Thursday, April 12, 2012

Thai Green Curry yang senang dan sedap!

Memasak bukanlah masalah besar sangat pada aku. Riak tak riak tak? Ha ha ha ha Sejak berkahwin awal awal dulu, memang dah ditakdirkan kena pandai masak sebab suami pandai makan. Jangan ingat berkahwin dengan orang luar nih buleh memasak campak cincai boncai, ataupon makan tumbuhan hijau cicah roti aje setiap hari.

The other half nih memang berselera makan pedas pedas. Kalau setakat timun cicah sambal belacan tu macam takde hal aje dia buleh makan. Kalau saya dah macam tersedu sedan nak menghabiskan nasi. Air mata mesti mencurah curah dulu kalau makan pedas. Baru puas hati makan cengitu kan walaupon kena mengerah tenaga lebih, macam sedang berperang.

Ekceli dari semalam lagi dah bercita cita sangat nak makan green curry. Saya yang teringin bukan suami pon. So bila si wifey teringin, seluruh isi rumah kena makan jugak. Ha ha. Maka hari nih dah nekad, dinner karang nak surprise kan suami dengan hidangan yang penuh kasih sayang itu. Tadi lepas masak, test market dulu.. kira buleh jual lah jugak menu aku kali nih.. Heh :P


Green curry yang nampak sedikit scary? Okay rupa mungkin tidak sehebat rasa. Rupa buleh dinaik taraf lagi kalau kita dah banyak kali cuba nanti. Jangan risau. First time kan first time. Saya masak dengan ayam dan ubi. Sepatutnye letak terung, tapi tak kelihatan dalam magic fridge ku itu. Jadi campak aje lah apa yang ada.  Masam, pedas, lemak semuanya secukup rasa. Lain kali tak payah pegi hadap kat Delicious lagi lah. 


Nasi minyak, salsa salad. Terangkat habiss dengan kari hijau itu. Nanti nak goreng telur dadar dengan bawang, ikan bilis dengan cili padi. Meletopss pinggan makan malam kami nanti. Ha ha ha

Okay ini cerita semalam, dalam fridge ade leftover kfc yang sehari sebelum semalam punya.. apa punya ayat engkau nih!  jadi sebab terkejut dengar amaran tsunami dekat penang, terus kami tak jadi keluar. So buat salad dan makan dengan garlic bread aje dan masing masing secawan hot chocolate sambil men-tonton tv. Kenyang lah jugak sementara nak menunggu hari siang dan kembali mencari sesuap nasi lagi..


Hew hew hew hew tetap nak tayang

3 comments:

  1. Sedap yang amat tengok lauk Kak Sash.. Serius Kak Sash memang terer masak. Gam lah resepi Kak Sash.. Boleh saya tiru masakan Kak Sash... =)

    ReplyDelete
  2. Carmello, thank u. Recipe nih kak sash ambik dari nigella.com aje. Cube gugel green curry dia, sebijik mcm kak sash punye jugak.. Hikhik

    ReplyDelete
  3. Kalo tengok blog sash ni, mesti lapor perut...hehehhe :-D

    ReplyDelete