Monday, July 30, 2012

Rutin Ramadan Wifey


Dia bukan biskut raya nokz. Elok aje masing masing beratur kan. Ini adelah chicken kofta in yogurt and cream sauce yang buleh didapati di Al Halabi Lounge, Starhill Gallery. Kami adelah sangat suka akan makanan di Halabi. Semalam berbuka puasa di sana ( tempat wajib setiap tahun tanpa jemu ), lepas Asar aje dah laju aku bersiap. Bukan senang  nak pegi ke Starhill, nak nak bulan puasa macam gini kan. Dengan ramai nye orang, dengan susah nak parking bagai, dan memang sah sah bakal mengundang kemurungan kepada The Other Half. Hahahahahaa. 

Maka, bila dapat pegi berbuka puasa di sini, langkah panjang lah aku sebelum dan selepas berbuka :) Sambil menyelam, sambil minum ayaq kot..

Ekceli hari nih tak mau buat entry pasal makan. Tapi ape kan daya, dah nama pun belog seorang wifey, tak sah kalau bukan cakap pasal makan sekali kuar entry. Bukan ape, aku ini kalau dapat makan sedap buleh membawa kepada kegembiraan berpanjangan. 

Sebenarnye I nak cerita pasal rutin bulan puasa. Jadual keje keluar masuk work-station-aku adelah sangat berlainan sebelum berpuasa dulu dulu. Apatah lagi jadual tidor terbongkang. Heeeee. Naseb baik bukan duduk sekali dnegan mom/mertua, kalau tidak memang sangatlah menganiayai diri sendiri. 

4.50 pagi.  Selalunye aku akan letak alarm pada waktu ini. Sebab 10 minit ke pukul 5 itu adelah potongan harga kepada tidur yang aku sayangi. Sempatlah buat regangan ape yang patut sebelum bangun kan. Takkan lah nak menonong bangun pegi masak gulai ayam dan tumbuk sambal belacan pulak time time cengitu. Tak penah aku buat sepanjang 31 tahun hidup di dunia ini hokek. Engkau jangan main main.

5.00 pagi. Selongkar magic fridge, kalau ade lebihan makanan berbuka selalunye aku akan simpan dan panaskan untuk dibuat cicahan dengan roti. Nasik memang sangatlah jarang dimakan di kala sahur. Sediakan milk tea untuk The Other Half, dan hot chocolate ataupon white coffee untuk diri sendiri. Sambil bersahur sambil tengok tv, barulah rasa diri tidak seperti zombie yang sedang memakan habuan.

5.35 pagi. Dah siap makan vitamin bagai, minum air kosong, air zam zam dan diakhiri dengan kurma. Pastuh niat dan bersiap sedia untuk solat.

6.00 pagi Lepas siap solat, ape lagi pinggan pon tak sempat nak cuci dah, terus sambung tido. Nyam nyam nyam?? The Other Half pulak, jarang jarang dia tido balik. Selalunye dia akan baca quran, pastuh sambung siapkan keje dia dari rumah. Bulan puasa kali ini memang kebanyakkan harinya dia bekerja dari rumah. Dalam seminggu mungkin sekali dua aje akan ke ofis. Manakala sang wifey masih tido dalam kesedapan di kala itu.

11.00 pagi. Ape berlaku sebelum itu? Adelah susah untuk ditafsirkan oleh mata kasar. Hahahahaa. Eh bukan. Bukan tiap tiap hari aku bangun selewat ini. Sekali dua awal lah jugak aku bangun. Sekali dua aje.

1.00 petang. Lepas bangun tido, kemas rumah, laundry, cuci pinggan mangkuk, dan menyental ape yang patut. See, ini lah punca aku kena tido. Nak kumpul tenaga untuk tulang empat kerat ini. Lepas siap mengemas semua dan berpuas hati, rehat kejap. Blog walking, main fb dan instagram macam takde masa depan. Lepas selesai urusan duniawi yang fana semua itu, aku sambung baca Quran. Ini adelah rutin wajib setiap petang sebelum dan selepas solat. Sebab malam, memang agak sedikit payah aku nak kumpul semula tenaga.

3.00 petang. Ini adelah waktu yang paling penting sepanjang bulan Ramadan ini kalau kami nak berbuka di rumah. Memang terkulat kulat lah aku kat dapur untuk memasak. Masa nih tenaga adelah berbaki 75%. Selesai memasak, wajib mengemas masa itu jugak. Memang menjadi undang undang diri sendiri, work station mesti sentiasa kemas seperti sediakala sebelum memasak. Jadi nak tak nak, letih tak letih, mesti kemas balik. Maka, takde sape pon yang sanggup menggalas tugas di work station aku melainkan diri aku sendiri. Hahahahaa.

5.00 petang. Kebiasaanye masa cengini aku dah siap mandi, solat dan merehatkan diri serta jiwa raga. Baki tenaga di kala ini adelah kurang lebih 50% aje. Ha ha ha. Kalau ikutkan hati buleh tido sampai ke Maghrib, tapi belum lah lagi berlaku kejadian seumpama itu. So, aku akan bukak luas luas mata dan paksa tengok tv sambil rehat rehat kejap sementara nak berbuka.

7.00 malam. Panaskan lauk, sebab aku memang tak akan berselera kalau makan lauk suam suam kuku waktu berbuka. Mesti kenas panas panas, baru laju sikit kan makan. Tambah pulak kalau masak soup atau stew. Hidangkan lauk pauk dan rezeki berbuka yang ada. Lima minit sebelum berbuka, laki bini dah tersengguk depan meja makan. Kalau di KL, berbuka adelah 7.30 malam. Selalunye kami akan makan sebiji kurma, minum sedikit air manis (aku lah itu..) dan terus solat Maghrib dulu. Lepas siap solat, baru mengerah tenaga men-makan apa yang ada :) Baru buleh makan dalam ketenangan.

8.30 malam. Jika aku ikut The Other Half berterawih maka kami akan keluar waktu ini. Tapi ade jugak hari hari yang aku tak pegi, maka aku solat Isya di rumah aje. 

11.30 malam. Dah siap sedia untuk tido. Memang jarang jarang dapat menghadap tv di malam hari jauh sekali nak pegi menge-teh di Bestari ke apa ke jadah seperti selalu. Sebab tenaga di kala ini adelah berbaki 8% aje. Kalau letak aje kepala di bantal, memang terus aku tido sampailah keesokkan paginye pulak.


Maka, janganlah cakap surirumah nih buleh bergoyang kaki tangan setiap masa. Dari bukak mata pepagi buta sampai lah ke malam rasanye takkan habis keje. Tapikan.. kadang kadang memang lah aku mengelat jugak. Hikhikhik. Bila The Other Half ajak makan luar, maka jadik cik puan besaq lah I sewenang sewenangnye. 


KLCC berhari raya di kampung :)

Ekceli, sangat tak sabar nak balik Penang uolssss! Minggu depan ibubapa akan datang berbuka di sini. Paling best jugak, sang suami buleh berkerja dari  Penang seminggu sebelum Aidilfitri itu, dan Insyaallah akan bercuti raya selama seminggu. Nyam nyam nyam!!! Alhamdulillah. 

Dia punye list nak mengatur menu di sana adelah lagi panjang dari aku, heh  :) Eksaited lettewww...!


Wednesday, July 25, 2012

Custard Cocktail berkuah nomnomnom!


First time aku buat custard cocktail ini. Kira dalam keluarga, semua orang pandai dan wajib menjadi pandai membuat malahan menmakan puding ini. Hahahaha. Kira dah menjadi darah daging la, setiap kali bulan puasa mesti kena ade dia ini.

Cuma aku sorang aje yang baru terkulat kulat nak belajar buat, padahal makan tuh memang dah selalu sangat bukan setakat bulan puasa aje, setiap kali balik penang mesti ade yang baik hati tolong buatkan. Ini tak termasuk kalau aku pegi menziarah sedara mara, wajib lah kena hadap jugak. Heh heh

Jadi aku pon mengambil inisiatif untuk menjadi pandai seperti semua orang itu. Senang aje rupanye. Memang tak rugi mencuba, malah menang memakan. The Other Half makan sampai separuh, aku buat dan sejukkan dalam container Ikea, jadik senang lah sumbat masuk magic fridge. Lepas balik terawih pon dia makan, masa sahur pon mintak lagi. Hikhikhik.

Bahan untuk buat puding

1 cawan custard
1/2 cawan gula
4 cawan air
( ini kira sukatan untuk 2-3 orang makan, kalau nak buat besar besaran kena lah pandai pandai adjust ape yang patut..)

Masakkan gula bersama air hingga menjadi larut. Lepas tu baru masukkan custard.
Gunakan api sederhana, dan kacau hingga sebati dan berkilat.
Tuangkan ke dalam acuan, sejukkan dan masukkan ke dalam magic fridge masing masing.

Bahan untuk kuah


1tin susu cair
1 tin mix fruits cocktails.
1/2 tin air
2 sudu besar gula - buleh ditambah dan dikurangkan. Aku ini memang kuat manis. Maka aku rasa memang lebih dari dua sudu aku campak semalam...Hahahaaa
1 sudu teh vanilla

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk.
Masak hingga sebati dan tak perlu hingga mendidih, cukup sehingga gula tadi menjadi larut.
Sejukkan.
Lepas tu, bila puding pon dah sedikit keras, tuangkan ke atasnye.
Masukkan semula ke dalam fridge.

Sekali cedok aje dah terasa kesedapan, kesejukan dan kelemakan yang dibawa hingga ke perut.


Aku punye wajib letak custard banyak banyak. Mak aaihhhh memang sedaaap!


The Other Half cakap raya nanti dia nak aku buat lagik. Tak payah tunggu raya, esok lusa pon i buleh buat macam takde hal langsung. Ecececeh !!


Semalam, kitaorang berbuka dengan ayam rose dimakan dengan butter rice dan salad. Tak sempat dah nak snap gambar yang lain sebab dah gigil gigil lutut masa abis masak semua tu. Heeee!


Selamat berbuka :)

-Sash-

Monday, July 23, 2012

Hari ni i termasak lagi.

Okay, Iftar hari ketiga. Alhamdulillah masih terdaya bukan terpaksa ek (hew hew hew) untuk memasak dan berbuka di rumah. Sekali keluar dari kitchen, The Other Half cakap macam baru lepas balik berperang aje. Naseb baik dia tak cakap macam raksaksa sedang bergerak. Hahahahaa.. Alahaai lah suami. Berperang pon berperang lah, janji dah siap masak sebelum Asar. Selalunye lepas Asar aku rehat rehatkan jiwa dan minda aje dengan ape yang patut sampailah nak dekat masa berbuka nanti baru sibuk hidangkan lauk pauk. Jadi takde lah penat mana pon, kalau dengan anak anak lagi nanti tak tahulah rupa macam mana pulak kannnn. Ha ha ha. 


Hari ini i termasak korma daging batang pinang dengan tomato.  Resepi yang sama, cuma ditambah sedikit tomato puree dan jugak tak dilupakan cili padi . Tapi tak banyak, adelah dua tiga biji, itupon bila dah hampir masak baru lah campakkan manja manja giteww..


Inilah punca utama korma itu tidak dimasak pedas pedasan bagai. Oh my sambal belacan!! Baru puas makan nasik bila ade sambal belacan. Selain dari jus limau, haruslah dimasukkan juga sedikit paste asam jawa. Pedas, masam, masin semua dah cukup. Masukkan dalam magic fridge. Buleh lah berulamkan dengan timun kejap lagi. Sah sah bertambah dua pinggan kelak.. Ha ha ha .Tidak syak lagi.


Lepas itu, i menjadi bertambah rajin dengan tidak sengaja. Selongkar magic fridge terjumpa lebihan crab balls yang dibeli untuk masak koey teow goreng hari tu. Mushroom pun ade jugak. Maka jadik lah soup crab balls bersama ( bersama lagi ) oyster mushroom. Yang special nye soup ini adelah, dia ini ditumis seperti nak masak soup ayam. Aku gunakan soup paste Adabi macam selalu lah. Lepas tu masukkan sayur dan ape saje yang dihajati oleh tekak masing masing. Maka, rasa dan aroma soup nih memang memikat jiwa dan raga uolsss.... Masak lebih jugak yang ini, buleh dibuat hirupan ( ade ke perkataan tu sash? hahaha ) ketika bersahur. Barulah sahur akan lebih bermakna sebab dapat makan soup sedap macam gini. Hahahahaha .Gasak aah kan.

Sebelum melangkah keluar dari work station, sempat jugak sediakan sirap dan biji selasih yang dah siap direndam pagi tadi. Letakkan bersama daun pandan, masukkan jug ke dalam fridge. Baru lah seimbang dengan menu menu di atas nanti. Belum minum pon dah buleh ku rasakan kesejukan tekak nanti.. Haaaaaah :)


Selamat berbuka dahhlings!

Sunday, July 22, 2012

Iftar 1 Ramadan

Alhamdulillah seronok sangat dapat memasak dan berbuka di rumah macam setiap tahun. Seperti biasa, kalau hari pertama berbuka adelah berkewajipan men-makan nasi and the gang. Di rumah ini, nasi akan sentiasa mendapat permintaan tinggi berbanding makanan makanan lain. Ha ha Jadi senang lah kerja sang isteri di dapur. Kuih muih memang tak jalan langsung, lagipon The Other Half memang tak reti sangat makan begitu. Melainkan kalau balik penang, pandai pulak dia bawak diri. Craving mengalahkan aku secara tiba tiba..


Semalam saya masak rendang pedas ayam. Kali nih tambah kerisik banyak banyak disamping santan yang dah sedia maklum itu. Memang pedas dan lemak secukup rasa. Rendang nih memang dimasak lebih untuk tujuan bersahur jugak, walaupon tak dimakan dengan nasik, cicah roti pon licin habis pinggan masing masing :)


Nasi tomato malatoppsss. The Other Half cakap, nasi kenduri. Hahahaha. Dia ini, kalau saya masak nasi yang berbau wangi satu rumah, terus dia cakap macam nasik kenduri. Sebab dia memang tak mengambil tahu sangat nama nama menu semua nih, janji sedap..laju aje lah bertambah tambah bila makan. Ciri ciri penting yang kena masukkan sewaktu nak memasak nasi tomato wangi semerbak bak kenduri aku kawin ini, haruslah menggunakan tomato soup, disamping tomato puree jugak. Bahan tumisnye adelah seperti biasa yea puan puan.


Air asam memang terangkat habis lah bila makan dengan nasi tomato. Kali nih senagaja buat kurang pedas sebab rendang tuh dah berkilo cili padi aku campak. Lagipon awal awal berpuasa nih, tak nak lah bagi kejutan sangat dekat tekak dan perut kami yang comel ini kan. Hikhikhikk..

Hari ini kitchen dengan rasminye ditutup. Maka masa yang terluang ini saya gunakan untuk membaca Al Quran sebanyak yang mungkin. Kami dah bercita cita mahu menghabiskannya sepanjang bulan yang mulia ini. Siap berlumba lumba siapa yang dapat baca banyak setiap hari. Harap harap hari nih dapatlah sempurnakan surah Al Baqarah, sebab semalam dah baca hampir separuh. Maklumlah siang hari agak penuh rutin harian. Walau macam mana pon akan aku usahakan jugak membaca setiap kali lepas solat. Tak banyak sikit pon jadi lah kan..Yang penting usaha tu usaha :)

Jadi, Memandangkan hari nih sang wifey tidak  men-masak, maka langkah adelah menjadi sedikit panjang tak semena mena. Nak pergi men-tapau ape yang patut di bazar Ramadan Bangsar, sebab kat situ ade tepung pelita yang paling sedap penah aku makan. Setiap tahun kami kena tunggu dengan penuh sabar nak makan dia ini. Kira setahun sekali aje lah dapat merasa pon. Tapi sangat berbaloi.. Pulut panggang kat sana pon sedap. Tak dilupakan juga, Raja Murtabak yang malatopsss itu. Pendek kata macam macam lah sedap di situ. Haaaaihhhh... Sabarlah Sabariaahhh...


Selamat berbuka semua!

Friday, July 20, 2012

Selamat Bersahur!

Baked meatballs yang sedap di duniaaaaaa..hew hew hew

Waaah! semangat gituu. Ini adelah bakal menjadi menu bersahur kami secara rasminye. Oleh itu, petang tadi dah sibuk meng-uli minced meat dan bahan bahan seangkatan dengan dia. Kali ini buat sedikit kelainan, takde rempah ratus, meatballs asli hokek. Sauce nye pula dibeli dari Ikea. Sangat senang, didihkan air dan masukkan powder itu dan masak sehingga dia nampak berkobar kobar di dalam periuk engkau. Heh.

Puas hati makan kat rumah macam nih. Buleh curah sauce banyak banyak, kalau kat Ikea macam kekwat aje kan.. mesti aku kena mintak kuah lebih kalau makan kat situ.

So, meatballs tadi i buat kecik kecik, nampak comel dan senang sikit nak telan di pagi hari kelak. Dah siap baked semuanye, sauce pon dah masak. So simpan dalam magic fridge aje lah, karang bersahur keluarkan dan masuk microwave. Maakk aaihhh sangat senang kerje uolsss..

Selain dengan salad dan roti, sedap jugak kalau dimakan bersama bubur nasik ataupon beehun soup. Tapi sape yang rajin nak masak beehun pepagi nih kan, bubur nasik tu buleh la dipertimbangkan :))

Selamat menunaikan solat terawih malam ini kepada yang berkesempatan, selamat bersahur dan berpuasa! Jangan nak ngelat ngelat ek.


-Sash-

Thursday, July 19, 2012

Marhaban Ya Ramadan Al Mubarak


Stock untuk disumbat dalam magic fridge aku. Ini untuk bekalan sehari dua berbuka dan bersahur kelak. Habis semua makanan ini, kita bawak berbincang lain lah nanti ;)


Ohai!! Rindunye berbelog lama lama!

Ini adelah enty laju laju untuk menyambut bulan puasa tak lama lagik. Sepanjang awal minggu lepas adelah sedikit kurang sihat *sobsobsob* tapi hari ini Alhamdulillah! Syukur! dah  makin bersemangat dan sihat seperti sediakala. 

Jadi dengan laju lajunye jugak, hubby wifey ini pegi membeli barang barang keperluan untuk dimasak berbuka dan bersahur hujung minggu nanti. Maklumlah hidup di kota ini kadangkala menjadi tergesa gesa dan susah untuk menjejakkan diri yang comel seadanye ini di pasar setiap pagi. Hahahaha..Kalau dikira kira, hanyalah dua kali aku ke pasar ttdi itu. Dia aje yang besar dan agak dekat dengan rumah pon. Yang lainnye haruslah menapak di carrefour dan cold storage aje untuk membeli grocery. Tapi semenjak Publika dah berdiri megah belakang rumah, makin gigih lah langkah aku ke sana tak semena mena dan semakin liat jugak mahu memasak. Kat sana ade Cawan uolss. So siang malam pon i macam takde ape hal kalau nak hadap di Cawan, sebab tersangatlah sedap makanan dia. Antara yang selalu aku makan di situ adelah nasi lemak, mee kuah dan Lontong. Makk aihh meleleh hokek! Pagi pagi dah ratah lontong dengan rendang daging. Siapa lah yang ajar engkau makan cengini Sash? 

Baiklah. Ini jadual kerja untuk hari pertama sahur dan berbuka nanti. 

Untuk pagi pertama bersahur, saya dah berkira kira mahu men-makan garlic bread, cicah minced meat yang tak tahu lagi nak dimasak apa. Kalau rajin buleh lah buat sedikit salad express di pagi pagi buta untuk sang suami. Dia pon bukanlah jenis pemakan berat di pagi hari. Kira sangat senang lah kerja aku nanti. Kalau dah dasar pemalas memang payah laa..Hikhikhikss

Tak dilupakan juga, haruslah meminum Milo fiber dan sedikit buah buahan berserta kurma demi kesihatan usus masing masing. Info kesihatan ini dibawakan khas oleh cik puan besaq dot com.


Omaigod kecur air liur please. Ini adelah perbuatan kami sewaktu balik Penang secara mendadak tempoh hari. Haaiihh.. Tak sabar nak balik berbuka dan beraya nanti. Bam bam the bam bam lah hakuu jawabnye..

Okay okay iklan kejap.

Menu berbuka pula, kami dengan rasminye sudah sama sama bersetuju akan men-makan nasik. Hahahahaha. C'mon tell us something new. Macam tak buleh blah sangat kan. Nasik pon gigih nak buat bahan masuk entry. Bukan. Bukan nasi biryani. Tapi nak berbuka dengan nasi tomato yang paling sedap di dunia. Ececeh. Lauk pauknye masih di dalam perbincangan, sebab tertakluk kepada akta kekuatan dan daya tahan badan si isteri lah kan. Tapi Insyaallah akan diusahakan jugak kalau suami nak makan. Pahala tu pahala. Kalau isteri yang nak makan, maka bergandalah pula pahala sang suami kena pegi carik sampai dapat. Hahahahaha

Hari nih adelah puasa terakhir di bulan Syaaban. Jadi memandangkan suami perlu ke site, tak tahu pukul berape dia pulang, harap harap sebelum berbuka lah kan. Maka berbuka di rumah aje lah kot. Paling cikai pon dah cadang nak masak ayam kicap tapi wajib pedas pedas belaka. Padahal baru baik demam aje pon. Selera huru hara lah sangat sejak dua menjak ini.*Pasrah*

Kepada semua, Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak, selamat menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga doa dan amalan kita semua akan mendapat keberkatan dan hidayah Allah SWT. Amen.


Tahukah anda 20 rakaat solat terawih dapat membakar lebih kurang 180 kcal. Jadi apa tunggu lagi uols, jom sama sama tambahkan berkat dan kurangkat berat :))


-Sash-

Tuesday, July 17, 2012

Every cloud has a silver lining

                            
Only Allah knows the best for us and in Him do we put our faith and trust. Ya Allah, please protect us from evil and the darkness. Ameen :)

Friday, July 13, 2012

Saya rasa Ben Thanh Market adelah cool!

Ho Chi Minh City dan Ben Thanh Market adelah dua unsur yang berkait rapat, kalau sampai ke kota ini dan tidak menapak di Ben Thanh adelah menjadi kesalahan besar di bawah akta menyoping. Sampai begitu sekali uolss. Sebab utamanye adelah, hanya di Ben Thanh sahaja yang betul betul menarik perhatian dan sesungguhnya ini antara gudang terbesar untuk membeli kain kain seperti cotton lah yang paling banyak, sutera vietnam, baju kurung, jubah dan sebagainya. Payah lah nak sebut satu satu melainkan engkau pegi tengok sendiri.

Perlu diingatkan juga, di sini adelah bukan seperti Kuala Lumpur, ataupon Jakarta dan jauh lah sama sekali jika nak dibandingkan dengan New York City. hahahahahaa. Jadik engkau janganlah berperasaan diva yang tengah membeli belah di Harrods lah pulak nokz. Memang takde maknenya, sebab hangat dan sesak nak mampuih kat dalam market nih. Sehari aku kat sana dah mengundang tension-headache. Nak shopping punya pasal, ku redahi jua :)


Sungai Mekong adelah sungai yang ke 10 terpanjang di dunia okeh. Dan dia ini mengalir dari Dataran Tibet di sebelah utara melalui China, Thailand, Laos, Kemboja  hinggalah ke Vietnam. Rujuk gambarajah di atas yeah kawan kawan. Ini adelah sebahagian dari Sungai Mekong ketika pesawat kami ecececeh melintasi wilayan Saigon ini sebelum mendarat. 

Lebih kurang 90 juta penduduk adelah bergantung kepada sumber dari Mekong ini kerana kebanyakkan mereka adelah pesawah. Dari atas pon dah nampak betapa padat dan mampat penduduk di sini kan, sekali aku tengok dah macam kotak kotak putih aje rumah diaorang ini. Dan kalau nak tahu, rumah atau bangunan di sini adelah dalam bentuk meninggi dan kurus kurus aje, jarang sangatlah dapat tengok bangunan yang besar gabak dan lebar. 

Epot dia adelah sangat bersih , jauh lebih elok dan besar dari Bandung. Imigresen kat sini pon okay takdelah banyak cekadak sangat, lagipon diaorang rata rata kat sini memang tak buleh berbahasa Inggeris, jadik masing masing diam aje lah. Pandang muka pon taknak.. Hahahaha Senang cerita lah kan macam tuh dari nak bersoal jawab tak tentu hala nanti.

Matawang utama  adelah Dong. Tapi bawak lah jugak Ringgit Malaysia kerana semua penjual di situ memang akan terima ringgit jugak. Untung laa.

 
Dari epot ke hotel adelah lebih kurang 20 minit aje campur tolak traffic jam diaorang lah. Ambil cab Vinasun sahaja, kalau yang lain alamatnye belum tentu sampai lah engkau ke hotel nanti. Betul. Jangan main main, diaorang nih hati kering jugak. Ini lah yang dipesan berkali kali oleh kawan aku sebelum kami ke sini :)

Hotel yang kami tinggal adelah di Distric 1, jadik memang senang nak menapak membeli belah.. Elok lah carik hotel yang betul betul selesa, tak payah lima bintang pon takpe, sebab yang tiga bintang pon adelah terbaik di Saigon ini. Siap ade jacuzzi dalam bilik lagi. Next entry aku cerita. Best!

Hotel yang berdekatan dengan town adelah sangat senang untuk bergerak, kira dah tak payah guna cab lah nanti (lagipon aku ini memang jenis fobia kalau naik cab di perantauan, aku akan jadik takut lain macam) dan yang paling penting bukan sahaja pada aku, malah rakan rakan Muslim yang lain jugak adelah lokasi yang strategik dengan makanan halal. Kat sini memang payah nak carik halal food nokz, kalau silap tempat buleh kebulur engkau. Betul tak tipu. Aku ini pulak bukanlah jenis pemakan sardin atau maggi yang tegar, sehari buleh lah kalau nak hadap, kalau tiap tiap hari memang bakal mengundang masalah pada masyarakat sekeliling jugak.. Hahahahaha. Jadik take note yea. Buat homework rajin rajin sebelum pegi.

Rujuk Gambarajah di atas sambil membaca baca.

Tak salah aku ada empat pintu masuk ke Ben Thanh Market, itu yang aku sempat kira lah.. mungkin ade lagi kot tak tahu lah kan, dari hotel ke sini berjalan kaki tak sampai lima minit. Nak exit dari belakang hotel pon buleh dari depan pon buleh, sebab depan belakang pon penuh dengan kedai kedai jualan kain baju, telekung dan lain lain. Lintas aje jalan dah terpacak Ben Thanh Market ini. Masuk aje ke dalam, dah bergantungan barang barang hiasan, kasut, bag kulit, kedai tempahan baju, kain kain dan cenderamata.

Kat sini sentiasa sesak dan penuh dengan pelancong, sebab ini adelah tempat perhatian utama untuk membeli belah di HCMC sebab buleh tawar menawar sampai nak rak. 


Ini adelah kedai yang menjual barangan kulit. Harga yang diaorang letak memang mahal berapi maklumlah ramai tourist kan, naik kepala lah masing masing. Kalau berminat nak beli, tawar sampai serendah yang mungkin, tak perlu nak malu malu atau bajet makcik kaya kat sini. Kalau tak nak beli memang tak payah la kau pegang langsung, kalau tidak jenuh lah kena tarik dengan diaorang. Hahahahah. Pada yang berlaki bajet hot itu pulak, jaga jaga jaga lah jugak sebab diaorang nih jenis suka menyendeng dan berpegang pegangan tanpa segan silu. Abang Sayang sentiasa aje kat mulut diaorang nih macam aku nak cili aje rasa mulut masing masing. Hahahahahaa. Kalau nampak mat sals lagi lah macam cacing kepanasan aje aku tengok. Meluat pon ade gak. Haaihh duniawi.



Pada yang rajin memakai baju kurung, jubah dan yang suka menempah baju memang sangat sesuai lah ke sini. Memang banyak pilihan fabrik, tapi macam aku ini hanya berminat dengan yang bermanik aje. Cotton beli sepasang, vietnam silk pon sepasang, itupon dah dijahit siap dengan taburan sequins yang sangat cantik uolss. Harga adelah berganda murah dari yang dijual di KL, percayalah. Kalau yang nak menempah baju kat sini pon buleh, sehari aje dah siap, pastuh diaorang akan hantar sampai ke hotel.

Antara kedai baju yang aku rasa betul betul ekslusif lah jahitannya kalau nak dibandingkan dengan yang lain lain dan berbaloi untuk dibeli adelah di Butik Hong Anh, Butik Mary dan Butik Minh. Hong Anh mungkin sedikit mahal jika dibandingkan di dalam Ben Thanh tetapi kalau dilihat, baju baju yang dijual di sini adelah lebih elok kualiti materialnye. Lagipon kat dia banyak pilihan baju kurung moden dan baju kurung pahang. Aku memang suka. Bajet sweet di hari raya gitu.. Manik dijahit sangat kemas dan banyak.

Begitu jugak dengan telekung Vietnam yang sangat selesa dipakai. Semua kedai kedai nih tak jauh antara satu sama lain, kiranye tak payah susah susah nak naik cab. Macam kitaorang, lepas shopping balik hotel, rehat dan solat kejap, pastu keluar makan dan sambung shopping balik. Begitulah aktiviti setiap hari. Hahahahaa. Memang lah tak banyak yang aku beli sepanjang kat sana, cuma banyak masa dihabiskan membandingkan antara satu kedai dengan yang lain. Bila dah rambang mata macam gitulah jadiknye kan..


Dong Du mosque atau Central Mosque dalam 15 minit berjalan kaki aje dari hotel. Lepas solat buleh jugak makan makan di sekitar kawasan ini. Masjid ini terletak betul betul belakang Shereton Hotel. Kalau dari Ben   Thanh Market, jalan terus aje dan perlu melintas ke seberang jalan lagi. Bab yang nak melintas jalan nih adelah satu masalah besar sangat pada aku dan mom sebab kami memang rajin berjalan. 

Kat sini walaupon banyak lampu isyarat, tapi hanyalah tiang lampu semata mata kekdahnya. Hahahaha. Lepas tu kalau engkau teragak agak, dan nak tunggu sampai semua berhenti dengan jayanya macam di KL itu, sampai malam lah kau terpacak kat tepi jalan. Jadik, redah jugak..sebab bila dah di tengah tengah jalan  nanti, memang diaorang akan pandai cilok cilok dan mengelak :) Insyaallah selamat sebab aku dah cuba. Semua orang cakap macam tuh. Hari pertama stress lah jugak kan sebab macam bodoh sangat rasa sebab dekat sepuloh minit aku melopong depan jalan tu, jadik nak shopping punye pasal aku nekad jugak jadik wanita Vietnam yang tabah seperti di bawah ini..


 
Nampak tidak? Bukti nih bukti. Hahahahahahahaaa. Siap pakai topi keselamatan hokek macam baru balik bendang. 


Next entry aku cerita lagi pasal hotel serta makanan yang halal dan sedap macam omaigod!


Okay lah nak pegi masak biryani ayam kejap. Laki i dah nak balik. Hikhikhikss


Jumpa lagi!
-Sash-

Wednesday, July 11, 2012

HCMC dan bahan rumahtangga!



1500hrs adelah sedang mencuci dan meyental rumahtangga seperti tiada hari esok

Patut lah sekali keluar rupa pinggan mangkok tak semena mena. Ini belum lagi foto kain baju yang dah bakal menjadi kl tower tak lama lagi jika tidak diambil ikhtibar. 

Letih bukan main main. Kali nih memang betul betul nak tutup buku berfoya foya demi kebaikan rumahtangga bersama. Hahahahaa. The Other Half pon sudah mula bekerja, aku pon masuk work station lah jugak dari pagi pagi buta sampai sekarang baru habis semua kerja mengemas. Sape cakap duduk rumah buleh joget sesuka hati, walaupon kadangkala kantui jugak joget di hadapan suami ha ha ha. Selesai laundry, cuci bilik air pulak, lepas tu mengemas dan mengemop luar dalam, rehat kejap main facebook. Lepas tuh sambung memasak. Penat hoih penat. 

Hari nih memandangkan jadual kerja sangat produktif, maka aku masak pon cikai cikai aje. Gulai daging dan kobis tumis air. Janji mengenyangkan, untung untung buleh simpan sampai esok. Buleh la karang belog lama lama sikit. Sekarang nih jangan katakan belog, nak kentut pon rasa macam dah kekurangan masa. Hahahahahaha. Mak aaihhh. Perumpamaan aje tuh, engkau nih pon. Aku kan begitu, benda sikit pon suka sangat jadikkan bahan.. Gasak lah masing masing. Hahahahaa

Rasa hilang segala bebanan bila tengok rumahtangga bersih dan kemas, lagipon dah nak sambut Ramadhan tak lama lagi. Takkan nak mengemas masa raya aje kan, bulan puasa pon elok lah kita raikan dengan gembira. Setahun sekali baru bersua, seronoknya bukan kepalang. Insyaallah masih sihat tubuh badan untuk menjalani ibadah berpuasa.

Ape berlaku di Ho Chi Minh City?


Tempat yang wajib menapak adelah Ben Thanh Market. Bila berjalan masuk aje, kiri kanan rasa macam berada dalam gudang kain baju. Dari english cotton, japanese cotton, silk cotton, viscose, chiffon dan macam macam lagi. Cakap aje nak macam mana semuanya diaorang ada. Bila dah nampak banyak warna warni semua nih, mula lah aku jadik tamak. Sepasang rasa macam tak cukup, padahal aku pakai baju kurung pon di pagi raya aje kot :)

Tapi dalam banyak banyak kain itu, yang wajib beli dan carik adelah fabric yang penuh dengan beads. Baru malaatopsss lebaran uolss hokek. Masa sebelum pegi, aku  memang dah dapatkan contact dari kawan yang pernah ke sana berkali kali, so dia yang cadangkan kedai yang jual kain cantik cantik, harga murah dan yang penting kualiti beads dia sangat halus dan rapi. Senang lah kerja menyopping ku ini. Thank u erni shayangg :)


Kalau pandai menawar, sepasang sandal buleh dapat dalam sepuloh hengget ajo. Serious sangat cantik, hari pertama dah aku borong ape yang patut kat sini. Buat basahan di hari raya kekdahnye... Hahahahahaaa


Antara penganiayaan ke atas matawang Dong yang aku buat di awal awal minggu sewaktu di sana. Maklumlah hotel yang kami duduk tuh kira buleh jalan kaki aje ke Ben Thanh, maka tak senang tido lah aku asyik asyik rasa nak merayap memanjaanggg. Cara shopping kat sini memang lah berbeza dari tempat kita, kalau di London jauh lah sama sekali.. tapi tetap ada keistimewaannye. Yang penting, kena pandai tawar menawar, buat muka kekwat aje kalau nak tawar tuh, beli ikut keperluan sudah melainkan engkau nak berniaga kain baju buleh lah angkut satu gudang, pandai pandailah pilih kedai dan bandingkan kualiti barang yang nak dibeli, maknanye sebelum pegi tu rajin rajin laa buat homework pasal Vietnam, nak nak pada yang memang bajet pegi nak beli kain bagai nih.

Baiklah, itu aje cerita HCMC. Bebila menjadi sedikit alpa dari kerja rumahtangga, maka akan aku karang lagi lama lama. Sekarang ini, warm up dulu lah ape yang patut nokz. Janji entry ade bahan ilmiah jugak kan..

Uols semua, Dah ada cadangan ke nak masak apa hari pertama berbuka minggu depan? Kami masih dalam perbincangan. Ha ha ha. Maklumlah menu bukak puasa nih kena menjadi adil dan saksama. Tekak masing masing menjadi sangat demanding tak semena mena pulak, naseb baik tak ramai..kalau tidak menggelupur lah cik puan besaq nak masak dan risiko untuk makan di luar adelah sangat tinggi di kala itu.. Heh heh heh



Jumpa lagi dahhlinggs!

Saturday, July 7, 2012

Jiwa kacau

Nama saya Facebook. Hobi saya adelah makan. Oh yeah betul, saya memang berkongsi hobi yang sama dengan cik puan saya. Kami saling sayang menyayangi sesama sendiri.

Walaupon kami jarang jarang berjumpe, tapi cik puan saya akan beli banyak toys kegemaran saya kalau dia pulang ke sini. Tapi saya tau, toys saya tu bukannye mahal dan branded seperti haiwan lain, sebab cik puan saya hanya akan beli dari Daiso. Yeah yang jual barang lima hengget itu. Dia cakap, itu bukan kedai cikai cikai sebab mainan saya datang dari Japan. Ada aku kessaahhh? hahahahahaa. Tapi saya tetap sayang jugak cik puan saya... Meowww

Semalam saya menjadi sangat sedih. Cik puan marahkan saya dan kejar saya dengan penyapu besar sebab saya curik ikan Twitter. Twitter adelah adik tiri saya. Saya cemburu akan dia sebab dia lebih putih gebu dari saya. Saya sentiasa curiga akan dia. Saya rasa cik puan lebih sayangkan dia kot..

Saya bagi silent treatment dengan cik puan. Saya bawa diri ke luar tingkap. Dia pujuk saya. Tapi hati saya telah terluka kecewa...

Biarlah saya rawat luka yang terpendam ini..


Yang hampa..
-Facebook-

Thursday, July 5, 2012

Assalammualaikum. Selamat datang July!

Eh eh eh.. ade lagi dia ini? Belog dah sikit lagi nak jadik tugu negara kot.

Semalam dah selamat sampai di kuala lumpur, dan hari ini sedang berbelog dari pulau pinang pulak, omaigod lagiiii? Jessi J pon tak sibuk rupa engkau tahu tidak.

Hew hew hew

Kejap aje pon, minggu depan balik lah kami semula ke kota. The other half mengidam nak makan nasik beratuq. Hahahaa baik mari salahkan dia sensorang. I tak masuk campur hokek. I pasrah aje laa

Berbelog dari ipad adelah kurang sexy sebab aku tak reti nak edit foto. Eh gile boring aah macam nih.

Minggu depan i cerita panjang panjang lagi lah.

Selamat berhujung minggu untuk semua, selamat berpuasa dan berbuka kepada yang mengambil kesempatan gandakan pahala dan amal ibadah di bulan mulia ini, dan selamat datang July bulan Cinta :)

Love
-Sash