Friday, May 18, 2012

Busy bee katanye


Hajat di hati dah tak nak masak, pagi pagi bangun dah siap menyental apa yang patut.  Sangat busy seperti lebah yang cantik. Ha ha ha. Motip nak cantek memanjang? Sesuatu sangat kan. Kemas luar dalam, sebab nanti kalau balik bercuti tak lah terbongkang penat.

Bila bukak magic-fridge tadi ada lagi saki baki stok makanan. Takkan nak biar lama lama pulak, kang membazir buang aje. Dah alang alang menjadi rajin hari ini, maka masak lah jugak walaupon semalam dah siap janji janji tak nak masak, kitchen closed bagai kan.


Masak campak campak aje, apa yang ada depan mata maka terjadi lah sambal telur puyuh, green curry daging dan ubi ( sepatutnye letak eggplant tapi asik lupa nak beli ) pastuh nampak tumbuhan hijau maka goreng aje dengan mushroom dan sesame oil. Buleh lah hadap sampai dinner, untung untung esok pagi buleh dibuat breakfast jugak cicah dengan roti.


Petang kelmarin the other half itu teringin nak makan meatballs dengan tomato puree sauce. Yang ada kat cold storage daging kambing aje, kambing pon kambing lah. Sedap dan manis dari daging lembu kalau buat meatballs nih. Buat siap siap semua, simpan dalam freezer buleh tahan lama, dapat lah 30 bijik comel comel macam bola golf. Bila lapar goreng aje nanti, senang sikit keje kan.

Malam karang dah kena pack barang  dengan sepenuh hati tak leh main main dah. Baju baju suma dah siap pilih, cuma tinggal nak lipat masuk bag aje. Itu yang malas sket tu. Bag bawak sorang sebijik, aku extra sebijik lagi habuan kot kot terbeli apa yang patut nanti. Engkau macam tak biasa kan.

Esok baru nak tukar currency. Ahad dah buleh web check in, isnin pagi pagi keluar hantar bag dekat kl sentral aje. Tapi kena awal lah jugak, maknenya lepas subuh tu dah tak buleh tertonggeng tido suka hati aku macam selalu.


Insyaallah entry seterusnya dari Kota London.


See you again, dolls! ( wah dah pandai sebut dolls macam Kim K uolss,,,hekhek)

1 comment:

  1. Waaaahhh.... Bestnya! Selamat pergi dan Selamat pulang yer :-)

    ReplyDelete