Monday, July 30, 2012

Rutin Ramadan Wifey


Dia bukan biskut raya nokz. Elok aje masing masing beratur kan. Ini adelah chicken kofta in yogurt and cream sauce yang buleh didapati di Al Halabi Lounge, Starhill Gallery. Kami adelah sangat suka akan makanan di Halabi. Semalam berbuka puasa di sana ( tempat wajib setiap tahun tanpa jemu ), lepas Asar aje dah laju aku bersiap. Bukan senang  nak pegi ke Starhill, nak nak bulan puasa macam gini kan. Dengan ramai nye orang, dengan susah nak parking bagai, dan memang sah sah bakal mengundang kemurungan kepada The Other Half. Hahahahahaa. 

Maka, bila dapat pegi berbuka puasa di sini, langkah panjang lah aku sebelum dan selepas berbuka :) Sambil menyelam, sambil minum ayaq kot..

Ekceli hari nih tak mau buat entry pasal makan. Tapi ape kan daya, dah nama pun belog seorang wifey, tak sah kalau bukan cakap pasal makan sekali kuar entry. Bukan ape, aku ini kalau dapat makan sedap buleh membawa kepada kegembiraan berpanjangan. 

Sebenarnye I nak cerita pasal rutin bulan puasa. Jadual keje keluar masuk work-station-aku adelah sangat berlainan sebelum berpuasa dulu dulu. Apatah lagi jadual tidor terbongkang. Heeeee. Naseb baik bukan duduk sekali dnegan mom/mertua, kalau tidak memang sangatlah menganiayai diri sendiri. 

4.50 pagi.  Selalunye aku akan letak alarm pada waktu ini. Sebab 10 minit ke pukul 5 itu adelah potongan harga kepada tidur yang aku sayangi. Sempatlah buat regangan ape yang patut sebelum bangun kan. Takkan lah nak menonong bangun pegi masak gulai ayam dan tumbuk sambal belacan pulak time time cengitu. Tak penah aku buat sepanjang 31 tahun hidup di dunia ini hokek. Engkau jangan main main.

5.00 pagi. Selongkar magic fridge, kalau ade lebihan makanan berbuka selalunye aku akan simpan dan panaskan untuk dibuat cicahan dengan roti. Nasik memang sangatlah jarang dimakan di kala sahur. Sediakan milk tea untuk The Other Half, dan hot chocolate ataupon white coffee untuk diri sendiri. Sambil bersahur sambil tengok tv, barulah rasa diri tidak seperti zombie yang sedang memakan habuan.

5.35 pagi. Dah siap makan vitamin bagai, minum air kosong, air zam zam dan diakhiri dengan kurma. Pastuh niat dan bersiap sedia untuk solat.

6.00 pagi Lepas siap solat, ape lagi pinggan pon tak sempat nak cuci dah, terus sambung tido. Nyam nyam nyam?? The Other Half pulak, jarang jarang dia tido balik. Selalunye dia akan baca quran, pastuh sambung siapkan keje dia dari rumah. Bulan puasa kali ini memang kebanyakkan harinya dia bekerja dari rumah. Dalam seminggu mungkin sekali dua aje akan ke ofis. Manakala sang wifey masih tido dalam kesedapan di kala itu.

11.00 pagi. Ape berlaku sebelum itu? Adelah susah untuk ditafsirkan oleh mata kasar. Hahahahaa. Eh bukan. Bukan tiap tiap hari aku bangun selewat ini. Sekali dua awal lah jugak aku bangun. Sekali dua aje.

1.00 petang. Lepas bangun tido, kemas rumah, laundry, cuci pinggan mangkuk, dan menyental ape yang patut. See, ini lah punca aku kena tido. Nak kumpul tenaga untuk tulang empat kerat ini. Lepas siap mengemas semua dan berpuas hati, rehat kejap. Blog walking, main fb dan instagram macam takde masa depan. Lepas selesai urusan duniawi yang fana semua itu, aku sambung baca Quran. Ini adelah rutin wajib setiap petang sebelum dan selepas solat. Sebab malam, memang agak sedikit payah aku nak kumpul semula tenaga.

3.00 petang. Ini adelah waktu yang paling penting sepanjang bulan Ramadan ini kalau kami nak berbuka di rumah. Memang terkulat kulat lah aku kat dapur untuk memasak. Masa nih tenaga adelah berbaki 75%. Selesai memasak, wajib mengemas masa itu jugak. Memang menjadi undang undang diri sendiri, work station mesti sentiasa kemas seperti sediakala sebelum memasak. Jadi nak tak nak, letih tak letih, mesti kemas balik. Maka, takde sape pon yang sanggup menggalas tugas di work station aku melainkan diri aku sendiri. Hahahahaa.

5.00 petang. Kebiasaanye masa cengini aku dah siap mandi, solat dan merehatkan diri serta jiwa raga. Baki tenaga di kala ini adelah kurang lebih 50% aje. Ha ha ha. Kalau ikutkan hati buleh tido sampai ke Maghrib, tapi belum lah lagi berlaku kejadian seumpama itu. So, aku akan bukak luas luas mata dan paksa tengok tv sambil rehat rehat kejap sementara nak berbuka.

7.00 malam. Panaskan lauk, sebab aku memang tak akan berselera kalau makan lauk suam suam kuku waktu berbuka. Mesti kenas panas panas, baru laju sikit kan makan. Tambah pulak kalau masak soup atau stew. Hidangkan lauk pauk dan rezeki berbuka yang ada. Lima minit sebelum berbuka, laki bini dah tersengguk depan meja makan. Kalau di KL, berbuka adelah 7.30 malam. Selalunye kami akan makan sebiji kurma, minum sedikit air manis (aku lah itu..) dan terus solat Maghrib dulu. Lepas siap solat, baru mengerah tenaga men-makan apa yang ada :) Baru buleh makan dalam ketenangan.

8.30 malam. Jika aku ikut The Other Half berterawih maka kami akan keluar waktu ini. Tapi ade jugak hari hari yang aku tak pegi, maka aku solat Isya di rumah aje. 

11.30 malam. Dah siap sedia untuk tido. Memang jarang jarang dapat menghadap tv di malam hari jauh sekali nak pegi menge-teh di Bestari ke apa ke jadah seperti selalu. Sebab tenaga di kala ini adelah berbaki 8% aje. Kalau letak aje kepala di bantal, memang terus aku tido sampailah keesokkan paginye pulak.


Maka, janganlah cakap surirumah nih buleh bergoyang kaki tangan setiap masa. Dari bukak mata pepagi buta sampai lah ke malam rasanye takkan habis keje. Tapikan.. kadang kadang memang lah aku mengelat jugak. Hikhikhik. Bila The Other Half ajak makan luar, maka jadik cik puan besaq lah I sewenang sewenangnye. 


KLCC berhari raya di kampung :)

Ekceli, sangat tak sabar nak balik Penang uolssss! Minggu depan ibubapa akan datang berbuka di sini. Paling best jugak, sang suami buleh berkerja dari  Penang seminggu sebelum Aidilfitri itu, dan Insyaallah akan bercuti raya selama seminggu. Nyam nyam nyam!!! Alhamdulillah. 

Dia punye list nak mengatur menu di sana adelah lagi panjang dari aku, heh  :) Eksaited lettewww...!


4 comments:

  1. betul tu sha...jgn igt surirumah ni kejanya senang kan..cam x cukup kaki tgn sgt kita ni kn? (^_^)

    ReplyDelete
  2. Kaaaann :)) patut la selalu sakit sakit sendi. Hikhikhik

    ReplyDelete
  3. Tak faham kenapa org yg pandai n rajin memasak ni sanggup beratur n tunggu lama nak bbuka kat luar. I suka bab tido ni - alasan kpd suamiku 'bila tido, I x buat dosa' :))

    ReplyDelete
  4. Doc, Masalahnye bukan i rajin memanjang. Hahahaha. Klu dah malas, indomee burger kat bestari tu pun jadik! ;)

    ReplyDelete