Wednesday, June 17, 2015

Persediaan Ramadan di Houston

 
Ramadan yang dirindukan bakal menjelang lagi..
 
InsyaaAllah kitaorang akan memulakan ibadah berpuasa pada hari Khamis ini di Houston. Maknanya kejap lagi memang kena pikirkan menu bersahur esok pagi dan berbuka untuk hari pertama dan sepanjang minggu ini. Kalau ada peluang berbuka di luar hujung minggu kelak pon bagus jugak.
 
Tapi apa yang aku nak makan kalau ke luar pon? Nasi arab? Kebab? HAHA Memang tidaaaak lah kot buat masa sekarang.
 
Kalau waktu berbuka memang suka sangat makan nasik. Kalau buat mee goring pon, kelak lepas terawih tetap balik makan nasik jugak. Husband pon sama. Nasi wo ai ni :') 
 
Tapi tahun ni tak pasti berpeluang pegi terawih di masjid ke tidak. Kalau buleh, nak jugak pegi bererawih di Masjid Hamza yang tak berapa jauh sangat, lebih kurang macam dari rumah di KL nak ke TTDI aje..
 
 
Cik Puteh Gemok nama dia. Maid baru kami. Selamat berbakti pada tuan rumah. HAHAH
 
 
1. Sebenarnya dah bercita cita nak membeli airfryer ni dari tahun lepas lagi. Disebabkan saiz yang agak kecik di sana dan sedikit mahal, maka ku tangguhkan juga hasrat di hati. Tapi sebab bulan puasa pon dah nak dekat, kami pulak memang jenis suka sangat makan lauk yang bergoreng, maka kitaorang pon belek belek lah jenis airfryer kat sini dan akhirnya sebijik cik puteh gemok itu telah berjaya ku miliki.
 
Bukan setakat menggoreng, dia ini jugak boleh memanggang, membakar tanpa setitis pon minyak, menjadikannya lebih sihat dan baik untuk kesihatan kataaanyaaa.. dan yang terpenting, cik puan besaq tidak perlu lagi bersusah payah menepis minyak panas sewaktu menggoreng ayam kunyit di dapur.
 
Senang habis habaq hang! Sebab itu lah dari dulu lagi memang ini aje lah yang menjadi pojaan ku. Lagipon, dengan saiz XL ni memang menang memakai, buleh masuk banyak ketul ayam sekali harung aje. Jimat belanja elektrik jugak. HAHAHA. * tiup rambut*
 
2. Groceries semua dah siap beli. Tapi lauk yang nak dimasak Khamis nanti tak pasti lagi. Jumaat pulak ada tetamu nak datang berbuka di rumah. Susah susah karang semuanya menu ku masak dengan airfryer aje. Lumrah lah kan sebagai perempuan ni. Dah senang mesti nak senang lagi. Lol
 
3. Dan yang terpenting, moga dapat menjalani ibadah di sini dengan sebaik yang mugkin. Waktu berbuka di kawasan kami pada hari pertama nanti pukul  8.25 malam, dan subuh 5 pagi. Pukul 4 elok lah bangun siap siapkan apa yang patut yer dak. Dapat minum nescafe dengan roti telor pon dah kira okay dah tu. Kadang kadang terlajak tibai nasi sepinggan jugak. HAHA. Tapi itu memang jarang jarang lah berlaku.
 
Kalau ada emak di sisi, bangun terus duduk melahap makan aje. Mother I rindu you :"(

 

 
4. Weekend lepas, sempat lagi kitaorang merayap mencarik Ikea. Ini last kopek punya projek sebelum puasa. Tak jauh sangat dalam 10 miles dari rumah. Dia punya sesak tak lah seteruk di Damansara. Beli seketul dua barang apa yang patut, walaupon takde lah peluang nak merasa meatballs sebab takde yang halal, jauh sekali karipap yang ranggup itu.
 
5. Minggu ni takde perancangan jauh nak kemana mana lagik, kalau ada pon mungkin nak mencari pot baik punya untuk berbuka puasa. Taun ni juga secara rasminya tak dapat lah aku melenggang ke pasar Ramadan.
 
Nasik kerabu daging salai, tepung pelita, kueh cara berlauk, lompat tikam, yong tau foo, murtabak kambing  HAHAHAH sudah lah kau!
 
 
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Hapuskan dendam, bersihkan lah hati dan luruskan niat. Selamat berpuasa semua!

8 comments:

  1. Selamat berpuasa Sash dan salam perkenalan..

    Seronok baca blog Sash, at least tahu serba sedikit camne perasaan kwn2 yg tinggal di perantauan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo LZ! Thank u :') seronok jugak di sini tapi lebih seronok klu di tanahair sendiri, nikmat berbeza. Hihi

      Delete
  2. Seronok baca blog sash..kisah org merantau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nieda :D sekarang dah jadi dendang perantau kejap hihi

      Delete
  3. Sash, selamat berpuasa... & selamat main masak2... :-)
    lama gak pose kat sana eh...

    ReplyDelete
  4. Yea lambat berbuka kat sini, tapi pukul 8 sash dah standby dok kat meja makan la HAHAHA

    ReplyDelete