Saya merasakan bahawa minggu ini belog saya akan dibebani dengan gambar gambar makanan dengan tidak semena mena dan syok sendiri. Ha ha
Sebabnye adelah yang paling utama, gigi dah tak ketat ketat, wire braces menjadi sangat baik kepada saya dan yang kedua ibubapa bakal pulang tak lama lagiiiiii....!
Dan tak lupa jugak, sebab yang ketiga.. jeng je jeng
Layan gambaq dulu hokek..
Pinggan encik suami ku, tak sampai sepuluh minit..licin segala bagai..Alhamdulillah seronok tengok dia gigih makan masakan wifey. Dia nih kalau pasal makan, dan saya yang memasak, memang tak cerewet langsung. Nasi goreng dengan salad pon dia akan makan dengan gembiranye, takde banyak bunyik. Kegemaran dia adelah nasi dan ayam. Tiap tiap hari mesti nak kena makan nasi. Unlike me, yang tekak melayu jati nih pon tak berselera nak hadap nasik tiap tiap hari kan. Ha ha. Ekceli bukan lah pasal selera ke apa pon, cuma lebih kepada nak menjaga badan macam Posh Beckham.. ha ha ha ha *fengsan*
Sautee potatoes with rosemary herbs dan juga sedikit mushroom. Mushroom lebihan dalam fridge tu daripada terbuang sehari dua lagi, elok juga masukkan sekali dengan ubi nih. Janji sedap jugak..
Rendang ayam pujaan hatiku selamanya yum yum! Tadi saya masak memang lebih rendang nih, buleh dibuat untuk makan tengahari esok.. So siang hari dapatlah bersenang lenang berhiburan..
Dan tumbuhan hijau adelah pelengkap wajib menu kami setiap hari. Kalau tidak, luruh la susuk masing masing.. ha ha ha OMG apekah? Mungkin dah terbiasa makan cengini, kalau takde sayuran dalam menu harian, macam tak lengkap pulak rasanye. Kurang kurang pon kena carik timun buat acar mentah ke apa.. Ha ha ha.. macam makcik makcik pulak rasanye bila type ayat sebegini..Duh!
Baiklah. Baiklah. Tak elok mencaras banyak banyak.
Okay, penyebab yang ketiga saya gumbira memasak bagai setiap hari tanpa jemu adelah, minggu depan kiter nak balik Penang lagiiii!! Best aarr.. ibubapa bercadang nak membuat sedikit kenduri doa selamat kelak. Insyaallah kami akan pulang lebih kurang seminggu ke sana nanti. Seminggu pon dah kira cukup lah untuk membina badan ku dengan sihat walafiat kan.. Hubby dah siap janji janji nak ajak makan nasi kandaq beratur pukul 10 malam tu.. Mak aaihh gigih sunggoh..
Hew hew hew
Yang paling rasa best sangat, tadi dad called dari Mekah, masa tuh diaorang berada dekat dekat dengan Kaabah dan tak ramai orang, cepat cepat dia telefon dan suruh saya ambik wuduk dan berdoa dari sini. Kebetulan pulak baru lepas solat, ape lagi terus pakai telekung balik.
Ya Allah rasa sebak sangat, berdebar debar jantung saya dan berdoa dengan sebanyak yang mungkin. Semoga Allah makbulkan niat dan hajat kami semua. Insyaallah. Esok diaorang akan berangkat menuju ke Madinah dan pulang hujung minggu nih :)
Jumpa lagi semua! nak sediakan minuman petang kejap. Buleh giteww.. ;)
Thanks sash! seronok baca entry kali ni..
ReplyDeleteentry saya kan mengikut hormone.. ha ha
ReplyDelete