Doa selepas Ramadan
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa ibubapaku
Ya Allah, kuatkanlah imanku, iman keluargaku, iman para sahabatku
Ya Allah, berikanlah kejayaan duniya dan akhirat kepadaku
Aamen.
( sumber dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood )
Tahap kepenatan sudah beransur kurang. Kalau buleh tido balik lepas subuh dan bangun semula pada jam 11 pagi maka itu yang dikatakan sudah tidak akan penat lagi selama lamanya. Ha ha. Sememangnya tiada yang paling indah bila dapat bangun lewat sesuka hati, lepas mandi, turun bawah dah terbentang breakfast yang dimakan sewaktu lunch. Breakfast pulak paling cikai cikai pon mesti ada mee goreng atau nasi goreng dengan salad atau nugget. Oh perasaan seperti di heaven sangat ketika waktu itu.
Kalau kat keyyel tak payah nak verrangan lah kot. Heeee!
Tetamu sudah tidak ramai, tapi setiap hari masih ada saki baki yang datang berhari raya jugak. Kalau ter-rajin, maka masaklah kami anak beranak. Kalau malas melanda, maka makan lah kueh kueh raya yang dah sedia terhidang itu. Hikhikhik. Jadi naseb badan masing masing lah kan. Kesian jugak kat mom kalau nak mintak dia masak banyak banyak. Kalau aku dengan The Other Half aje, kami buleh menapak ke nasik kandar macam tak ada hal langsung pun tak apa.
Raya ke lima mom masak beehun soup daging. Dah alang alang masak, kena lah lebih kan, sebab dah tahu memang ade aje yang akan terdatang ke rumah kelak. Kawan The Other Half yang dekat sini pon ramai jugak. Sekali singgah ke rumah, memang satu rombongan diaorang akan angkut seperti setiap tahun. Ha ha ha
Pegi wet market cari tulang rusuk. Pastuh nak bagi lagi sedap, mintak mom tambahkan fishball dengan fishcake jugak. Pastuh rebus tulang dengan rempah ratus ape ntah ( mom aje tau, sebab aku tak pernah buat pon maklumlah tak pernah masak cengini kat rumah sendiri ) sampai tulang dan daging masak dengan lembut. Baru namanye sup utara..
Dan unsur unsur yang utama mestilah kena ada cili potong dengan sambal limau uolsss. Mak aaihh baru terangkat kalau hirup sup panas panas gitu. Makan sampai berpeluh peluh baru puas hati kan. Beehun soup mom adelah sangat best, belum lagi makan sebest macam nih kat luar, nak nak lagi kalau di kolumpo itu.
Ini makanan utama The Other Half. Dia ini kan kureng sikit kalau bab memakan species beehun, mee soup dan laksa. Memang buleh nanges kalau aku paksa dia makan jugak, ha ha.. kalau soup dimakan dengan nasik buleh lah pulak dia menghadap.
Jadi mom masak special kat dia hari tu. Aku pon belum penah makan menu ini. Kambing Wanggey. Hahhahahahaha. Gelak sampai nak pingsan uolssss. Lepas makan sibok dia dok wanggey wanggey kan i nokzz. Hate chu! :P Dah mintak recipe nih dengan mom, senang dan sedap, balik Kl nanti pandai pandai lah aku wanggey kan apa yang ada dalam magic fridge itu nanti.
Selamat berpuasa enam kepada yang sedang berpuasa. Kepada yang belum itu ( termasuklah diri sendiri ) jangan lalai dengan duniawi aje. Ha ha ha
haaa? kambing wanggey ? klasik nya namanya haha...lazatnya tgk bihun sop tu,adoiyaii terliuq kami!
ReplyDeleteSash, share resepi tu.... I pun nk wanggey gak nih.... Huhuhuhu :-)
ReplyDeleteHa ha ha.. baik baik, nanti i tempekkan recipe.
ReplyDelete