Tuesday, May 8, 2012

Travel Must Haves gitew..


Kalau bab nak bejalan bukan main siap sedia mental dan fizikal. Kalau nak sidai baju, terus rasa lemah emosi zahir dan batin. Belum masuk bab lipat baju sebakol lagi. Eee tak suka tak suka buleh membawa kepada keadaan stress berulang kali.

Okay drama.

Kurang lebih dua minggu sudah nak bercuti dan bercinta cintaan di kota itu. Justeru, ia telah menyebabkan saya menjadi semakin glowing tak tentu hala. Sambil makan pon tersenyum simpul, sambil masak pon buleh berangan angan nak membelah belah bagai. Choi lah.

Semalam beriya iya mengemas rumahtangga dan membelek baju baju yang nak dibawa bersama. Hajat di hati nak beli trench coat baru, tapi tengok lah keadaan duit tabung macam mana. Last weekend dah sambar beberapa helai baju dan jeans dekat Forever21. Belom pegi London aku dah sengkek. Hubby dok bising sebab setiap kali nak bejalan sibok nak membeli itu ini baru. Jangan kata baju, body lotion pon nak bawak yang baru punya. Ha ha ha. Payah lah macam ni kan. Balik penang pon sanggup pegi carik tshirt baru engkau. Bini oh bini.

Baiklah. Ini antara barang dan kelengkapan yang wajib lah kita bawa kalau nak travel jauh jauh dengan keadan cuaca yang tak agak agak. Mari ambik iktibar bersama.

1. Trench coat adelah kemestian. 
Mai lah spring ke summer ke, kalau dah tuan punye badan memang tak tahan sejuk.. pegi Gold Coast pon aku rasa macam nak pakai coat sambil jalan tepi pantai sebab sejuk nak mampuih. Tapi takde lah pakai pon, acah aje. Kang terkesima pulak ikan di lautan itu.  

2. Gloves, pocket warmer ( yang comel polka dot pink& black itu ), muffler bawak lah jugak sebagai bekalan.
Bukannye rugi pon dah bawak beg besar gabak, sumbat aje kan. Baru lah photo nampak pelbagai sket nokz.

3. Hand & body lotion, moisturizer, lip balm dan pekakas make up lain
 Habuan nak tenyeh di muka agar diri kelihatan hebat di rantau orang. Sebab bila dah bertukar cuaca, kulit yang oily pon akan jadi kering luarbiasa kan. Pakai lah apa yang perlu, janji jerawat tak naik dan merosakkan mood berhollymoon.

4. Kompas
Sekarang zaman moden, dekat ipad pun dan ade App utk donlod kan kompas dan waktu waktu solat bila di rantauan. Engkau jangan nak mengelat yea, jalan jalan jugak.. jangan lupa dan sombong diri dengan Allah. Sejadah buleh bawak yang kecik aje, senang lipat masuk dalam bag.

5.Pasport/visa perjalanan/ doc sewaktu dengannya.
 Hahahahah. Yang ni kalau engkau lupa, hai hai bye bye aje lah nokz. Memang tak dapat mak nak nolong. Tolong tampar nak?

6. Bekalan ubat ubatan yang tak terlampau. 
Bukan apa, kalau bawak sendiri lagi senang dari nak terkial kial mencari pharmacy di sana nanti. Kalau saya, yang wajib adelah Activefast Panadol, Diflam untuk sakit tekak/tonsils, Clarinase untuk flu, Pil Chi Kit Teck Aun kot kot lah terkena cherry berry kan. Ewww mintak simpang nokz. Dah lah susah nak cari wash room beserta air. Takkan nak calit calit aje..Mak aaih.. Too much info plak. Heee.

7. Sunglasses. Obviously to look like Posh sewaktu di rantau. Tapi jangan lah lupa pulak bawak extra lens dan multi purpose lens solution bagi yang rabun tapi nak berlagak diva nih. Ha ha. Aku letteww.

8. Books, camera, ipad. Bila boring buleh baca buku ambik gambar dan bermain game.

9. Chocolate Dove. Kalau tetiba terasa stress sebab jet lag, kunyalah Dove berulang kali. Makanan lain tu tak payah lah nak angkut, sebab menyusahkan engkau aje takkan pegi sana pon sibok nak menumis bagai? Ha ha. Cari hotel yang dekat dengan resto halal, paling cikai pon kebab. Kalau aku dapat makan kebabs, dah lupa terus akan nasik dan sambal belacan. 

Okay ini adelah antara yang penting dan yang ada dalam kepala sekarang. Selalunye list ini memang akan bertambah dari masa ke semasa selagi aku tak bertolak. 

10. Oh ya, paling penting ( macam mana aku buleh letak di akhir entry nih..) jangan lupa bawak dan heret Finance Minister sekali. Kalau tidak, sia sia lah percutian engkau Sabariah..


Hew hew hew * jelir lidah*

1 comment: