Tuesday, August 14, 2012

Salam Ramadan dari Penang

Halo!

Selamat berpuasa semua. Jangan nak ngelat. Jangan. Tinggal lagi berape hari aje. Curtain baru dah pasang ke uolss? Heeee.

Baju pagi raya dah siap, baju raya kedua dan seterusnya pun dah ada (ha ha gelak sombong), kasut raya mom dah beli minggu lepas, bag raya beli dengan duit poket sendiri masa kat London dulu, puas hati giler, tudung raya The Other Half beli tiga helai, lagi beberapa helai tu beli sendiri dua tiga bulan yang lepas, Henna nak pakai sebelum raya pun dah siap ada mom in law dah hantaq, rambut raya pon dah siap potong hahahaha, memang berbaloi sangat rasa berambut rihanna nih,  (dad yang bagi nama tuh, dia cakap rambut aku pendek dah rupa rihanna, alaaaa apesal dia tak cakap macam posh ek tak paham pulak kat situ ha ha ha ) maklumlah sekarang kat penang tengah berjerubu dan panas nak mampuih sah sah tak layak simpan panjang panjang dan paling tak buleh blah, caller ringtone pon dah siap letak lagu raya. Pendek kata memang tunggu masa aje lah nak menyambut lebaran.

Okay itu intro.

Lama nye tak masuk belog sendiri. Asal balik kampung mesti takde entry, asal takde entry mesti lah balik kampung kejenye. Alahaai cliche sangat. Bohsan.

Maklumlah raya pon dah tak lama, maka sibuk lah anak beranak ini dengan kerja kerja rumahtangga. Pagi tadi bawa mom pegi wet market carik daun palas untuk buat ketupat pulut nanti. Beli awal awal senang, lusa dan buleh anyamkan dulu, nanti sabtu bila dah masak beras pulut terus sarungkan aje. Senang sikit keje mom :) Anakanda ini tolong ape yang mampu aje, nak buat semua memang tak pandai. Makan buleh lah diharap. Tapi mom bukannye suka aku menyemak kat kitchen dia jugak, dia buat sorang sorang lagi senang katanye, sebab kalau dengan aku memang penat bersoal jawab karang :D


Akibat perbuatan kami yang beriya sakan pegi wet market, bila tengok ketam yang fresh fresh kat situ terus teringin nak makan sup ketam dengan tak semena mena. Kalau kat kl tak penah merasa nak memasak dan makan semua nih,  sebabnye nak potong kaki ketam pon terkial kial macam aku pulak yang nak kena makan dengan ketam tu. 

Maka, hari ini kami berbuka puasa kat rumah. Mom masak sangat laju dan sedap. Kalau aku masak laju belum tentu pon sedap. Ha ha ha. Mom goreng telur pon confirmed akan menjadi rebutan seisi keluarga. Si facebook pon tak nak ketinggalan.


Meriah lah jugak kami empat beranak makan tadi. Mom masak sup ketam untuk aku sorang aje sebab yang lain memang tak makan ketam, korma ayam kampung, ayam masak kapitan kesukaan The Other Half, dalca sayur sayuran dan tulang,  sayur capcai, murtabak daging cincang yang padat dengan daging dan cekodok jagung udang. Semua mom masak sorang sorang, aku tolong hiris bawang bawang aje.. ha ha ha Okay letteww kan.

Lepas masak, kami pon memulakan misi membuat kueh raya dengan jayanye. Tahun nih rasanye tak banyak yang nak dibuat kot adelah dua tiga jenis aje, yang lain kitaorang beli. Tapi paling wajib buat adelah butter cornflakes cookies.


Yum yum yum. Kueh raya pertama kami. Harum semerbak dalam rumah. Lepas makan nasik, terus tak sabar sabar bancuh coffee dan cicah. Masing masing punye lah menahan nafsu makan biskut raya dari petang tadi. Mahu nak dekat separuh balang dah selesai. Buat kecik kecik, pastuh gebu dan crunchy di luar pulak tuh. Memang sekali makan mahu dua tiga belas biji baru puas hati kot. Ini antara biskut raya yang paling sedap mom buat dan yang paling suka dimakan oleh semua orang di dalam family. Ha ha

Ini yang aku order dengan kawan sebelum balik penang. Tarts tulip. Sangat comel kan, sampai nak makan pon rasa terlebih sayang. Dah dua tahun berturut turut aku beli dengan dia.



Nih lah si Twitter yang sibok macam dia pulak yang nak sambut raya mengalahkan aku. Macam nak cubit cubit aje perot bulat dia  tuh. Manja dan sensitif bukan main. Kalau suruh keluar, terus merajuk tepi pintu pastuh pandang lantai aje. Heh heh heh ikut perangai sape pon tak tau.


Kepada semua kawan kawan budiman, Selamat menjalankan ibadah dan kembara mencari Lailatul Qadr' di penghujung Ramadan ini, semoga doa, segala ibadah dan amalan kita diberkati Allah Swt.


Jumpa lagi!

2 comments:

  1. Huwaa.... bestnya dah balik kampung...i keje lagik sampai jumaat nih... huhuhuhu (mcm la kmpung jauh sgt i nih). Comel bangat si twitter tu...

    Slamat ari raya sash...Semoga sama2 bertemu malam lailatulqadar :-)

    ReplyDelete
  2. Sama sama, salam aidilfitri maaf zahir & batin. Berhati hati di jalan raya jugak bila balik kampung nnt :)

    ReplyDelete