dari mana dia belajar pon tak tau lah, tapi kalau pegi makan luar, kalau order nasi goreng ke, mee goreng ke, mesti dia mintak sambal belacan. Betul. Mengalahkan tekak orang malaya aje kan. Mom cakap kalau nak sedap sambal belacan tuh, perah air asam jawa. Wifey zaman moden mom, asam jawa tradisi tu pun saya dah tak penah tengok, beli aje Adabi Asam Jawa Paste. Senang hidup. Tak begiteww..

Oleh itu, sebagai trivia kepada makanan feveret suami, saya buatkan entry yang special untuk dia. Naahh, terimalah.sambal belacan untukmu sayang..

Sempoi tak menu kami hari nih?

Selain sambal belacan, sedikit ulaman omputih dan saya juga masakkan gulai daging kegemaran suami. Memang masak lebih macam biasa lah, kalau tak sempat simpan esok..malam karang buleh dicicah manja manja oleh si isteri. Eh macam lah kau tak tahu kan.


Jemput makan uolss..

Lagi berapa hari parents nak balik. Lagi berapa hari nak balik kampung. Lagi berapa hari nak mulakan journey yang baru. Ngeh ^____^


Sedang meniti bahagia. Terima kasih Allah.


Monday, March 19, 2012

Not-wordless Monday

Saya merasakan bahawa minggu ini belog saya akan dibebani dengan gambar gambar makanan dengan tidak semena mena dan syok sendiri. Ha ha

Sebabnye adelah yang paling utama, gigi dah tak ketat ketat, wire braces menjadi sangat baik kepada saya dan yang kedua ibubapa bakal pulang tak lama lagiiiiii....!

Dan tak lupa jugak, sebab yang ketiga.. jeng je jeng



Layan gambaq dulu hokek..



Pinggan encik suami ku, tak sampai sepuluh minit..licin segala bagai..Alhamdulillah seronok tengok dia gigih makan masakan wifey. Dia nih kalau pasal makan, dan saya yang memasak, memang tak cerewet langsung. Nasi goreng dengan salad pon dia akan makan dengan gembiranye, takde banyak bunyik. Kegemaran dia adelah nasi dan ayam. Tiap tiap hari mesti nak kena makan nasi. Unlike me, yang tekak melayu jati nih pon tak berselera nak hadap nasik tiap tiap hari kan. Ha ha. Ekceli bukan lah pasal selera ke apa pon, cuma lebih kepada nak menjaga badan macam Posh Beckham.. ha ha ha ha *fengsan*


Sautee potatoes with rosemary herbs dan juga sedikit mushroom. Mushroom lebihan dalam fridge tu daripada terbuang sehari dua lagi, elok juga masukkan sekali dengan ubi nih. Janji sedap jugak..


Rendang ayam pujaan hatiku selamanya yum yum! Tadi saya masak memang lebih rendang nih, buleh dibuat untuk makan tengahari esok.. So siang hari dapatlah bersenang lenang berhiburan..

Dan tumbuhan hijau adelah pelengkap wajib menu kami setiap hari. Kalau tidak, luruh la susuk masing masing.. ha ha ha OMG apekah? Mungkin dah terbiasa makan cengini, kalau takde sayuran dalam menu harian, macam tak lengkap pulak rasanye. Kurang kurang pon kena carik timun buat acar mentah ke apa.. Ha ha ha.. macam makcik makcik pulak rasanye bila type ayat sebegini..Duh!


Baiklah. Baiklah. Tak elok mencaras banyak banyak.


Okay, penyebab yang ketiga saya gumbira memasak bagai setiap hari tanpa jemu adelah, minggu depan kiter nak balik Penang lagiiii!! Best aarr.. ibubapa bercadang nak membuat sedikit kenduri doa selamat kelak. Insyaallah kami akan pulang lebih kurang seminggu ke sana nanti. Seminggu pon dah kira cukup lah untuk membina badan ku dengan sihat walafiat kan.. Hubby dah siap janji janji nak ajak makan nasi kandaq beratur pukul 10 malam tu.. Mak aaihh gigih sunggoh..

Hew hew hew

Yang paling rasa best sangat, tadi dad called dari Mekah, masa tuh diaorang berada dekat dekat dengan Kaabah dan tak ramai orang, cepat cepat dia telefon dan suruh saya ambik wuduk dan berdoa dari sini. Kebetulan pulak baru lepas solat, ape lagi terus pakai telekung balik.

Ya Allah rasa sebak sangat, berdebar debar jantung saya dan berdoa dengan sebanyak yang mungkin. Semoga Allah makbulkan niat dan hajat kami semua. Insyaallah. Esok diaorang akan berangkat menuju ke Madinah dan pulang hujung minggu nih :)


Jumpa lagi semua! nak sediakan minuman petang kejap. Buleh giteww.. ;)

Friday, March 16, 2012

Yeay for the new hair

Apekah?

Berambut panjang adelah sudah tidak relevan lagi pada aku. Hari ini setelah hampir satu setengah tahun menyimpan dengan sayang sepenuh jiwa, bakul dan raga, sambil disulami juga dengan rebonding 2x setahun, akhirnye rasa lega sebab dapat jugak rambut pendek idamanku setelah sekian lama.

Ekceli dari tahun lepas verrangan sangat nak potong pendek, tapi tak cukup kudrat dan kekuatan untuk melakukan itu. Ha ha

Tapi hari nih, aku memang nekad dan akhirnye........ Tadaaa... Takde sikit pun yang tinggal nak ditocangkan lagi.

-
-
-
-
-
-




dulu saya adelah begitu.. ewah ewah


kini saya adelah begini



You get what i mean..?


Balik rumah, bukak tudung dan si suami terus cakap, 'you look hottttttt!! hun!!


OMG.



Jadi sekali lagi aku ulangi


Berambut panjang adelah tidak relevan lagi di zaman ini


Cewaah giteww..



Ha ha ha



pesanan-penaja : Maaf lah, sebab perbuatan meng-huplod gambar rambut di sini adelah tidak di-ijinkan sang suami. Maka Posh adelah sumber yang paling sesuai buat masa sekarang. Harap maklum nokz. Hehh



winks&smiles!

Thursday, March 15, 2012

Saya sudah memasak, anda bila lagi ?

Ohai!

Hari nih memasak bukan sebab rajin pon. Tapi sebab berpuasa, jadi perasaan untuk berbuka di rumah berkobar kobar dari makan di luar. Untung berbuka di rumah, buleh terus solat tak dilengah lengahkan lagi. Kalau kat luar terkial kial lah engkau.

Bila dah siap memasak suma nih, terus teringin nak makan cekodok. Teringat mom. Lalu bersedih. Sebab aku tak pandai buat cekodok, so kalau nak makan mesti mom yang buatkan. Nak nak kalau untuk berbuka. Aku nih kalau craving nak makan sesuatu kan, buleh mengalir air mata kalau tak dapat. Hahahahah.

Ok, sila abaikan.

Sambal udang bukan main merah lagi mak ngah. Bape kilo cili kau campak eh?

Biryani yang simple simple bagi memeriahkan suasana hari raya, eh eh??

White korma chicken. Lama tak masak cengini. Sambil memasak pon buleh kecur air liur.

Tak lupa juga sedikit tumbuhan hijau demi kebaikan bersama. Ha ha ha


Ya Allah, pada ketika ini tersangat banyak rindu di hati untuk ibubapa yang jauh di mata. Tak sabar menunggu kepulangan mereka minggu hadapan, Insyaallah. Tak sabar nak peluk cium, sembang sembang sampai tido.

Baiklah. Tak nak cerita banyak banyak pasal suma tu, sebab menambahkan sebak aje.


Kalau dapat makan froyo lepas berbuka pon macam best kan.


Heh. Lumrah lah, ending entry aku memang begitu..


Assalammualaikum. Jumpa lagi nokz.

Tuesday, March 13, 2012

Lady in black



Kalau ke Pavy jangan lupa bawa credit card,
Kalau terlupa kang robek lah duit saku,
Walau gigi ku terasa ketat,
Pose bajet hot adelah kehebatan aku..

Ewah ewah..


Takde mood sebab susah nak makan sehari dua nih.

Okbye.

Monday, March 12, 2012

Blogger for Ipad

Testing. Ececeh. Sejak sudah menjadi pandai berbelog dari ipad bukan main kuar entry testing bagai kan engkau.

Saje aah, dah lama nak donlod app blogger ni sebenarnye, senang sikit mokcik nak blogwalking khenn..

To be continued

Sunday, March 4, 2012

Mari bongkar

Sebenarnye aku tak pernah teringin pon nak mengambil tahu pasal Lynas dan perhimpunan yang suam suam kuku yang dipanggil Hijau 2.0 kononnye laahhh. Apesal ekh?

Akan tetapi pada satu pagi itu, dengan tanpa berfikir panjang dan dengan 'besar hatinye' seseorang di mukabuku ku dengan gigihnye telah menge-tag bagai foto foto yang mengundang menyampah tak buleh blah. Dah aku cakap berkali kali, jangan rajin sangat nak tag sana, tag sini sesuka hati di wall aku, tambah lagi kalau gigih sangat 'menjemputku' bermain game dan berkongsi kejayaan dengan bangganya sampai penuh newsfeed dengan accomplishment korang macam manusia tak ada masa depan. Haa.. kan dah kena padahnye. Memang aku marah giler dengan benda benda macam nih. Rasa macam nak makan orang pon ada, nak nak kalau lepas ganti wire braces.

Nih tak abis dengan game, sibok mengetag gambar perhimpunan haprak tu pulak. Engkau memang silap orang lah makcik.

Ekceli aku bukanlah orang yang suka berpolitik pon, aku lebih suka melihat dan membaca berdasarkan fakta yang tepat dan logik oleh akal fikiran. Bukan fakta yang didorong kepentingan politik peribadi bongok.

Ini adelah status mukabuku ku itu pada pagi itu.

Pagi pagi wall dah semak dengan Lynas. Stop Lynas here, stop Lynas there. Bla bla bla. Semuanye nak jadi environement champion. Kalau bab nak demonstrasi jalanan memang tak nak kalah. Issue lain sebenarnye, but somehow been dragged into politics by irresponsible politicians who are out of genuine issues to fight for. Meluat.

Tak sampai 5 minit terus dia delete aku dari mukabuku. Lega rasanya hidup aku sekarang. Ha ha ha

Baik, mari kita baca apa yang kecoh sangat pasal Lynas sampai masing masing nak jadi environment champion tak bertauliah nih.

#1
Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa.
- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia

#2
- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv)
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv)
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)
- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv)
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv)
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv)
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv)

#3
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun)
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun)

#4
Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan
- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas

#5
Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'

Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman
- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan

Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng
- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan
- Bekalan gas asli yang sedia ada
- Bekalan bahan kimia yang sedia ada
- Bekalan air yang mencukupi
- Wujud tenaga kerja mahir
- Kos operasi yang kompetitif secara global

#6
Pengurusan Bahan Sisa
- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja
- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan

#7
Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain
-Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah)
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun)
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada)

#8
Faedah
-Kewangan
Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billion
Kos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja)

- Tenaga Kerja
Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak
Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari China
Lynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an
Industri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan

-Fasa Pembinaan
Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan
Menyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan

-Aktiviti Perintis
Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia


Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari (Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza (Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)


Ini adelah sedikit sebanyak maklumat yang aku baca di dalam laman web yang mana segala info memang disampaikan oleh para environment champion yang sebenarnya. Aku tak edit apa apa pon.

Jadi apa masalah dengan diaorang nih?

Pendek kata, tak payah lah kot nak demo sana sini buang karan aje disamping menyusahkan orang lain sampai sesak sesak di jalanraya. Faedah apa yang dapat? Kena belasah teruk adelah aku nampak. Hahahahah


#Kami rakyat Malaysia akan tetap menyokong 100% kepimpinan Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya.


Sekian.