Tuesday, June 23, 2015

Minggu pertama berbuka puasa

 
 
Rendah awan nya.. dah makin gelap padahal baru pukul 3 petang masa ni.
 
Sehari sebelum berpuasa kami di sini terkena jugak tempias taufan Bill. Malam tu masa tengok weather channel dah ditahap berjaga jaga terutamanya di Austin dan Houston, cuaca pon tak berapa elok asyik hujan renyai tapi tak lebat pon, cuma tak berhenti seharian.
 
Esoknya terus dapat notis yang dijangka taufan Bill akan tiba di Houston dalam tempoh 4-5 jam lagi. Tak boleh keluar dari rumah dalam tempoh tertentu, simpan air di dalam tub, jauhkan diri dari tingkap dan peralatan elektrik.
 
Paling teruk kalau betul betul kena belasah dek taufan ni, memang kena selamatkan diri dan duduk diam diam dalam bilik air. Kau rasa? HAHAHA. Lepas baca notis tu, terus telefon husband. Gila tak takut kan. Mau berpeluh dahi jugak kalau aku ulang dua kali baca notis tu. HAHAHA.
 
Dekat office pon semua orang kena balik awal. Sepanjang beberapa tahun yang lepas, hanya sekali sahaja Houston terkena taufan begini, yang lain nye acah tak acah aje.
 
Tunggu punya tunggu takde pon? Wah eksyen kemahin mulut kau kan. HAHA buat kepoh aje diaorang ni. Tapi mungkin di kawasan kitaorang tinggal ni takde lah teruk mana, hujan lebat dan angin kencang aje, bagi kami kalau setakat lebat macam gitu, dekat KL punya hujan dan banjir kilat lagi teruk kadang kadang. Alhamdulillah esoknya dah takde ribut ke apa pon, hanya lah hujan manja manja sahaja.
 
Itu lah intro kenangan menyambut  Ramadan kami di sini.. Gituuu.
 
Dalam hujan hujan pon, semangat untuk bangun sahur dan memasak bagi berbuka tetap berkobar seperti selalu. Kitaorang bangun sahur pukul empat pagi, hari pertama gigih lah masak telur sweet and sour. Makan dengan nasi panas panas dan cili kicap, sempoi habis. Diakhiri dengan segelas nescafe dan air suam bersama sebiji kurma *burp*
 
Tapi biasa lah, awal berpuasa hari tu terasa pening pening sebab kejutan tak minum nescafe dua kali sehari kan. Sekarang makin gagah perkasa walalupon sedikit mencabar berpuasa di sini berbanding dengan di tanahair sendiri.
 
Menu pertama Ramadan kami simple simple aje, konsepnya tak mau bagi perot terkejut sebab dah bebelas jam tak makan.
 
Nasi putih, chicken meatball stew, udang goreng sos tiram dan cili padi pedas berapi, kebab kambing yang dimasak menggunakan airfryer buat julung kalinya sedap I tell you, bok choy goreng bawang putih, buah tembikai manis sesangat dari Mexico katanya, salad dan kurma medjool.
 
 
Telor goreng sweet and sour. Sebenarnya tak merancang pon nak masak menu ni, dah awal awal pagi bangun terus masuk dapur, gagau aje lah apa yang sempat kan. HAHA. Lalu tak semena mena terus menjadik sweet and sour. Laayaannn habis pukul 4 pagi kami suami isteri makan nasik.
 
Maka, menu hari kelima petang ini pula mengimbas kembali kenangan mentusuk jiwa, lauk paling WIN nasik kandar beratur di kampong halaman ku.
 
 
Taaadaaaa. Sedap habaq hang. Dua kali bertambah nasik petang nanti hang tengok lah  *terus keluaq lorat penang, padahal tak makan pon lagik*
 
 
Daging masak hitam ala nasik kandar. Wangi semerbak masa tengah menumis bukan main lagi. Aku syak ada jugak jiran sebelah yang terbersin bersin tadi. HAHA. Lepas Zuhur dah siap buka silat di dapur. Masak awal senang, petang karang boleh beristirehat dengan lapang dada sambil menunggu suami pulang. Begitulah rutin kehidupan ku sekarang ini. 
 
Sayur selalunya ku masak lagi setengah jam sebelum berbuka, itu pon dah siap bersih dan potong semuanya, tumis aje.. Sebab kalau dimasak awal, nanti akan terlebih lenyek dan tak rasa fresh bila nak makan tambahan pulak bila dipanaskan nanti.
Satu belanga dapat daging nasik kandar uolss.. memang puas lah makan sampai ke sahur. Bukan setakat sahur rasanya ni, sampai esok pon dijamin mencukupi. Boleh lah simpan dalam magic freezer ku nanti, buat bekalan bila malas bertandang tiba. Kalau tak nak makan dengan nasi, sedap jugak dicicah dengan roti canai. Bagi kami di sini, dapat roti canai Kawan pon rasa nak sujud syukur dah. HAHAHA.
 
Menu lain hari ni, adalah bayam tumis air, telor dadar bawang garing dan ayam kunyit airfryer sahaja. Sekarang buleh lah kami balun lauk bergoreng setiap hari tanpa rasa bersalah dan segan segan lagi. Sudah lah sedap, makin senang kerja ku di dapur kini.
 

 
Tak dapat carik kueh keria, ini pon jadik lah buat pencuci mulut. Asalkan boleh aje kan kau Sash. HAHA
 
 
Tetapi ku tetap bercita cita nak buat jugak kueh keria satu hari nanti untuk berbuka puasa. Tak payah mana pon, resepinya pon dah ada. Kalau rajin, dua tiga hari ini menjadik lah dia.
 
 
 
4 HOURS TO GO HOIHHHH. Kipidapppp. Dongibapppp! :")

No comments:

Post a Comment