Monday, June 29, 2015

Roti John untuk berbuka puasa ke lapan

 
Dari jauh ku pohon maaf :)
 
Kad raya pertama yang datangnye dari tanah tumpah darahku tercinta, tentu lah dari yang tersayang jauh di mata di hati terkenang kenang. Makin berkobar lain macam semangat nak balik, tak sabar nak makan biskut samperit walaupon dah tinggal saki baki pon takpe la kan? Raya nanti, kitaorang kat sini makan rendang pedas ayam dan ketupat segera sudah lah kot. Sedih tak? Takpon pegi melahap di rumah terbuka sapa sapa nanti. Jangan lupa jemput kami please? HAHA.
 
 
Pada hari ke 8 berbuka puasa yang lepas, tertunai lah jugak hajat masing masing yang nak makan roti john tu. Beriya iya ku mencari resepi lepas sahur itu hari. Bahan bahan pon sangat lah tak banyak yang digunakan, yang penting roti hot dog, telor, daging atau ayam kisar, timun, salt and garlic powder, black pepper dan secubit rempah kurma.. itu aje kot kalau tak silap.. Yang lain nak tolak campur ikut lah rasa tekak masing masing.
 
 
Turut serta memeriahkan suasana berbuka puasa pada hari itu adelah mihun goreng Singapore bersama cili kicap dilupa jangan mak aaihh pedas meletopppp I tell you.
 
Memula ingat nak buat roti john aje, tapi cadangan ku itu telah dibangkang mentah mentah oleh si suami yang sememangnye tengah kelaparan tahap dewata raya HAHAHA. Sebab takde menu nasi hari tu, mesti lah kurang kurang pon digantikan dengan mihun. Alhamdulillah kenyang, sampai ke sahur pon masih berbaki juadah berbuka kami. Tapi yang menjadi rebutan utama di sini semestinya roti john cik puan besaq lah yang julung kulung kalinya dibuat dengan penuh kasih dan sayang..
 

 
 
Roti John. Tak pasti macam mana si John ni yang tak semena mena mendapat nama. Tah kenapa tak dipanggil aje roti Mike ke roti Brian ke. Kau dah kenapa pulak nak menukar nama tetibe?
 
Proses memasaknya sangat mudah. Goreng daging kisar terlebih dahulu dengan secukup rasa. Hancurkan telur dua biji ( nak lebih pon buleh, sebab tu sampai melimpah ruah dengan enaknya seperti gambarajah di atas ) masukkan dalam dua tiga sudu daging bersama telur dan kacau sebati.
 
Bakar roti terlebih dahulu bersama butter dan bila dah nampak semakin lembut, curahkan bahan di atas roti tadi. Biarkan sebentar. Terbalikkan roti dan rencahnya seperti foto di atas. Masukkan sedikit lagi butter di celah celah ruang yang ada untuk mensedapkan lagi roti john awak itu :))) Lepas tu dalam 2-3 minit, buleh angkat, taburkan timun, mayo dan cili sos pedas yum yum yum sangat rasa dia sumpah tak tipu.
 
 
Lepas solat, terus belasah dua ketul bersama nescafe panas. Memang layan habis, hilang rasa kempunan nak pegi cari roti john di pa-ram ttdi. Puas makan sebab diri sendiri kalau memasak, memang tak kedekut daging langsung. HEHE
 
Dan semestinya lebih sedap dan 101% terjamin kebersihannya bila dibuat sendiri. Lagipon bukannya lama sangat nak menyediakan menu menu ni, dalam pukul 6.30 petang gitu dah mula sediakan bahan bahan untuk menggoreng mihun Singapore terlebih dahulu. Bila nak dekat pukul 8 malam, baru buat roti john pulak. Dalam 15 minit dah siap sedia dan bersihkan dapur semuanya sekali. Baru lah dapat berbuka dengan hati yang tenang dan girang gitu.. HAHA.
 
Mihun tu bekalan dari Malaysia, packet yang terakhir cap JATI. Memang cantik sangat tekstur nye, tak lembik dan hancur bila digoreng. Masukkan apa sahaja yang ada dalam freezer, goreng sekali harung aje.. senang. Ada daging, ada ayam, seafood dan sayur sayuran. Boleh jugak lebihkan sedikit lada putih dan lada hitam jika mahukan pedas. Tapi yang versi ku kali ini, ok-ok aje sebab ada cili kicap. Yang ini pon dah berpecah peluh sambil makan uolss.. 
 
 
 
Sebab dah pegik belasah roti john awal awal yang padat dengan isi daging dan telur itu, jadik makan mihun pon acah acah aje lah sebab dah kenyang. Tapi bangun sahur, memang licin lah satu mangkuk sebab tengah laporrrr..
 
 
Alhamdulillah hari ni dah memasuki 12 Ramadan, menghampiri dua minggu kita menjalani ibadah berpuasa. Baru dua kali kitaorang pegi buffet Ramadan di sini, itu pon makan makanan pak arab dan pakistan. Mungkin nanti boleh mencuba Mongolian food pulak, ada sebuah restoren yang halal berdekatan dengan rumah. Dapatlah beralih angin bertukar selera kan.
 
Dan saat yang paling dinantikan, sambutan 4th July yang secara besar besaran di U.S seperti boxing day itu, bakal berkunjung tiba hujung minggu kelak.
 
Memang gasak lah nanti nak pegi menyopping dan pastinya sedikit mencabar kan. Masa ni lah yang paling sesuai kalau nak beli apa apa pon, sebab memang berbaloi dari biasa. Yahuuuuuu tak sabaq nya. Moga si husband itu dianugerahkan kesabaran yang luarbiasa di weekend ini :))))
 

 
Hari itu emak bagitau yang baju raya ku dah selamat sampai di rumah. Semakin dipandang memang semakin sayang, tak senang duduk ku di sini. Walaupon tak dapat merasa pakai di pagi raya seperti selalu, ku tetap sabar menanti mu sehingga kita bersatu. Hihi  InsyaaAllah..
 
 
Ape menu berbuka cik puan besaq hari ini? Dari semalam ku dah bercita cita nak masak sesempoi yang mungkin untuk berbuka posa kelak.
 
NASI DAGING UTARA
AYAQ ASAM
SUP
PUDING KARAMEL
BERSAMA KASIH SAYANG SECUKUP RASA
 
Sedap nye ohooooiiii tak sabar naauuuu nak berbuka walaupon masak pon belum lagi :P
 

Wednesday, June 24, 2015

Spaghetti Kari untuk iftar ke 6

 
Semalam tanpa dirancang panjang, jenguk magic fridge macam macam stok ada. Tapi tak rasa pon nak makan nasi, sebab sehari sebelum tu dah beriya bertambah malam dengan pagi akibat penangan daging masak ala nasi kandar itu.
 
Terus dapat idea nak masak mee kari aje lah, sebab ternampak fishball dalam freezer banyak lagi, masa beli sebelum puasa. Tapi mee pulak tak ada, lagipon jarang simpan bekalan mee kat rumah, melainkan bihun, thai noodles ataupon spaghetti.

 
Spaghetti kari terlebih kuah kari dah rupanya. Paras wajah spaghetti tak kelihatan langsung camna tuh? Hihihi
 
 
Kalau guna thai noodles mesti lah sedikit kembang kalau dimakan dengan kuah begitu. Maka, menjadi lah menu spaghetti kari untuk berbuka kami semalam.
 
Masak guna spaghetti memang cantik berkilat aje, tak pecah dan aku rasa spaghetti kat sini lagi sedap dari Malaysia. HAHA. Entah lah beza rasa macam mana, aku syak dia lebih lembut dan tak tebal sangat kot. Jadi makan banyak pon takde lah muak sangat. Nak nak pulak kalau dengan rencah mee kari pedas seperti ini.
 
Kuah nya simple aje, ku tumis bahan bahan seperti biasa, tambah santan kotak. Ada beraneka fishball dalam tu, udang dan isi ayam. Bok choy tak masak sekali, celur berasingan bila nak makan baru letak atas mee. Rasa dia akan lebih fresh dan tidak lenyek macam yuckk. HAHAHA Aku memang tak berselera terus kalau masak sayur lalu menjadik lembik lain macam, melainkan memang dah sejenis yang lembik seperti sayur fucuk.
 
Ada jugak sambal goreng yang super pedas meletop pop pop pop dalam mulut bila makan sampai merecik peluh uolss..


 
Waktu berbuka puasa semalam 8.27 malam. Seperti biasa, seploh minit sebelum berbuka ku dah siap hidang semuanya, bila dah masuk waktu, wajib minum nescafe sikit dulu.. lepas tu makan kurma terus gi solat, dan baru lah buleh menghadap makanan sepuas nya. HAHAHA. Masa masa gini kalau mak mertua datang ketuk pintu rumah pon rasanya aku tak sedar diri dah.
 
Kau, 15 jam lebih kot puasa kat sini. Agak agak aah LOL

 
Tengahari dalam pukul dua camtuh dah bergegas masuk dapur sediakan rencah kari nya. Tak payah mana pon, sementara menunggu kuah mendidih celurkan pulak spaghetti, rebus telur dan celur sayur.
 
Sorang semangkuk licin kami sapu masa buka puasa semalam bersama air sirap, yakult, teh tarik, nescafe panas dan kurma. Ada jugak beli butter kek, tapi sebab dah terlampau kenyang memang takde lah daya nak bermanis mulut pulak.
 
Lama betul tak rasa kenikmatan menghirup makanan malaysia yang paling lazat dalam dunia sebegitu. Kalau dulu, rajin jugak pegi Little Penang makan mee kari diaorang memang terangkat habis. Di sini, nak tak nak memang kena lah buat sendiri jugak kalau dah teringin sangat. Kesian tak?
 
 
Tudiaaa sekali dua cedok baru dapat spaghetti nye. Gaul gaul dengan kuah dan udang, cuit sambal sikit ngapppp. Sedap hoih sedap. Berselera kemain ku makan semalam. Tak sangka delicious lain macam. Sendiri masak sendiri puji.
 
Mampu?  KAHKAHKAHKasihan.
 
Menu hari ini pulak masih dalam perancangan, lagipon di sini baru pukul 10 pagi aje. Sempat lah aku berfoya foya di alam maya apa yang patut dulu. Tapi rasanya kemungkinan besar nak masak nasik beriani ayam. Maklum lah seharian tak makan nasi kemarin, terus jatuh rindu. Husband pula teringin nak makan roti john tak semena mena, saya pon turut serta menjadi teringin jugak. Akan ku usahakan nanti mencari resepi roti john itu. Daging kisar dah ada. 
 
 
Guacamole dip. Tetiap minggu antara yang wajib beli di Kroger.
 
Sejak dua menjak dok amaarikaa ni kan, dah pandai makan Guacamole. Dulu kemain aku tak lalu. HAHAHA. Penah makan sekali aje, tapi tak sedap pon. Tapi yang ini memang sumpah sedap, dibeli siap di supermarket.
 
Kalau nak buat sendiri pon buleh, sedap dimakan bersama sandwich, burger, hotdog tak pon dicicah dengan nugget omaigod sedap gile I tell you.
 
Bahan utamanya adelah avocado, onion, lime juice, tomatoes, cili hijau kalau nak pedas ala tekak melayu buleh tambah cili padi lagi umphh, jalapeno, cilantro, pepper, garam dan gula secukup rasa.
 
Siap, letak dalam fridge buleh cedok bila perlu. Aku kalau makan dengan nasik pon layannnn habis juga...
 
 
Emak cakap baju raya saya yang ditempah dengan seseorang itu dah siap sampai. Yahuuuuuu! Tapi nak pakai nye bila tak tahu lah lagi. Takpe, janji hati awak puas kan Sash LOL
 
 

Tuesday, June 23, 2015

Minggu pertama berbuka puasa

 
 
Rendah awan nya.. dah makin gelap padahal baru pukul 3 petang masa ni.
 
Sehari sebelum berpuasa kami di sini terkena jugak tempias taufan Bill. Malam tu masa tengok weather channel dah ditahap berjaga jaga terutamanya di Austin dan Houston, cuaca pon tak berapa elok asyik hujan renyai tapi tak lebat pon, cuma tak berhenti seharian.
 
Esoknya terus dapat notis yang dijangka taufan Bill akan tiba di Houston dalam tempoh 4-5 jam lagi. Tak boleh keluar dari rumah dalam tempoh tertentu, simpan air di dalam tub, jauhkan diri dari tingkap dan peralatan elektrik.
 
Paling teruk kalau betul betul kena belasah dek taufan ni, memang kena selamatkan diri dan duduk diam diam dalam bilik air. Kau rasa? HAHAHA. Lepas baca notis tu, terus telefon husband. Gila tak takut kan. Mau berpeluh dahi jugak kalau aku ulang dua kali baca notis tu. HAHAHA.
 
Dekat office pon semua orang kena balik awal. Sepanjang beberapa tahun yang lepas, hanya sekali sahaja Houston terkena taufan begini, yang lain nye acah tak acah aje.
 
Tunggu punya tunggu takde pon? Wah eksyen kemahin mulut kau kan. HAHA buat kepoh aje diaorang ni. Tapi mungkin di kawasan kitaorang tinggal ni takde lah teruk mana, hujan lebat dan angin kencang aje, bagi kami kalau setakat lebat macam gitu, dekat KL punya hujan dan banjir kilat lagi teruk kadang kadang. Alhamdulillah esoknya dah takde ribut ke apa pon, hanya lah hujan manja manja sahaja.
 
Itu lah intro kenangan menyambut  Ramadan kami di sini.. Gituuu.
 
Dalam hujan hujan pon, semangat untuk bangun sahur dan memasak bagi berbuka tetap berkobar seperti selalu. Kitaorang bangun sahur pukul empat pagi, hari pertama gigih lah masak telur sweet and sour. Makan dengan nasi panas panas dan cili kicap, sempoi habis. Diakhiri dengan segelas nescafe dan air suam bersama sebiji kurma *burp*
 
Tapi biasa lah, awal berpuasa hari tu terasa pening pening sebab kejutan tak minum nescafe dua kali sehari kan. Sekarang makin gagah perkasa walalupon sedikit mencabar berpuasa di sini berbanding dengan di tanahair sendiri.
 
Menu pertama Ramadan kami simple simple aje, konsepnya tak mau bagi perot terkejut sebab dah bebelas jam tak makan.
 
Nasi putih, chicken meatball stew, udang goreng sos tiram dan cili padi pedas berapi, kebab kambing yang dimasak menggunakan airfryer buat julung kalinya sedap I tell you, bok choy goreng bawang putih, buah tembikai manis sesangat dari Mexico katanya, salad dan kurma medjool.
 
 
Telor goreng sweet and sour. Sebenarnya tak merancang pon nak masak menu ni, dah awal awal pagi bangun terus masuk dapur, gagau aje lah apa yang sempat kan. HAHA. Lalu tak semena mena terus menjadik sweet and sour. Laayaannn habis pukul 4 pagi kami suami isteri makan nasik.
 
Maka, menu hari kelima petang ini pula mengimbas kembali kenangan mentusuk jiwa, lauk paling WIN nasik kandar beratur di kampong halaman ku.
 
 
Taaadaaaa. Sedap habaq hang. Dua kali bertambah nasik petang nanti hang tengok lah  *terus keluaq lorat penang, padahal tak makan pon lagik*
 
 
Daging masak hitam ala nasik kandar. Wangi semerbak masa tengah menumis bukan main lagi. Aku syak ada jugak jiran sebelah yang terbersin bersin tadi. HAHA. Lepas Zuhur dah siap buka silat di dapur. Masak awal senang, petang karang boleh beristirehat dengan lapang dada sambil menunggu suami pulang. Begitulah rutin kehidupan ku sekarang ini. 
 
Sayur selalunya ku masak lagi setengah jam sebelum berbuka, itu pon dah siap bersih dan potong semuanya, tumis aje.. Sebab kalau dimasak awal, nanti akan terlebih lenyek dan tak rasa fresh bila nak makan tambahan pulak bila dipanaskan nanti.
Satu belanga dapat daging nasik kandar uolss.. memang puas lah makan sampai ke sahur. Bukan setakat sahur rasanya ni, sampai esok pon dijamin mencukupi. Boleh lah simpan dalam magic freezer ku nanti, buat bekalan bila malas bertandang tiba. Kalau tak nak makan dengan nasi, sedap jugak dicicah dengan roti canai. Bagi kami di sini, dapat roti canai Kawan pon rasa nak sujud syukur dah. HAHAHA.
 
Menu lain hari ni, adalah bayam tumis air, telor dadar bawang garing dan ayam kunyit airfryer sahaja. Sekarang buleh lah kami balun lauk bergoreng setiap hari tanpa rasa bersalah dan segan segan lagi. Sudah lah sedap, makin senang kerja ku di dapur kini.
 

 
Tak dapat carik kueh keria, ini pon jadik lah buat pencuci mulut. Asalkan boleh aje kan kau Sash. HAHA
 
 
Tetapi ku tetap bercita cita nak buat jugak kueh keria satu hari nanti untuk berbuka puasa. Tak payah mana pon, resepinya pon dah ada. Kalau rajin, dua tiga hari ini menjadik lah dia.
 
 
 
4 HOURS TO GO HOIHHHH. Kipidapppp. Dongibapppp! :")

Wednesday, June 17, 2015

Persediaan Ramadan di Houston

 
Ramadan yang dirindukan bakal menjelang lagi..
 
InsyaaAllah kitaorang akan memulakan ibadah berpuasa pada hari Khamis ini di Houston. Maknanya kejap lagi memang kena pikirkan menu bersahur esok pagi dan berbuka untuk hari pertama dan sepanjang minggu ini. Kalau ada peluang berbuka di luar hujung minggu kelak pon bagus jugak.
 
Tapi apa yang aku nak makan kalau ke luar pon? Nasi arab? Kebab? HAHA Memang tidaaaak lah kot buat masa sekarang.
 
Kalau waktu berbuka memang suka sangat makan nasik. Kalau buat mee goring pon, kelak lepas terawih tetap balik makan nasik jugak. Husband pon sama. Nasi wo ai ni :') 
 
Tapi tahun ni tak pasti berpeluang pegi terawih di masjid ke tidak. Kalau buleh, nak jugak pegi bererawih di Masjid Hamza yang tak berapa jauh sangat, lebih kurang macam dari rumah di KL nak ke TTDI aje..
 
 
Cik Puteh Gemok nama dia. Maid baru kami. Selamat berbakti pada tuan rumah. HAHAH
 
 
1. Sebenarnya dah bercita cita nak membeli airfryer ni dari tahun lepas lagi. Disebabkan saiz yang agak kecik di sana dan sedikit mahal, maka ku tangguhkan juga hasrat di hati. Tapi sebab bulan puasa pon dah nak dekat, kami pulak memang jenis suka sangat makan lauk yang bergoreng, maka kitaorang pon belek belek lah jenis airfryer kat sini dan akhirnya sebijik cik puteh gemok itu telah berjaya ku miliki.
 
Bukan setakat menggoreng, dia ini jugak boleh memanggang, membakar tanpa setitis pon minyak, menjadikannya lebih sihat dan baik untuk kesihatan kataaanyaaa.. dan yang terpenting, cik puan besaq tidak perlu lagi bersusah payah menepis minyak panas sewaktu menggoreng ayam kunyit di dapur.
 
Senang habis habaq hang! Sebab itu lah dari dulu lagi memang ini aje lah yang menjadi pojaan ku. Lagipon, dengan saiz XL ni memang menang memakai, buleh masuk banyak ketul ayam sekali harung aje. Jimat belanja elektrik jugak. HAHAHA. * tiup rambut*
 
2. Groceries semua dah siap beli. Tapi lauk yang nak dimasak Khamis nanti tak pasti lagi. Jumaat pulak ada tetamu nak datang berbuka di rumah. Susah susah karang semuanya menu ku masak dengan airfryer aje. Lumrah lah kan sebagai perempuan ni. Dah senang mesti nak senang lagi. Lol
 
3. Dan yang terpenting, moga dapat menjalani ibadah di sini dengan sebaik yang mugkin. Waktu berbuka di kawasan kami pada hari pertama nanti pukul  8.25 malam, dan subuh 5 pagi. Pukul 4 elok lah bangun siap siapkan apa yang patut yer dak. Dapat minum nescafe dengan roti telor pon dah kira okay dah tu. Kadang kadang terlajak tibai nasi sepinggan jugak. HAHA. Tapi itu memang jarang jarang lah berlaku.
 
Kalau ada emak di sisi, bangun terus duduk melahap makan aje. Mother I rindu you :"(

 

 
4. Weekend lepas, sempat lagi kitaorang merayap mencarik Ikea. Ini last kopek punya projek sebelum puasa. Tak jauh sangat dalam 10 miles dari rumah. Dia punya sesak tak lah seteruk di Damansara. Beli seketul dua barang apa yang patut, walaupon takde lah peluang nak merasa meatballs sebab takde yang halal, jauh sekali karipap yang ranggup itu.
 
5. Minggu ni takde perancangan jauh nak kemana mana lagik, kalau ada pon mungkin nak mencari pot baik punya untuk berbuka puasa. Taun ni juga secara rasminya tak dapat lah aku melenggang ke pasar Ramadan.
 
Nasik kerabu daging salai, tepung pelita, kueh cara berlauk, lompat tikam, yong tau foo, murtabak kambing  HAHAHAH sudah lah kau!
 
 
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Hapuskan dendam, bersihkan lah hati dan luruskan niat. Selamat berpuasa semua!

Monday, June 15, 2015

Eat Well Travel Often

 
 
 
Yang paling teringin nak makan masa di NY itu hari adelah mee sup daging dengan sambal kicap. Selain dari nasi, saya memang suka sangat makanan yang bercirikan sup. Apa saja sup memang layan habis. Di saat menulis belog ini, fikiran sudah melilau mencarik kat mana nak dapatkan tomyam campur. Kalau tak dapat makan di kedai, memang kena usahakan lah jugak cari paste tomyam yang halal di Asian market nanti. Mesti! Bulan puasa pon lagi berapa hari nak menjelma, memang sah sah lah lagi macam macam selera aku nanti kan.
 
Bukak magic freezer ada lagik stock daging dan tulang untuk dibuat sup. Ape lagi, terus lah menjadik mee sup ku minggu lepas. Sangat sedap walaupon simple takde tauhu dan taugeh ku gantikan dengan bok choy yang dicelur. Perah limau nipis. Perghhh terangkat!! Layaaannnn habis, hujan pulak masa tu. Sejuk sejuk kalau makan mee sup pedas begini memang meminta minta tambah dua mangkok lah sangat. Masak jugak nasik putih, sebab untuk husband yang memang kurang berminat dengan mee ataupon bihun. Weekend kelak kena pegi beli stok daging dan barang mentah yang lain untuk projek masak masak di bulan puasa nanti.
 
 

 
Masa di NY hari tu, kitaorang jugak mengambil kesempatan pegi menjamu selera di Restoren Rasa yang terletak berdekatan dengan Greenwich Village. Sebelum ke restoren, sempat lah jalan jalan sekitar Washington Square dan dari sana kami berjalan kaki sahaja dalam 500m dah pon sampai.
 
Setelah sekian lama aku tak tengok orang melayu dan dengar bahasa kebangsaan macam di kampong halaman sendiri, akhirnya di sini ku temui segala cinta bersama makanan makanan yang sumpah sedap memenuhi segala hajat di tekak sangat. Tengok menu dia aje dah rasa tamak nak makan macam macam, tapi yang paling utama semestinya lah satay ayam dan kuah kacang. Ini dari di Houston lagi ku dah bercita cita nak makan. Satay dia sangat lembut, fresh dan kuah kacang pon sedap, pekat dan lemak secukup rasa. Terus teringat satay favorite di pasar malam seberang jaya.
 
Rinduuuu letteww!

 
 

 
Selain satay, ada jugak murtabak mini daging cincang, dan nasi lemak gulai ayam, sambil bilis bersama acar. Ya Allah sangat sedap sambal bilis dia. Mungkin sebab dah berbulan tak makan makanan macam gini di luar, umpama nak nangis sangat kesedapan dia itu. HAHAHA. Licinnnnn okay!   Sampai pejam pejam mata ku menikmati nya.
 
Kenapa lah kau tak nak bukak kedai begini di Houston ooih? Terseksa seksa aku nak carik makanan melayu tau tidak. Apa lagi, laju lah menapak hari tu, maklum lah perot dah kenyang. Terus rasa gagah perkasa mengatur langkah bukan main lagi sampai ke world's largest Macys pulak dengan gembira nya. Ewah.

 

Husband pulak dengan nasik goreng kampong pedas memang tidak dapat dipisahkan lagi. Nasi goreng dulu kini dan selama lama di hati nya.
 
Kakak kedai tu belanja kitaorang sambal belacan semangkok habuan dah lama tak merasa makanan begini. HAHAA. Usap perot dengan bahagia kami petang tu, diakhiri jugak dengan teh tarik sebagai melepas kerinduan pada mamak Bestari belakang rumah dulu.
 
Di NY memang banyak sangat restoren dan makanan halal kalau nak dibandingkan dengan tempat kami sekarang ini. Kalau lah aku ini memang tak pandai langsung memasak, memang kebulur lah kitaorang nak merasa makan nasi kari daging bihun sup nasi tomato ayam masak merah dan lain lain lagik hihihi. Maklum lah tekak melayu jati masih menebal di dalam diri. Tapi kalau makanan Arab/ Pakistan dan North Indian memang banyak sesangat di sini. Sekali sekala okay lah, kalau dah selalu memang tidak lah kan. Naik jemu jugak, sedap lagi makan sambal tumis sardin nasi panas panas dan telor mata goring garing yummss!
 
Minggu ini saya akan menjadi sangat busy maklumlah bulan Ramadan yang mulia bakal berkunjung tiba. Setiap tahun pastinya akan ditunggu tunggu dengan penuh teruja apatah lagi di tahun ini. Satu pengalaman yang baru menyambut puasa di negara orang dan jauh sejauhnya dari keluarga. Mestilah sedikit sedih, tak dapat merasa makanan kegemaran dari air tangan emak, tapi itu lah kan.. tanggungjawab di sisi suami yang mencari rezeki di sini perlu lagi diutamakan.
 
 
 
Jadual solat dan waktu berbuka puasa untuk kawasan kami dah pon dapat. Siap lekat di fridge lagi. Kurma pon dah siap beli dari Kroger. Di sini memang sepanjang masa ada dijual kurma Medjool ini, kalau nak carik Yusuf tayyobb *sebut dengan suara berbisik* memang takde lah kan.
 
Esok buleh lah top up barang dapur apa yang patut. Ayam, daging, udang dan sayur sayuran adelah yang wajib dibeli. Masih tak pasti menu apa yang nak dimasak untuk sahur dan iftar pertama kami.
 
Tapi yang pastinya mestilah berbuka di rumah. Jauh sekali lah nak merasa ke pasar Ramadan, tapi husband cakap di masjid ada dibuat bazar kecil kecilan jugak. Tak tahu lah lagi, berkesempatan nak pegi ke tidak. Iftar di sini hampir ke pukul 8 lebih kot :)) Kena asuh perot tak makan banyak banyak sangat di petang hari dari sekarang, sebab risau menggigil lutut sambil memasak pulak kelak. HAHAHA.
 
Ini antara souvenirs yang dibeli untuk diri sendiri dan keluarga masa di NY tempoh hari.  Beli apa yang patut sahaja, sebab tersangatlah mahal barang barang di sana. Kalau ikutkan hati, memang macam macam lagi nak ku sambar aje, tapi nasib baik lah ada si penasihat kewangan itu. HAHAHA.
 
Yang terpaling kiri itu semestinya paling WIN kan!! Omeyy sangat  :))
 

Tuesday, June 9, 2015

Only focus on the positive things in life..

 
 
Dalam banyak banyak coke di kedai makan di 6th Ave, ini jugak lah yang aku terambil. Sweet ke tidaaakkk? HAHA Tak sedar pon, masa tengah makan baru nampak sisi tepi dia, apa lagi secepat kilat ambik gambar buat kenangan dari kota new york. Balik Houston, belambak di Kroger, daku aje yang tak tau sebab sekarang dah kurang minum coke. Tapi sekali sekala kalau beli, langgah jugak sampai habis sebotol.
 
 
 
Hallewwww..
 
Percutian ke NYC adelah tersangat awesome okay. Sampai sekarang ku tak habis habis lagi membelek foto di sana sambil tersenyum simpul, dekat seribu lebih gambar semuanya (over giler tahap sambil lintas jalan pon nak candid photo jugak sebab banyak pengaruh sex and the city ke apa pulak?! ) lalu macam nak upload aje semua dalam instagram, nasib baik cepat cepat dihalang oleh si suami yang low profile itu HAHAHA.
 
Alhamdulillah Khamis malam dah selamat mendarat kembali di Houston setelah hampir tiga jam terkandas di La Guardia NY akibat hujan lebat, flight pon hampir lima kali delayed nasib baik buleh naik jugak malam tu dan selamat sampai rumah pukul 1 pagi.
 
Dia punya letih jangan cakap lah kan, walaupon dari NY ke Houston cumalah tiga jam setengah aje tapi sebab meleret leret waktu menunggu dengan tak buleh makan nasik sewenang wenangnya, membuatkan daku sehabis letih malam tu. Sebab dah terlampau lewat sampai rumah, hadap megi kari dengan telor aje lah sebelum tido, itu pon aku sensorang aje yang layan, husband memang dah ke lalaland sebab dah tak kuasa nak makan malam malam buta katanya.
 
 
 
Kitaorang menaiki pesawat Southwest Airlines si hidung biru yang omeyyy sangat ia tuu, best naik flight ni sebab ada wifi. Walaupn rata rata aku perasan aircrew semuanya dah ala ala kertu  aje. HAHA.
 
 
Tapi diaorang sangat baik, peramah dan tak kedekut roasted peanuts yang sedap dan ranggup, ada jugak cheese crackers dan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas yang disediakan, tak silap ku lebih kurang 10 jenis semuanya untuk dipilih. Makan dan minum lah sepuas hati selagi tak sampai. Flight memang penuh, cuaca pulak sangat cantik. Cuma pilot tak berapa nak handsome,  mak aaih sempat lagi kan kau? LOL
 
Kitaorang berangkat dari rumah pukul 7 pagi ke Hobby Airport, lebih kurang 45 minit sahaja dah sampai. Sehari sebelum tu, web checked in semuanya sesiap supaya tak tergesa gesa nanti, jadi pegi hantar beg sahaja, itupon bawak sorang sebijik. Sangat senang takde masalah sepanjang di epot, tepat pukul 10 pagi dah bertolak ke NY. Punya lah teruja bukan kepalang, maklum lah ini adalah penerbangan pertama kami ke sana.
 
 
Perjalanan dari epot ke hotel lebih kurang setengah jam, sebab kota NY memang terkenal dengan traffic yang sangat teruk terutamanya masa hari bekerja. Kalau dibandingkan dengan Houston, amatlah tenang sama sekali walaupon sampai ke hari ni, masih juga ku takut takut nak drive. 
 
Husband cakap memang dah tentu tentu dia tak nak tinggal di NY kalau diberi peluang pon. Tapi husband why? I rasa kita buleh duduk je di New Jersey? kan dekat dengan NY?  Ujar si isteri yang sangat licik itu. HAHAHAHA. Banyak cantik muka hang!      
 
Selama seminggu, Westin lah tempat bermalam kami di sana. Terletak di tengah tengah Times Square NY, segala galanya macam depan mata aje. Bilik kitaorang di tingkat 22, dari hadapan menghadap H&M yang terbesar di sini, dan dari tepi buleh melihat permandangan Hudson River yang sangat indah. Tapi bila cuaca mendung berawan, memang separuh dari bangunan di sini akan dilitupi kabus, pon cantik jugak. HAHAHA Pendek kata semuanya sangat cantik sempurna lah di mata ku.
 
Sampai aje rehat rehat kejap apa yang patut, lepas tu apa lagi terus ku heret husband menapak times square yang bak melambai lambai aje setiap kali ku lihat ke tingkap. Kuat sungguh godaaannnnnn mu like omaigoddd :P
 
Tapi yang penting mesti lah pegi carik makanan dulu sebab perot pon dah berkocak lapar sangat, sebelum keluar rumah pagi tu sempat jamah sekeping roti dengan nescafe aje. Nak makan banyak banyak risau jugak, kang payah nak ke toilet kalau di sini. Paham paham aje lah kan, dengan masalah air bagai, kalau terdesak sangat memang aku bawak masuk botol air aje dalam tandas. Pedulik? HAHA. Memang aku penah buat pon masa ke Galleria dulu.
 
Tapi pagi tu, memang aku berada dalam tahap berhati hati sebab tu kurang makan sepanjang dari Houston ke sana.
 
Jalan keluar dari hotel, terus berasak asak dengan orang ramai, memang diaorang kat sini tak reti jalan pelan pelan langsung. Dah lah besar besar orang nya, ke tepi ke tengah daku ditepis. Takde peluang nak ambik foto dengan tenang, kalau di tepi jalan pon ade aje yang melintas. Namun tetap lah ku gagahi jugak. Kau, bukan senang nak sampai sini kot. HAHAHA. Gasak aah.

 
 

 
Tak jemu langsung lalu lalang di sini. Tetiap hari pon takpe. Ye ke tewwww?
 
 
Masa tengah jenjalan terjumpa restoren makanan halal yang pertama. Kitaorang makan set ayam goreng dan nasi bersama kebab daging yang besar gedabak. Memang sah sah tak habis pon, terpaksa lah tapau bawak balik bilik. Di sini, selayak nya lah makan sepinggan aje seorang sebab portion nya sangat besar luarbiasa. Di Houston pon sama jugak, jenuh bercinta kalau aku nak habiskan sensorang.
 
Halal food truck memang merata rata kalau di NY, setiap simpang jalan mesti ada. Diaorang jual kebab, ayam goreng, nasi bersama ayam/kambing, hotdog dan burger. Memang mewah sangat dapat makan hotdog sepuasnya di sini. Kalau di Houston memang takde peluang lah kami nak merasa sebab payah nak mencari yang halal. Sebijik hotdog di sini hanyalah $2, dan sangat besar saiznya. Puas makan. Tetiap malam mesti kena tapau bawak balik bilik, kecuali malam terakhir kitaorang lepak di times square, sambil makan makan dan tengok gelagat manusia yang macam macam.
 
Kalau di KL takdenya aku nak buat semua tu tambah tambah si husband, memang dia kurang sangat berkenan nak bersesak sesak dengan orang ramai tak tentu hala. Iolss layaannnnn aje sebab iolss memang sejenis gedik begitu. Hihihi
 
 
 
 
 
Sepanjang seminggu di sana, kitaorang melepak dari Manhattan uptown, downtown sampai lah ke Harlem yang ramai dengan orang AfricanAmerican yang sambil sambil berjalan pon diaorang boleh lagi berjoget joget gumbira HAHA, dan terus ke Brooklyn City merentasi bridge yang sangat cantik itu.
 
Cuaca pulak redup dan tak berapa panas, cuma dua hari terakhir sebelum balik memang hujan lebat di NY. Nasib baik lah dah sempat jalan jalan dan membeli belah apa yang patut, cuma masa nak pegi cari souvenirs terpaksalah meredah kesejukan malam dan hujan.
 
 
 
 
Kitorang ambil package Liberty dari Big Bus NY yang membawa ke Liberty Island dan Ellise Island dan pulang semula ke Times Square. Senang sangat. Dari Manhattan ke Liberty station tak sampai setengah jam pon tapi terasa lama sebab traffic teruk waktu tengahari dan petang.
 
Sebelum dapat menaiki boat, kena lah melalui security check point sama seperti di airport. Habis jacket, kasut, jam tangan semua kena keluarkan. Lama jugak beratur dekat sejam sebab diaorang memang perati habis sorang sorang tambahan pulak yang bertudung lain macam ni kan. Paham sangat dah.
 
Selesai semuanya lega dapat naik boat, kitaorang duduk di atas sekali. Ape lagi terus layan macam Titanic dah pulak, belum sampai Liberty Island lagi dah berpuluh puluh gambar uolss..Ke tepi, ke tengah semua nak. Ada pulak orang melayan, apa lagi, lemak naik kepala la. HAHAHA.
 
Di Ellis island kitaorang tak turun pon, setakat menghayati permandangan dari atas boat,  sebab di pulau tu cuma museum sahaja. Aku bab bab tu memang kureng sikit, lain kali punya trip mungkin buleh lah kot nak tengok apa yang patut di situ kan? EHHH? Cubit perot sendiri please.
 

 
Sendiri edit sendiri letak crown. MAMPU?? LOL
 
Malam harijadi hari tu kitaorang gi cari café kat tepi hotel aje sebab husband cakap nak beli kan aku RV kek walaupon muka masing masing tahap busuk dan rabak dah.
 
Takde nya dia nak surprise kan dengan kek seploh tingkat apa pon, sebab dia memang begitu. Kau nak kek kan? jom pegi beli konsepnya begitulah. HAHAHA. Jadi itu lah sambutan gilang gemilang harijadi saya taun ni dengan letupan mercun dum dam dum dam dan warna warni bunga api di dalam hati :))
 
 
Tapi semestinya kota new york lah adalah antara kenangan yang terindah di dalam perkahwinan kami. Terima kasih husband! I love you husband! Nak gi jalan lagi husband?!! Hihihi.
 
 
 
Jauh di sudut hati masih tetap rindukan Malaysia tanahair tercinta..