Friday, July 8, 2011

selamat malam. cerita siang.

Sotong goreng pedas. Menu wajib bulan puasa dan bulan tak berpuasa jugak kalau ke Nirvana, Bangsar. Lama pulak tak ke sana.


1. Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan rambut baru. Kah kah kah. Tampar kang. Akhirnye, akhirnye tahukah apekah kejadian julung julung kalinye itu? Aku telah men-rebondingkan rambut ku setelah sekian lama. 4 jam saya duduk terpacak dalam saloon semata mata dan kasi cantek sama itu rambut gerbang. Balik rumah sumpah pening nak mams. Tido sampai tak hengat hengat. Mom picit kepala dan tampal salonpas sampai lena :)

2. Makan tomyam kong sampai cherry berry di malam hari. Mungkin sebab dah lama berpantang kot? Sampai perut menjadi darurat hari neh.

3. Tolong jangan Bersih kan apa apa pon hari esok. Tolong. Kalau nak sangat, datang bersihkan kediaman rasmi saya sebab saya dah tak boley bekerja keras sangat sehingga beberapa ketika. Maid pon sejam 20 hengget. Mahal kan nokz.

4. Suka tengok drama bersiri Dewa Cinta di TV3. Jangan tanya sebab apa. Sah sah hanya satu penyebab utama. Mesti lah Fasha Sandha yang gile gorjes itu.

5. Saya telah menjadi suka akan Nine West. Tidak semena mena mendapat tahu bahawasanye jenama itu tersangatlah gile murah di Aussie. Kalau beli lima belas pasang pun macam takde ape hal berlaku kepada purse kamu. Itu contoh gile murah yang aku maksudkan. Gile tidak? Kalau kat sini sepasang pun kadang kadang boley membawa kepada keadaan mengelap peluh. Siap kau Nine West.

6. Lagi beberapa hari sudah mahu pulang ke kota. Mahu cuci cuci rumahtangga, beli groceries macam mak mak orang dan bersiap sedia menyambut bulan puasa. Dan menyambut kedatangan bulan promosi Ikea juga yang sebenor benornye. yeay!

Sebelum pulang mahu mom masak ...

-Mee bandung
-Kurma tulang daging dengan air asam. Makan dengan nasik minyak. Hayooh terbaik.
-Masak lemak cili padi ketam

Sedap hoih sedap. Tengah tulis pun boley kecur air liur neh. Mom aje yang boley masak sedap sedap menu kat atas sebab aku sememangnye belum lulus nak masak cengitu.

Puasa dah habis bayar ke belum? Tanye orang kau dah langsai kah? Saya belum habis lagi. Insyaallah minggu depan selesai.

Baiklah. Sudah banyak aku merapu malam neh macam tak ade masa depan. Padahal awal awal tadi nak kasi entry yang cepat cepat aje. Jumpa lagi.


Ta-Ta!

2 comments:

  1. Baru perasan yg u r in Penang! Home alone dgn maid. Iman in PD w her school UPSR camp. Hubby in Langkawi tak nak ajak I pun. Terpikir nk tya u kt mana smlm tp kelu pulak. Baru td check balik flgt fare dah naik, cis! Terlepas makan ur mom's cooking.....

    ReplyDelete
  2. Oh ye lupe ari ni cuti kan. Ha ha ha. Kiter tengah makan kurma daging dengan nasik minyak nih. Jemput makan :) Jom beraya kat sini nanti :D

    ReplyDelete