Wednesday, May 30, 2012

Hari ini i dah 31!

 Dia ini memang sangat sweet begitu :)

Sambut awal sehari sebelum ke Lensbury. Sebabnye bakery yang dekat dengan County Hall tu halal rupanye. So? Kot kot lah kat sana nanti susah nak carik cake yang halal, kempunan lah jiwa dan raga ku kelak. Oleh itu, awal awal lagi dah cakap dekat the other half kalau nak beli cake untuk birthday sang isteri ini, haruslah merupakan cuppies yang gemuk gemuk belaka.

Lalu, cake burpday aku bukanlah lagi menjadi kejutan luarbiasa, alaah..apa lah sangat kejutan kejutan bagai macam gini. Dah dewasa pon. Sebenarnya malas nak cakap dah kertu. Hahahahah


Dari kiri nama dia Darling Chocolate, Blackberry cheese, RV sweetie dan Berrys something something..lupalah pulak. Ini pon dah habis licin suma baru tau nama masing masing. Takdenya nak tiup lilin lompat lompat sakan, bukak kotak terus sambar cheese cake itu dulu :)

Ekceli tak mintak apa apa pon dengan hubby, sebab dah datang sini pon kira rezeki dia nak bawak. Sangatlah seronok bukan kepalang. Aku ini, kalau dia bawak makan nasik kandaq pon dah buleh senyum sampai ke telinga :) Takdenye high maintenance, naseb badan aah.


Tapi the other half adelah pandai menjaga hati. Oh, that guy memang sangat sweet. Baik dah dua kali tulis, macam engkau aje yang ade suami paling sweet kan. Ha ha ha  Pegi Harrods sama sama, tapi saya tak tahu langsung yang dia belikan jam ini. Patut lah dari KL lagi dia asyik tanya apa yang nak sangat saya beli kalau ke situ. Sudahnya pulang Malaysia nanti kena hantar Harrods balik, sebab tali tersangatlah panjang. Tahu tahu lah size tangan aku kan, tak pernah membesar. Yang kat tempat lain nak sangat dia membesar bagai juara. 

First time jatuh cinta dengan jam ini bila nampak Fasha Sandha pakai masa dalam drama ape ntah. Lepas pada tu, memang aku nekad nak carik jugak cengitu, kalau nampak kedai jam aje, sibuk suruh hubby carik color putih. Tapi sebab busy dengan percutian semua nih, terus terlupa. Aku rasa macam bajet hawwtt lah dengan jam macam ni kot. Hahahahaha

Alhamdulillah. Syukur pada Mu Ya Allah. Umur sudahpun 31. Rezeki yang Allah beri sehingga ke nafas hari ini sangat bermakna. Di usia ini jugak, memang sudah sangat tidak sabar mahu memiliki zuriat bersama suami. Insyaallah kami sudah memberi 101% komitmen untuk menjayakan misi ini. Hahahahaha. 

Tapi itu semua urusan Allah. Siapa kita mahu melambat dan mencepatkan sesuatu yang kita sendiri tak tahu. Doakan yang baik baik sahaja, bersangkakan yang baik baik sahaja. Tentunya hanya Allah yang berhak ke atas segala gala. Setakat hari ini, kami sangat gembira dengan kehidupan sebegini. Bukanlah mewah, tidak pula sampai menyusahkan, tapi rezeki yang ada cukup untuk membahagiakan kami dan keluarga. Andai kata Allah berikan nikmat dengan zuriat dari rahim ini, lagi bertambahlah gembira hendaknya. 

Baiklah. Itu cerita perempuan yang sedang menyambut harijadi.

Ohai. Kami sudah berada di Lensbury tau. Berdekatan dengan Teddington. Kingston pon dekat jugak. Kawasan yang jauh dari suasana bandar dan kotaraya, menjadikan dia ini seperti dalam cerita Inggeris lama. Sangat vintage uols. 

Nanti aku cerita panjang lagi sebab sekarang sangat mengantuks dan perut sedang memuja muja Chicken Cottage yang baru ditapau tadi. Dah lama tak makan ayam goreng nokz. Tengok ayam goreng halal terus menggelupur suh hubby beli jugak.

Jumpa lagi, Assalammualaikum :)



Ini pula hadiah untuk diri sendiri sebab aku menjadi sangat baik sepanjang percutian kami ^____^

 Sabarlah Sabariah....

8 comments:

  1. Sash dear, eppy bday! Smg murah rezeki, dirahmati Allah selalu & dikurniakan kejayaan dunia akhirat...

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday!

    Nice blog. Ohh, hi ;)

    ReplyDelete
  3. OMG! Drooling okeh tgk cuppies u!! mntak sebijik! hehehe.

    Happy 31st Birthday to u! semoga semua impian hidup tercapai tak lama lagi ;)

    Meleleh air liur lagi tgk handbags tersusun. bertuahnya u. continue enjoying yourself darl! ;)

    ReplyDelete
  4. Yannie awak jangan nak mengelat yea. Pantang!Pantang! tutup sebelah mata :P

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dh sweet 31 dh si wifey ini ya! Tapi kita cam terasa umo bru masuk 21 je kn? kn? >> penyedap ayat utk diri sendiri<< hakhak..nway hepy bsday dear!

    ReplyDelete
  6. Thank u Along! Hati tetap maintain muda nokz. Ha ha ha

    ReplyDelete