Wednesday, March 28, 2012

Bunga Telur, Pre-Kenduri dan Luahan Hati

Kalau kat penang, kenduri sikit ke banyak ke rasanye mesti kena ade bunga telur jugak sebagai penyeri suasana. Nak nak kalau tuan rumah ade anak perempuan yang agak sedikit gedik apabila melakukan perbuatan menguruskan kenduri kendara sebegini.

Hujung minggu nanti ibubapa akan mengadakan kenduri kesyukuran di rumah. Maka dengan ramai tetamu yang datang siang malam melawat mereka sejak awal minggu, si anak dan suami lah yang menjalankan tanggungjawab membeli belah, okay tell us something new please?

Ha ha

Menyediakan kelengkapan kenduri bukanlah mudah yea puan puan. Terus rasa penat nak pengsan tidak semena mena macam nak kawen dulu jugak. Relevan tidak? Bab bunga telur, kuih muih dan seangkatan dengannye adelah tugas rasmi aku di sini. Jemputan, buffet dan persediaan luar rumah adelah tugas dad dan si suami untuk uruskan. Alhamdulillah setakat ini, banyak yang dah siap.

Paling best sebelum pegi cari bunga telur kelmarin, dah sibok dok berinai sakan dengan mom. Mom beli henna dari mekah. Sangat cantik dan merah. Lepas tu saya ke SSF sebab dekat dengan rumah, terus kakak kakak di situ tanya, tema pelamin macam mana, sebab senang nak sesuaikan dengan bunga telur kelak. Mentang mentang lah inai di kaki tangan merah merah belaka. Dengan muka selamba, aku jawab.. "saya nak cari yang ade lace putih bersih gitu. Baru nampak berseri sikit." Maka gigih lah kakak itu mencadangkan begitu begini untuk si mak-dara ini. Hew hew hew


Dad cakap kenape letak cucuk sanggul pulak? Daddy!!! Punye lah saya sibok menyucuk benda alah tu nak bagi nampak cantik, dia buleh cakap cucuk sanggul :)

Dalam bag tu saya letak bunga telur, surah yassin, tasbih, sedikit manisan yang dibeli dari mekah, bunga rampai (kalau rajin esok baru buat, kalau malas abaikan aje..tengok lah keadaan macam mana nanti) dan gelas vintage yang macam orang kawen selalu bagi pada tetamu kan. Bag pon dibeli dari SSF jugak, senang tak payah susah susah nak cari sana sini sebab dekat dengan rumah. Lagipon aku nih kalau kat penang pon buleh sesat jugak kalau drive sensorang, kat Kl lagi senang rasanye.



Ibubapa semasa di Istanbul. Bile nak bawak anak menantu pulak nih? Ha ha ha


Baik. Tarik nafas dulu.

Ekceli hari tu pon dad memang bercadang untuk membawa kami sekali, memang dah elok rancang nak pergi ziarah dengan family, tapi ade urusan yang tak dapat diselesaikan pada saat saat akhir. Maka tujuan kami nak pergi bersama pun tak tercapai. Takde rezeki mungkin. Maklumlah kerja suami saya agak agak mencabar di awal awal tahun begini, jadi kami pon putuskan biarlah ibubapa pergi dahulu. Lagipon mereka dah mendaftar dengan TH selepas saya menjalani laps tempoh hari. Jadi ade jugak lah faktor faktor yang lain yang membuatkan kami sepakat untuk tidak pergi bersama kali ini. Insyaallah bila selesai semuanya dan diizinkan Allah, mudahan mendapat peluang untuk ke sana lagi.

Tapi biasa lah, dugaan kadang kadang datang dalam pelbagai rupa. Ada jugak suara suara sinis yang bertanyakan kenapa kami tidak turut serta? Memandangkan saya sebagai anak tunggal, lagi hebatlah dugaannye setiap kali kalau saya tidak bersama ibubapa ke mana mana. Soalan, sindirian yang pelbagai diajukan dengan muka yang sinis. Apalah gamaknye yang difikirkan golongan yang cetek ilmu begini. Fitrah manusia.

Saya tak kisah kalau bertanya dengan maksud yang baik, tapi kalau sampai membuka aib dan mencalarkan maruah saya bersama suami di hadapan orang adelah berdosa tanpa tahu usul periksa. Kalau yang si bertanya itu suci mulia saya buleh lah abaikan, tapi engkau pon hura hara macam mana pulak? Tak payah lah gigih nak mengatur kehidupan kami sebab ibubapa kami lebih berhak rasanye.

Saya percaya janji Allah. Saya percaya doa orang yang diaibkan dan dianiaya akan termakbul. Mungkin kami tak ade rezeki nak bersama ke sana kali ini, mungkin bulan hadapan? Mungkin tahun hadapan? Itu urusan Allah. Sepatutnye dengan usia kita yang makin meningkat, elok lah menjaga keluarga masing masing. Jangan sibuk menilik kain baju orang sangat, nanti kain terbuka di rumah sendiri siapa pulak yang nak jaga? Agak agak lah kalau nak malukan orang sekali pun. Sungguh keji. Ukur baju di badan sendiri adelah lebih elok rasanya. Tak begitu?

Mungkin entry kali ini agak beremosi, tetapi memandangkan belog ini kepunyaan saya, saya kira saya berhak untuk menstabilkan emosi saya sendiri selepas mengambil kira fitnah yang engkau lemparkan. Saya pasti ada di kalangan mereka yang saban hari ingin mengambil tahu urusan hidup kami. Mungkin jugak sudah sampai masanya saya private-kan belog ini untuk rakan taulan yang terdekat sahaja.

Itu yang paling meyedihkan saya sepanjang ketiadaan ibubapa. Banyak menangis di dalam hati. Sambil memasak kalau teringat pon buleh membawa kepada nanges tak berhenti jugak. Suami banyak membimbing saya menjadi isteri yang sabar. Besar ganjaran katanya, Insyaallah.

Tapi hari ini saya dah okay. Bunga telur pon dah siap. Kira okay lah tu kan :)


Lagi beberapa photo semasa di Mekah dan Medinah. Masing masing sangat gembira di sana. Cuma sehari dua masa di Mekah mom tak berapa sihat, selsema dan batuk batuk, nasib baik kejap aje. Masa tu kan ribut pasir di Jeddah, jadi sampai ke Mekah agak berdebu juga lah. Nasib baik ibubapa dapat juga sempurnakan umrah dengan baik. Mudahan doa dan ibadah mereka diterima Allah. Amin.

Dan ini pula semasa ibubapa dah selamat sampai ke rumah kami.


Kejadian pada malam itu.. sambutan penuh kasih sayang giteww.. ha ha ha



Ya Allah jauhkan lah kami semua dari keburukan dan penghasad dengki. Berikanlah kami perlindungan dan pertolonganMu selalu. Amin Ya Rabbal A'lamin.

6 comments:

  1. sash...mula2 baca rasa cmm sedih plakk ..biasalaa,tp tktahan la pulak tgk gambr yg last tu hahha...sungguh begitu penuh kasih sayang menyambutnya...

    ReplyDelete
  2. Tu la, saya dah lama pendam sampai ibubapa balik. Sebak dada sungguh. Takpe la Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui kan. Haaa.. yang last tu pak arab sesat. Harap maklum. Heh heh

    ReplyDelete
  3. xpe sash, org bukan tau hati kita..hanya Dia aje yg tau keikhlasan kita,insyaallah satu hari nati sash akan berziarah dgn ibubapa dan suami,ms tu nati mulut mereka pun tentu akan berkata perkara lain lak...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Insyaallah :) Betul, mom pun cakap macam tu jugak. Fitrah lah begitu kan.

    ReplyDelete
  5. Sash. Can u add me in fb pls. Zarina_mann@yahoo.com. Sini limited la nak berborak. Hehe

    ReplyDelete