Tuesday, August 7, 2012

Perut perut yang lazat

Hahahahahaha ape punye tajuk entry engkau nih sash? Memang mintak tali pinggang sangat kan.

( lagu tema gambar ini adelah Butterfly by Melly Goeslaw..hikhhikhiks tetibe plak)

Minggu lepas dapat makan banyak banyak dan sedap sedap dan perut pon eh, sudah malas nak sambung. Ekceli hari hari pon makan sedap kalau ikut selera sendiri, tapi ini adelah luarbiasa punye sedap. Dan paling penting, dia adelah sangat berbaloi. Lepas makan, dapat pegi Pavilion kejap. Kejap aje. Tapi jadik lah kan.  Heh heh heh. 


Antara satay ayam dan satay daging yang paling sedap penah kami rasa. Isi dia banyak, dan besar gabaq. Tak kedekut daging pulak. Cicah dengan kuah kacang yang pedas dan pekat, terbaik lah sangat. Bila makan kuah kacang yang sedap macam gitu, teringat nasi impit dan kuah kacang yang mom masak :) 


Pastuh kami makan encik kambing pulak berpinggan pinggan. Cicah dengan mint sauce dia yang malatopss itu, aaahhh memang sedap, juicy, dan rasa macam tak payah makan yang lain pun tak ape.


Bila selesai mengerjakan kambing itu, tetiba rasa nak makan nasik pulak. Lumrah lah kan, bila dah tengok banyak makanan, semua macam nak makan masa tu jugak. Tapi The Other Half tetap dengan misi dia meratah kambing sehinggalah ke akhir waktu. Ha ha. Jadi untuk tidak ketinggalan merasa makanan yang lain, aku ambiklah serba sedikit aje (sedikit? haahahaha) Seperti yang kelihatan di dalam gambarajah di atas adelah seperti, nasik minyak, kupang goreng cili padi, telur masin, sambil belacan, sambal tumis udang dan petai, ayam masak halia, steamed tofu, sayur campur, kuah asam pedas dan seketul daging kambing yang dimasak gulai :)))) Ape lah sangat kannnnn...


Tidak dilupakan, semangkok laksa penang tetap menjadi pujaan hatiku selalu.

 

Dan diakhiri dengan puding roti yang sungguh menggoncang jiwa dan raga. Ini lah punca utama aku nak sangat makan di sini. Tekstur dia ini sangat halus, gebu, lembut dan rangup di atas. Manis dan lemak memang tak ade tandingan lagi dengan mana mana puding yang penah kitaorang makan sebelum nih. Delicious pon dah tentu tentu kalah besar.

Okay tamat cerita perut yang lazat.


Hari nih hari kedua i masak kat rumah. Maknanye ade satu sesi lagi lah sebelum baliiikkkk kampungg!


Hew hew hew..


3 comments:

  1. kelas makanan2 ko puan besaq,...tahniah kerana berjaya menggoda selera ku hehe

    ReplyDelete
  2. Uih... Mmg lazat...tetiba teringat sate perut.... Ngeeee :-)

    ReplyDelete
  3. Heh heh, ladies semua..klu ade tempat tempat atau resepi yang lazat untuk perut silalah kongsi jugak ;)

    ReplyDelete