Sunday, March 4, 2012

Mari bongkar

Sebenarnye aku tak pernah teringin pon nak mengambil tahu pasal Lynas dan perhimpunan yang suam suam kuku yang dipanggil Hijau 2.0 kononnye laahhh. Apesal ekh?

Akan tetapi pada satu pagi itu, dengan tanpa berfikir panjang dan dengan 'besar hatinye' seseorang di mukabuku ku dengan gigihnye telah menge-tag bagai foto foto yang mengundang menyampah tak buleh blah. Dah aku cakap berkali kali, jangan rajin sangat nak tag sana, tag sini sesuka hati di wall aku, tambah lagi kalau gigih sangat 'menjemputku' bermain game dan berkongsi kejayaan dengan bangganya sampai penuh newsfeed dengan accomplishment korang macam manusia tak ada masa depan. Haa.. kan dah kena padahnye. Memang aku marah giler dengan benda benda macam nih. Rasa macam nak makan orang pon ada, nak nak kalau lepas ganti wire braces.

Nih tak abis dengan game, sibok mengetag gambar perhimpunan haprak tu pulak. Engkau memang silap orang lah makcik.

Ekceli aku bukanlah orang yang suka berpolitik pon, aku lebih suka melihat dan membaca berdasarkan fakta yang tepat dan logik oleh akal fikiran. Bukan fakta yang didorong kepentingan politik peribadi bongok.

Ini adelah status mukabuku ku itu pada pagi itu.

Pagi pagi wall dah semak dengan Lynas. Stop Lynas here, stop Lynas there. Bla bla bla. Semuanye nak jadi environement champion. Kalau bab nak demonstrasi jalanan memang tak nak kalah. Issue lain sebenarnye, but somehow been dragged into politics by irresponsible politicians who are out of genuine issues to fight for. Meluat.

Tak sampai 5 minit terus dia delete aku dari mukabuku. Lega rasanya hidup aku sekarang. Ha ha ha

Baik, mari kita baca apa yang kecoh sangat pasal Lynas sampai masing masing nak jadi environment champion tak bertauliah nih.

#1
Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa.
- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia

#2
- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv)
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv)
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)
- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv)
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv)
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv)
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv)

#3
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun)
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun)

#4
Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan
- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas

#5
Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'

Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman
- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan

Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng
- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan
- Bekalan gas asli yang sedia ada
- Bekalan bahan kimia yang sedia ada
- Bekalan air yang mencukupi
- Wujud tenaga kerja mahir
- Kos operasi yang kompetitif secara global

#6
Pengurusan Bahan Sisa
- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja
- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan

#7
Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain
-Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah)
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun)
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada)

#8
Faedah
-Kewangan
Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billion
Kos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja)

- Tenaga Kerja
Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak
Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari China
Lynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an
Industri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan

-Fasa Pembinaan
Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan
Menyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan

-Aktiviti Perintis
Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia


Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari (Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza (Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)


Ini adelah sedikit sebanyak maklumat yang aku baca di dalam laman web yang mana segala info memang disampaikan oleh para environment champion yang sebenarnya. Aku tak edit apa apa pon.

Jadi apa masalah dengan diaorang nih?

Pendek kata, tak payah lah kot nak demo sana sini buang karan aje disamping menyusahkan orang lain sampai sesak sesak di jalanraya. Faedah apa yang dapat? Kena belasah teruk adelah aku nampak. Hahahahah


#Kami rakyat Malaysia akan tetap menyokong 100% kepimpinan Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya.


Sekian.


No comments:

Post a Comment