Saturday, August 4, 2012

Rambang bernombor 1 hingga 30

1. Hari hari yang padat dan mampat. Walaupon sudah jarang jarang kelihatan di dapur, tapi rutin keje yang lain tetap berjalan seperti biasa. Bertambah laju lagi sekarang ini, maklum lah hari raya sudah mahu tiba, tak gitu.
2. Ibubapa bakal datang bila bila masa di minggu ini. Jadi aku haruslah bersiap sedia supaya mereka tidak terkena kejutan di bulan puasa kalau rumah bersepah seumpama diduduki  laki bini bersama zuriat sebanyak enam orang. Jadi, nampak tidak di sini keberkaitan no 1 dan no 2.
3. Setelah beberapa tahun tidak memakai baju kurung tradisi di aidilfitri, maka tahun ini buat julung julung kalinya akan memakai baju kurung pahang di pagi raya. Warna tema adelah rohsia =) Cheh..
4.Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyanyang, tahu tidak. Setiap apa yang Allah berikan, wajib dan perlu kita ucapkan syukur, Alhamdulillah. Walaupon terkurang ke dari orang lain, ataupon jugak diberikan lebih rezeki dari selalu, jangan lupa Allah. Kalau Dia belum kabulkan doa kita, mintak lah lagi. Jangan sombong dengan Allah. Terima kasih Tuhanku, tiada satu pon nikmatmu yang aku perlu dustakan.
5. Makanan menjadi sangat best sewaktu bulan Ramadan. Walaupon memasak main campak campak aje garam dan gula, namun hasilnya tetap menjadi, 'eh macam sedap lah aku masak hari ini'. Kalau dapat makan masakan orang, bertambah tambah lah sedap. Makan satay wak joko depan Bestari tu pon buleh rasa nak nangis sebab terlampau enak. Ha ha ha - Drama-
6. Tiada menjalani proses membeli baju raya di bulan puasa.  Dulu dulu, jenuh jugak lah sampai terkelepek mangsa mangsa yang men-sudikan diri untuk ikut aku beli baju raya. Tahun nih aku dah siap beli awal awal masa balik London hari itu. Balik? Itu istilah aku. Tak suka tak apa. Baju di sana aku rasa lebih berbaloi dan trendy dari di sini. Itu aku rasa laa. Jadi, sebab aku jarang jarang dapat balik ke sana macam aku balik penang sebulan sekali itu, ha ha ha, sekali pegi haruslah buat bekalan untuk setahun. Kurang kurang pon buleh lah cover hari hari terpenting dalam hidup aku, contohnya seperti hari raya, hari kahwin, hari jadi diri sendiri dan hari hari yang aku rasa menjadi keperluan untuk memakai baju baru. 
7. Kurang menjadi glad tinggal di Kuala Lumpur sewaktu berpuasa sebegini. Payah untuk bertoleransi dengan kesesakan traffic di petang hari. Pukul 5 dari rumah aku ke klcc, pukul 6.45 baru selamat sampai. Padahal hari hari biasa, kurang dari 10minit sajork ( kalau bukan waktu pejabat lah ). Itu belum lagi nak berebut rebut mencari tempat makan, macam siapa cepat dia menang lah pulak. Kalau di Penang, buleh aje berlengah lengah makan di Bee Chew yang paling sedap di dunia itu macam tak ada hal langsung. 
8. Tandas awam di Malaysia sangat mendukacitakan. Kalau pening buleh membawa kepada migrain terus kadang kadang. 
9. Pasar Ramadhan tahun ini kurang menggamit citarasa. Cepatlah datang minggu baru! Tak sabar nak balik kampung. Haaaaiiiiiiiiiihhh.
10. Family kami adelah best. Walaupon tak besar, tapi rasa sangat harmoni. Sekarang ini pulak zaman makin canggih, tak dapat jumpa tiap tiap hari tak menjadi bebanan lagi. Buleh FaceTime sahaja dengan ibubapa dan mertua. Buleh berbincang bincang pasal resepi masakan lagi. Kalau di pagi raya lagi lah riuh rendah, saya dan  ipar ipar yang lain masing masing nak tunjuk masakan kami dan bertukar tukar juadah di alam maya. Ha ha ha. Tahun ini mungkin beraya sama sehari jugak. Diorang suka ketupat dan serunding, sebab dulu balik sana penah bawak sekali. Insyaallah, hujung tahun mungkin dapat jumpa lagi kalau mereka jadi datang sini. Tak puas jumpa setahun sekali. Terima kasih Ya Allah kurniakan keluarga yang paling penyayang untuk kami.
11. Masih belum dapat hadiah untuk dad. Birthday dad hari raya ketiga nanti. Ulangtahun perkahwinan kami adelah sehari sebelum raya. Jadi kami bercita cita mahu menyambut kedua duanya sekali, tak payah lah aku pening pening nak beli cake banyak banyak, tak ade sape yang sanggup habiskan nanti, melainkan si Facebook yang setia menanti apa sahaja rezeki yang ada untuk dia. 
12. Lately ini aku sering musykil akan cara penggunanaan breast pump. Hahahahaha. Bersusah susah men-google untuk menuntut ilmu. Sebab aku masih tak dapat bayangkan aplikasi keseluruhannya itu. Adakah ia sakit? Ewwwww cukup sampai di sini.
13. Aku jarang jarang dapat tengok Olympic saban hari. Sebab bila malam, baru aje nak menghadap tv, dia yang bantai tengok aku dulu. Kalau siang hari tak payah lah cerita. Sebab sama dengan point no 1.
14. Sangat sayang akan si dia hingga ke Syurga ( Insyaallah )
Nombor 15 hingga 29 mempunyai maksud yang sama seperti nombor 14.
Nombor 30 jugak.


Terimalah hadiah dari hati, burger sepah bersalut daging, keju bersama telur, sauce dan mayo juga salad yang segar dan ranggup, untuk tatapan semua sebab sudi baca dengan gigihnya.


Sekian.

3 comments:

  1. Sash, why r u wondering about breast pump? Am i missing smthing? (am scratcing my head) Hehhehe... Bulan2 poser ni rasa nk nangis tgk burger tu.... Looks very the very delicious la.... :-)

    ReplyDelete
  2. Hahahaha, lawak aah..i kan suka menggali ilmu di kala sepi. You tau ke guna breast pump mcm mana?Hahahaha. Elok klu kita belajar dari skrang kan. Ngeeee ;)

    ReplyDelete
  3. Errr, theoritically tau.... Hhehhe...but u right.... Nk google gk la... Hehhehehe :-)

    ReplyDelete