Tuesday, August 28, 2012
Tak wajib baca
Kalau tak suka
Tak payah lah buka
Tak payah lah baca
Tak payah lah menilik setiap inci
Apa apa yang aku cerita
Kalau tak suka
Buat penat aja
Kau selak, kau intip, kau tengok
Cuba tak payah langsung
Sebab kau kata
Kalau pasal aku
Semuanya tak kena
Kalau tak suka
Jaga aje lah badan sendiri
Tak payah mengumpat mengeji
Bila sekali aku jawab
Kau kata aku dah besar diri
Habis tu macam mana
Kalau asyik aku aje yang kena jadi jaga
Hati aku kena lanyak
Sapa pun tak bertanya
Kalau tak suka
Aku pun dah jelik juga
Tapi macam biasa
Aku sengih jua
Sebab aku memang begitu
Bila kau sering koyakkan aku
Cuma sekarang aku telah rasa
Pisau kau di belakang aku ini
Sebenarnya lebih tajam dari
Pisau musuh aku
Di dada
Tapi
Itu bila kau tak suka la
Maka aku agak heran juga
Kalau kau suka
Bagaimana?
Mau ic untuk menjadi aku
Pula?
Sash
Di August, kan dah kata tak wajib baca.
2012
Sunday, August 26, 2012
Friday, August 24, 2012
Lima Hari Raya
Doa selepas Ramadan
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa ibubapaku
Ya Allah, kuatkanlah imanku, iman keluargaku, iman para sahabatku
Ya Allah, berikanlah kejayaan duniya dan akhirat kepadaku
Aamen.
( sumber dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood )
Tahap kepenatan sudah beransur kurang. Kalau buleh tido balik lepas subuh dan bangun semula pada jam 11 pagi maka itu yang dikatakan sudah tidak akan penat lagi selama lamanya. Ha ha. Sememangnya tiada yang paling indah bila dapat bangun lewat sesuka hati, lepas mandi, turun bawah dah terbentang breakfast yang dimakan sewaktu lunch. Breakfast pulak paling cikai cikai pon mesti ada mee goreng atau nasi goreng dengan salad atau nugget. Oh perasaan seperti di heaven sangat ketika waktu itu.
Kalau kat keyyel tak payah nak verrangan lah kot. Heeee!
Tetamu sudah tidak ramai, tapi setiap hari masih ada saki baki yang datang berhari raya jugak. Kalau ter-rajin, maka masaklah kami anak beranak. Kalau malas melanda, maka makan lah kueh kueh raya yang dah sedia terhidang itu. Hikhikhik. Jadi naseb badan masing masing lah kan. Kesian jugak kat mom kalau nak mintak dia masak banyak banyak. Kalau aku dengan The Other Half aje, kami buleh menapak ke nasik kandar macam tak ada hal langsung pun tak apa.
Raya ke lima mom masak beehun soup daging. Dah alang alang masak, kena lah lebih kan, sebab dah tahu memang ade aje yang akan terdatang ke rumah kelak. Kawan The Other Half yang dekat sini pon ramai jugak. Sekali singgah ke rumah, memang satu rombongan diaorang akan angkut seperti setiap tahun. Ha ha ha
Pegi wet market cari tulang rusuk. Pastuh nak bagi lagi sedap, mintak mom tambahkan fishball dengan fishcake jugak. Pastuh rebus tulang dengan rempah ratus ape ntah ( mom aje tau, sebab aku tak pernah buat pon maklumlah tak pernah masak cengini kat rumah sendiri ) sampai tulang dan daging masak dengan lembut. Baru namanye sup utara..
Dan unsur unsur yang utama mestilah kena ada cili potong dengan sambal limau uolsss. Mak aaihh baru terangkat kalau hirup sup panas panas gitu. Makan sampai berpeluh peluh baru puas hati kan. Beehun soup mom adelah sangat best, belum lagi makan sebest macam nih kat luar, nak nak lagi kalau di kolumpo itu.
Ini makanan utama The Other Half. Dia ini kan kureng sikit kalau bab memakan species beehun, mee soup dan laksa. Memang buleh nanges kalau aku paksa dia makan jugak, ha ha.. kalau soup dimakan dengan nasik buleh lah pulak dia menghadap.
Jadi mom masak special kat dia hari tu. Aku pon belum penah makan menu ini. Kambing Wanggey. Hahhahahahaha. Gelak sampai nak pingsan uolssss. Lepas makan sibok dia dok wanggey wanggey kan i nokzz. Hate chu! :P Dah mintak recipe nih dengan mom, senang dan sedap, balik Kl nanti pandai pandai lah aku wanggey kan apa yang ada dalam magic fridge itu nanti.
Selamat berpuasa enam kepada yang sedang berpuasa. Kepada yang belum itu ( termasuklah diri sendiri ) jangan lalai dengan duniawi aje. Ha ha ha
Wednesday, August 22, 2012
Eid Mubarak!
Halo semua!
Selamat Hari Raya :)
Selamat Hari Raya :)
Raya kat Penang semestinya gile best seperti setiap tahun. Walaupon tak ramai, tapi dua ekor ini cukup memeriahkan suasana Syawal yang mulia. Makan makan marathon adelah seperti tiada berkesudahan nampaknya. Dari seminggu sebelum raya memang sangatlah menderhaka dengan disiplin diet sendiri. Dari berbuka memang dah tentu tentu makan nasi, lepas tu moreh pon melantak nasik jugak dan sahur pon dah pandai makan nasik. Bila raya menjelma, haruslah nasik yang diberi pendekatan untuk sekian kalinya juga.
Ibubapa adelah paling gembira bila tengok anak anak menjadi kuat makan dan berselera besar gabak.
Kepada muslimin muslimat yang masih berjaya mengekalkan berat badan yang ideal seperti sebelum raya, tahniah diucapkan. Ha ha. Kepada yang kurang berkemampuan mengharungi dugaan dugaan seperti saya, Good luck lah yea. Cuti ade lagi seminggu lebih kat sini, mampuih aaaaaaahhh. Help!
Ini cerita kalut di pagi raya.
Lepas solat raya, semua bergegas pulang ke rumah. Kalau dulu singgah ngeteh ke apa dulu, kali ini tidak lagi. Banyak menu yang nak kena dimasak, maklumlah raya ini semuanya mom masak sendiri, dah takde buffet macam tahun lepas sebab semua orang bercuti masa hari raya pertama. Jadi sendiri makan, sendiri hidanglah.
Terus tukar uniform bibik sementara lah hakuu hari itu. Bohsan betui. Naseb baik dah siap sedia dah keperluan semua, cuma perlu tumis apa yang patut aje.
Tema tahun ni adelah true-blue vintage gituu. Sampai ke wire braces pon aku pakai color biru jugak. Naseb baik pilih mid night blue, kalau yang terang terang sah sah lah bertukar warna tak sampai sebulan sebab banyak makan kari kat sini..
Baju kurung pahang dari Ho Chi Minh City nokz, siap bermanik bagai adelah wajib untuk aku kalau tidak macam rasa togel aje pulak. Ha ha ha. Tudung beli kat outlet Aidijuma The Curve aje. Cantik tidak, cantik tidak? Hahahahaa. Mahal uolsss tudung mak datin itu walaupon bawal aje, kalau aku beli kat Jusco penang buleh dapat 5 helai kot. Tapi Juma punye pasal gagah lah jugak nak pakai kannnn..
"Nak, kalau mahu duit raya, meh tukar baju pegi masak cepat tak payah lah kau nak bajet hot pepagi buta ini sebab tak ada maknanya" Kahkahkahkah
Purata duit raya aku tahun ini adelah sedikit lebih dari tahun lepas. Alhamdulillah rezeki rezeki. Senyum sampai telinga lah cik puan besaq, sambil tido pon rasa tak senang. Tak sangka kertu kertu begini pon buleh kira duit raya lagik. Mengharapkan belas ehsan ibubapa dan suami aje lah pon, orang lain takdenya nak hulur kat aku kot. Ha ha ha.. dasar mata $$ memang tak dapat lah mak nak nolonggg nokzz..
Lepas sesi bergurau senda dan bermaaf maafan di pagi Syawal yang mulia itu, sarapan pagi sama sama, mulalah aktiviti memasak. Malam raya dah siap anyam ketupat, masak rendang, ayam masak merah dan kuah kacang. Lemang beli seberang jalan aje, memang berlonggok diaorang bakar kat sini. Pastu siapkan paste bawang, cili dan seangkatan dengannya untuk dimasak pagi raya pulak. Senang sikit kerja kan, kalau tidak, mahu tak merasa makan tengahari tetamu tetamu yang datang nanti.
Kami masak biryani kambing, ayam kapitan, korma kambing, udang goreng masala, dalca pon ade jugak, acar mentah dan sedikit manisan.
Mom ade jugak buat dua tiga jenis biskut raya, yang lain kitaorang beli aje, kek memang wajib buat sendiri, rich fruit cake dengan prune, chocolate dan butter cake juga. Tidak ketinggalan manisan gulab jamun, makanan tradisi keluarga yang wajib ada. Dia ini dibuat daripada susu tepung dan sedikit telur, dimasak dengan butter/ghee, dah dimakan dengan air gula. Letak dalam fridge dulu, ratah sejuk sejuk mak aaihhh.. terbaaekkk! Raya aje lah nak merasa makan, hari hari lain tak pernah ade masa nak buat pon :))
Tetamu tak putus dari tengahari, sampai lah ke malam. Mahu lemau dan lunyai jugak. Kaki tangan semua dah sengal sengal, pukul 2 pagi baru selesai mengemas segala lepas tuh terus tido terbongkang tak ingat dunia dah.
Raya kedua pon kena masak lagi. Raya ketiga dapat berehat rehat kejap. Dan raya keempat sambung masak lagi sekali untuk keluarga yang jauh pulak.
Penat tapi seronok. Lemau tapi berbaloi bila tengok semua orang gembira. Tak kisah lah kan, bukan selalu..setahun sekali, tak ada yang lebih bermakna selain dapat bersama sama yang tersayang di hari yang mulia ini.
Selamat hari raya semua. Kepada yang sibuk dengan rumah terbuka, makanlah dengan berhemah juga. Kepada yang sudah pulang ke kota, selamat bekerja dan berhati hati di jalan raya.
Sementara yang masih berfoya foya itu, redhoooo aje lah. Hikhikhiks
Thursday, August 16, 2012
Biskut Mazola Wifey
Okay sebelum menutup tirai Ramadan, i nak juga kongsi resepi yang macam giler best sangat.
To be frank, memang aku tak pernah buat langsung kueh raya sorang sorang. Selama nih kalau buat pon, hanyalah tolong mom sapu kuning telur ataupon tukang sukat butter atau tepung, sebab mom agak sedikit rabun bila bab sukat menyukat nih. Ha ha ha
Tiba tiba satu pagi bila bangun terus rasa macam nak makan biskut mazola. Yang ada banyak kacang lepas tu curah curah minyak mazola yang wangi itu. Mak aaihh, aku ini kalau teringin nak makan sesuatu benda, dalam hujan ribut pon sanggup redah tanpa rasa curiga.
Tapi hari tu takde lah ribut ke apa benda pon, tapi tetap nak makan mazola jugak. Jadi aku nekad, walau apa terjadi pon aku mesti belajar dan buat, lepas tuh bagi semua orang rasa dan menjadi bangga dengan pencapaian aku. Ha ha ha. Overrrr kannn.
Kata mesti dikota. Itu memang prinsip hidup Gemini macam aku. Senang kan nak bela? Hahahaha
Maka turun ke kitchen, selongkar ape yang ada.. naseb baik semua bahan cukup, kecuali minyak Mazola. Cepat cepat telepon dad suruh dia belikan sebelum balik nanti.
Memang menjadik sangat sangat biskut i, uolsss. Gembira bukan kepalang lah anakanda ini. Sambil pegang balang sambil pusing satu rumah cakap dalam hati, eh pandai lah aku buat mazola. Pandailah. Pandai sungguh. Hahahahahaaa
Tengok tu, halus, gebu aje. Tak payah susah payah nak kunyah lama lama pon. Aku buat kecik kecik sebab dia cepat membesar bagaaikan juara. Lepas berbuka tadi terus sambar satu buat test market. Memang terbaekkk lah. Pastuh ibubapa dan sang suami pon cakap sedap. Kembang atas bawah lah aku malam tu sampai sebelum tido pon masih bercakap cakap dengan The Other Half pasal kepandaian aku membuat kueh raya. Ha ha ha
Jadi aku taknaklah jadi kekwat di bulan puasa ini kan. Kalau nak pandai, jom lah pandai beramai ramai kannn. Mari cuba resepi biskut mazola wifey yang paling sedap dan senang ini.
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah- digoreng tanpa minyak ( kisar halus jangan lupa buangkan kulit kacang tu dulu, kena rajin lah sikit engkau ni pon, nak pandai kan? )
100gm caster sugar - dikisar halus jugak
1 botol kecil minyak jagung Mazola - guna separuh aje
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
Kuning telur
Gaulkan tepung, gula, garam, baking powder dan kacang yang telah dikisar.
Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Uli sehingga doh menjadi lembut. Jangan terlampau lembik sebab nanti dia cepat mengembang. Kalau terlembik jugak, tambah aje tepung sedikit lagi jangan susah hati.
Bentukkan kecil kecil / ikut citarasa masing masing dan susun ke dalam loyang yang diletakkan sedikit butter.
Sapu kuning telur dan bakar dengan suhu 180c antara 20-25 minit / hingga perang dan masak.
Selamat menjamu selera dengan mazola di pagi raya waahhh gituu ;)
Wednesday, August 15, 2012
Minal Aidin Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir dan Batin
Bakal berlalu lagi kekasihku Ya Ramadan
Insyaallah mudahan ditemukan lagi dengan izinMu Ya Allah
Selamat datang Syawal bulan kemenangan
Mari bersama raikan dengan penuh kesyukuran
Di atas segala nikmat yang Allah janjikan
Salam Eid ul Fitr
Maaf Zahir dan Batin
Untuk semua kenalan kesayangan
Maaf seandainya terkasar bahasa
Tersentuh di jiwa
Khilaf hanya datang dari saya
Tanpa rasa sengaja
Semoga Lebaran ini
Akan mengeratkan lagi
Silaturrahim di antara kita
Bersaudara hingga ke akhir usia hendaknya
Bersaudara hingga ke akhir usia hendaknya
Selamat Hari Raya
Untuk semua!
-Sash-
Aidilfitri, 2012
Penang Malaysia
Tuesday, August 14, 2012
Salam Ramadan dari Penang
Halo!
Selamat berpuasa semua. Jangan nak ngelat. Jangan. Tinggal lagi berape hari aje. Curtain baru dah pasang ke uolss? Heeee.
Okay itu intro.
Lama nye tak masuk belog sendiri. Asal balik kampung mesti takde entry, asal takde entry mesti lah balik kampung kejenye. Alahaai cliche sangat. Bohsan.
Maklumlah raya pon dah tak lama, maka sibuk lah anak beranak ini dengan kerja kerja rumahtangga. Pagi tadi bawa mom pegi wet market carik daun palas untuk buat ketupat pulut nanti. Beli awal awal senang, lusa dan buleh anyamkan dulu, nanti sabtu bila dah masak beras pulut terus sarungkan aje. Senang sikit keje mom :) Anakanda ini tolong ape yang mampu aje, nak buat semua memang tak pandai. Makan buleh lah diharap. Tapi mom bukannye suka aku menyemak kat kitchen dia jugak, dia buat sorang sorang lagi senang katanye, sebab kalau dengan aku memang penat bersoal jawab karang :D
Akibat perbuatan kami yang beriya sakan pegi wet market, bila tengok ketam yang fresh fresh kat situ terus teringin nak makan sup ketam dengan tak semena mena. Kalau kat kl tak penah merasa nak memasak dan makan semua nih, sebabnye nak potong kaki ketam pon terkial kial macam aku pulak yang nak kena makan dengan ketam tu.
Maka, hari ini kami berbuka puasa kat rumah. Mom masak sangat laju dan sedap. Kalau aku masak laju belum tentu pon sedap. Ha ha ha. Mom goreng telur pon confirmed akan menjadi rebutan seisi keluarga. Si facebook pon tak nak ketinggalan.
Meriah lah jugak kami empat beranak makan tadi. Mom masak sup ketam untuk aku sorang aje sebab yang lain memang tak makan ketam, korma ayam kampung, ayam masak kapitan kesukaan The Other Half, dalca sayur sayuran dan tulang, sayur capcai, murtabak daging cincang yang padat dengan daging dan cekodok jagung udang. Semua mom masak sorang sorang, aku tolong hiris bawang bawang aje.. ha ha ha Okay letteww kan.
Lepas masak, kami pon memulakan misi membuat kueh raya dengan jayanye. Tahun nih rasanye tak banyak yang nak dibuat kot adelah dua tiga jenis aje, yang lain kitaorang beli. Tapi paling wajib buat adelah butter cornflakes cookies.
Yum yum yum. Kueh raya pertama kami. Harum semerbak dalam rumah. Lepas makan nasik, terus tak sabar sabar bancuh coffee dan cicah. Masing masing punye lah menahan nafsu makan biskut raya dari petang tadi. Mahu nak dekat separuh balang dah selesai. Buat kecik kecik, pastuh gebu dan crunchy di luar pulak tuh. Memang sekali makan mahu dua tiga belas biji baru puas hati kot. Ini antara biskut raya yang paling sedap mom buat dan yang paling suka dimakan oleh semua orang di dalam family. Ha ha
Ini yang aku order dengan kawan sebelum balik penang. Tarts tulip. Sangat comel kan, sampai nak makan pon rasa terlebih sayang. Dah dua tahun berturut turut aku beli dengan dia.
Nih lah si Twitter yang sibok macam dia pulak yang nak sambut raya mengalahkan aku. Macam nak cubit cubit aje perot bulat dia tuh. Manja dan sensitif bukan main. Kalau suruh keluar, terus merajuk tepi pintu pastuh pandang lantai aje. Heh heh heh ikut perangai sape pon tak tau.
Kepada semua kawan kawan budiman, Selamat menjalankan ibadah dan kembara mencari Lailatul Qadr' di penghujung Ramadan ini, semoga doa, segala ibadah dan amalan kita diberkati Allah Swt.
Jumpa lagi!
Tuesday, August 7, 2012
Perut perut yang lazat
Hahahahahaha ape punye tajuk entry engkau nih sash? Memang mintak tali pinggang sangat kan.
( lagu tema gambar ini adelah Butterfly by Melly Goeslaw..hikhhikhiks tetibe plak)
Minggu lepas dapat makan banyak banyak dan sedap sedap dan perut pon eh, sudah malas nak sambung. Ekceli hari hari pon makan sedap kalau ikut selera sendiri, tapi ini adelah luarbiasa punye sedap. Dan paling penting, dia adelah sangat berbaloi. Lepas makan, dapat pegi Pavilion kejap. Kejap aje. Tapi jadik lah kan. Heh heh heh.
Antara satay ayam dan satay daging yang paling sedap penah kami rasa. Isi dia banyak, dan besar gabaq. Tak kedekut daging pulak. Cicah dengan kuah kacang yang pedas dan pekat, terbaik lah sangat. Bila makan kuah kacang yang sedap macam gitu, teringat nasi impit dan kuah kacang yang mom masak :)
Bila selesai mengerjakan kambing itu, tetiba rasa nak makan nasik pulak. Lumrah lah kan, bila dah tengok banyak makanan, semua macam nak makan masa tu jugak. Tapi The Other Half tetap dengan misi dia meratah kambing sehinggalah ke akhir waktu. Ha ha. Jadi untuk tidak ketinggalan merasa makanan yang lain, aku ambiklah serba sedikit aje (sedikit? haahahaha) Seperti yang kelihatan di dalam gambarajah di atas adelah seperti, nasik minyak, kupang goreng cili padi, telur masin, sambil belacan, sambal tumis udang dan petai, ayam masak halia, steamed tofu, sayur campur, kuah asam pedas dan seketul daging kambing yang dimasak gulai :)))) Ape lah sangat kannnnn...
Tidak dilupakan, semangkok laksa penang tetap menjadi pujaan hatiku selalu.
Dan diakhiri dengan puding roti yang sungguh menggoncang jiwa dan raga. Ini lah punca utama aku nak sangat makan di sini. Tekstur dia ini sangat halus, gebu, lembut dan rangup di atas. Manis dan lemak memang tak ade tandingan lagi dengan mana mana puding yang penah kitaorang makan sebelum nih. Delicious pon dah tentu tentu kalah besar.
Okay tamat cerita perut yang lazat.
Hari nih hari kedua i masak kat rumah. Maknanye ade satu sesi lagi lah sebelum baliiikkkk kampungg!
Hew hew hew..
Monday, August 6, 2012
Menu berbuka simple dan sedap
Pengkhususan entry ini adelah kepada mereka mereka yang kurang berkemampuan dari segi tenaga zahir dan batin untuk menghadap kitchen lama lama sebab dah tak kuase nak memasak apa tiap tiap hari.
Mereka mereka itu adelah tergolong di dalam golongan seperti aku lah, tidak syak lagi. Ha ha ha
Ini adelah lauk pauk (macam ade 12 jenis lauk aje bila dia cakap macam gini kannn) yang sempat dimasak laju laju bila balik dari Ortho tadi. Naseb baik aku kena tukar wire braces hari nih, maknanye raya nanti gigihlah dapat makan ketupat sewenang wenangnya. Wahhh! I redho!
Bila sampai rumah, tenaga sudah menjadi sedikit kurang berbanding biasa maka terus nekad mahu memasak keema sudeh!
Tak sampai sejam, terus......paramm pamm pamm pammm (tolong nanyi macam mcd uols)
Lamb keema, recipe ibu mertua ku. Sepatutnye kena masak dengan lemon, tapi bekalan sudah kehabisan, maka aku curahkan aje sedikit lemonade bila dah hampir masak. Untung untung bertambah sedap kot. Heh.
Termasak jugak Pilau Rice dalam masa yang sama. Panjang jugak beras herba ponni nih kalau direndam lama dalam air. Sepanjang bulan puasa, memang kami amalkan beras ponni, bagus untuk diet harian katanye. Lagipon, kuranglah sikit rasa guilty aku kalau nak bertambah banyak banyak pon nanti. Heeeee :)
Pastuh selongkar magic fridge, ini aje yang ada untuk dibuat salad. Terhasil lah chunky salad akhirnye..
Rasa sangat happy sebab dah berjaya dalam misi untuk mengkosongkan magic frigde aku sebelum balik kampung nanti. Jadi minggu nih, ade lagi dua kali aktiviti memasak, lepas tu kita buleh Enjooyyyy!
Saturday, August 4, 2012
Rambang bernombor 1 hingga 30
1. Hari hari yang padat dan mampat. Walaupon sudah jarang jarang kelihatan di dapur, tapi rutin keje yang lain tetap berjalan seperti biasa. Bertambah laju lagi sekarang ini, maklum lah hari raya sudah mahu tiba, tak gitu.
2. Ibubapa bakal datang bila bila masa di minggu ini. Jadi aku haruslah bersiap sedia supaya mereka tidak terkena kejutan di bulan puasa kalau rumah bersepah seumpama diduduki laki bini bersama zuriat sebanyak enam orang. Jadi, nampak tidak di sini keberkaitan no 1 dan no 2.
3. Setelah beberapa tahun tidak memakai baju kurung tradisi di aidilfitri, maka tahun ini buat julung julung kalinya akan memakai baju kurung pahang di pagi raya. Warna tema adelah rohsia =) Cheh..
4.Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyanyang, tahu tidak. Setiap apa yang Allah berikan, wajib dan perlu kita ucapkan syukur, Alhamdulillah. Walaupon terkurang ke dari orang lain, ataupon jugak diberikan lebih rezeki dari selalu, jangan lupa Allah. Kalau Dia belum kabulkan doa kita, mintak lah lagi. Jangan sombong dengan Allah. Terima kasih Tuhanku, tiada satu pon nikmatmu yang aku perlu dustakan.
5. Makanan menjadi sangat best sewaktu bulan Ramadan. Walaupon memasak main campak campak aje garam dan gula, namun hasilnya tetap menjadi, 'eh macam sedap lah aku masak hari ini'. Kalau dapat makan masakan orang, bertambah tambah lah sedap. Makan satay wak joko depan Bestari tu pon buleh rasa nak nangis sebab terlampau enak. Ha ha ha - Drama-
6. Tiada menjalani proses membeli baju raya di bulan puasa. Dulu dulu, jenuh jugak lah sampai terkelepek mangsa mangsa yang men-sudikan diri untuk ikut aku beli baju raya. Tahun nih aku dah siap beli awal awal masa balik London hari itu. Balik? Itu istilah aku. Tak suka tak apa. Baju di sana aku rasa lebih berbaloi dan trendy dari di sini. Itu aku rasa laa. Jadi, sebab aku jarang jarang dapat balik ke sana macam aku balik penang sebulan sekali itu, ha ha ha, sekali pegi haruslah buat bekalan untuk setahun. Kurang kurang pon buleh lah cover hari hari terpenting dalam hidup aku, contohnya seperti hari raya, hari kahwin, hari jadi diri sendiri dan hari hari yang aku rasa menjadi keperluan untuk memakai baju baru.
7. Kurang menjadi glad tinggal di Kuala Lumpur sewaktu berpuasa sebegini. Payah untuk bertoleransi dengan kesesakan traffic di petang hari. Pukul 5 dari rumah aku ke klcc, pukul 6.45 baru selamat sampai. Padahal hari hari biasa, kurang dari 10minit sajork ( kalau bukan waktu pejabat lah ). Itu belum lagi nak berebut rebut mencari tempat makan, macam siapa cepat dia menang lah pulak. Kalau di Penang, buleh aje berlengah lengah makan di Bee Chew yang paling sedap di dunia itu macam tak ada hal langsung.
8. Tandas awam di Malaysia sangat mendukacitakan. Kalau pening buleh membawa kepada migrain terus kadang kadang.
9. Pasar Ramadhan tahun ini kurang menggamit citarasa. Cepatlah datang minggu baru! Tak sabar nak balik kampung. Haaaaiiiiiiiiiihhh.
10. Family kami adelah best. Walaupon tak besar, tapi rasa sangat harmoni. Sekarang ini pulak zaman makin canggih, tak dapat jumpa tiap tiap hari tak menjadi bebanan lagi. Buleh FaceTime sahaja dengan ibubapa dan mertua. Buleh berbincang bincang pasal resepi masakan lagi. Kalau di pagi raya lagi lah riuh rendah, saya dan ipar ipar yang lain masing masing nak tunjuk masakan kami dan bertukar tukar juadah di alam maya. Ha ha ha. Tahun ini mungkin beraya sama sehari jugak. Diorang suka ketupat dan serunding, sebab dulu balik sana penah bawak sekali. Insyaallah, hujung tahun mungkin dapat jumpa lagi kalau mereka jadi datang sini. Tak puas jumpa setahun sekali. Terima kasih Ya Allah kurniakan keluarga yang paling penyayang untuk kami.
11. Masih belum dapat hadiah untuk dad. Birthday dad hari raya ketiga nanti. Ulangtahun perkahwinan kami adelah sehari sebelum raya. Jadi kami bercita cita mahu menyambut kedua duanya sekali, tak payah lah aku pening pening nak beli cake banyak banyak, tak ade sape yang sanggup habiskan nanti, melainkan si Facebook yang setia menanti apa sahaja rezeki yang ada untuk dia.
12. Lately ini aku sering musykil akan cara penggunanaan breast pump. Hahahahaha. Bersusah susah men-google untuk menuntut ilmu. Sebab aku masih tak dapat bayangkan aplikasi keseluruhannya itu. Adakah ia sakit? Ewwwww cukup sampai di sini.
13. Aku jarang jarang dapat tengok Olympic saban hari. Sebab bila malam, baru aje nak menghadap tv, dia yang bantai tengok aku dulu. Kalau siang hari tak payah lah cerita. Sebab sama dengan point no 1.
14. Sangat sayang akan si dia hingga ke Syurga ( Insyaallah )
Nombor 15 hingga 29 mempunyai maksud yang sama seperti nombor 14.
Nombor 30 jugak.
Terimalah hadiah dari hati, burger sepah bersalut daging, keju bersama telur, sauce dan mayo juga salad yang segar dan ranggup, untuk tatapan semua sebab sudi baca dengan gigihnya.
Sekian.
Friday, August 3, 2012
Minggu ni I masak dua kali
Nak jugak jadik bahan. Kah kah kah.
Pastuh minggu depan.....Weehoooooo tak sabar nak bawak keluar bag baju siap siap nanti :)) Hmmmmm.
-Sash-
Ekceli aku pon taktau kenape dua kali aje aku masak, tapi tak kisah lah.. janji aku tetap puasa penuh sehingga ke hari 14 ini :))))))
Minggu nih, banyak makan kat luar sebab suami kurang menjadi busy. Jadi takde lah bohsan sangat terpaksa memakan makanan di rumah sendiri kan. Tapi kami takde lah sempat nak merayap jauh jauh, Ya Allah memang teruk sangat traffic kat Kolumpo nih, buleh mengurangkan pahala berpuasa kalau tidak cukup sabar di dada. Adoiiilaaa..
Paling jauh pon kami akan ke Mid V atau The Curve aje. Itupon sebab buleh cilok cilok short cut katanye. Yang lain jangan harap lah, memang kena tunggu hujung minggu.
Menu pertama awal minggu : Assam pedas ikan tenggiri dan udang goreng bersama peas. Durasi masakan adelah Satu Jam Sahaja. Buleh lah cuba bagi sape sape yang berpotensi untuk menggigil di dapur lama lama di awal minggu macam blogger ini. Heh.
Menu kedua hari ini : Tomyam kung ayam, udang, crab ball, enoki mushroom, carrot dan peas. Oh ya, kobis pon ade jugak, saki baki dari stock minggu lepas. Hahahaha. So i campak aje lah, stock clearance kekdahnye.. Lepas tu, i masak green curry ayam dengan eggplant jugak. Ini memang khususkan untuk The Other Half sebab dia ini kalau tomyam memang kurennggg sikit jalan.
Itu aje lah yang sempat dimasak minggu nih. Esok memang dah cerah lagi bersuluh lah bahawasanye dapur akan tertutup rapat.
Sebab, esok darling husband nak ajak pegi buffet lagi, sempena anniversary kami yang bakal tiba. Heheheheh. Motif nak sambut awal dua minggu kenape pulak cik puan besaq? Memang tidak syak lagi lah ini idea sang isteri. Bila balik penang nanti, buleh lah sambut kat sana jugak. Kurang kurang cheq dapat dua kali hadiah kot?
Kahkahkahkah!
Pastuh minggu depan.....Weehoooooo tak sabar nak bawak keluar bag baju siap siap nanti :)) Hmmmmm.
-Sash-
Subscribe to:
Posts (Atom)