Saturday, July 30, 2011

Marhabban Ya Ramadan

Grey is beautiful! Tema curtain baru cik puan besar tahun nih. Masyaallah sungguh mengujakan. Woot!



Assalammualaikum semua

Halo! puan puan

Halo cik puan!

Selamat datang Ramadan. Sesungguhnye saya dan suami tersangat gembira dan teruja menyambut kedatangan bulan mulia ini yang tinggal lagi beberapa jam. Sekali lagi Allah berikan kesempatan berpuasa dan menunaikan ibadah bersama sama orang yang saya sayang seperti tahun tahun yang lalu. Syukur teramat sangat.

Okay mari buat entry cepat cepat sebab baru balik dari Ikea. Hoh? Yea. Akhirnye aku pegi Ikea jugak hari ini. Ha ha ha. Selamat maju jaya sangat nokz.

1. Spring cleaning yang terlampau. Rumah berseh, lantai licin berkilat sampai buleh suluh muka sendiri. Mesti ibubapa puji tak habis bila tengok kelak. Tunggu aje lah nanti bile diaorang datang. Heh heh.

2. Telah akhirnye membeli curtain baru. Ya Allah syukur! Dapat jugak tukar curtain raya tahun neh. Ha ha. Perasaan gembira bukan kepalang umpama mendapat handbag baru. Maklum lah jarang jarang tukar curtain. Tak sabar nak pasang nanti. Biar seri lain macam ramadan dan syawal kali nih. Thank you encik suami yang akhirnye termakan pujuk rayu yang berbaur sedikit unsur ugutan itu. Kahkahkah! Hep hep! ugut ugut sayang. Tak dosa. Kau mane tahu. Cuba lah kalau berani. Ha ha.

3. Esok mahu membeli belah barang dapur di mid-v. List grocery sudah menjadi sangat panjang. Minggu depan tiap tiap hari nak memasak dan berbuka di rumah aje. Mungkin hujung minggu baru berbuka di luar. Tapi tengok lah macam mana. Kalau cik puan tak mengigil kat dapur akibat kena masak tiap tiap hari kan. Ataupun aku purak purak gigil, test market camne? Ha ha. Tengok lah.

4. Tak sabar mahu men-shopping di bazar ramadan. Shopping kueh kueh, pudding pudding dan kueh kueh lagi. Janji shopping kan nokz. Oh saya adelah pencinta kueh di bulan puasa. Kalau tak dapat makan kueh aku buleh menangis hendaknye.-Drama- Kueh yang paling suka tak hengat adelah tepung pelita. Selalunye bazar yang selalu kitaorang hadap adelah di Bangsar dan TTDI. Kalau rajin sampai ke Putrajaya pon buleh pegi jugak. Ape susah, tekak berdua aje kan. Masing masing songeh lebih kurang. So takde ape hal sangat.

5. Esok mahu pegi terawih bersama suami. Tahun lepas tak sempat tunai solat pertama terawih. Tahun nih, Alhamdulillah berpeluang. Gembira.

6. Sudah ade menu menu berbuka untuk hari pertama nanti. Rutin kami tiap tiap hari berbuka selalunye macam tahun tahun lepas jugak. Hidang makan minum sama sama, baca doa berbuka bersama, suap suap kurma, cedok lauk pauk untuk suami, lepas tu solat sama sama. Alhamdulillah syukur. Tahun nih dapat lagi menyambut kemuliaan ramadan di sisi suami. Tiada apa yang paling menggembirakan dari itu. Betul.

7. Insyaallah saya akan berpuasa penuh tahun ini :)

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. May Allah grant us barakah.


Amen.

Thursday, July 28, 2011

Untungnya Isteri

Sambal udang untuk makan malam. Kegemaran suami dan isteri :)


1.Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.

2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga suaminya yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.

4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.

6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.

7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.

8. Apabil isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.

9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.


Tidak susah mana mencari pahala kan. Jadi, selamat beramal wahai wifey wifey semua.


p/s Tapi kalau tiba tiba aku pegi picit kepala dia malam karang, mesti tak pasal pasal dia menjadi curiga sejenak?? macam ade cheese di sebalik lasagna aje pompuan neh...? Ha ha ha. Nak dapat pahala dan 7 ketul emas tak salah kot cuba. Jom ramai ramai picit kepala suami malam neh. Jom la uols.. jom la..

Tuesday, July 26, 2011

Chicken rice mari bersantai


Semalam hari yang ter-best. Sebab dapat makan nasi ayam yang paling sedap di dunia (maafkanlah saya dengan statement ini) Kah kah kah! Sebab berpuasa kah? Atau pon memang kenyataan tak dapat dinafikan.

Saya adelah pemakan nasi dan ayam yang tegar. Kalau sehari tak makan nasi maka hancur luluh lah hati saya, umpama suami pegi obersee tidak mahu membawa saya bersama. Hoh? Apekah punye contoh yang langsung tak boley blah.

Oleh itu, saya adelah suka akan nasi ayam. Yang mom masak adelah favourite utama dan yang saya masak tiru macam mom pon saya akan bantai tak hengat jugak.


Ini adelah ayam goreng versi inchi kabin yang buleh dimakan bersama nasi kelak. Gigih aku menghias bagai untuk berbuka. Kalau hari hari tak puasa malas bukan main.

Soup yang menjadi kecintaan suami. Nomnomnom!!

Masa nih dah rasa mengigil kaki tangan tengok makanan sambil tunggu azan. Ha ha ha. Aparar.

Nasi ayam yang terbestestest dalam hidup aku. Tambah sampai 2 kali. Hubby pon tambah 2 kali jugak ^__^


Mari bersantai tu ape pulak? Ia adelah menunjukkan keadaan sekarang. Sebab tengah bersantai sambil menulis blog akibat sudah habis memasak. Sambal udang, salmon karaahi dan pak choy goreng. Hubby is working from home. Yabedabedooo!

winks&smiles!

Thursday, July 21, 2011

Saya rajin.com

Dah dua tahun saya beli edisi khas RASA. Tahun nih tambah satu lagi buku menu untuk meehun dan koey teow. Kalau buleh nak masak tiap tiap hari untuk berbuka, kalau terdaya lah kan. Kalau hadap bazar ramadan selalu pon macam jemu jugak. Itu satu hal. Traffic jam tak hengat pon satu hal lagi bila petang kat sini. Baik masak kat rumah aje. Tapi weekend mesti nak berbuka kat luar. Nak rasa buffet ramadan. Baru puas hati bila makan. Ekceli bukan saya buleh makan banyak mana pon, nafsu aje tu. Duniawi semata mata aje. Ha ha ha. Tapi tempat wajib seperti tahun tahun lepas adelah Rebung Resto, Marriott, Tarbush. Ape lagi ek?Hmm..

Okey..

Hari ini saya adelah menjadi rajin. Maka, selain dari berpuasa saya mengemas rumahtangga sampai giler puas hati, ha ha.. serta memasak untuk berbuka kelak. Saya bercita cita mahu berbuka puasa dengan butter rice dan juga rendang ayam. Kalau ada bubur kacang pon sedap jugak kan. Itu adelah cita cita saya dari semalam sebelum tido. Maka sebelum subuh dan teruja bagai mengemas itu ini dan selongkar fridge ape yang patut. Naseb baik semua stock makanan mencukupi untuk kami sekeluarga.

Maka ini adelah pencapaian saya untuk berbuka kelak. Taaaaadaaaaaa..!


1. Butter rice with loads of raisins

2. Rendang ayam macam mom masak. Tapi saya tak letak kerisik sebab lupa beli. Dan kuah mesti lebih sebab suka cicah cicah dengan roti sebelum tido.

3. Ini menu extra. Sayur capcay. Hubby suka. Saya lagi lagi lah suka. Sayur apa yang aku tak suka hah?


4. First time masak bubur kacang semenjak menjadi wifey orang. Apekah punye senang weh. Apesal aku tak penah buat dulu? Sambil tenyeh lipstick pon boleh jadi siap. Ha ha

5. Sambil sambil masak masak tadi, rendam biji selasih. Masak air gula, letak sedikit perasa rose. Buat sirap selasih. Letak daun pandan, masukkan dalam fridge. Jadi siap. Nanti buleh buat minum masa berbuka. Sangat men-sejokkan tekak uolss. Banyak khasiat biji selasih nih. Selain mensejukkan badan, itu aje lah yang aku tau sebenarnya pon. Ha ha ha. Omputih panggil basil seeds :) Saya suka minum air sirap selasih, tambah tambah masa bulan puasa. Tapi yang buat sendiri punye lah, sebab bau wangi. Beli macam tak sama aje rasa..


Semalam belek belek baju raya. Hoh? Sudah siap kah? Ader lah baru 7 helai. Kah kah kah. Baju kurung tak siap lagi. Jubah tak beli lagi. Hubby baru ade 3 helai pon tak kecoh. Cheh. Siap nak lumba lumba sape banyak. Kah kah kah.

Tinggal lagi 10 hari nak sambut Ramadan :)


Winks&smiles!

Monday, July 18, 2011

Down memory lane- part 2

...sambungan

Mari selak selak cerite lama lagi. Walaupun dah berkurun, tapi tetap nak hadap dalam blog jugak. Insyaallah, future kelak saya sangat berharap anak anak kami ( anak anak okeh..ha ha ) dapat jugak tengok ape yang mummy diaorang telah perjuangkan dalam hidup dia. Ha ha ha. Walaauuuupooonnnn..

Masa nih zaman Degree. Jenuh belajar bagai nak rak. Tiap tiap malam study sambil minum nescafe panas yang kaw kaw punyer. Kalau esok nak exam tak tido lah aku baca buku. Hafal nota. Saya tak suka belajar ramai ramai. Rasa rimas dan akhirnye akan membuatkan saya hilang fokus. Saya suka belajar sorang sorang dan dengar radio pelan pelan. Kalau penat, saya main guitar lagu cinta cinta memanjang. Masa nih saya sudah mula bercinta dengan encik suami yang handsome itu :) Dan juga berangan angan nak pakai veil panjang panjang bila kawen. Ha ha ha.

Sudah janji dengan ibubapa. Walaupon berchenta bagai, tetap saya akan hadiahkan segulung ijazah untuk mereka :)

Masih cantek dan gebu lagi walaupun dah bertahun. Hadiah masa convo, dari orang orang tersayang di dalam hidup saya. Kalau buleh nak simpan elok elok cengini sampai bila bila :)

Jeng je jeng. Bunga ajaib apekah ini? Ha ha ha. Ekslusif hanya dalam blog aku okeh. Bunga telur hari perkahwinan kami. Tempah di SSF Inderawasih. Cantik tidak? Heh heh. Idea dan warna adelah pilihan saya :) 2006 adelah yang paling indah dalam hidup kami sekeluarga.

Ape neh pink pink bagai neh? Naseb baik suami takde kat rumah. Kalau tidak, mesti dia tak bagi aku upload benda alah neh. Ha ha ha. Ini adelah kad pertama yang dia hantar pada saya masa nak ngorat ngorat dulu. Tahun 2003 kalau tak silap. Aku dengan senyum simpul sampai ke telinga tido berpelukan ini aje lah malam tuh. Giler berchenta sakan nokz. Ha ha ha.



Pastu dalam kad tadi, dia letak surat chenta dengan kata kata ini. Halaaamaak. boyfie siapekah itu??? Ha ha ha. Sangat comel. Ha ha ha.

Ini adelah cd lagu perempuan melayu pertama yang aku beli. Bukan sebab suka lagu dia pon, sebab giler minat dan nak sangat canteks macam Maya Karin. Lagu ape yang femes dalam nih pon aku tak tahu lah. Sampai sekarang tak penah hafal pon. Ha ha ha. Motif nak hafal lagu maya karin apesal kau??

Buku Ucapkanlah Cinta, kenangan Erra&Yusry. Jenuh carik buku nih kat merata kedai dulu sebab punye lah laku macam kacang puteh tepi jalan. Aku pon tak ketinggalan jugak lah nak ade buku nih macam orang lain kan. Ha ha. Tapi penat penat buat buku, jual sampai rm10 kalau tak silap, jodoh tak panjang akhirnya. Semuanye di tangan tuhan :)

Benda pertama yang aku beli untuk hantar kat kawan kawan masa kat NL dulu. Bila selongkar kotak kotak lama, jumpa ader satu lagi extra. Sapa nak angkat tangan cepat? Siap dengan plastik kedai lagi nokz, ha ha ha.

Rasa rasa hormone dalam badan tengah mendidih sebab tengok barang barang ajaib seperti di atas. Nak nak lagi bile tengok sajak chenta itu. Kah kah kah. Nanti bila balik kampung nak selongkar lagi sejarah sejarah lama. Kalau kat rumah sendiri jangan harap aku nak sepah barang barang lama cengini.

I missed my old skool friends. Sebab masa dulu, kawan kawan semuanya sangat baik, tidak pentingkan diri sendiri, pandai menjaga hati walaupun apa lah sangat zaman kanak kanak kan. Tapi kami masing masing sayang menyayangi di antara satu sama lain. Tidak pernah mengambil kesempatan dan yang penting jujur dalam persahabatan :)

Saya sentiasa doakan mereka semua semoga bahagia dalam kehidupan masing masing.


winks&smiles!

Down memory lane- part 1

Sekolah yang menjadi kebanggaan saya. Banyak jasa guru guru di sini terhadap saya dan rakan rakan yang lain.

Balik penang selongkar bilik sendiri. Bila jumpa benda benda ajaib seperti ini sangat membuatkan hati menjadi sedikit sebak dan rindu masa dulu dulu. Banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila bila.

Name tag saya masa Form 5 (1998). Saya adelah anak jati Convent. Fasha Sandha juga. Marion Caunter juga. Datuk Nicole David juga :) Walaupun berlainan tahun. Tapi Convent rocks lah wei. Saya tidak pernah bersekolah di asrama akibat ibubapa tidak mahu saya berada jauh di mata. Dengan keadaan aku yang tidak reti mencuci baju sendiri dulu pon sudah buleh mengundang masalah kepada pelbagai pihak. Baik tak payah. Maka di sini aje saya menghabiskan zaman sekolah dengan rakan rakan yang lain.

Antara buku rujukan untuk SPM dulu. Yang lain entah kat mana, mungkin kena keja keras carik dalam stor bila balik lain kali. Saya berada di dalam aliran Perakaunan. Mengambil 10 subjek untuk SPM dulu.
Rajin buat nota malam malam sambil dengar radio muzik.fm. Masa tuh ader permintaan lagu cinta cinta. Aku suka dengar sambil tulis lirik lagu belakang buku nota. Ha ha ha. Bila mom masuk bilik cepat cepat sorok macam takde ape hal :)

Alhamdulillah. Dapat masuk jugak dalam buku sekolah Convent Forte 98 :) Mom dan dad sangat gembira sampai nanges. Walaupun takde lah sampai masuk tv macam orang lain sebab diorang lagi pandai dari aku. Ha ha ha. Aku masuk buku sekolah pon dah heboh satu kampung. Bangga weh bangga!

Bila dad tanya nak sambung belajar kat mana nanti, saya masih ingat apa yang saya jawab masa tuh dalam kereta. Dengan takde muka bersalah dan selamba budu nye aku jawab, nak jadi PRAMUGARI. Nak belajar kat MAS Academy. Kah kah kah kah!!! Naseb baik aku tak kena telan hidup hidup dengan bapa sendiri masa tu :)

Saya juga penah menjadi pelajar terbaik dalam subjek Kesusasteraan Melayu. Subjek elektif yang saya ambil untuk mencukupkan 10 matapelajaran di dalam SPM. Terima kasih Puan Phatimah, guru subjek ini yang sangat mengambil berat pasal saya sebab mula mula saya memang hampir kecundang akibat tak paham ape ape langsung sebab macam giler susah dan aku memang tak suka langsung. Banyak jasa cikgu nih dekat saya dulu. Terima kasih cikgu.

Ha ha ha. Yang nih mesti uols tak caya kan. Saya adelah sangat rajin ke sekolah zaman dolu dolu. Kalau orang lain nangis bila bangun pagi nak pegi sekolah, aku buleh nangis meraung kalau lambat bangun nak pegi sekolah. Kacau.

Zaman Diploma aku dulu. Masih jelas nampak muka dad dengan mom dalam ramai ramai orang dalam dewan masa tu. Dad curi curi keluar pegi beli bunga sebab taknak aku nampak. Tapi kantoi jugak sebab anakanda ini sangatlah bijaksana. Anak siape lah itu? Heh Heh.

Dapat lah masuk Berita Harian, tahun 2000. Tak ingat bulan berape. Cuba cari yang mana? Okay lambat lah kau carik. Nombor lima dari kanan. Saya lah itu :) Suka pakai tudung bawal masa tuh. Sebut aje warna ape, semua aku ada nokz. Ha ha ha.

Dulu saya sangat gemar dan hantu membaca Reader's Digest. Tiap tiap bulan mesti wajib hadap sampai buleh buat koleksi. URTV? Sorry lah jarang beli. Dad akan menjadi murka kalau saya baca depan dia. Ha ha ha.


...to be continued

kembali berumahtangga..

Tajuk sangat tak buleh blah. Lolzz

Selamat mengemas rumahtangga ( walaupun rumah tak bertangga hakikatnye ) yang tunggang langgang akibat perbuatan suami. Kah kah kah. Sesenang aje aku salahkan dia, padahal naseb baik ade suami yang sudi mencuci kain baju dan rumahtangga sepanjang ketiadaan wifey.

Bukan lah teruk sangat keadaan rumah kami sepanjangan aku takde, cuma perbuatan mengemas dia dengan perbuatan mengemas cara aku adelah berlainan. Perbuatan mengemas suami kadangkala buleh mengundang heart attack kepada wifey secara tibe tibe. Ha ha ha.

Hari ini setelah hampir sebulan lebih, saya telah kembali memegang pinggan mangkuk dan periuk Vision. Cheh. Bukan lah santai sangat pon sepanjang sebulan itu, banyak benda yang kena pikir. Otak aku akan kembali bekerja lebih masa bila aku tak buat apa apa kat rumah. Bangun pagi, makan, tido kembali, bangun dan makan lagi. Santai kah begitu? Itu adelah santai ala gajah nokz. Ha ha ha. Astagfirullah.

Tapi sangat menghairankan bila ramai yang menegur saya telah menjadi kurus dan semakin men-kecil akibat santai itu. Saya dengan tersipu sipu akan membalas cengini, " eh mane ade, "eh biase aje, "eh kot kot tak sihat hari itu". Konon konon takde ape hal sangat kan. Padahal dalam hati aku macam tengah lompat bintang tak hengat. Giler tak happy hoih. Aku sedang kurus.?? Apekah punya statement itu?? Wehoooo. Ha ha ha ha. Siap lah buleh lumba dengan Posh lepas nih. Hubby sangat tidak suka :)

Sekarang saya adelah menjadi penat akibat memasak dan mengemas dan menulis entry. Jadi selamat menghadap menu menu berprofil tinggi ini. Kau jangan main main.

sambal asam ikan salmon. Hubby sangat tak sabar nak makan salmon. Semalam pegi carik kat carefour naseb baik dapat yang fresh. Selamat makan sayang ku. Semoga hilang segala penat lelahmu mencari rezeki. Lepas tu, buleh bawak wifey jalan jalan obersee lagi. Ha ha ha.

Ini adelah sotong jaundice. Kesian sotong. Dah le jaundice kena makan dengan aku pulak sampai tak hengat. Recipe biase aje tapi sangat wangi dan sedap. Dah lama tak masak cengini. Bawang merah, bwg putih, halia, dikisar. Serai dan cili padi dititik halus dan juga sedikit lada hitam. Sedikit fish sauce penyedap rasa. Goreng semua bahan sampai wangi. Masukkan sotong. Garam dan gula secukup rasa. Tadaaa..buleh hadap sorang sorang sebab suami saya adelah bukan pemakan sotong.

Oyster mushroom goreng suhun.

Baiklah. Baiklah. Tak payah cakap aku rajin memasak. Sebab kat rumah aku memang takde kejadian makanan jatuh dari langit. Jadi kalau malas macam budu pon, aku kena menghadap kitchen jugak. Lagi lagi kalau buleh mengundang upah di kemudian hari. Selain dari upah, pahala pon dapat. Sebab memasak untuk suami kan. Ting ting!

Dan ini untuk minum petang dan sebelum tidoq kelak..


Wah wah. Cik puan buleh membuat macaroons sekarang? Musti rasa macam nak pitam sekejap kan.Ha ha ha. Kau ingat banyak sangat ke masa terluang aku kat rumah nak menilik benda benda cengini? Cicah dengan earl grey. Marbeles weh. Terus teringat Paris. Motif sangat!!


Kat sini buleh tilik lama lama. Takde ape hal langsung. Ini adelah hobi saya di masa lapang sebab tekak sudah tak reti telan kueh melayu sejak dua menjak ini. Kah kah kah. Nak penampar free sangat kan?


Okay. sekarang saya perlukan sedikit tido akibat perbuatan men-type entry. Banyak bunyi pulak dia nih. Pegi tido laah.


winks&smiles!

Thursday, July 14, 2011

Happy Tummy

Okay, selamat menghadap makanan makanan yang jatuh dari langit ini. Ha ha. Malas nak merapu panjang, baik buat entry pasal makan. Lagi baguih.

Kerang rebus Padang Kota. Tak penah buat sendiri pon benda alah nih sepanjang bergelar isteri orang. Ha ha ha. Makan aku pandai la.

Nampak macam biase biase aje kan. Kat kl pon banyak muka cam neh. Tapi cer cuba test try :S

Mom's mee bandung. Sila makan sampai lemau. Esok nak balik dah, jadi tak payah kecoh kecoh pikir pasal nih lagi. Balik sini tak lengkap rasa perjuangan kalau tak makan. Ha ha. Pagi tadi ikut mom pegi carik tulang rusuk dan daging batang pinang buat kuah dia. Sedap hoih sedap!


Koew teow goreng untuk hadap pepagi buta. Kalau kat rumah sendiri jangan harap lah bangun tido nak menggoreng bagai. Bila bertukar menjadi pompuan malas, makan roti cicah hot chocolate pon dah rasa kenyang. Kalau kat sini tengah malam buta pon ajak dad makan burger sepah. Nak nak sejak kuar sepital nih. Semua buleh dapat macam magic aje. Eh macam best kan? Kah kah kah.

Green Tako. Memang tak dinafikan, mom sorang aje buleh buat green tako kat umah aku. Ha ha ha. Mom tak kedekut recipe pon. Sape mintak, suma dia kasi. Kalau aku jangan harap lah. Bayar advance dulu kalau nak recipe. Ha ha ha. TING TING$$. Tapi takde sape pon buleh buat sama macam mom, termasuklah anakanda dia nih. Yang ini buat berbalas hantaran BFF saya Afni yang tengah preggo itu :)

Kecintaan saya. Tiap tiap hari makan korma pon takde ape hal. Aku suka korma dari kari. Dad pulak suka kari dari korma. Kalau mom masak, kena masak dua dua jenis menu sekali. Kalau tak salah sorang mesti moncong ke timor. Mom cakap, kalau ader lagi 3 orang makhluk kat rumah nih, memang dia fengsan sorang sorang kat dapur sebab masing masing tekak diva. Kah kah kah kah.

Nasik minyak makan dengan korma. Kalau nasi biasa nanti kurang berperasaan untuk memakan pulak. Kalau yang ini sampai malam pon buleh hadap lagi.

Rojak campur. Sedap tapi perot aku bukannye tahan makan benda benda alah nih malam malam buta. Tak sampai rumah dah rasa macam cherry berry aje. Maklumlah perot omputih. Ha ha ha.

Esok nak balik sudah. Uwaaaaaaaaaa. Apesal rasa kejap sangat neh. Itupon ade hati nak duduk obersee konon.

Am gonna miss ;

Mom and daddy!
Suri dewi malam- adelah anak kucing yatim piatu kat belakang rumah.
John Mayer- adelah abang kepade suri dewi malam.
my single mingle room
my old guitar
and
my favourite foooooood, of course.

Keyyel am coming home! Baik, buleh sambung tido sekarang.

winks&smiles!

Monday, July 11, 2011

Quickie

Good morning almost noon :S

Mari kita buat entry cepat cepat sebab kehidupan semakin menjadi tidak ketahuan akibat dose tido yang berlebihan. Kalau tak dapat tido buleh rasa macam nak pijak orang nokz. Kurang kurang pon rasa macam zombie sedang berjalan menuju ke arah raksaksa. Astagfirullah. Apa kau buat neh cik puan? Sampai ke situ firasat aku. Ha ha ha. Okeh jangan salahkan saya. Memang diluar kemampuan sudah.

1. Sudah dapat kurma Ajwa sebanyak satu kilo. Cukup lah rasanye untuk dibuat berbuka sepanjang bulan puasa kelak. Dapat jugak ambek berkat khasiatnye nanti. Beli di kilang Yusuf Tayoob.

2.Membeli stock rempah ratus sebagai bekalan untuk memasak semasa bulan ramadan. Kalau kat kl susah nak dapat yang sedap sedap dan wangi wangi. Paling sedap pun rempah Babas aje nokz. Yang lain kurang selera sangat. Itu sebab saya suka beli yang asli dari penang. Neh tak termasuk lagi bekalan dari ibu mertua ku. Untung dapat ibu mertua jauh jauh. Sebab selalu dapat hadiah pelbagai bentuk dan rupa. Ha ha ha. Nak nak dia memang tahu menantu yang jenis bantai segala makanan. Heh heh.

3. Sepanjang bulan puasa aku akan berada di KL aje. ( melainkan kalau hubby secara tiba tiba mahu membawa aku berpuasa di obersee. Aku pasrah aje lah. Ha ha ) Insyaallah pulang beraya di kampung halaman minggu terakhir berpuasa lepas selesai semua urusan. Harap harap hubby dapat cuti panjang lagi tahun neh.

4. Banyak benda kena buat bila balik ke kediaman rasmi nanti. Maklum lah bulan lepas tak pegang ape ape langsung, semua hubby dan mom yang buat.Tapi dah okay dah pon, macam takde ape hal. Alhamdulillah. Syukur Allah permudahkan segalanye.

5. Sedih sebab dah nak balik ke kota. Tak dapat sambut puasa dengan ibubapa seperti selalu. Tak ape lah, tanggungjawab pada suami didahulukan. Tapi raya tiap tiap tahun dapat sambut dengan mereka. Itu yang penting dan paling membuatkan saya menjadi gembira bila melihat ibubapa gembira.

6. Lagi kurang lebih dua minggu saya akan mendapat ganjaran *L yang kedua. Ganjaran nokz. Jangan kau main main. Kau ade? Gelak guling kejap. Harap harap masih bertahan seperti yang ini. Jangan lah banyak songeh pulak nanti.

7. Sudah mula men-senaraikan biskut biskut raya yang hendak dibuat dengan mom kelak. Ade orang nak kacau dodol tak kali neh untuk saya? Ha ha ha. Dad dan hubby mesti akan lari jauh jauh beli dengar nak kacau dodol di malam raya. Buleh membawa kepada keadaan pengsan tanpa henti.

Itu sahaja entry laju laju buat kali ini. Sampai sekarang saya masih tidak men-makan nasi kandar. Percaya tidak? Kali neh aku sendiri pon rasa macam tak caya. Bila tengok nasi kandar terus rasa menjengkelkan. Kang balik KL baru terhegeh hegeh craving macam nak rak baru padan muka sendiri. Mampuih. Damn vavii sangat masa tuh tau. Ha ha ha ha.

Baju pagi raya 2010. Giler meriah kan uols. Dari seberang jalan dah buleh nampak aku dalam rumah. Ha ha ha. Tahun neh apekah meriah seperti itu? Jeng je jeng..


winks&smiles!

Sunday, July 10, 2011

Baru dan Bersih

Assalammualaikum

Hooray!


Hari ini saya berwajah baru. Berbaju baru. Berwarna baru kan nokz. Naseb baiklah dapat tuan tanah yang sangat berhati mulia dan bermood canteks sejak dua menjak. Dapat lah sekali lagi tukar templete blog ini. Eh siapekah yang berhati mulia itu? seru la seru la cepat. Kahkahkah!

Seharian suntuk sampai malam, aku dengan rajinnye menilik dan mengedit html dan page elements blog nih macam software engineer. Cheh. Baru buat keje IT sikit berani isytiharkan sampai sedemikian rupa. Harus lah nokz. Kau ingat senang macam membeli kasut Nine West? Ha ha ha. Tetap nak selit jugak kan kat sini.

Ekceli banyak lagi yang kena edit dalam page neh. Buat yang mana penting dulu, nanti bila bila datang mood rajin tiba tiba macam semalam boley lah bukak dan hadap balik. Kalau bukan sebab blogger yang membuat onar dengan mengherotkan widgets saya itu, takde maknanye nak menukar benda benda alah neh. Sekarang sejuk sikit mata men-tengok blog rasmi sendiri.

Baiklah. Baiklah. Saya bukan penyokong Bersih. Faham tidak? Bagi saya mereka bukan lah membersihkan apa apa pon melainkan memberi kesusahan kepada semua orang. Semudah itu. Kau pon sedar kan. Itu adelah pendapat peribadi aku. Tak ade kena mengena dengan fahaman politik apa apa pon sebab saya bukan lah pengikut setia politik. Saya hanyalah rakyat malaysia yang cintakan keharmonian dan memegang ikrar yang berpandukan prinsip prinsip ;

1. Kepercayaan kepada tuhan
2.Kesetiaan kepada raja dan negara
3.Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang undang
5.Kesopanan dan kesusilaan

Cikgu penah suruh faham dan hafal dulu kan? Kalau tak hafal masing masing kena cubit rambut? Ingat tidak? Ingat tidak? Ha ha ha

Jangan butakan hati dan akal demi agenda politik orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan lah jadi pemberontak jalanan. Sangat jahat.

Duduk rumah makan pisang goreng panas panas lagi sedap. Eh?

Ini adelah pisang goreng yang paling femes dan sedap di penang. Tepi jalan aje, dekat dengan batu feringgi. Seriously sedap tak hengat.


winks&smiles!

Friday, July 8, 2011

selamat malam. cerita siang.

Sotong goreng pedas. Menu wajib bulan puasa dan bulan tak berpuasa jugak kalau ke Nirvana, Bangsar. Lama pulak tak ke sana.


1. Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan rambut baru. Kah kah kah. Tampar kang. Akhirnye, akhirnye tahukah apekah kejadian julung julung kalinye itu? Aku telah men-rebondingkan rambut ku setelah sekian lama. 4 jam saya duduk terpacak dalam saloon semata mata dan kasi cantek sama itu rambut gerbang. Balik rumah sumpah pening nak mams. Tido sampai tak hengat hengat. Mom picit kepala dan tampal salonpas sampai lena :)

2. Makan tomyam kong sampai cherry berry di malam hari. Mungkin sebab dah lama berpantang kot? Sampai perut menjadi darurat hari neh.

3. Tolong jangan Bersih kan apa apa pon hari esok. Tolong. Kalau nak sangat, datang bersihkan kediaman rasmi saya sebab saya dah tak boley bekerja keras sangat sehingga beberapa ketika. Maid pon sejam 20 hengget. Mahal kan nokz.

4. Suka tengok drama bersiri Dewa Cinta di TV3. Jangan tanya sebab apa. Sah sah hanya satu penyebab utama. Mesti lah Fasha Sandha yang gile gorjes itu.

5. Saya telah menjadi suka akan Nine West. Tidak semena mena mendapat tahu bahawasanye jenama itu tersangatlah gile murah di Aussie. Kalau beli lima belas pasang pun macam takde ape hal berlaku kepada purse kamu. Itu contoh gile murah yang aku maksudkan. Gile tidak? Kalau kat sini sepasang pun kadang kadang boley membawa kepada keadaan mengelap peluh. Siap kau Nine West.

6. Lagi beberapa hari sudah mahu pulang ke kota. Mahu cuci cuci rumahtangga, beli groceries macam mak mak orang dan bersiap sedia menyambut bulan puasa. Dan menyambut kedatangan bulan promosi Ikea juga yang sebenor benornye. yeay!

Sebelum pulang mahu mom masak ...

-Mee bandung
-Kurma tulang daging dengan air asam. Makan dengan nasik minyak. Hayooh terbaik.
-Masak lemak cili padi ketam

Sedap hoih sedap. Tengah tulis pun boley kecur air liur neh. Mom aje yang boley masak sedap sedap menu kat atas sebab aku sememangnye belum lulus nak masak cengitu.

Puasa dah habis bayar ke belum? Tanye orang kau dah langsai kah? Saya belum habis lagi. Insyaallah minggu depan selesai.

Baiklah. Sudah banyak aku merapu malam neh macam tak ade masa depan. Padahal awal awal tadi nak kasi entry yang cepat cepat aje. Jumpa lagi.


Ta-Ta!