Wednesday, April 4, 2012

Kenduri Kendara vs Lemau

Ohai!

Lemau ye bukan lemang. Kalau lemang cicah rendang ayam takpe lah jugak. Nak??

Alhamdulillah, kenduri kesyukuran seperti yang kami hajatkan dah selesai semuanya. Takde lah ramai sangat jemputan, cuma rakan taulan dan saudara mara terdekat aje. Maklumlah family tak besar, kalau buat kenduri kendara ramai ramai, jenuh jugak lah nak mengerah tenaga. Karang kenduri ke mana, aku pulak yang ke mana. Lagipon ibubapa baru aje pulang ke rumah, memang letih lagi. Jadi kami buat ala kadar aje lah. Yang penting semua sangat gembira, makanan pon sedap sedap belaka. Sayang tak sempat ambik gambar banyak banyak, maklumlah saya kan perancang majlis, jadi macam sedikit sibuk lah dari kebiasaannya kot. Bunga telur pon antara yang menjadi pujaan ramai, Okay lah tu kan..Cheh promo lagik.



Hujung minggu pulak kami sefamili dan rakan rakan seangkatan gedikku itu bersama sama makan malam di E n O. Rasa macam satu keluarga besar pulak bila dapat kumpul semuanya. Best lah. Sebab semuanya satu kepala. Apa lagi riuh rendah lah sarkies corner malam tu macam rumah masing masing.


Ini antara makanan yang wajib makan setiap kali ke sana. Banyak lagi yang sedap, tapi akibat keterujaan memakan mengatasi segala gala, maka camera pon adelah tidak diendahkan lagi.



Tengok. Macam mana tak membesar tak agak agak, orang lain pakai braces kurus kering, aku pakai braces apesal makin gemok. Sampai mom pon tegur dua minggu tak jumpa nampak ketara pipi dah macam pau baru nak mengembang katanye. Sobs!

Lepas tu masing masing dok siap buat andaian, diaorang cakap rambut pendek buat muka aku jadi tembam (dalam rumah memang lah tak berhijab, bukan main lah lagi mereka suma dok berandaian bagai akan rambut baru ku itu) Mastermind dia tak lain tak bukan adelah suami sendiri.

Lepas cakap aku begitu begini, sogokkan lagi tekak aku dengan makanan sedap sedap. Hoih! Hukuman apekah yang mereka semua cuba lakukan pada diri ku ini sebenarnya?

Ha ha ha ha

Hari ini dah berkampung di rumahtangga sendiri. Baru terasa letih yang amat, tengok kain baju berlonggok lagi lagi lah tak bersemangat langsung dan buleh membawa kepada stress dan pms yang teruk kalau lama lama pandang, engkau tahu tidak.

Minggu nih jawab nye tak berasap lah lagi dapur rumah kami. Suami pulak kurang sibuk katanya, jadi senang lah kami nak merayap makan di luar tiap tiap hari. 


Kadang kadang kalau dah malas, makan buah cengini tiap tiap hari pon tak mengapa, dan akan menjadi sedap lain macam pulak. 

Mommm! Help! :(

2 comments:

  1. Rambut pendek nampak 10 tahun lebih muda, lagipun senang nak keringkan pagi2 n lps mandi w---- :)

    Btw, baru menjenguk blog I n blog U, tak pasti apa yang busy sangat. Cuma Jumaat-Ahad dipenuhi dgn aktiviti membakar petrol n smartTag di PLUS highway. Ralat tak dapat berbual lama dgn both of U, after many months.

    Take care n salam utk parents :)

    ReplyDelete
  2. Doc, bab yang nak mandi tu lah penyumbang utama berambut pendek nih. Ha ha.

    Takpe, memang tau you busy, encik suami pon tak baper sihat ari tu sbb tu terlambat datang clinic. See u next week, tak sabar nak tgk progress. Cheh ;)

    ReplyDelete