Dari jauh ku pohon maaf :)
Kad raya pertama yang datangnye dari tanah tumpah darahku tercinta, tentu lah dari yang tersayang jauh di mata di hati terkenang kenang. Makin berkobar lain macam semangat nak balik, tak sabar nak makan biskut samperit walaupon dah tinggal saki baki pon takpe la kan? Raya nanti, kitaorang kat sini makan rendang pedas ayam dan ketupat segera sudah lah kot. Sedih tak? Takpon pegi melahap di rumah terbuka sapa sapa nanti. Jangan lupa jemput kami please? HAHA.
Pada hari ke 8 berbuka puasa yang lepas, tertunai lah jugak hajat masing masing yang nak makan roti john tu. Beriya iya ku mencari resepi lepas sahur itu hari. Bahan bahan pon sangat lah tak banyak yang digunakan, yang penting roti hot dog, telor, daging atau ayam kisar, timun, salt and garlic powder, black pepper dan secubit rempah kurma.. itu aje kot kalau tak silap.. Yang lain nak tolak campur ikut lah rasa tekak masing masing.
Turut serta memeriahkan suasana berbuka puasa pada hari itu adelah mihun goreng Singapore bersama cili kicap dilupa jangan mak aaihh pedas meletopppp I tell you.
Memula ingat nak buat roti john aje, tapi cadangan ku itu telah dibangkang mentah mentah oleh si suami yang sememangnye tengah kelaparan tahap dewata raya HAHAHA. Sebab takde menu nasi hari tu, mesti lah kurang kurang pon digantikan dengan mihun. Alhamdulillah kenyang, sampai ke sahur pon masih berbaki juadah berbuka kami. Tapi yang menjadi rebutan utama di sini semestinya roti john cik puan besaq lah yang julung kulung kalinya dibuat dengan penuh kasih dan sayang..
Roti John. Tak pasti macam mana si John ni yang tak semena mena mendapat nama. Tah kenapa tak dipanggil aje roti Mike ke roti Brian ke. Kau dah kenapa pulak nak menukar nama tetibe?
Proses memasaknya sangat mudah. Goreng daging kisar terlebih dahulu dengan secukup rasa. Hancurkan telur dua biji ( nak lebih pon buleh, sebab tu sampai melimpah ruah dengan enaknya seperti gambarajah di atas ) masukkan dalam dua tiga sudu daging bersama telur dan kacau sebati.
Bakar roti terlebih dahulu bersama butter dan bila dah nampak semakin lembut, curahkan bahan di atas roti tadi. Biarkan sebentar. Terbalikkan roti dan rencahnya seperti foto di atas. Masukkan sedikit lagi butter di celah celah ruang yang ada untuk mensedapkan lagi roti john awak itu :))) Lepas tu dalam 2-3 minit, buleh angkat, taburkan timun, mayo dan cili sos pedas yum yum yum sangat rasa dia sumpah tak tipu.
Lepas solat, terus belasah dua ketul bersama nescafe panas. Memang layan habis, hilang rasa kempunan nak pegi cari roti john di pa-ram ttdi. Puas makan sebab diri sendiri kalau memasak, memang tak kedekut daging langsung. HEHE
Dan semestinya lebih sedap dan 101% terjamin kebersihannya bila dibuat sendiri. Lagipon bukannya lama sangat nak menyediakan menu menu ni, dalam pukul 6.30 petang gitu dah mula sediakan bahan bahan untuk menggoreng mihun Singapore terlebih dahulu. Bila nak dekat pukul 8 malam, baru buat roti john pulak. Dalam 15 minit dah siap sedia dan bersihkan dapur semuanya sekali. Baru lah dapat berbuka dengan hati yang tenang dan girang gitu.. HAHA.
Mihun tu bekalan dari Malaysia, packet yang terakhir cap JATI. Memang cantik sangat tekstur nye, tak lembik dan hancur bila digoreng. Masukkan apa sahaja yang ada dalam freezer, goreng sekali harung aje.. senang. Ada daging, ada ayam, seafood dan sayur sayuran. Boleh jugak lebihkan sedikit lada putih dan lada hitam jika mahukan pedas. Tapi yang versi ku kali ini, ok-ok aje sebab ada cili kicap. Yang ini pon dah berpecah peluh sambil makan uolss..
Sebab dah pegik belasah roti john awal awal yang padat dengan isi daging dan telur itu, jadik makan mihun pon acah acah aje lah sebab dah kenyang. Tapi bangun sahur, memang licin lah satu mangkuk sebab tengah laporrrr..
Alhamdulillah hari ni dah memasuki 12 Ramadan, menghampiri dua minggu kita menjalani ibadah berpuasa. Baru dua kali kitaorang pegi buffet Ramadan di sini, itu pon makan makanan pak arab dan pakistan. Mungkin nanti boleh mencuba Mongolian food pulak, ada sebuah restoren yang halal berdekatan dengan rumah. Dapatlah beralih angin bertukar selera kan.
Dan saat yang paling dinantikan, sambutan 4th July yang secara besar besaran di U.S seperti boxing day itu, bakal berkunjung tiba hujung minggu kelak.
Memang gasak lah nanti nak pegi menyopping dan pastinya sedikit mencabar kan. Masa ni lah yang paling sesuai kalau nak beli apa apa pon, sebab memang berbaloi dari biasa. Yahuuuuuu tak sabaq nya. Moga si husband itu dianugerahkan kesabaran yang luarbiasa di weekend ini :))))
Hari itu emak bagitau yang baju raya ku dah selamat sampai di rumah. Semakin dipandang memang semakin sayang, tak senang duduk ku di sini. Walaupon tak dapat merasa pakai di pagi raya seperti selalu, ku tetap sabar menanti mu sehingga kita bersatu. Hihi InsyaaAllah..
Ape menu berbuka cik puan besaq hari ini? Dari semalam ku dah bercita cita nak masak sesempoi yang mungkin untuk berbuka posa kelak.
NASI DAGING UTARA
AYAQ ASAM
SUP
PUDING KARAMEL
BERSAMA KASIH SAYANG SECUKUP RASA
Sedap nye ohooooiiii tak sabar naauuuu nak berbuka walaupon masak pon belum lagi :P
sedapnye roti john...tahun ni belum melawat param lg kat umah akak ni...bleh la try buat supaya x pecah rekod pi param carik roti john...ahahaha...
ReplyDeletep/s: sila review hasil sopping nanti ya :-)
Buat sendiri lagi sedap makan kak nina. Buleh letak ape aje inti dalam dia tu secara banyakkkk! Hehe
DeleteSilaplah browse blog Sash siang2 ni.. Perut terus lapaq.. Menyelerakan semua juadah yg dimasak..
ReplyDeleteSelamat bertabah. Ha ha. Masak simple simple aje, bahan serba kekurangan di sini tak semeriah di KL.
ReplyDelete