Thursday, July 28, 2011
Untungnya Isteri
1.Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga suaminya yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.
6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.
8. Apabil isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.
Tidak susah mana mencari pahala kan. Jadi, selamat beramal wahai wifey wifey semua.
p/s Tapi kalau tiba tiba aku pegi picit kepala dia malam karang, mesti tak pasal pasal dia menjadi curiga sejenak?? macam ade cheese di sebalik lasagna aje pompuan neh...? Ha ha ha. Nak dapat pahala dan 7 ketul emas tak salah kot cuba. Jom ramai ramai picit kepala suami malam neh. Jom la uols.. jom la..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment