Thursday, May 24, 2012

Another pot pet pot pet please.



Breakfast on bed katanya. Ini aje yang halal dan buleh dimakan, engkau suka ke tidak, telan jugak jangan banyak bunyik. Tiap tiap hari menu bertukar, diaorang akan letak form dekat pintu, jadik pilih aje makanan yang ada. Harga dalam 16GBP +3GBP sebab cik puan besaq nak makan atas katil. Banyak lah jugak menu menunya, jadi tiap tiap hari kami main main pilih, tak termakan semuanya pon, tapi saje sebab dah alang alang bayar kan. Macam Nutrigrain tu buleh tapau makan sambil jenjalan. Untung laa. Kalau hotel lain belum tentu ada halal food macam neh, lain la kalau engkau duduk kat MH kan. Tapi itu jauh nak ke town kot, kalau dari Waterloo memang sangat dekat.

Hai semua!

Ekceli tadi tu intro aje. Hahahaaaa Beriya sangat aku neh cerita nak bagi paham.

Masih di central London. Sangat lah best, tipu kalau aku cakap cikai cikai aje. Sejak kedatangan kami, cuaca di sini sangatlah cantik dan menjadi baik. Kalau minggu lepas hujan dan sejuk semahu mahunya, berbeza dengan minggu nih, ternyata kehadiran aku membawa sunshine kepada mereka. Wahh giteww!

Fajr di sini adelah awal, lebih kurang pukul 3.45 pagi dan Isya mahu dekat pukul 10 malam. Jenuh jugak aku terkulat kulat tunggu, sebab selalunya bangun pagi adelah tidak menjadi masalah sangat di sini. Kira sebelum subuh aku dah terpacak buleh bangun gosok gigi tapi tak mandi pon. Jadi lepas Maghrib nak menunggu solat Isya adelah sangat dan paling mengantuks masa nih. Rasanya kalau sambil berjalan pon aku buleh rasa macam nak tido kejap. Dah rupa zombie berjalan kekdahnya. 


Ini adelah sekitar pukul 9 malam. Now tell me camne tak rasa bersalah nak tido masa cengini? Orang lain sibok berkejaran dalam tube, takkan kami dah nak tarik selimut kot? Ha ha ha sesuatuuuu sangat hokeh. Tolong la tolong la.


Masa siang hari cuaca antara 25-28 'C. Jadi jangan verrangan lah engkau nak pakai trench coat hangat hangat buta macam gini. Setakat boots tu okay lah sebab senang nak bergerak. Tapi kat sini bukanlah rasa panas berbahang macam kat tanahair terchenta itu. Kiranya dia panas panas dingin aje. Malam baru sejuk siket. So malam sarung lah balik trench coat engkau tu apa susah. 

Hotel kami hanyalah walking distance to London Eye, Westminster Bridge, dan yang seangkatan di situ. Dari Underground pon lebih kurang lima minit aje. Dekat dengan station Waterloo dan Westminster.


Pentas peragaan ^___^

Sepanjang kat sini adelah mudah bergerak kalau memiliki Oyster card. So bila balik jangan terus buang merata, kot kot lah ade seru lagi bila bila datang buleh top up terus aje. First day sampai itu lah benda pertama yang aku pegi buat dulu. Reload 20GBP sorang, kira tahan lah untuk beberapa hari. Pastuh reload phone credit pulak lagi 20GBP. Kat sini guna aje local number, mana buleh tahan roaming yang mahal nak mams tuh. Aku pulak rajin merepot aktiviti harian dengan ibubapa, robak lah poket suami tak semena mena kan. Jadi beli aje sim card tempatan. Aku pakai 3Mobile dah bertahun tahun gitew.. Heh heh

Bila di London ini, ingatkan buleh lah diet sikit sikit, rancangnya tak nak makan nasik langsung, tapi lepas termakan biryani kat Bangalore Express belakang hotel nih terus terkesima dan ketagih lain macam. Serious sangat sedap macam tak penah makan macam tu pon sebelum nih. Okay Sash please tell us something new now..


Chicken biryani, chicken karahi, fresh salad with yogurt. 11GBP. Kalau makan kat Nirvana Bangsar buleh dapat setalam besaq kot.

Macam macam yang aku makan baru dua tiga hari kat sini. Kebas dah berketul ketul masuk perot, nasik biryani, nasi rendang ayam, satay, pizza, fish and chips, salad, seafood pasta, chocs dan buah buahan tempatan :) Kira kalau pasal makanan jangan risau lah, sangat senang mendapat makanan halal di sini. Harga kalau kebab dalam 4-5GBP kalau sekitar Oxford. Jangan memandai engkau pegi kira dalam hengget pulak nokz, tidak sama sekali kalau tak nak kebulur di masa depan demi sebijik kebab. Kira okay lah, sebab kat Malaysia mana buleh dapat kebab besaq gabak dan lazat macam gitu. 


24 jam yang pertama. Terhoyang hayang aku dalam tube bawak hasil keja keras di Oxford. Okay penipuan. The Other Half yang bawak kan, aku tolong pegang makanan kami aje. Ha ha haaa


Baiklah. 


Late Nite Shopping in London Happens on Thursday!!




Nuff said :)

1 comment:

  1. Uih, pkol 9 terang lagik... Harus la 'menjalankn' diri... Hehehe :-)

    ReplyDelete