Sunday, July 22, 2012

Iftar 1 Ramadan

Alhamdulillah seronok sangat dapat memasak dan berbuka di rumah macam setiap tahun. Seperti biasa, kalau hari pertama berbuka adelah berkewajipan men-makan nasi and the gang. Di rumah ini, nasi akan sentiasa mendapat permintaan tinggi berbanding makanan makanan lain. Ha ha Jadi senang lah kerja sang isteri di dapur. Kuih muih memang tak jalan langsung, lagipon The Other Half memang tak reti sangat makan begitu. Melainkan kalau balik penang, pandai pulak dia bawak diri. Craving mengalahkan aku secara tiba tiba..


Semalam saya masak rendang pedas ayam. Kali nih tambah kerisik banyak banyak disamping santan yang dah sedia maklum itu. Memang pedas dan lemak secukup rasa. Rendang nih memang dimasak lebih untuk tujuan bersahur jugak, walaupon tak dimakan dengan nasik, cicah roti pon licin habis pinggan masing masing :)


Nasi tomato malatoppsss. The Other Half cakap, nasi kenduri. Hahahaha. Dia ini, kalau saya masak nasi yang berbau wangi satu rumah, terus dia cakap macam nasik kenduri. Sebab dia memang tak mengambil tahu sangat nama nama menu semua nih, janji sedap..laju aje lah bertambah tambah bila makan. Ciri ciri penting yang kena masukkan sewaktu nak memasak nasi tomato wangi semerbak bak kenduri aku kawin ini, haruslah menggunakan tomato soup, disamping tomato puree jugak. Bahan tumisnye adelah seperti biasa yea puan puan.


Air asam memang terangkat habis lah bila makan dengan nasi tomato. Kali nih senagaja buat kurang pedas sebab rendang tuh dah berkilo cili padi aku campak. Lagipon awal awal berpuasa nih, tak nak lah bagi kejutan sangat dekat tekak dan perut kami yang comel ini kan. Hikhikhikk..

Hari ini kitchen dengan rasminye ditutup. Maka masa yang terluang ini saya gunakan untuk membaca Al Quran sebanyak yang mungkin. Kami dah bercita cita mahu menghabiskannya sepanjang bulan yang mulia ini. Siap berlumba lumba siapa yang dapat baca banyak setiap hari. Harap harap hari nih dapatlah sempurnakan surah Al Baqarah, sebab semalam dah baca hampir separuh. Maklumlah siang hari agak penuh rutin harian. Walau macam mana pon akan aku usahakan jugak membaca setiap kali lepas solat. Tak banyak sikit pon jadi lah kan..Yang penting usaha tu usaha :)

Jadi, Memandangkan hari nih sang wifey tidak  men-masak, maka langkah adelah menjadi sedikit panjang tak semena mena. Nak pergi men-tapau ape yang patut di bazar Ramadan Bangsar, sebab kat situ ade tepung pelita yang paling sedap penah aku makan. Setiap tahun kami kena tunggu dengan penuh sabar nak makan dia ini. Kira setahun sekali aje lah dapat merasa pon. Tapi sangat berbaloi.. Pulut panggang kat sana pon sedap. Tak dilupakan juga, Raja Murtabak yang malatopsss itu. Pendek kata macam macam lah sedap di situ. Haaaaihhhh... Sabarlah Sabariaahhh...


Selamat berbuka semua!

4 comments:

  1. Alhamdullilahhh.. nikmat bulan ramdhan... dapur ku belom lagi muncul asap..harinie baru nk mula masak! wish me luck!! ngeee

    ReplyDelete
  2. Oh myyy, terliur tengok gambar makanan u! Hehe. Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete