Wednesday, July 25, 2012

Custard Cocktail berkuah nomnomnom!


First time aku buat custard cocktail ini. Kira dalam keluarga, semua orang pandai dan wajib menjadi pandai membuat malahan menmakan puding ini. Hahahaha. Kira dah menjadi darah daging la, setiap kali bulan puasa mesti kena ade dia ini.

Cuma aku sorang aje yang baru terkulat kulat nak belajar buat, padahal makan tuh memang dah selalu sangat bukan setakat bulan puasa aje, setiap kali balik penang mesti ade yang baik hati tolong buatkan. Ini tak termasuk kalau aku pegi menziarah sedara mara, wajib lah kena hadap jugak. Heh heh

Jadi aku pon mengambil inisiatif untuk menjadi pandai seperti semua orang itu. Senang aje rupanye. Memang tak rugi mencuba, malah menang memakan. The Other Half makan sampai separuh, aku buat dan sejukkan dalam container Ikea, jadik senang lah sumbat masuk magic fridge. Lepas balik terawih pon dia makan, masa sahur pon mintak lagi. Hikhikhik.

Bahan untuk buat puding

1 cawan custard
1/2 cawan gula
4 cawan air
( ini kira sukatan untuk 2-3 orang makan, kalau nak buat besar besaran kena lah pandai pandai adjust ape yang patut..)

Masakkan gula bersama air hingga menjadi larut. Lepas tu baru masukkan custard.
Gunakan api sederhana, dan kacau hingga sebati dan berkilat.
Tuangkan ke dalam acuan, sejukkan dan masukkan ke dalam magic fridge masing masing.

Bahan untuk kuah


1tin susu cair
1 tin mix fruits cocktails.
1/2 tin air
2 sudu besar gula - buleh ditambah dan dikurangkan. Aku ini memang kuat manis. Maka aku rasa memang lebih dari dua sudu aku campak semalam...Hahahaaa
1 sudu teh vanilla

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk.
Masak hingga sebati dan tak perlu hingga mendidih, cukup sehingga gula tadi menjadi larut.
Sejukkan.
Lepas tu, bila puding pon dah sedikit keras, tuangkan ke atasnye.
Masukkan semula ke dalam fridge.

Sekali cedok aje dah terasa kesedapan, kesejukan dan kelemakan yang dibawa hingga ke perut.


Aku punye wajib letak custard banyak banyak. Mak aaihhhh memang sedaaap!


The Other Half cakap raya nanti dia nak aku buat lagik. Tak payah tunggu raya, esok lusa pon i buleh buat macam takde hal langsung. Ecececeh !!


Semalam, kitaorang berbuka dengan ayam rose dimakan dengan butter rice dan salad. Tak sempat dah nak snap gambar yang lain sebab dah gigil gigil lutut masa abis masak semua tu. Heeee!


Selamat berbuka :)

-Sash-

4 comments:

  1. Mmmmm.....bestnya nampak. Walaupun I jenis x suka kuih (kecuali karipap, pisang goreng n apa2 yg ada gula melaka), tapi bila tgk gambar ni terus kecur.....

    ReplyDelete
  2. Doc, cuba laa buat. Senang aje, sambil joget pon leh siap. Kalau rajin laa. Hikhikhiks. Klu u kat sebelah umah, dah lama i hantaq bagi test market :P

    ReplyDelete
  3. Tu la. Punya teringin tengok gambar ni, ptg tu jugak I selongkar dapur, tapi tepung custard dah habis. And worse, hari ni singgah Bangsar V, tapi LUPA lagiiiiii!!!!! Dah masuk mode kempunan kot ni :)

    ReplyDelete
  4. Kempunan? Omaigod. Adekah? Hahahahaha *muka ade sinyummm*

    ReplyDelete